08 July 2010

terubat rindu di jiwa

hari ni sejuk giler... pukul 5.30 aku dah terjaga sebab sejuk sampai ke tulang hitam. segala baju doremon selimut serta comforter tak boleh menahan kesejukan yang melanda. bila nak mandi.. dah satu hal.. kalo tak de heater, maunya aku mandi stail2 p ramlee jerr..

masuk opis, ni keje2 pertama yang aku buat.. sorting. sorting mende alah ni la.. lcd window. sesemua ni reject. macam2 problem ada bercampur2. masa dok sorting ni.. rasa macam kopek ikan bilis la pulak. hehehhe

seharian aku dok mengadap pc. semuanya kerana cable. kena wat study. kusyuk & tawaduk mengadap pc sampaikan tak sedar dah pukul 12 lebih. ceesss memang rajin tahap dewa hari ni.. nak meeting on monday ni.. nak kena wat presentation skit sebab nak improve process. aku harap agar semuanya berjalan lancar. mudah2an..

dari kat opis tadi dok pikir2 nak masak apa atau aku ni teringin nak makan apa2. tapi tak de apa pun yang terlintas kat kepala aku. memang aku cadang tak nak makan nasi. nak cari mende2 lain plak nak makan. esok jerr la makan nasi. tapi tadi memang tak sempat nak cari resepi2 kat tenet.. cess bz la sangat kan...

seharian hari ni badan shacking. rasa macam badan mengigil2 n melayang-layang jer.. pesal tah.. tak de la penat sangat. semalam main badminton hanya 2 game je.. satu game menang dan satu game lagi kalah. tak de la cam selalu main sampai 4 game baru balik. tak de alasan nak cakap penat.. tapi may be malam tadi tido lambat tapi bangun awal. that why la kot..

ni jerr la yang aku boleh pikir... penne carbonara ni bahan2 yang di guna-pakai.

bahan A
250g penne
2 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
air secukupnya

bahan B
1 tin pregio carbonara
1/2 cawan susu UHT full cream
3 ketul sosej lada hitam yang di potong memanjang
30g cendawan butang dihiris nipis
1/4 sudu kecil oregano
1 sudu besar butter
sekeping cheese
garam secukup rasa

kekdahnya
bahan A di rebus hingga lembut. kalo suke lembut selembut-lembutnya biarla lama.. tapi aku suke kalo penne ni.. cam liat2 sikit. sikit jerr.. then bahan B di campur semuanya dan di masak sehingga sekali didih. kan senang jerr tu.. dalam masa 20minit dah boleh makan. ringkas, senang dan cepat.

sepanjang hari ni.. dok tunggu msg dari king. senyap sunyi jer dia... tak perr aarrr.. ilek2 aarrr... tapi kan.. malam ni.. macam tahu2 jerr orang tengah dok ingat kat dia.. dengar jerr suara, terus berlinang air mata.. tah apa2. tah aarrr aku pun tatau ce mana.. tapi nampak gayanya cam tu aarrr.. tapi terubat rindu.

Terima Kasih Segalanya - Lestari

Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia
Aku bersyukur pada Tuhan Yang Esa
Kerana dia yang menemukan kita
Semoga kita mendapat rahmat darinya
Hidup bahagia

Oh kasih indahnya kurasakan
Sewaktu engkau ada bersama di sisiku
Indahnya cintamu
Biarpun apa yang terjadi rela ku tempuh
Asal kau tahu hargai pengorbananku ini
Terhadap dirimu

Sewaktu kau berduka aku ada di sisimu menemani
Sewaktu kau gembira jangan pula kau lupa diri ini
Andainya aku tiada
Abadikan cinta kita sepanjang hayatmu

Terima kasih ku ucap kepadamu
Kerana sudi menyayangi diriku
Semoga kita bersama dan setia
Hidup bahagia...








....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment