04 April 2010

Andai ku miliki semalam

hari ni.. aku bajet nak lepak kat umah jer.. tak mo kuar.. tapi salah perhitungan aarrr.. aku terlupa. sumthing. so, kena kuar gak. kul 9 lebih aku kuar g melawati. ce mana la bleh lupa.

masa on the way balik tu.. aku dok pk pk nak pi mana.. nak gie giant.. tak de mende nak beli.. semalam dah soping dah... pastu aku rasa cam nak makan lontong. aku gie au3, tapi dah abis. aku pun balik cam tu jer... tak beli apa pun. sampai kat simpang umah, rasa malas plak nak balik umah.. cam awal jerr lagi. so, aku go straight. nak g jj mulanya,.. tapi pi jj nak cari apa.. semua mende dah ada.. pastu aku singgah kat kedai taliban. lama tak pekena nasi lemak dia. punya la ramai orang walau dah pukul 10 lebih dah. masing2 malas masak bfast. termasuk juga aku. padahal tadi masa aku kuar kak norma masak nasi goreng. aku beli nasi lemak ayam & teh tarik. sesemuanya tapau.

lepas siap2 sidai baju yang aku basuh sblum kuar.. aku pun menjamu selera. pulak tu dok pk-pk apa yang harus aku buat . aku clean up my destop. macam2 ada.. bersepah2. so, hari ni bersih dah. dbkl dah angkut sumer2 yang ada dalam tong sampah.

kepala aku berdenyut sangat2. pesal aarr pening kepala. tapi bukan migrain. kalo migrain sure sakit sebelah kepala.. tapi aku memang pening. sangat2. kalo aku gie klinik, doc akan bagi aku postan yang aku tak suke dan check tekanan darah. tu jerr dia wat. pastu tak de lain. ni kalo aku layan pening aku ni.. sumer mende tak jadi. 'ina, jangan manjakan diri sangat, esok2 nanti susah, whatever.. be strong okeh'

dalam pening2 tu, aku layan ogie tengok citer avatar. dia lom tengok lagi. pastu dia nak tgok kat pc aku. sebab speaker best sket. apa lagi.. aku pun layan la sama wat kali kedua. sambil2 layan avatar aku sempat siapkan semua bunga man. semuanya 9 kuntum. kalo close up.. cam ni aarr rupa dia. wah tak sangka, sempat siapkan jugak.rasa cam kelam jer.. tapi nak wat ce mana dah tuan nya nak cam ni.. tu pun aku dah selitkan kaler ijau. lepas tu aku jahitkan alas pahar yang bahagian atas. yang bawah dia lom gunting lagi. kalo nak gunting tu.. perlukan ketenangan. nanti tak sama plak. kalo pening2 cam ni jangan nak cari pasal. pulak tu, kalo dah gunting, kena gie jahit tepi. aku malas aarr nak g pasar keramat time2 nih.

so, aku jahit jerr yang bahagian atas dulu.. hasilnya..semuanya ada 9 keping. aku wat cukup2 jer.. jangan last minute nak tambah plak. aku malas nak layan dah.. bila aku letak bunga... kira cam ni aarrbila aku belek2 balik.. bagus gak aarr hasil keras tangan aku nih.. kalo di gilap, sure bersinar. hehhehe.. mana la tau kan esok2.. nak buke kedai ke.. weeiii ina.. jangan dok berangan..

lepas siap sesemua ni, aku jahit baju fariza. aku terlupa. maklum la.. masa dia bagi tu aku dok bz2 jahit baju konvo. pastu gi skudai.. terus lupa. skirt ogie pun aku dah siapkan. waahh tak sangka aku rajin pulak hari ni.

petang, aku mandikan jimmy. truk betul rupa.. rasanya dekat sebulan kot jimmy tak mandi. hari tu masa gi skudai pun tak mandikan dia. tak sempat. tak perr walau tak mandi, sampai gak dia. mula2 aku mandikan jimmy dengan tenang.. aku jerr sensorang. tapi ketenangan tu tak berpanjangan. bosan betul la.. dan dan tu la semua anak2 pak cik nan nak kuar dari umah.. menci betul. time ni le.. si din, muhaimin & suhail tu dok belek kete gak kat porch umah dia. aku rasa macam nak sembur jerr diorang tu ngan air. hahhaha macam poyo jer.. memang la diaorang kat umah diaorg.. tapi kalo nak tengok ke, nak repair ke, apa ke.. sat sat lagi la.. tak reti reti ke... aku nak mandikan jimmy kejap jerr.. yang mima plak saja jerr ajak aku borak. adooii.. macam2 hal.

lepas jerr aku siap vacum bilik aku, mula rasa lapo.. baru perasan.. makan kul 11 tadi jerr.. apa errkk nak makan.. nak masak dah malas dah. tadi ogie kata dia nak order piza. tapi aku malas aarr.. aku baru lepas makan piza on last khamis.

ni arr my dinner. big plate tu..
rasanya malam ni.. ramai yang dok layan appbh. tapi aku.. err tak teruja langsung pun nak menonton. baik aku layan blues. errmmm terima kasih abang sebab ingatkan ina.

Andai ku miliki semalam - search

Andai ku miliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan ku ubah apa pun
Kerna aku tahu engkau tetap indah
Tanpa sempadan masa
Aku bahagia seadanya

Tangis ini tanda kasih ku
Bukan mengeluh luka yang semalam
Kerna engkau mengasihi ku
Tiada sendu lagi di dunia ku ini

Aku tak dapat bayangkan
Sengsara yang harus ku tanggung
Jika kau pilih perpisahan

Tanpa punca yang meyakinkan
Aku akan tersasar
Mencari cintamu

Andai terhentinya masa
Dan gunung jatuh ke laut
Kau tetap ku cinta
Kasih sayang ku adalah kekuatan

Untuk menempuh segala
Dugaan yang tak terbayangkan
Oleh insan lemah seperti kita
Sekalipun
Ku miliki esok
Takkan ku menolak ketentuan













....from kekwa22 with love....

2 comments:

  1. x paham....x paham...n konpius...

    ReplyDelete
  2. dah jelas, terang lagi bersuluh... tak kan tak paham...

    ReplyDelete