06 September 2010

jom balik kampung

hari ni last day kat opis, macam2 kena settle. maklum la nak cuti lama. macam2 hal hari ni.. may be sebab last friday aku cuti.

hari ni aku berbuke kat luar. aku gie ngan ita & balgis jer.. hari ni, ada orang yang masakkan untuk aku. ni la our menu petang tadi.

ni sayo campo

ni, tomyum seafood

ni, sotong goreng
yang ni, air feveret aku satu ketika dulu
air tembikai.

esok nak balik dah. memang plan asal nak balik esok. malam ni dah siap packing semua. hope tak ada apa2 yang tertinggal. banyak giler barang. macam nak pindah pun ada rupanya.. mujur la aku balik sorang jerr.. tak de sape yang menumpang. wat berat kereta jerr...

letih aaarr.. hari ni sangat2. kalo letih cam ni.. mana bleh senang2 nak lelap. esok nak drive jauh. aku tak singgah umah pah pun. terus balik umah mak.

kesian aarr kat mak.. dia letih sangat2 tu.. alhamdulillah mak sihat. Syukur pada yang Esa. dengan tak cukup tido & tak selesa di wad tu jaga opah. hari ni opah dah boleh keluar dari spital. dah ada kat umah pun.. opah kuar dalam 11am. tapi pak ngah tiba dari kl 1 lebih. so, that means mak balik naik teksi.

tak leh imagine ce mana nak susah payah gie cari cab. jauh gak nak jalan dari spital. wawawa.. sedih tu.. kesian mak.. sangat2 .. sebab dalam kepala aku ni, memang nampak ce mana jarak antara spital & taxi stand dan ce mana mak bersusah payah. Terima kasih Ya Allah kerana memberi kekuatan kepada ibuku.. Alhamdulillah ya Allah kerana kasih sayangMu pada ibuku.

aku nak balik awal, mak tak bagi, sebab aku tak de tempat tinggal. aku tak leh duduk kat spital. mak plak tak bagi aku duduk umah opah sensorang. that why la aku balik ikut plan asal. aku tahu sebab munasababnya..

may be aku kena tinggalkan kl. kesian mak.. lim pun macam tu gak.. penat dia take care itu ini.. lagi pun, aku bukan ada sape2 kat kl ni. cuma tempat mencari rezeki jer.. may be lepas ni aku kena usha2 jobstreet. supaya aku dekat dengan mak.

Ibu - Aeman

Ibu.. bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu...

Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan...
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana



jujurnya aku tak hepi or teruja sangat pun nak beraya.. biasa jerr.. cuma aku nak balik kg jumpe mak. aku nak bagi mak aku hepi. walaupun anak dia ada 5 orang, tapi jarang sangat dapat berkumpul bersama.. then before balik kl semula.. aku nak bertapa kat umah pah. ataupun process nak pujuk opah tinggal kat umah mak.

mak bagi tahu, dia tak wat persiapan apa pun... aku taw.. macam2 le dia pk sebab anak2 dia nak balik.. aku ok jer.. mana yang aku larat nanti, aku sttlekan. yang mana tak larat.. esok2 la plak.. sebab aku bukannya robot. kan kan kan

jom tido.. doakan semoga selamat di perjalanan esok pagi..

babai kl...




....from kekwa22 with love....

4 comments:

  1. elok pun tinggal kan kl..

    ReplyDelete
  2. musykil..musykil...kul 12:13 king lom smpai umah..kat kompleks pkns shah alam lagi....sapa "king" kat atas ni?

    ReplyDelete
  3. Uits, kekwa lg muskil. Sapekah yg nk jd king plak nih. Oo wat pe g pkns? X abis lg soping ke?

    ReplyDelete