semalam, gie jenjalan jj. sempat le memborong new oven. hehehhe.. ada sale plak tu.. gie kat sini kalau nak nengok dengan lebih clear. senang le nak baking2 bila dah ada oven beso sket. kan kan kan.. tapi kalo malas.. maka, jadi hiasan jerr la.
pagi ni, untuk bfast, aku wat roti arab. resepi macam dulu2 jugak. sempat la enche affa bfast dulu.cicah dengan kuah kari.
ni, plak bagi merasmikan new oven. aku marined semalaman then, kite bako, kite bako. best.. siap boleh pusing2 lagi. dalam masa 30 minit.. dah masak ayamnya... lepas ni.. boleh la wat ayam golek.. version kenny rojer.. err.. kalo rajin. hahhaha
sempena wat ayam panggang ni, aku masak nasi serai..
resepinya amik kat sini yerr...
- 2 cawan beras
- 1 sudu kecil jintan kasar
- ½ biji bawang besar (yang kuning)
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 5~6 Batang Serai
- 1 sudu Besar marjerin
- Air untuk menanak nasi
- sedikit garam
Cara-cara
- Tumbuk bawang putih, bawang besar, halia
- Titikkan serai
- Panaskan periuk dan cairkan marjerin
- Tumis dahulu jintan kasar
- Kemudian tumis bahan2 yang ditumbuk bersama-sama serai yang dititik
- Masukkan air dan garam dan masak nasi seperti biasa
- Tunggu lah nasi ni.. dan tahanlah perut bila hidu bau wangi nasi ni...ok...selamat mencuba!
ni plak sambal udang lagi.. sebabnya tak de mende yang pedas untuk hidagan hari ni. kesian enche affa. kalo aku, ok jer.. so, wat le sambal udang lagi.
satu lagi menu, sup tauhu lembut, aku tak sempat nak ambil gambo... sebab dah lapo...
suke aku nengok armand makan.. berselera.
aarrghhh.. esok dah keje..
....from kekwa22 with love....
No comments:
Post a Comment