01 September 2010

doakan agar opah cepat sembuh

pagi ni.. kelako betul.. aku kena panggil dgn 1 department untuk meeting.. macam meeting tapi just discussion jerr.. then siap dgn projector & pc lagi. punya la grand bagai.. tapi nak discuss mende simple jer... aku tanya la.. kenapa prepare sesemua tu.. jawapannya sebab nak nampak macam meeting. nanti bos dia tgok cam sembang plak.. dan dan tu aku cakap..'rasa macam nak gelak boleh tak?' tapi lom gelak lagi sebab nak minta kebenaran dulu kan.. bila orang yang aku tanya tu sengih2 aku terus la gelak. hahhaha... pada hal discusnya, aku rasa ada la kot dalam 10 minit dgn keahlian 3 orang.

pagi ni aku mendengar luahan perasaan kak siti. errmmm tu aarr.. aku faham.. tak per.. walau apa pun aku masih lagi jaga line radio. dont worry. i will try my best.

seharian kat opis aku dok study ce mana nak assemble this cable. new cable yang pelik sikit dia nyer connector. tapi best aarr.. wat keje2 cam nih.. hahhah.. tapi i like. sampai dia nyer braid masuk dalam kuku. sakit giler.. susah payah kak tipah jadi doktor.nampak macam senang. tapi memang susah tahap gaban nak assemble. tengok drawing tak de la susah sangat walaupun schematic cam pelik. ni le rohpe nyer kalo mike nak tahu.. ni pun nak kena betulkan lagi mana2 yg patut sebab nak kena letak shrinking tube la pulak...

petang aku mendapat perkhabaran yang opah masuk wad. apa lagi.. masing2 kelam kabut. henpon aku tetiba jadi bz. dapat jer tahu, aku terus tepon mak.. tanya mak tentang condition pah kalau2 mak tau. sebab aku tau yang paling gelabah mak la.. sebab kan ke mak dia... kalo aku pun..

mak dah ada plan ngan abg lim esok petang nak tabur anak benih padi kat bendang. semua anak benih padi dah rendam and dah ready. lepas abang lim balik keje.. dari penang, dia terus balik kg dan gie bendang untuk tabur benih padi. kesian abang lim.. tapi nak wat ce mana dia jerr lah nak di harapkan.. mujur jugak penang tu tak berapa jauh.

adik? adik dah selamat kat umah opah. dia, kononnya balik awal umah pah sebab nak tolong bersihkan kawasan sekitar.. tapi aku tak caya sangat yang adik boleh wat keje2 tu.. sebab dia bukan jenis lasak. tapi dia tolong jaga syafiq on be half mak wah sebab mak wah wat kimo kat hkl. yang ni aku cayer... sbb dia mmg suke budak kecik.

aku? aku ni pk 2 perkara.. 1st tentunya aku pk my mum la kan.. kesian dia. Alhamdulillah, Tuhan berikan kesihatan yang baik pada mak. tu lah nikmat yang paling berharga dan tak ternilai. mujur mak seorang yang kuat semangat. nanti dia la akan take over jaga pah. tu, aku mmg pasti. 2nd mesti la opah sebab tu la satu2nya opah yang aku ada...

ni jer sempat aku masak petang ni...

ni sawi sam choi or choi sam aku pun tatau.. hentam sajalah

yang ni bubur lambuk kak norma bawak balik
ni plak siakap steam
aku cadang nak peach pie.. tapi terus mood hilang.. so, kensel.. len kali.

masa nak berbuke tu.. aku dapat call dari man.. opah kritikal.. wawawawa.. tak tertelan nasi.. aku suruh abang lim antar mak malam ni gak.. tak kira la pukul brapa.. time aku call tu abang lim masih lagi kat tempat keje dia di island sana.

aku call cik mat tanya keadaan pah.. hasilnya aku yang menangis.. tak sanggup dengar apa yang cikmat cakap.. Ya Allah.. sembuhkanlah opah.. keadaan opah baru melepasi tahap kritikal. tapi sebenarnya jantung opah ada jangkitan kuman, peparu berair dan low blood pressure serta bla bla bla.. sekarang opah bernafas dgn bantuan oksigen. aku yang tak tertanggung nak dengar sesemua tu. Ya Allah, aku bermohon dengan rahmat kasih sayangMu, sembuhkan opah.
my lovely opah. ni masa dia admit last 2 years. to readers, pls ye.. doakan agar my opah cepat sembuh. ina tau pah kuat. ina tau pah akan sembuh. ina dah siapkan baju raya untuk pah. bukan satu, tapi 2. cuma nak sembat tangan & leher serta bawah baju jerr.. ina buatkan kain susun johor untuk pah. ina tau pah suke. yang satu lagi ina dah kasi pada mak ngah, awal2 lagi suruh dia jahit. nanti pah boleh pakai baju baru. kalau ina larat.. ina wat sesemua tu malam ni.. pah kan dah janji nak tinggal ngan mak sampai achik kenduri.. Ya Allah, perkenankanlah doa hambaMu ini. sembuhkanlah opah..

insya allah aku balik esok pagi. aku memang dah lama tak drive malam jejauh. sebab aku mudah terkejut & silau. banyak kerja2 yang nak kena settlkan. nak packing lagi.. baju kengkawan aku yang nak kena sembat malam ni. roadtax kete aku lom dapat. tapi en shahril janji nak hantar kat umah aku 1130pm malam ni.. setel 1 bab. satu lagi.. aku lom servis kete. aku dah book kat servis centre on 4th sept. rasa tak berapa sedap drive kete tu.. dekat 6 bulan tak servis.. memang la jarang guna kete. boleh ke aarr jejauh cam tu.. kete aku akan menyambut ulang tahun ke-2 on 10hb ni.

pasal cuti, aku tak kisah sangat sebab aku ada banyak cuti. lagi pun aku cuti start 7hb ni.. on 3hb aku cuti lagi. so, hari keje hanya 2 hari jerr.. so, aku tak per la.. my boss or my manager insya Allah ok jer.. but for my anak2 buah.. sorry.. your engineer ada emergency. sorry sangat2. baru jerr kita meeting pagi tadi, wat plan baik punya... kita hanya mampu merancang, hanya tuhan menentukan. dah la hari ni aku tak sempat nak printkan label for korang esok tak sempat. tapi walau apa pun, esok pagi aku aku masuk opis dulu settle dulu mana yang patut. may be aku just save & korang print yer.. tapi handle with care. sebab sangat2 sensitive.

to kak norma & ogie. sorry.. dah tak leh nak masak untuk kalian berdua lagi.. so, pandai2 la nak idup... hahhaha..

ni baju my balqis. cinonet jer... 2 tahun lebih kot umo balqis.. esok bleh confirm ngan ita. sorry la nur balqis sofea.. silap.. balqis cakap nama dia nu bakis tuya.
baju2 ita semua dah siap. tinggal yang noor jerr lagi.. ok la.. nak sambung jahit then nak packing.

bolehkan jumpe kat UTM before ina balik kg esok pagi.

doakan semoga aku selamat di perjalanan & doakan semoga my lovely opah cepat sembuh.






....from kekwa22 with love....

2 comments:

  1. La hawla wala quwwata illa billah al-’Aliyyil ‘Adzim ...

    “Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”.

    “Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, sukakan keampunan maka ampunilah kami”.

    ReplyDelete