04 December 2010

langsir oh langsir

hari ni setelah sekian lama tak gie paso tani.. maka pepagi lagi aku ngan che norma gie... hujan renyai2.. tapi tak melumpuhkan semangat orang2 len untuk membeli.. belah barangan basah.

kitaorang bfast kat area2 giant becoz nak sambung soping kat giant. manyak arr citer2 keudara.. al maklomlah.. baru jumpe. topik macam menteri.. hehehhe... topik berat2 pagi ni.. masalah2 negara.. citer berkisar tentang opis2 kami berdua.. errmmm

hari ni fariza datang umah dgn balqis.. errmmm comeinya balqis.. ala.. lupe nak amik gambo balqis tadi... tingat dia dok babai2. masa nak balik tadi... cute sangat2.

menu hari ni
masak lemak ketam
kangkung goreng

petang ni.. sampai ke malam aku dok menjahit... maka siaplah langsir layer ke 2. sumer2 tingkap kat hall. dalam bilik lom siap.. pintu pun sama.. nak klem kat bawah jerr lagi.. satu pencapaian yang memberangsangkan.. untuk hari ni.

masa nak wat langsir hari tu.. mak pesan.. jangan wat grand2.. wat biasa2 jerr.. memang la biasa2 jerr.. mana reti nak wat yang luar biasa. mak cuma tanak nanti orang dok tanya dia pasal langsir...itu la ini la.. that why la.. last2 sekali kalo dia nak selamatkan diri.. dia cakap.. along yang jahit.. then along ni le.. kena take over menjawab.. sungguh kureng memberangsangkan..

tadi, achik bagitahu yang mak demam aarr kat kampung.. abang lim pun sama. dia balik kg becoz nak antar barang2 dia yang banyak itu.. al maklom la lagi 2 week lagi.. macam2 belom setel.. panjang pulak senarai mende2 last minute yang kena sponsor.. along.. sekian sekian sekian, angah pulak..sekian sekian sekian... ada jerr dia nih.. tak perr that is her turn. my turn is coming... so, get ready.. hahhaha.. giles punya poyo...

tetiba berkumandang lagu ni... lama giler tak dengar lagu nih.. lagu zaman aku skolah2 dulu.. aku paling suke part last

Carilah aku
Di awal mula
Di akhir tiada
Akhirnya

walaupun aku tak paham apakah maknanya... wakakaka

Mahligai seribu mimpi - iklim

Sungguh lama
Ku pendamkan
Menjadi rasa naluri
Panah cinta ku tembusi
Sifat mu itu

Riwayat mu ku satukan
Di dalam hakikat cinta
Makrifat pun seabadi
Kau tak mengerti
Cintaku kepada mu

Kasih ku mimpikan
Dikau beribu makna
Beribu suka duka ku tempuhi
Hadirlah kasih bagai
Titian pelangi

Bukalah gerbang mahliga
Dihati ini
Mahligai seribu
Impian dan bayangan
Masihku sembunyikan rahsianya

Mahligai seribu
Ku impikan kenyataan
Pada mu ingin ku zahirkan kasih
Terangi ia
Bawakan cinta mu
Wangian syurgawi

Mahligai seribu
Hakikat ku menunggu
Hadirlah mu bersama kerelaan
Nescaya ada
Erti kebahagiaan
Tak terucap dengan kalimah syahdu

Carilah aku
Di awal mula
Di akhir tiada
Akhirnya



....from kekwa22 with love....

2 comments:

  1. betul..betul..betul..sedap lagu ni....

    ReplyDelete