sebelum pi sidai aku wat breakfast dulu. al-maklum la sejuk2 ni lapo weeii.. pelik la pulak tak selsema pagi ni.. alhamdulillah syukur. kekadang sejuk sikit jerr selsema. kekadang sejuk banyak tak selsema la pulak..
ni our breakfast pagi tadi. udang goreng tepung. kak norma kata, tak pernah di buat orang.. tapi kalo dengan aku.. hantam sajalah.. ni jerr yang aku dapat pikir time2 sejuk & lapo.

350g udang secukupnya di buang kulit
*100g tepung pau
2 sudu besar tepung pau
*1 sudu kecil serbuk pati ayam
*1/2 sudu kecil sodium bikarbonat
*1 biji cili padi hijau dipotong halus
*2 tangkai daun sup di potong halus
*garam secukup rasa
air secukupnya untuk bancuhan adunan
minyak untuk menggoreng
kekdahnya
masukkan bahan bertanda * dalam satu bekas dan bancuhkan dengan air seperti adunan nak buat cokodok. masukkan 2 sudu besar tepung kedalam bekas berisi udang. gaulkan sebati. celup udang seekor demi seekor ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga garing.
lepas bfast, masa aku nak tuko pakaian becoz nak sidai kain kat luar, kak norma request yang aku gie jer kuar sidai kain dengan pakaian asasi aku tu... hehhehe mak oooiii... berani tu.. mencabar. dah la si din tu dok ada kat porch dia. dok belek2 motor dia. kalo aku kuar cam tu.. gamaknya si din tu terus wat sujud syukur. hahhaha
hari ni aku gie ke putrajaya. sempena floria. kecik jerr. tak de la beso sangat. tapi memang meriah. ramai tu orang yang datang. pelbagai bangsa. pulak tu di jual dgn harga yang boleh la.. sebab aku rasa dah lama giler tak terlibat dengat pokok2 ni.. maknanya, aku dah kureng tahu.. tapi harga dia aku rasa ka reasonable.
ni kekwa
banyak tu kekwa

weeii banyak gilerr.. cantik2. rasanya 70% kat sini semuanya orkid. ada yang tak pernah aku tengok. tapi memang sangat2 menarik dan memikat hati. rasa macam nak memborong jer... tapi rasanya.. may be one day aku akan mulakan balik aktiviti bercucuk tanam nih.
roses tak de langsung. aku lebih berminat dengan roses compare to orkid. tapi tak de la pulak.. rasa macam jumpe sepokok ni jerr.. kaler faveret pulak tu. orange roses.

then tetiba datang idea nak wat carrot cake. carik2 resepi yang semua bahan2 ada kat umah. hehehe.. sebabnya memusahkan keje. tak yah susah2 kuar gi carik.
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung naik sendiri*
2 sudu besar tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh soda bicarbonate*
1/2 sudu teh garam halus*
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak sayuran
3/4 cawan gula halus
1 1/4 cawan parutan lobak merah
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kacang walnut, cincang
BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak
KEKDAHNYA
- Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
- Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 3 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
- Masukkan 2 sudu besar tepung kedalam bekas yang lain, campur nenas, lobak merah parut, dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra.
- Tuang bahan adunan kedalam acuan dan bakar selama 40 atau hingga masak.
- Sejukkan kek, Sebelum disapu dengan cream cheese. Simpan cake beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum di makan. Carrot cake ni sedap di makan semasa ianya sejuk.
UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana... Sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
kak norma cakap, aku kalo masak, suke kecah. hahhaha. maksud kecah kak norma ni adalah aku tak guna peralatan dua kali. kalo aku guna sudu untuk sekali jerr.. then tuko dgn sudu lain. kalo menggoreng ikan kalo menggoreng 2 batch, batch 1 sudip lain & batch 2 sudip lain. hahhaha.. kalo guna bekas pinggan mangkuk pun cam tu gak.. memang la nampak banyak guna. kekadang pisau pun tuko yang lain. sebab nak guna pisau kering. hahhaha.. tapi walaupun cam tu, semua aku basuh semula ok... tak de nak menyusahkan sesapa. tapi petang ni.. errr dah pandai dah wat cam nih. bahan2 untuk wat corrot cake. kalo tak maunya setiap satu sebekas. bahan2 utama adalah walnut di cincang, carrot yang di rincik halus serta kiub nenas yang di potong dadu.

ni plak selepas di kuarkan dari bekas dia

sebabnya aku nak letak cream cheese dulu...

ni rupa bila dah di potong..

sesapa nak wat carrot cake.. sila la guna kekdah di atas. memang terjamin rasa dan tekstur rasanya.. sangat2 sedap. cubalah..
jom layan citer ni plak.. sempena aku dok sensorang kat umah. kak norma dah selamat kat umah kak zah dan ogie dah selamat gie dating



....from kekwa22 with love....
No comments:
Post a Comment