31 October 2011

layan jerrrr la

senin jerrrrrrr... sure monday blues... tatau le kenapa.. bukan aku sorang jerr kot.. org2 len pun cam tu gak gamaknya... hehehhee

last weekend tak gie mana2 pun.. pepagi lagi dah kuar bfast. kebetulan armand bangun awal.. that why la boleh kuar... lepas bfast, tah kemana2 gie sampai le pukul 1 lebih baru sampai ke umah. errr.. tak perr.. orang tak tanya pun, dah mandi ke belum.. kan kan kan

sampai jerr umah, masing2 dah tak bayat.. mulanya enche affa tanya nak makan kat luar ker.. tapi aku nak masak.. tak best aarrr makan kat luar... hehehhe.. terajin sikit jerr.. lepas dah siap solat zohor, aku pun tengok le apa yang ada.. teringin nak makan nasi tomoto... so.. layan jerr la... masak simple2 jerr

weeiii tak sangka tu.. marbeles woooooo nasi tomato aku nih. bukan aku jerr yang rasa best nasi tomato ni, enche affa pun agree.

nasi tomato aku, kalo sesapa nak wat cam ni.. bahannya3 tin susu kecil beras basmati di cuci bersih
2 sudu besar minyak sapi*
2 kuntum bunga lawang*
2 batang kulit kayu manis*
5 kuntum cengkih*
1 biji bawang besar di mayang halus*
6 biji buah gajus di belah 2.*
1 kiub ayam
1/2 botol kecil sos tomato
1 cawan susu segar HL
air secukupnya
garam secukup rasa

kekdahnya

cairkan minyak sapi. tumis bahan yang bertanda * hingga naik bau wangi. masukkan beras. kacau hingga sebati. tuang susu dan sos tomato serta kiub ayam. kacau hingga sebati. tuang kedalam periuk nasi dan masukkan air secukupnya dan garam. on periuk nasi dan biarkan nasi masak.

ayam merah

1/2 ekor ayam di bersihkan dan di potong sederhana besar. digoreng separuh masak.
2cm halia*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
cili kering secukup pedas*
3 sudu besar sos tomato*
1 kiub ayam
1 cawan air
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
bawang besar di potong bulat

kekdahnya
blend semua bahan yang di tanda *. panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah di blend hingga garing dan naik bau. masukkan ayam dan kiub ayam. kacau hingga sebati. masukkan sos tomato dan air. biarkan sekali didih dan masukkan garam secukup rasa. biarkan hingga kuah menjadu pekat dan masukkan bawang yang di potong bulat.

errmmmm setel sudahhhhhhhh
on sunday, aku dok kat umah jerr.. kepala pening... bertapa jerr la.. untuk lunch, aku bako ikan cencaru sambal. tapi lepa nak ambil gambo... len kali jerr la...

hehehhehehe

di sebabkan ramai sangat yang tanya, aku ngaku jerr la.. tak rugi apa2 pun. Alhamdulillah.


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

2 comments:

  1. mengaku apenye ni... cer cite

    ReplyDelete
  2. hehehhehe
    ilek2... nak mengaku le nih

    ReplyDelete