pagi ni aku kena pi jalan duta sebab nak hantar beg mak. diorang balik hari ni. mak terus balik umah opah dulu. pagi ni juga aku hangin dengan my cousin2 aku. semalam aku dah bagi tahu yang aku datang pukul 8am, amik diorang, then gie jalan duta. takut nanti tak sempat nak jumpe opah pulak. pukul 8am tu la baru nak bangun. mana aku tak hangin. tapi diaorang memang dah tahu yang aku ni memang garang. hahahaha
wah, tetiba ada citer hot dalam bas. pasal sape lagi kalo bukan pasal aku le nih. hahhaha.. panjang lebar arr conversation dalam bas. tak sangka plak. ingat aku dah tak masuk dalam senarai sebab dah naik bas. hehehee.. aku bajet.. diorang 3 beranak tu, sure dok citer pasal aku sejak dua menjak ni. pakcu, mak & opah la. sape lagi. aku turun jerr dari bas, pak cu tanya mak cakap apa?.. hahha dia pun tak tahu ke? dia pun tak sabo kikiki. aku jawab.. ala pak cu kan nak masuk keje... nanti la kita sembang2. baik tak alasan aku. ingatkan habis setakat tu jer.. pastu pak cu sambung, nanti datang, jumpe pak cu.
perkara ni tak habis sampai sini jerr nih.. tengok la kenduri rumah mak wah nanti, aku mesti tak terlepas dengan soalan2 cepu emas. cik mat mesti tahu punya. kalau orang2 lain tu, aku kurang rapat. memang tak boleh elak nyer.. kena ready jawapan untuk cik mat walaupun tak tahu soalan apa yang akan keluar. apa ye.. skema jawapan yang nak di buat. cik mat ni, kalo dia tak serius tak pe, kalo dia serius siap la. macam polis menyoal siasat.
pesal tetiba aku terjebak dengan perkara2 sebegini ni? tak pernah termimpi or terlintas dalam hati sanubari. tu la di namakan takdir. perjalanan ni, hanya Allah yang mengaturnya. macam opah cakap pg tadi, 'kita ni merancang, tuhan menentukan, tapi biar la elok rancangan kita ni.'
aku tak tahu, tak tahu, tak tahu. tak baik mengeluh. tapi apa yang di keluhkan? tak de mende pun. sirim memang lulus. no problem at all. entahlah. hope i can fly without wing. boleh ke? boleh kot. nanti aku practice. lama2 sure boleh la. kalo susah sangat, susah, tapi complicated. aku rasa aku kena fikirkan tentang sumthing. sumthing yang telah aku rancangkan satu ketika dulu. kena cari semula semangat yang hilang tu agar aku mampu melakukannya.
ni aku nyer breakfast.

angah melepak kat umah aku. dia pun bukan buat apa pun kat umah dia. suram jerr cuaca hari ni. mendung. aku mandikan jimmy. teruk sangat2. dah tak macam rupa orang dah. memang la jimmy tu bukan orang.. semua orang tegur kenapa teruk sangat jimmy. dah sebulan tak mandi. cam tu arr.. lama gak arr mandikan jimmy.
lepas mandikan jimmy, aku boleh la pulak ngantok. letih. dengan berpeluh2 dan busuk2 tu. ngantok sampai tak boleh celik mata. apa lagi aku layan aarr.. 12 lebih baru aku bangun. means aku dah tido hampir sejam. cover balik yang semalam nyer la nih..
aku bangun dari tido tu, kak norma bz membasuh kat atas. aku plak masak untuk lunch sebab lapo dah. masak sayur jerr la. angah layan novel. masa aku sibuk masak sayo kak norma datang, bawa sebakul kain yang dia dah basuh. 'na, akak nak spin jerr ni, tapi akak tak reti ce mana' 'cik ina, tolong cik norma spin sat.' adooiii kak norma ni kan.. tak pasal2 kena gelak ngan aku. percuma jer.. '
ni rezeki tengah hari ni. sayur apa tah ni namanya. kak norma la beli daun ni. aku goreng jer dengan sos tiram & udang.


ni pulak another sayur. petola. petola masak air jer campur ikan bilis.

petang tadi aku tengok citer nih. pic dia.. err boleh la. kalo tunggu lagi sebulan lagi ok la la. tapi tak perr arr ni pun just ok. not bad. semalam donlot.


petang tadi kak norma ajak aku ikut dia pi k4, singgah opis dia then gie ampang. tapi aku malas aarr.. penat dah nak gie mana pun. lagi pun banyak keje2 aku kat umah yang belum di bereskan.
malam ni aku hanya masak sementara nak tunggu kak norma balik.


dinner ngan kak norma. lepas tu, aku kena melaksanakan project melipat pakaian. pakaian yang berlambak tu baru kering petang tadi sambil layan citer nih.

Air mata ibu - Siti Nurhaliza
Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu
Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu
Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda…
Duhai ibu


....from kekwa22 with love....
No comments:
Post a Comment