20 May 2010

tak de mood langsung...

sepanjang minggu ni sebenarnya aku rasa bosan. tak de semangat langsung nak wat keje. biasa on monday jerr cenggini . tapi ni, the whole week dah cam ni. aarrgghh mahmood lari. motivasi nak keje, jatuh merudum. tergolek2 dah ni.pagi2 ni dapat berita sedih. mak bidin kembali ke rahmatullah. al-fatihah. ramai la iop ste g menziarahi. tak terkecuali aku. suasana sedih menyelubungi. aku dah la ngantok sangat2. bukan ngantok nak tido. tapi just rasa mengantok. semalam tido pukul 1am lebih, then pukul 4am terjaga. tapi tak de kekuatan nak bertahajjud. alasan letih main badminton. bagus kan alasan. syaitan pun bersorak riang. ceesss

kononnya nak derma darah. tapi niat suci murni tu tak tercapai. ada dua sebab yang tak boleh menderma. kenapa tak boleh? sebelum tu, sila baca term & condition dulu taw...
aku ni, sebab paling utama adalah aku baru jerr lepas operate. so, tak leh. masih ada kesan ubat bius, doktor yang bertugas tu bagi tahu. kena tunggu another 6 months baru boleh derma. seperkara lagi adalah, my blood pressure still low. 54 beb. perrgghh. pesal turun balik nih. before operate hari tu dah dekat2 70 dah. adoiiii masa-elah betul la. ala.. nak bagi sama dengan berat aarr tu. hahahaha. last2 hanya ita & fariza jerr yang layak menderma. ciyok! ciyok! tak pe.. yang penting niat tu ada.


budak2 battery kat belakang tempat aku ni dok keep sing this song. lama tak layan lagu nih. lagu masa zaman2 aku kamceg giler ngan pak cu. lirik yang tah apa2. ni aku nyer pendapat la. apa yang dia nak sampaikan aku pun tak paham. hanya penulis lirik jerr yang paham kot. tapi best gak di layannnn..

Gemuruh - Search & Wing

Di dalam gerimis
Penuh rahmat, dia tersentuh
Cendawan alpa,
Sesegar pagi, yg permai damaikan
Tunggul di pinggir rimba
Lantas mendambarkan
Kisah sempurna Dari jiwa Bakal Surinya

Di dalam kelambu
Menunggumu, dia kesali
Hilang bayangan
Pedoman, ikhtiar dan arah
Persis si buta mendambakan
Hidup sedehana,
Menjamahi Hari hari Mimpi Mimpinya..

Oh sendiri meratapi
Sekalungan sengsara
Dan meratap siksa
Pahit maung madah punjangga

Terbukti kasih
Yg hanya serampang berbisa
Mengukir Gerigis besi kaca
Dan pawaka

Tak tersedar meratapi kepusar keinsanan
Membibitkan titis-titis sepekat warna darah dan dosa

diorang siap nyanyi lagu ni beramai2 lagi. perrgghh. happening giler bilik battery belakang tempat aku nih. meriah. tapi tak sumbang okeh!. tu paling penting. sedap jerr di dengar. walaupun diorang sing a song, tapi keje2 tak berhenti. masih berjalan macam usual. sekadar memeriahkan keadaan.


habis jerr lagu ni, terus jerr sambung dgn lagu nih,

'singer, menawan keluarga bahagia...'

waahh tak hengat diorang nih. aku ngan din kat sebelah ni, dah tak leh nak control gelak dah. macam2 la diorang nih. meriah betul.

aarrgghh sakit belakang, sakit lengan & kaki. semua sakit ni... main 4 game jerr semalam. satu game kalah.. sajerr jerr tu, nak kasi diorang menang. hahah. ni sebab lama tak turun gelanggang aarr nih. that why la sakit semua.

nak masak apa ye... tak tahu aarr nak makan apa dah. tulun tulun dah 2 hari tak makan nasi. nasi jerr tak makan, tapi yang lain, pantang jumpe jer.. apa ya nak masak. any idea? memang tak de idea. tapi bila ogie ajak aku pi langgaq. pergghh jangan di tolak. teh ais la jawabnya.. kalo dah sampai langgaq, tak kan nak masak lagi... apa kelassss... hahhahah ni, my dinner. dapat jugak nasi. bubur nasi. my dinner for tonight.

last night, aku mimpi diorang.. i keep thinking about that. kenapa ye.. selalunya tak mimpi pun. rasa macam nak call. tapi... err entahlah. tak per la.. tunggu la sampai aku lupa peristiwa tu... selagi peristiwa tu, masih dalam ingatan, may be not kot. aku dah belajar sesuatu yang berharga satu ketika dahulu. cukuplah sekali. tak perlu berulang untuk kedua kali.

tetiba rasa macam nak belajar satu peribahasa jer... ni ha.. peribahasa

air yang tenang jangan di sangka tiada buaya

in english we called 'still waters run deep'

betui ke? betul kot. cam tu la lebih kurang. jauh tu bunyiknya... kalo direct translate dah jadi tah apa2

apa kena mengena mimpi aku dgn dengan buaya. memang ada kena mengena. silap2 aku kena ngap! tak pasal2 aku yang jadi mangsa. so, moral of the story, pls dont. jangan nak memalukan diri sendiri.







....from kekwa22 with love....

7 comments:

  1. dah 2 minggu dah kekwa tak tulis kekwa miss king...musykil...musykil....

    ReplyDelete
  2. alaaa.. kesian nyer.. knape kekwa x tulis.. xper.. bior pokcik yg tulis..

    POKCIK MISS KING..!!
    POKCIK MISS KING..!!

    cmne.. ok tak..??? hahahhahahhaaa
    pekabor king..?? ;)

    ReplyDelete
  3. loorr yerr ke kekwa tak tulis cenggitu? 2 minggu? perrgghh lama tu.. ke, kekwa dah miss kat orang len? miahhahaha. alahai tak perasan la.. kalo tak tulis pun, king tahu gak.kan kan kan. mmmuuuaahh

    pokcik pun dah miss king juga.. aiiseeyy man. sejak bila nih.. musykil nih?

    ReplyDelete
  4. errkk..pokcik...x rela aaaa....

    sehat...sehat..

    ReplyDelete
  5. pokcik, king memang sihat sebab dia baru jerr nak tumbuh gigi..

    hahhaha

    ReplyDelete
  6. uitss...tak per..tak per...esok kita tengok giliran kekwa tumbuh gg plak....

    ReplyDelete
  7. ala....

    jangan la tengok jer...

    ReplyDelete