dalam pukul 8.30am, aktiviti hari ni bermula. pagi ni, dato' ustaz daud bawak melawat di sekitar masjidilHaram. di mulakan dari tempat kami menginap. tempat pertama adalah Zam Zam Tower yang menjadi kemegahan sekarang ni. dengan jamnya yang besar, boleh nampak dalam 10km radius. menara paling tinggi. dulu, masa aku datang baru nak bina.. tapi sekarang ni.. belum siap 100%. hotel yang kami menginap duduk di bawah bayang2 zam zam tower atau pun jam jam tower (nama baru yang di beri oleh penghulu sapura sebab dia orang jawa)
dalamnya.. dalam 7 tingkat yang pertama adalah soping complex. atas2nya adalah hotel. sesapa yang ber'wang' boleh la. dekat jerr ngan masjid.ni, salah satu tempat dalam soping complex zam zam tower. kapal tuuuuuu.. jangan kata kapal nabi Nuh AS plak.. tu, adalah restoran. banyak plak idea orang arab ni untuk dia nyer restoran. almaklom la.. duit manyakk boleh deko apa saja yang nak..
sebelah zam zam tower ni, hotel safwa. hotel ni, felda dah sewa. pperrggghhhhhhhh.. menurut ustaz, felda sewa lebih RM24juta setahun untuk hotel ni. eerrr felda tak tau kee? alaaa felda yang bangunan kat jupem tu.. sape2 yang ambil pakej dengan felda travel, duduk hotel ni le kot.. kot le.. mesti mahal bayar.. sebab dekat sangat ngan masjid. tapi.. bila tengok2 felda travel nyer pakej, ada gak hotel2 lain. may be sape nak hotel safwa ni, bayar mahal kot. tapi, siyesly memang dekat sangat2 ngan masjid. cam biasa 7 tingkat pertama adalah soping complex. Dato' ustaz kata, kalo nak makanan mesia n minum teh tarik, gie lerr D'saji. harga teh tarik cuma SAR4 secawan.
ni, pemandangan dari depan safwa hotel. yang nampak kren2 tu adalah pembinanan perluasan masjidil haram. dulu, masa aku datang, masuk kat situ le.. pintu 63, babun omra atau umrah gate. tapi la ni dah di tutup wat sementara waktu. hotel tempat aku mengingap dulu pun not exist anymore. begitu jugak dengan hotel grand makkah. kalo dulu, lintas jalan jerr dah masjid.
ni, pintu 1, king Abd Aziz gate. pintu ni le di gunakan oleh ahli2 rombongan masa mula2 nak wat umrah. lepas tu, masing2 pilih pintu yang di sukai.. yang penting tahu jalan balik hotel.bila nengok gambo ni.. gambo suami terchenta dengan berlatar belakangkan masjid yang tersengam indah yang di dalamnya Baitullah, terasa kerdilnya diri ini.
orang ramai beratur nak ambil air zam-zam. ambil la banyak mana pun. free jerr. bekas, bawak la sendiri. jangan rebut2 semua dapat...kawasan pembinaan. siang malam ada orang berkerja. memang hebat orang2 ni.. dah le panas terik, puasa lagi, wat kerja lagi.. buat plak masjid pulak tu.. hebat hebat. sangat2 hebat. errmmm banyaknya pahala... rezeki dapat, pahala pun dapat.
bangunan yang putih, bawah bukit adalah rumah tempat kelahiran nabi Muhammad SAW. bukan rumah asal la. tapak rumah tu..sekarang ni, di jadikan perpustakaan. menurut cerita Dato' ustaz dan ustaz anwar, kerajaan nak runtuhkan bangunan sebab tak nak bagi orang taksub dan wat macam2 mengikut kefahaman masing2, tapi raja jordan tak bagi. maka, tempat ni, di jadikan perpustakaan
ni, papan tanda di hadapan maulidur rasul iaitu tempat kelahiran Rasulallah SAWtoilet ni, kalau dulu menurut dato' ustaz daud adalah tapak rumah siti khadijah RA.
rumah2 penduduk tempatan yang di kosongkan. maybe nak bina hotel kot. tak ingat aarr kat sini perkampungan apa...
dato' ustaz daud tengah bercerita nihsangat2 gigih bercerita tentang sejarah di sekitar masjid.
bersama suami terchenta. hitam legamnya aku. tapi, biarr aarrr...
suasana pukul 9am di sekitar tempat sai'e
ni, tempat sai'e. sekarang ni dah 3 tingkat dah. pintu yang masuk ke kasawan sai'e ni, banyak yang dah di tutup. babussalam pun dah tutup. kalo perhatikan gambar ni, yang ada bunbung extra kaler hijau, tu le babussalam. menurut dato' ustaz, kat situ la rumah abi arqam tempat Nabi SAW menyampaikan ajaran islam secara sembunyi2ni, tembok yang tinggi ni.. kat atasnya adalah istana raja. dulu, masa aku datang, not exist anymore. tinggi betul istana. betul2 dekat dengan tempat sai'e.
