sampai jerr opis blackout. ni sebab renovation tak abis lagi la.. dalam bilik aku ni, cuma pc aku jerr yang tak blackout sebab sambung kat point lain. tapi still tak leh wat keje gak.. lampu tak de maaa. masa untuk aku merayau2 di alam maya. kikikikiki. tapi tak lama.. kejap jerr..
pagi tadi someone datang kat tempat aku, tanpa greetings apa2 terus jerr terjah;
someone : ko nih pesal, demam jerr?
aku : (aku pandang jerr muka dia. bengang giler dgn soklan dia ni, tapi sebab aku tengah pening dan badan seram sejuk, tak de mood nak bertekak dgn sesape. kalo tak memang kena laser nih)
someone : asal rabu jerr ko demam
aku : (rasa macam nak lempang pun ada dengan perkataan dia ni, rasa nak jerr cakap cam nih : ko, ingat aku suke demam? sakit kepala everytime, badan seram sejuk, tengah2 malam hidung tersumbat, nak bernafas susah, tekak perit then sejuk lagi..) dah nak demam nak wat ce mana...
someone : ko demam la hari lain
aku : hari2 ina demam, kak.
hangin betul aku, dah la pagi2 dia terjah aku, pastu nak marah2 aku. suke ati aku la nak gie ke tak. dia tak puas ati last week pun aku tak gie main badminton gak. time tu aku tak gie sebab aku tired, balik dr skudai letih pun lom hilang. this week pun aku tak gie sebab aku demam. tak kan nak paksa diri aku kot. biasanya dia tumpang aku. aku tak kisah pun dia tumpang aku sebab nak gie tempat yang sama, umah dia pun dekat2 umah aku jer.. tapi agak2 aarrr..
seharian aku kat depan pc aku hari ni. aku jengok line kejap jerr.. then aku bertapa jerr kat tempat aku. blur2 dah dengan part number thales. Seharian aku buat document & surfing cari component.
pukul 6pm jerr aku terus balik. dah tak larat dah sesangat nak wat mende..
nak makan apa errkk malam ni.. semalam rasa macam nak wat lamb chop. lama giler rasanya tak wat.. last sekali wat masa tinggal kat mantin hari tu. bertahun2 dah. bukan nak makan sangat pun.. tapi best nak masak dia jerr... kalo buat untuk aku sorang memang tak berbaloi. ogie tak makan lamb. kak norma pun. huhuhuhu makan kat kedai la jawabnya... dia orang ni.. memang tak advanture betul bab2 makan nih. hehehehe..
ni my dinner. linguine with oyster source. perrghh penat nak abiskan sebab terpedas. tak sangka cili tu pedas. tambah plak dgan sos cili. wawawawa berasap. ogie cakap okey jerr.. tak pedas pun. dia tanya aku, apa yang hitam2 ni.. sedap arr.. aku diam jerr.. mana leh cakap.. pas dia dah abis makan aku bagi taw aarr yang 'tu seaweed yang ina guna wat sushi tu...' hehhehe.. sushi dia tak makan sebab seaweed yang hitam ni.. dia kata bau la.. apa la.. dan tah apa2. tapi hari ni dia dah makan kannnnn kira ok aarr tu... len kali kena try dulu.. pastu baru judge sama ada sedap or tak..
teman citer yang x bfren sms kat dia 'sampai setakat ni hubungan kita, harap u dapat berjumpa dengan lelaki yang lebih baik' then aku tanya teman, dia jawab apa 'alhamdulillah' waahhh i like it. i like an answer. best2 caya lah teman. its a good answer compare then.. 'ada aku kesah?' hahhahahaha
aku dapat sms cam nih 'along dah lupa ke selasa tadi, hari apa.. tak pe la tak ingat. sama2 la kita tak ingat. hehehe. tak ada kek ke? umur dah menaik ni..' siyesly aku lupa sangat2 birthday adik.. dia sendiri pun tak ingat.. kesian adik aku yang sorang ni.. tak pe.. belated cake nanti..
hari ni aku dapat 2 proposal. satu dari haizan dan satu lagi dari fairuz. bila pk2 balik, rasa macam kelakar la pulak. tah arr.. malas aku nak pk. time2 ni le jugak..
Gemilang - Ella
Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu
Lautan luas telah ku renangi
Segala onak ranjau yang berduri
Tak kenal dan tak ku peduli
Ku terus mencuba
Kecapi hingga kini
Bersama-sama tempuhi segala
Walau jalanan masih jauh
Hanya kau dan aku yang tahu
Saat gemilang yang aku nantikan
Hampir menjelma di depan mataku
Ku percaya saatkan tiba
Hanya menunggu tika dan masa
Bersama-sama
Tempuhi segala
Saat gemilang akan tiba
Kan kita kecapi bersama
Sungguh aku berjanji
Dengan diriku sendiri
Untukku menggenggami
Ikhlas, sabar, benar
....from kekwa22 with love....
No comments:
Post a Comment