ni, keadaan pukul 6.30am kat perkarangan masjidil Haram. banyak giler kren2 yang digunakan untuk pembinaan perluasan masjidil Haram.
ada orang2 pakistan dan india yang tak menyewa mana2 hotel. maka, beg2 mereka tersangkut kat sini. pekerja masjid hanya membiarkan sahaja. may be mereka golongan yang susah. bagus jugak. tapi yang mana tak menyewa hotel beg2 mereka hanya terletak kat kawasan ni jerr.. dekat ngan toilet. tak de la nak letak bersepah2 sesuka hai. sebab tu kot pekerja masjid tak kisah. yerr la bukan semua jemaah yang mampun menyewa hotel.
teksi kat sini, semuanya menggunakan toyota camry
hebat tu.. kalo kat mesia, sesapa yang ada toyota camry, basuh & lap 2 kali sehari tuuuuuuuuuu.. tapi mana yang ada kete ni, selaku kete yang ke 20 bijik tersusun kat garaj dia, dia tak heran aarr...
ranggi betoi mamat nih, tunggu sape la tuuuuu kat bawah terowong, pepagi..
pemandangan sepanjang perjalanan keladang unta
jom isi minyak dulukst sini, harga minyak murah.
ha.. sampai pun kat ladang untadato' ustaz daud, bercerita tentang istimewanya unta, kepada kami semua
baca lagi kat sini
susu unta dijual di sini. fresh. perah2 dan jual SAR5 jer sebotol. boleh minum terus kalo tak puasa. kalo posa, minum masa berbuke. tapi dato' ustaz pesan, jangan minum banyak2 sebab susu unta ni panas, nanti kena cirit birit plak. pada aku susu unta ni memang sedap. rasa vanila. enche affa cakap, susu unta rasa susu HL.
kalo nak tahu lagi pasal unta, baca sini
masa kat bas, dato' ustaz cakap, kalo nak ambil gambar unta, suruh dia senyum, dia akan senyum. kami gelak2 jerr.. dato' ustaz wat joke. tapi betul weeeiiii.. tengok aarrr unta ni senyum.. sama macam abang ni senyum
bila kami dah naik bas
cam ni le penjaga unta ni duduk bersantai di bawah terik panas matahari yang berangin. ni, penjaga unta yang aksi macam ni..
kalo saudagar unta, aksinya cam ni plakhuhuhu kaya tuuuuuuuuuuuuu... sekor unta harganya SAR3000++ kira sat berapa ekor dok ada.. kaya. kaya. heheheh.. jangan marah yerr darling
ni, highway yang akan kami lalui ke hudaibiahpasir di padang pasir. halus2. kalo angin kuat, habuk masuk mata weeiii.. sebab tu unta ni, bulu matanya panjang melentik. mengelakkan habuk pasir masuk mata.
perjalanan di teruskan ke hudaibiyah
hari ni, wat umrah kali ke 4. miqat kat hudaibiyah umrah kali ke 3, miqat kat jakranah. bila nak miqat, kena gie ke tanah halal, bermiqat, niat umrah dan masuk balik ke tanah haram. terfikir jugak aku, ce mana orang dulu2 masa zaman nabi tahu mana sempadan tanah halal dan haram. aku nengok sama jerr jenis tanah.. pelik aaarr.. yang ada hanya pemisah sempadan cam nih jerr
aku tanya enche affa, dia tak tahu. bila tanya pakcik google, jawapannya
- Nakhlah : 13 km
Sempadan Tanah Haram Makkah merupakan satu ketentuan daripada
Allah SWT. Persempadanan ini telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S dengan
bantuan dan petunjuk malaikat Jibrail.
ni, peta tanah haramni, sempadan2 tanah haram yang tersergam di sempadan tanah halal dan haram. tanda ni, sama jerr kat madinah.ni, kesan runtuhan masjid tempat di mana, berlakunya perjanjian hudaibiah. apa isi kandungan perjanjian hudaibiah, baca kat sini. perjanjian ni, memang berat sebelah. tapi nabi SAW akur, tahun depan, baru boleh datang ke Mekah untuk menunaikan umrah.
masjid ni, hanya tinggal tembok2 jerrni, ustaz khaldon, mutawif bas 2yang, nih, bakal mutawif, one daygaya macam baru balik soping jerrrrrr. terang2 bawak plastik bin dawood. plastik yang berisi kain ihram.
kat belakang masjid, pada sesapa yang nak melontar jemrah, boleh jerr.. jemratun tasbih, jemratun kopiah, jemratun cincin dan macam2 ada.. aku.. tak minat pun nak wat lontaran kat sini.
pemandangan on the way balikhari ni, selesai jerr tawaf umrah, elok jerr masuk waktu zohor. sebelum bersa'ie, solat zohor dulu yeeerr.. kitaorang bajet nak bersa'ie kat basement. tak ramai sangat orang. kan tempat sa'ie dah ada 3 tingkat. boleh jerr bersa'ie kat tingkat ata tak de aircon, tingkat kedua yang berbukit ada aircon. dan yang bawah sekali, kira ground floor la kan, tapi orang kat sini cakap basement. tak perr la... yang penting kat sini tak ramai orang bersa'ie dan beraircon. may be ramai yang tak tahu kewujudan basement ni. sebab baru jerr siap..aksi2 orang kat basement. lepas zohor sambung wat sa'ie dan bertahalul. siyesly memang sangat2 penat. tak larat bebenor teman nih. air kurang dalam badan. rasa lesu tak terkira. tak lapar, tapi dahaga sesangat.
apa la masalah orang nilepas jerr asar, terus balik ke bilik. orang len wat persiapan untuk esok, aku tak join. badan dah rasa nak demam. bukan setakat nak demam, tapi memang dah demam pun.
gagahkan diri untuk balik ke bilik.ni, le jalan yang kami laui nak ke masjidil haram. sebelah kanan zam zam tower dan sebelah kiri, hilton. ramai jemaah yang jalan kat bayang2 hilton. teduh le sikit.
kedai sar2, SAr10 dan SAR25. boleh soping kat sini. tapi aku lalu jerr hari2 tak pernah singgah.
satu lagi kedai yang aku tak pernah singgah, adalah kedai yang jual nihjual emas la weeiii... tak berani aku... punya la beso2.. tengok dah la. kedai2 emas kat sini, mana ada security guard. plak tu display emas, open air jerr... ramai gak la orang len gie. yang tak gie, cuma aku le. sebab aku tak ber'wang'
sejak tengah hari lagi enche affa suruh aku buke puasa, sebab masa nak sa'ie tu, aku memang dah tak bermaya dah. rasa tak habis dah nak berjalan menghabiskan 7 kali. terfikir jugak, ce mana le siti hajar, berlari dari safa ke marwah mencari air dalam terik mentari. i cant imagine anymore. aku yang dok kat tempat yang beraircond pun, dah letih lesu. tu pun, kira kejap jerr aku turun ke ladang unta. tak de la berjemur tengah panas.
petang nak maghrib tu, enche affa suruh aku stay jerr kat bilik, tak yah gie masji. tapi aku degil nak gie gak. Insya Allah, kekuatan tu masih ada. sampai jerr di perkarangan masjid, orang dah ramai.memang setiap kali berbuka puasa, kami berbuka di perkarangan masjid jerr tak masuk dalam masjid. sebabnya kalo dah masuk, nanti lepas solat nak balik bilik untuk berbuke. susah nak kuar. kekuatan orang arab ni, pada buah kurma. diorang makan kurma 40 biji dan air zam zam terus jerr stay kat masjid sampai habis terawih. tapi orang melayu, kekuatan dia pada nasi. walau apa pun, kena makan nasi. zam zam tower waktu maghribjom jom solat terawih
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
No comments:
Post a Comment