19 January 2011

warna warni kehidupan

hari terasa lambat sangat masa berlalu. lambat giler nak nunggu pukul 1pm. menci betul. bosan plak tu. walau pun hari ni aku bz sikit dari semalam. tak de semangat langsung hari ni. tak sabo nak nunggu esok. cutiiii yey yey yey cuti. best2 dah la dah ada plan baik punyerr untuk esok. hopefully cuaca bagus.

lama dah rasanya aku tak menjelajah dapo orang.. sebabnya aku pun dah lama tak masak. tapi, sehari dua ni.. macam best jerr wat roti. alamak.. hari tu pah nak roti pun belum wat lagi... nanti senang2 bleh wat. memang best makan roti panas2 dan gebu gituuuuu.

tapi hari ni, aku tak wat roti pun.

ni menu untuk malam nih,

dan yang nih, apam pelangi

Resepi asal amik kat sini.. aku just copy paste jerr.

Bahan-bahan :

4 biji telur - aku guna 3 biji telur sebabnya telur tu beso
2 sb ovellette
1 sk vanilla
220 gram gula castor - aku guna icing sugar
300 gram tepung gandum
250 ml santan kara - aku guna santan segar 300ml
1 st baking powder
3 pewarna
secubit garam - ni aku jerr yg pandai2 menambah

Langkah-langkah membuat:
1. Telur, ovellette dan gula castor dipukul hingga gebu dan pekat.
2. Masukkan vanilla dan pukul sebati.
3. Ayak tepung gandum dan baking powder.
4. Masukkan santan kara tadi dan pukul sebati.
5. Masukkan tepung gandum dan pukul hingga sebati.
6. Bahagikan kepada 3 warna yang disukai.
7. Senduk ke dalam loyang yang telah dialas. Senduk selapis demi selapis mengikut warna.
8. Masukkan ke dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
9. Tutup penutup kukusan dengan aluminium foil atau kain dapur.
10. Kukus selama 30 -40 minit hingga masak.
11. Angkat.

apam ni, dah wat dulu masa kenduri achik. sebab rasanya memang best. masa nak buat hari tu, kecoh suruh enche affa tolong carikan resepi. marbeles weeii marbeles.. tak rugi mencuba taw...
kalo tak caye tanya angah & enche affa. sebabnya masa aku potong apam ni, angah dok mengadap hasil kerja aku malam ni.. so, that why la dia ada kat umah. then aku tapaukan sikit untuk enche affa.

hasilnya aku dapat sms cam ni,

'apam ayg ni, lazat btoi.. mau 1 loyang sy boleh abiskan.. mcm mana nak kurus.' peerrgghh statement yang kamikaze betul. ada ke patut nk habiskan 1 loyang.. hish.. bior bebenor kamu yeop... tak boleh di bawa ke majlis cam nih


'memang marbeles apam, lepas ni, no more apam kuala' - waahhh statment yang bisa menggugat mak cik2 yang jual apam kat kuala. kalo lepas ni pakat2 tutup gerai, jangan salahkan aku okeh! sila salahkan enche affa dgn statment dia


'officially malam ni, tukar..' bila aku tanya sejak bila tukar dari apam kuala ke apam pelangi?
sbb sblum ni.. hanya apam kuala jerr yang best bg dia.
sanggup ke kuala kangsar semata2 kerana apam. mak pun cakap.. gie jejauh tapi bawak balik 2 ketul jerr.. kalo bawak aku gie kuala, alamatnya satu bonet kete aku borong.. err ada brani?


'tak payah.. titik' ni plak jawapan bagi soklan aku, tak de talian hayat ke? perrgghh dengan confident nyer... dia menjawab...


tinggal la balance banyak ni.. ada 2/3 lagi ni.. mari2 sape cepat dia dapat. esok nak bawak untuk kengkawan gie picnic.
teruja betul dengan kalernya yang garang...

malam ni aku g jj ngan enche affa serta arman. nak beli barang nak wat gie picnic esok.. kesian anak mama.. dia demam. merengek jer.. pagi tadi masa dia cakp ngan aku, sayu jerr suara dia. 'mama, man demam. man pening kepala.. man tak boleh nak napas, mama....' alahai... sedihnya nyerr bunyi...

masa kat jj, ajak dia melayan car & bike

jgn jadi mat rempit suda
gaya tu penting... pandai betoi dia mencilok & handle this bike
bila beso, boleh masuk formula 1. kayo mama n bapak

cam ni le gaya kalo enche affa reverse dia nyer kete.. bapak borek anak rintik.

pesal la mata tak ngantok nih...


....from kekwa22 with love....

2 comments:

  1. kena wat seloyang lagi...king lom rasa aaa..tunggu king balik kl aa.....

    ReplyDelete