bersebelahan dengan tembok istana rajaistana raja tersergam indah.
kete, on towdi belakang jejantas tu, adalah ma'ala. adalah tanah perkuburan. sesiapa yang meninggal dunia di mekah, di kebumikan di ma'ala. baca kat sini untuk tahu lebih lanjut mengenai ma'ala. menurut dato' ustaz, di bawah makam ni, ada 13 tingkat setiap satu. Saiditina Siti Khadijah pun di semadikan di sini. Al -Fatihah.cucu saudaranya pun di makamkan di sini kira2 2 or 3 bulan yang lepas. kalo sesiapa yang ingat dengan arwah ismail din, dia pun di kebumikan di sini.menurut dato' ustaz, selepas solat isya' arwah menyuruh isterinya pulang ke hotel dahulu kerana dia ingin bersolat lagi. beliau didapati meninggal dunia di dalam sujud semasa bersolat di hijir ismail. Masya Allah. Allah maha besar. Alhamdulillah. beliau meninggal dunia semasa bersolat di tempat yang mustajab/di makbulkan segala doa. Al-fatihah.
diantara tempat2 mustajab berdoa di masjidilHaram ialah;
- di dalam Ka'bah
- Hajar Aswad,
- Rukun Yamani,
- di bawah talang mas (Mizab),
- Hijir Ismail,
- Multazam,
- di belakang Maqam Ibrahim,
- sumur Zamzam,
- Masy'aril Haram,
- di atas bukit Sofa,
- di atas bukit Marwah,
Dato' ustaz bagi tahu, kita ni org melayu kalau nak gie mekah jerr wat kenduri doa selamat. supaya selamat pergi dan balik. tu silapnya. kalo nak baca doa, biarlah selamat gie jerr.. nak balik atau pun tak, tu adalah urusan Allah. Menurut dato' ustaz lagi, sekiranya sesiapa meninggal dunia masa berada di tanah suci, lepas wat umrah atau lepas wat haji, dia meninggal dunia tanpa ada dosa selepasnya. maknanya.. kalo balik mesia sure ada lagi dosa2 len. kalo masa mengerjakan umrah atau haji, lidah kita sentiasa mengingati Allah dan setiap doa yang di baca, kita minta ampun pada Allah. Allah maha Mendengar dan maha Pengampun. Bila dato' ustaz tanya balik, ada ke orang datang sini tak minta ampun atas dosa-dosanya? kami diam jerr... tak ada jawapan. Alhamdulillah, lepas segala urusan ibadah. sama ada mabrur ataupun tak? itu urusan Allah. kita serahkan kepada Allah segalanya. Hanya Allah maha mengetahui. so, dato' ustaz menyarankan kalo nak wat doa selamat, biarlah doa selamat pergi jerrr... selamat sampai ke tanah suci.
tempat sai'e
lepas melawat sekitar masjid, aku ngan enche affa tak balik hotel. terus jerr tunggu waktu zohor. sebabnya tak larat aarr nak balik. panas terik plak tu..
di kesempatan ni, kami berdua menyusuri sekitar baitullah. sama2 pegang kelambu kaabah yang sentiasa berbau harum.
nampak tak ramai orang. memang pun.. tak ramai orang nak tawaf sebelum zohor. panas terik suhu hampir 50*C. waktu ni.. dekat2 pukul 12pm. maka, kami pun beriktikaf la dalam masjid. ni, salah satu tempat yang ada aircond. al malik fahd nyer extension.
para pekerja masjid mengalirkan air zam zam ke dalam tong
tempat mengambil air zam zam yang terdapat di dalam masjid.
sebelum tiba waktu asar. pompuan pun sama gak.. ni, lepas solat asar, masing2 pulang ke hotelmasya Allah. ramainya orang. dalam ramai2 tu.. ada aku dan suami.
kedai kat tepi hotel jual ayam panggang.. sedapnyaaaaa. baunya memikat hati. siyesly, aku tak lapo. cuma dahaga jerrrr...
lepas asar, kitaorang akan ada kuliah
ustaz rizqon salleh sampai terlentok2
kotak2 berisi makanan untuk di agih2kan
roti2 untuk di sedekahkan
menunggu waktu maghrib dan iftar di perkarangan masjid.
ni, pemandangan lepas solat terawih
ramainya orang bertawaf. sama ada tawaf sunat ataupun tawaf umrah.
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
No comments:
Post a Comment