27 July 2010

menjiwai jiwa

malam tadi hanya tido 2 jam lebih jerr kot.. sampai pukul 4am lebih masih tak boleh lelap. becoz of blocking nose & batuk. susah weii nak bernafas. bila tambah lagi dengan batuk, inhaler pun dah tak berkesan..

semalam aku baca buku siti rosmizah tu sikit. lom abis lagi.. tebal weii buku tu.. errmmm.. not bad la.. bukan novel jiwang2 karat yang meleleh air mata.. tapi memang la meleleh gak air mata. citer pasal seorang anak - aqilah yang terpaksa mengemis kasih dari seorang ayah.. seorang ayah yang tak benarkan anaknya memanggilnya dengan panggilan ayah seperti adik beradik lain sebab kononnya kelahirannya di dunia fana ini telah menyebabkan isterinya yang terchenta meninggal dunia. seorang ayah meyatim piatukan anaknya sendiri. waarggh sedih gitu..

tapi rasanya kurang sedih kot.. sebab my ayah sangat2 sayangkan aku.. hehehe.. opah cakap, ayah lebih sayangkan aku dari anak2 dia yang lain.. alhamdulillah. aku bersyukur ke hadrat ilahi sebab di kurniakan ayah yang sangat2 baik dan sangat2 sabar dengan karenah anak2 dia yang nakal2 belaka. Al-Fatihah.

ada satu perkara yang sama dgn situasi aqilah dengan aku ialah.. aqilah meyimpan selimut yang di sering di guna pakai oleh arwah mamanya. bila dia terasa rindu pada mamanya.. kain itu akan berada dalam dakapannya. persamaannya dengan aku? aku ada kain yang di pakai oleh arwah ayah semasa menghembuskan nafasnya yang terakhir. masih elok dalam simpanan. di kala rindu kain itu juga berada di dalam dakapan aku.. itulah pengubat rindu. Al-Fatihah. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kasihanilah ayah seperti mana dia mengasihani diriku. Tempatkanlah ayah bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh.

satu lagi pengubat rindu ialah sehelai baju... errmmm jeng! jeng! jeng! ermmm biarlah resia.. ermmm pernahkah kau bermimpi, seketika berada di tempat ku.. membayangkan.. ceessss sempat lagi tu....

dah la musim sedih ni.. lagi bertambah2 sedih den ni aarr... tapi lom abis baca lagi.. tatau bila nak baca lagi.. tapi yang aku perasan buku2 siti rosmizah ni.. memang tangkap leleh. kalo tak caya cuba try baca andai itu takdirnya.. atau pun cinta kau & aku. wah.. wat promosi gak... kena mintak royalti ni... kalo nak baca, kalo tanak.. err aiman tak kesah.. aku tak suruh & tak melarang okeh! pinjam ayat2 opah aku la tu..

oowwhh aku baru bercadang nak balik kampong weekend ni.. tapi mak pulak nak balik kampung.. aku malas aarr nak balik umah opah.. tak ada project apa. lagi pun masa kenduri man hari tu dah balik kampong. kalo balik umah mak ada macam2 project nak buat. project juta2 tuuuuuuu

pagi ni aku mendapat jawapan sebab apa aku sedih. thanks ye king.. sebab tolong keluarkan satu perkataan yang begitu tepat.... yes! that is the correct word. the word is kehilangan. aku takut sangat2 kehilangan.. kehilangan yang hilang.. that why aku sedia maaa... tapi hari ni.. adalah kehilangan yang jumpe.. jom! jom! check sebab apa aku takut kehilangan? jeng! jeng! jeng! uitsss mana boleh tanya aku sorang jerr.. tak aci dooww.. diskas boleh..

sumthing yang kekadang tak leh nak explain by word. tak tahu nak guna word apa supaya maksud akan disampaikan tu.. selari dengan apa yang terkumpul dalam jiwa.

tapi memang rasa.. sedemikian rupa.

hilang...

kehilangan..

miss

missing

tapi kan rasa yang ada double meaning hanya satu perkataan jerr.. yang lagi tahap kejituannya mencapai seploh kali kuasa duoploh tiga. perrghhh the word, is miss. betul tak? aku rasa betui dah sangat2 full mark weeii... hahhahaha.. miss means i miss u. saya hilang kamu & saya rindu kamu. wakakaka. complete beb.. A+ for me okeh!

sepagi hari ni aku bertemankan back cover... bila uko battery release pin, aku cakap kat kak siti, 'kak, memang la problem, rupanya panjang pin ni, pendek' kak siti bantai gelakan aku.. dia cakap aku tak betui. eermm sah.. aku bukan tak betui tapi tak berapa nak betui. then sepetang pulak meeting. bila di campur sepagi & sepetang maka, masa untuk balik umah...

1st time tengok teater. errmmm best & enjoy. not bad. aku suke dialog ni

'ko, ingat sape yang buat klcc?'
'sape?'
'bangla, nepal & indon'
'aku bukan tanya sape yang susun bata la weeiii'

Segalanya Ku Terima - Ilusi

Aku yang kehilangan
Dalam diri sendiri
Terkurung dalam bayanganmu..

Gelak ketawa engkau
Bagai bertahun dulu
Menyeretku ke syurga kita..

Itu mimpi yang terkenang
Membuat aku terbuang
Tika memapah semangat
Yang masih ada..

Cerita silam ini
Menjadi racun bisa
Dan kini aku pun melara..

Terlemas di dataran
Dilambung ombak hidup
Pun aku masih menantimu..

Akan tersingkaplah cinta
Yang telah sekian lama
Kita dodoikan bersama
Di mimpi ngeri..

Biarpun masih tergagah
Menjulang cinta yang patah
Sebenarnya aku kesepian
Dan aku masih cinta..

Diri ini penuh luka
Yang tidak akan tertutup
Meski pun ada pengganti
Seiras wajah






....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment