30 January 2012

mudah2an semuanya ok

rasa macam sekejap jerr masa berlalu.. tapi hakikatnya dah lama arwah ayah meninggalkan kami. rasa rindu betul... Ya Allah, tempatkanlah ayah bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh. Al-fatihah.
Hari ni, kena gie check-up kat klinik kesihatan. rutin bulanan yang perlu di patuhi oleh ibu2 yang mengandung. last friday dah check-up kat dr gladis.. sebabnya dah 3 hari rasa sakit & ngilu bahagian bawah rahem. tapi sakitnya tak selalu. sesekali jerr rasa sakit. sepatutnya tak sakit apa2. tu yang gie check gak.. bukan tak sempat2 nak gie check or terlampau excited nak check sampai tak leh nak tunggu monday sebab dah gie check-up kat kelinik kesihatan.. tapi kat klinik kesihatan, check-upnya cam len. belum tiba masanya nak scan. appointment utk scan di klinik kesihatan 8-3-2012. lambat lagi. tak kan nak tunggu time tu kannnnnn.... so, that why la..

masa check kat dr gladis, dia bagi tahu yang baby sihat dan membesar mengikut kadar yang sepatutnya. cuma uri(placenta) kat bawah.
sekarang ni, aku nyer case, dah tahap marginal. sebab dah dekat dgn pintu rahem. dr gladis menasihatkan kami (aku ngan enche affa) supaya gie register kat hospital kerajaan dan pilih date yang seswai pada usia kandungan 39 minggu untuk pembedahan caesarean. huhuhu...

time dr gladis bagi tahu tu.. sedih wooooo... macam2 yang aku fikir. terus jerr jadi stress. kalo bleh aku tanak kena c-zer. biarlah normal. dr juga bagi tahu, kalo ada darah, walaupun sedikit, terus jerr gie spital. tapi aku redha dengan takdir Allah swt. DIA yang menentukan segalanya. walau apapun aku tetap berdoa pada Allah swt supaya aku dapat bersalin dengan normal. Mudah2an bila usia kandungan mencapai 37 week nanti, semuanya akan normal. uri akan terpusing cam nih...
aku call pah tanya ce mana nak wat ce mana.. kena le tanya pada orang yang lebih pengalaman. kalo tanya mak, dia memang kureng pengalaman bab2 nih. cam dulu gak pah advise minum air kelapa muda banyak2.
jangan gie urut. pah tak bagi aku bimbang sebab menurut pah, mak cu dulu pun macam tu, tapi ak jerr... dapat bersalin dgn normal. last skali pah pesan yang betul2 meresap dalam jiwa aku adalah, Tuhan yang beri semua tu, DIA tahu apa yang terbaik buat kita. terus hilang stress aku. may be sebab stress aku terlupa tentang itu. then aku pujuk2 hati.. kalo stress time pregnant ni... tekanan darah boleh naik. tak pasal2 dapat darah tinggi, nanti jadi citer len plak.. dah la senin nak gie check-up. lagi haru nanti.

Plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat jenis, yang disenaraikan di bawah, di mana yang dua terdahulu adalah yang paling biasa.
  1. plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
  2. bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina;
  3. plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean;
  4. plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.
Jika anda ada membuat imbasan ultrasound semasa awal kehamilan dan plasenta ternampak seakan-akan terletak berdekatan dengan serviks atau menutupinya, jangan pula anda merasa terlalu bimbang. Itu semestinya bukan plasenta previa. Semasa bayi anda membesar, uterus anda yang mengembang itu akan secara semulajadi, menarik plasenta dan memisahkannya dari serviks. Walaupun plasenta masih terletak rendah semasa imbasan minggu ke-20, ini mungkin bukan lagi merupakan satu masalah apabila anda sudah cukup bulan. Ini adalah disebabkan semasa pembesaran bahagian bawah rahim anda, kebanyakan plasenta seakan-akan “bermigrasi” ke atas di waktu trimester ketiga.

sumber : click sini

bila baca artikel ni, lagi la rasa lega sket... malas pikir apa2, hari sabtu, seharian tak dok umah. gie jenjalan sekuarga. cuaca pun mendung jerr... tak de la penat sangat nak. sesambil tu, soping mana2 yang perlu.

on sunday watkan armand muffin coklat twinkle2. pandai betoi dia.. request. mana dia dapat idea pun tataw.. nak twinkle2. maka, dapat la hasil cam nih. sesemua ni, untuk armand bw ke sekolah. setakat ni, dia lom pernah lagi miss bawak bekal ke sekolah. walaupun kat skolah di beri makanan, tapi aku tetap gak bekalkan dia. dia pun suke makan apa yang di bekalkan. kekadang habis semua. kekadang hanya separuh jerr.. kekadang, sikit jerrr yang di makan. ikot mood dia. aku tak kisah pun.. janji aku dah wat yang terbaik untuk anak aku.. kan kan kan...

last week armand citer, kawan dia ambil muffin orange & apam dot dot masa dia gie toilet. kesian dia. dia cakap dia makan satu jerr.. pada hal pagi tu aku bekalkan kat dia 5 ketul. apa lagi.. dia mad la kat school. kesian betoiiiii.... bila di tanya, kengkawan dia bawa bekal ke tak.. senang jerr armand jawab, mama kawan dia tak pandai masak....
wat comel2 jerr sebab senang anak mama nak makan.

check-up hari ni, memang la lama sesangat.. loteh den... orang ramai, biasa la... tapi macam2 kena check. siap kena jumpe doktor lagi sebab nurse nak confirmkan kes uri aku yang dok kat bawah. then kena suntik kancing gigi. dari pukul 8.30am.. sampai le dekat 1.30pm.. baru kuar dari klinik kesihatan. memang sesangat letih. lapo giler... sebab tak makan apa pun. baby dah tersangat aktifnya menendang. may be dia lapo. bukan aku jerr tak larat, enche affa pun sama. last2 kitorang berdua EL jeerr... habis citer...

sumber gambo : pakcik google.


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

No comments:

Post a Comment