04 September 2010

25 Ramadhan

hari ni tak buke langsung kedai dobi. aku gie wat alignment & balancing pepagi buta. malas aarr nak g lewat2 dah la kat bengkel tu panas. nanti hitam la pulak.. hahha

cam biasa aku gie paso tani ngan kak norma. punya la ramai orang.. mujur parking senang. kebetulan.. ada 2 perkara pelikhari ni.. satu banyak betul kete.. dan kedua pesal la masing2 bawak majalah. boleh di katakan setiap orang pegang majalah. banyak plak tu...

bila dah masuk jerr paso tani.. maka terjawablah... ni ha.. menteri pertanian datang la weiii
that why la ramai orang.. eskot2 dia pun ramai..
kebetulan lalu depan aku.. haaha.. amik peluang la..

then di satu sudut.. pemberian majalah percuma dari karangkraf. meriah giler.. patut la ramai orang bawak majalah.
aku pun join sekali gak..
amik jerr la kan.. tah apa2 diorang kasi.. maskulin pun ada.. err tulen bang.. majalah lama.. edisi jun 2010. ok la kan.. boleh gak belek2 bila masa lapang.. tapi ada ke masa lapang? ada la kot...

aktiviti menjahit dah tamat. tinggal nak sembat jerr lagi.. berchenta betul...

ni our menu berbuke tadi.

ni, mimah kasi.

yang ni sambal goreng jawa. hitam legam. tapi ogie meratah sampai 3 kali tambah..
tetiba jerr teringat nak makan masa kat paso tani tadi. so, beli la bahan2nya. mulanya aku nak beli hati ayam beberapa ketul. last2 abang tu kasi free jerr kat aku.. hehehe tengkiu2. len kali bagi lagi ye... cik norma kata.. ko, senyum lebih, tu yang dia bagi free. hahhaha. tu namanya rezeki.

yang ni plak, gulai ikan nyok2.
aku cakap pada kak norma, masa tengah makan, 'ina rasa sedap la gulai ikan hari ni.. ke, sebab ina yang lapo' then kak norma jawab, akak pun rasa sedap. semua rasa cukup mesra. patut la dia dua kali tambah. maklum la mesra alam.. hahha

yang ni plak.. tenggek burung
sejak2 berkawan ngan kak norma, aku dah reti telan daun ni. tak rasa apa2 cuma rasa rangup jer.. yang aku sampai tak leh telan lagi hingga sekarang ialah peria. yang tu.. mmg kena reject.

malam ni, kat masjid ramai plak orang.. walau pun gerimis mengundang. kak bed tak datang. semalam bukan main lagi beria suruh datang.

tak best kan bila apa yang dah plan tak pasti sama ada boleh terlaksana atau pun tak. tapi tu namanya takdir. kita hanya mampu merancang, hanya Allah swt yang menentukan. memang la ada rasa frust. sebab as a human being. setiap orang ada perasaan. cumanya, sama perasaan tu akan keep as secret ataupun di luahkan pada sumone. tapi as a hamba, kita kena terima setiap ketentuanNya.

aarrgghh mencinya.. banyak giler jerawat naik.. tumbuh seperti cendawan.. tensi tensi.. wawawawawa..




....from kekwa22 with love....

4 comments:

  1. jerawat pemanis tu....kuar sebelah lesung pipit ea?

    ReplyDelete
  2. jerawat pemanis tu....kuar sebelah lesung pipit ea?

    ReplyDelete
  3. wawawa..kekwa senyum sekali jer terus dpt hati free...kalau senyum 2 kali..mau pak menteri ikut balik..uwaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Hahaha... Ilek ilek. Rezeki jgn di tolak. Kan kan kan

    ReplyDelete