13 April 2011

5S untuk semua

hari ni pepagi, ada visitor.. petang plak kena gie hicom. maknanya keje hari ni.. bleh wat sikit jerr....

memang impress sangat2 5s kat hicom. gud. gud. dia orang dah ada 5s cert. ste bila lagi? bila ? bila? bila? bila2 jerr la dari sekarang. kan kan kan...

balik umah dah letih.. standard la.. kalo tak letih robot la... weeii robot pun kena top up dia nyer power taw.. kalo tak, tak de fungsi apa2.

cumanya malam ni, aku rajin sikit.... dah lama tak wat cheese cake.. tapi aku tak wat guna cream cheese. guna cheese yang keping2 tu jerr.. dah resepinya cam tuuuuuuuu...

ni, plak cheese cake. asal usul resepi, ambil kat sini yer.. aku copipes jerrr4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-cara

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.

2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.

3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.

4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.

5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.

6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .

7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.

8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.

ni fresh from oven. cantik jerr kaler dia... creammy...
sangat gebu dan lembut
angah cakap kurang manis.. next time kena tambah sikit lagi gula..dari opis ia.. terus jerr dia singgah umah aku... that why la dia pun teruja nak merasa kek ni... tapi paling tak sabo adalah anak mama, armand iskandar. tak sabo betul dia sejak kuar dari oven... kalo boleh, dan dan tu dia nak makan...




....from kekwa22 with love....

No comments:

Post a Comment