26 January 2012

HANYA logo Halal JAKIM yang boleh digunakan dan diiktiraf bermula 1 Januari 2012

take note yerr

Selepas pelbagai isu kekeliruan timbul berkaitan penggunaan logo Halal yang boleh diguna dan diiktiraf di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menetapkan HANYA logo Halal JAKIM yang boleh digunakan dan diiktiraf bermula 1 Januari 2012.

Langkah itu juga adalah susulan penguatkuasaan Akta Perihal Dagangan 2011 yang diluluskan Parlimen Julai lepas dan akan berkuat kuasa 1 November ini.

Semua premis makanan, restoran, hotel dan pihak-pihak lain yang sebelum ini menggunakan logo halal lain yang bukan dikeluarkan JAKIM, perlu membuat permohonan baharu kerana selepas tarikh 1 Januari nanti, semua logo halal sedia ada adalah terbatal. Mana-mana pihak lain juga tidak boleh lagi memperakukan atau mengeluarkan sijil halal ataupun membuat pengisytiharan sendiri berhubung status halal.

Selepas tarikh 1 Januari 2012 itu mereka yang masih menggunakan logo halal lain boleh didenda sehingga RM250,000 bagi pertubuhan perbadanan dan sehingga RM100,000 bagi orang perseorangan atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

antara logo2 yang di kenalpasti... baca kat sini dengan lebih lanjut atau lawati laman HALAL.

Logo halal bermaksud logo yang dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
  • bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
  • perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
  • diikuti tulisan rumi “HALAL”;
  • bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.
sumber lari laman web HALAL

“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)

“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman”. (al-Maidah: 88)

Terdapat riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;

Ø·َÙ„َبُ الْØ­َلاَÙ„ِ Ùˆَاْجِبٌ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ù…ُسْÙ„ِÙ…ٍ
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).

Ø·َÙ„َبُ اْلحَلاَÙ„ِ جِÙ‡َادٌ
“Mencari yang HALAL adalah satu jihad”.
(Riwayat Imam al-Qadha’ie dari Ibnu ‘Abbas r.a. dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5273)

baca dengan lebih details kat sini dan kat sini
ni plak, direktori halal Malaysia.. bleh check kat sini
senarai badan dari luar negara yang di iktiraf oleh jakim. sila rujuk kat sini.




....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment