14 August 2010

senyum senyum

pagi tadi dalam 615am aku dengar satu pengumuman yang bilal surau kat belakang tu.. telah kembali ke rahmatullah. al-Fatihah. tah ce mana aku boleh terlelap. then aku mimpi, aku jumpe dengan ayah.. banyak pesanan yang ayah bagi kat aku... masih segar di ingatan apa yang ayah katakan.. masa tu, aku punya la menangis sampai tersedu2. sedih bila ayah cakap macam tu.. bila aku tersedar, memang aku menangis betul2. ingatkan cuma menangis dalam mimpi rupanya.. berjurai2 air mata. ayah, ina rindu ayah. Al-Fatihah.

bila bulan puasa ni, setiap hari ayah check kitaorang adik beradik sama ada dah niat atau pun belum. suruh baca sensorang pulak tu. masa sahur kena bangun semua orang, then baru boleh makan. masa berbuka, kena makan kurma dulu. at least sebiji. sebelum minum air. maklum lah zaman tu.. buka jerr puasa air la jadi menu utama. habis 2 gelas air.. dah tak leh nak makan apa dah... then bila malam, ayah dah siap2 kan bunga api... al-Fatihah.

kedai dobi buke awal hari ni. sebabnya kalo layan blues ni, harus lah banjir besar akan berlaku. lepas siap2 tu aku gie opis

lagu ni berkumandang time aku dok mendobi. 1st time dengar lagu ni.. mmg kelako.. bukan menyanyi tapi orang bercakap... so, moral of the story, senyum weeiii senyum

Senyum - Malique & Najwa

Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus

buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum

lalallala

sampai pukul 11am aku kat opis. lepas tu aku gie teman kak norma soping. tak de la ramai sangat orang time2 ni. rasanya, lama gak gie bertapa kat gulatis. may be pagi lagi kot. aku tak teruja pun nak beli apa2 untuk persiapan raya.. tah la... aku pun tatau... tapi tak per.. baju raya dah ada orang belikan.. mana ada wat persiapan apa2.. kain2 yang angah nyer pun aku lom potong lagi. mahmood lari nak jahit baju...

2 hari lepas abang lim ada tanya apa tema tahun ni. angah dah siap2 dah kaler purple. then abang lim cakap mana cantik kaler purple. bila aku tanya dia kaler apa yang cantik.. then dia jawab hitam. aiisseeyy... cantik lah sangat kaler itam tuuuu. lama giler gie bersoping.. tah apa2 tah che norma memborong.

ni our menu berbuke puasa

sambal ikan bilis. biasa la kan... kan bilis banyak kat umah ni...
ni pulak terung bakar
eeerrrr... berdua lebih baik..

ni pulak, ikan masak taucu.
kuahnya sengaja di pekatkan. rasa macam lama tak masak ikan masak taucu nih.

ni pulak our sayo. goreng kobis..
kobis campur carrot & bilis jerr

ni pulak.. untuk menyejukkan tekak
jeli kiwi.. cam cystal kan?..

di tambah pulak dengan nih...
coklat cake trifle. best ni... sangat2 rich dgn coklat & cheese. hehehe.. sedap oooo yang nih... 1/3 cake, 1/3 coklat & 1/3 cheese.

bahannya

layer 1
1 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan icing sugar
1/3 minyak sayuran
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil sodium bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar plain yogurt
1/2 sudu kecil coffee esen
1/2 cawan air

kekdahnya
panaskan oven 170*C. pukul selama 2 minit campuran minyak & icing sugar. masukkan kesemua bahan kecuali air. wisk hingga sebati. tambah air sedikit demi sedikit. wisk hingga sebati. masukkan dalam bekas. griskan terlebih dahulu. dan bako selama 20 minit or hingga masak. aku terus bako dalam periuk jer.. sebab malas dah nak kuar2kan.. bior dia dok dendiam kat situ.

layer 2
1/3 cawan tepung jagung
5 sudu besar serbuk koko
1.5 cawan air
2 sudu besar butter
4 sudu besar gula kastor
1/2 cawan susu pekat manis

kekdahnya
susu dan air di masukkan ke dalam periuk. kacau hingga sebati. masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan diikuti dengan serbuk koko dan butter. kacau hingga sebati. panaskan dengan api yang perlahan. kacau hingga pekat.

layer 3
150g cream cheese
1/2 cawan icing sugar
2 sudu lemon zest
2 sudu butter
150g plain yogurt
kismis yang di rendam dalam air panas dan toskan secukupnya.

kekdahnya
campur kesemua bahan. wisk dgn kelajuan sederhana selama 2 minit.

masak dan sejukkan layer 1 dgn room temperature. bila dah sejuk, baru start dgn layer 2. tuangkan keatas layer 1. sejukkan. bila dah sejuk, sediakan layer 3 dan tuang ke atas layer 2. dah namanya triffle kan.. tentu la ada 3. hehehee.. memang macam leceh sikit tapi hasilnya... sangat2 sedap. moist & creamy. hias la ikut suke dgn kismis.. kalo letak strawberry or kiwi lagi menarik kot. tapi yang tu tak de kat umah. so, guna jerr la bahan2 yang ada.
masak macam2, tapi berbuke makan yang ni jerr... hahhaha... best tau coklat triffle ni. sehingga menjilat jari. tu yang tekun makan masa berbuke.. yang lain hanya pandang2 jeling2 jerr.. berbaloi tunggu sampai siap 3 layer.

nanti malam2 sikit baru makan nasi, wat sahur sebelum tido. seronok masak jerr yang lebih. nak makan dua orang jer.. kalo ramai2 kan best. tak ramai pun tak per.. sebab cake nih dah tinggal 1/8 jerr... dah kasi sama mimah tadi. rezeki farhah. aku rasa esok, tak yah la masak lauk lagi sebab semuanya macam belum luak jerr lagi.. so, boleh recycle. kalo tak membazir jer.... kan kan kan..






....from kekwa22 with love....

8 comments:

  1. nyaaaam sedapnye menu :)

    sedih i baca u thinking about ur dad. he's passed away, hasnt he? al-Fatihah for ur dad & seluruh umat Islam di muka bumi ni, samada yg hidup atau yg telah pergi.
    i pon selalu nangis dlm tido bila termimpikan family kat m'sia. saya sentiasa berdoa supaya saya sempat membalas jasa kedua-dua ibubapa sebelum mereka kembali ke rahmatullah.
    take care, dear.
    selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  2. thanks..

    arwah ayah kembali ke rahmatullah pada 30 januari 2001. tapi semua kenangan insya Allah, i will keep in my mind forever. Al Fatihah.

    Selamat Berpuasa di perantauan & take care

    ReplyDelete
  3. senyum kalau ada lesung pipit...mmg cair aaa...tak yah buka posa pun tak per...knyg dh tengok lesung pipit....kan..kan..kan

    ReplyDelete
  4. king..
    makruh melambatkan buka pose...
    haram kalao x berbuka langsung..

    ReplyDelete
  5. errkk....pokcik ni muncul2 terus bagi sedas....ok..ok..bukak posa sambil tengok lesung pipit...perghh.....mcm ni boleh pokcik?

    ReplyDelete
  6. haaaa.. kalo cm tu bleh...
    tp jgn bukak pose psal x tahan tngok lesung pipit tau..
    yg tu pun jd berdosa..

    ;) ;) ;)

    ReplyDelete
  7. hahhahaha

    tu dia...
    bila pokcik mula berbicara

    ReplyDelete