12 January 2012

kaki kejang semasa hamil

bz betoi aku hari ni.. dengan datang lambat... berturut2 datang lambat. jammed tah apa2. sampai jerr opis dah kelam kabut. biasa tenang jerr.. hari ni ada visitor. dah le semalam 5.30pm baru bagi tahu. mujur tak banyak yang kena prepare.

dalam dok kelam kabut tu tetiba file plak hilang. ermm melilau carik. biasanya file tu 365 hari, ada jerr kat rak tu. tak de siapa yang sudi nak ambil. tetiba pagi ni missing an action. lagi la kalut. sesungguhnya akulah yang paling gabra. mana tak nya file tu le yang akan di tunjukkan pada our visitor. syukur alhamdulillah. akhirnya.. ketemu jua.. tak salah kalo nak pinjam file tu. tapi bagi tahu le sesiapa or senang2 tulis jerr note kat tempat file tu.. tak de la orang len nak guna gelabah tak tentu hala. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. mudah2an ada le new project untuk ste. Ameeenn..

dalam dok gelabah tu, baby pun aktif betul.. macam2 dia wat kat dalam tu. kuat betul tendangan dia sekarang. makin kerap plak tu. kekadang sampai mengah2 mama dia. tak per.... mama ok jerr... tu, tandanya baby sihat.

cumanya paling takot kalo kaki kejang. perrgghhh sakit gilerr... bukan kaki lerr.. kira betis kejang la... menjerit2 kalo sesekali kejang... sebabnya.. tersangatlah sakitnya... kenapa yerr kaki kejang??? mulanya aku ingat sebab posisi tido yang tak betul. sebab kerap gak la betis kejang.
kalo tanya pakcik google, dia jawab, punca kaki kejang semasa hamil adalah kerana;

Punca-punca lain kejang betis berkaitan dengan kehamilan mungkin adalah kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas) dan kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda, atau tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.

Mujurlah, kejang betis adalah salah satu rungutan kehamilan yang boleh diatasi.

Apabila kekejangan menyerang:

• Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda -- tumit dahulu -- dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.

• Urut otot yang kejang.

• Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.

• Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.

Jika kesakitannya adalah berterusan dan bukan hanya kekejangan sekali-kala, atau anda perasan adanya bengkak atau kesakitan, hubungi doktor anda. Anda mungkin menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

sumber : http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/antenatal-health/kejang-kaki/

hari tu pun masa balik kg, achik pesan suruh minum susu banyak2 bagi banyak kalsium supaya kaki tak kejang. so, kena la minum susu bebanyak.



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment