30 September 2011

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.

lama tak membebel2 kat blog ni. al maklum la kurang berkesempatan. kat opis plak bz lately ni. kat umah sememangnya penuh dgn rutin seharian. ponek aarrr.

Alhamdulillah. aku bersyukur dengan kurniaanMu. Terima kasih. Alhamdulillah syukur sangat2.

weekend lepas dok kat umah jerr.. tak wat apa pun. aktiviti utama ialah berpeluk dgn armand. dari pagi sampai ke malam. yang dia plak, tak main mende lain.. berpeluk jerr dengan mama. sampai enche affa pun naik rimas. aku? huhuuu tatau nak kata le... lebih lagi la rasanya. tak leh wat apa. kalo berjalan.. kedepan dia kedepan, berjalan ke belakang, dia ke belakang. bila berbaring kena peluk. duduk pun kena peluk. 'man suka mama ada kat umah' tu jerr la modal dia. tetiba jadi manja bukan main.

ni, our on tuesday.

ni, nasi goreng untuk enche affa dan man.
bersama2 dengan tomyum ayam
aku nyerr.. mee tomyumni plak, shawarma
kalau gie restoran arab, aku memang suke nih.. cam kebab la. masa kat mekah pun cari shawarma gak.. ni, aku nyer shawarma...

makan 1 jerrr dah kenyang

kalo ada sesapa yang nak wat.. cam yang aku nyer version, cam nih..

bahannya

daging
200g daging di potong nipis
1 sudu minyak zaitun
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk 5 spices powder
1/2 sk serbuk kunyit
garam secukup rasa

kekdahnya..
gaul kesemuanya dan perap selama 30minit

bahan shawarma
roti tortilla
daun salad
jejari kentang yang di grill
mayonese
sos cili

kekdahnya...
letak kesemua bahan cam ni,pastu.. gulung...sedia untuk di makan.....

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah diatas segala pemberianMu. semoga aku tergolong di kalangan hambaMU yang bersyukur.


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment