20 August 2010

letih tahap dewa dewi

dah hari jumaat pun hari ni. kejap jerr masa berlalu. this week mendung jerr.. pagi2 seawal 3am akan hujan. time tu.. punya la sejuk.. sejuk ni tak tahannya bila bersin.. bila dah bakai baju doraemon dan tah apa2 macam nak naik ke bulan, then selimut tebal.. tapi still sejuk. bila dah bersin 2 @ 3 kali.. kepala akan sakit. hidung akan sumbat.. masa ni nak sambung tido mmg tak leh.. walaupun ngantok.. that why la rasa macam tak cukup tido padahal dah tido awal. Alhamdulillah kerana hingga ke saat aku menaip ni.. sesemua tu dah hilang. syukur.

kat opis hari ni, punya la penat. sangat2.. tah apa2 buat. macam2 hal pulak tu.. rasa macam buruh kasar dah..

kesian anak2 buah aku.. dah mengadu sakit2 tangan dan badan. memang aarr kesian sgt2 kat diorang. 5m cable tu berat. nak handle cable jerr dah penat, apatah lagi nak wat yang len-len.
penat aarr hari ni sangat2. tahap dewa dewi nyer penat.

Alhamdulillah hari ni murah rezeki.

ni our menu berbuka petang tadi. meriah giler....

sup daging
lupa nak beli bunjut. so, guna la yang serbuk. aku tak berkenan sangat sebenarnya masak sup guna rempah serbuk. sup jadi tak cantik. keroh. aku suke sup yang jernih. tapi dah darurat.. hantam sajalah...

sayur campur

ni pulak che norma buat cucoq udang

yang ni pulak ogie bawak balik. dia gie paso malam

sate daging

roti john

bubur lambok kg baru
thanks ye.. nizam. sedap bubur nih.

banyak giler menu petang ni. tapi aku tak larat nak makan. makan nasi pun tak. aku minum yogurt oren 1 mug & sepotong roti john. then aku makan sayo kecah2. cucoq udang seketul. tak larat nak makan yg lain.. letih. lepas maghrib, aku dah landing kat atas katil. terkebil2.. tired tahap gaban.

malam ni aku tak gie masjid. ogie gie sorang jer... aku berterawih kat umah jerr. tak ngantok tapi rasa betul2 lesu.

esok aku masuk opis.. tolong2 anak buah aku wat keje.. pagi tadi aku bajet nak wat document, tapi sumer hancuss... mana taknya bertapa kat line. may be pagi esok sambung wat document atau pun wat assembly. tengok la ce mana nanti.. plan nak lepak2 kat umah... hanya tinggal plan jerr. memang kali ni sangat2 pack cable nyer schedule. we try our best to complete all the prodo.

aku nak sambung landing. hope, boleh tido..

gudnite





....from kekwa22 with love....

2 comments: