27 March 2012

Bank Rakyat umum dividen 20% untuk tahun 2011

errrmmm hari ni.. last day untuk mc aku... mc sejak 14hb. rasa macam lama.. tapi kejap jerr... batuk pun beransur kurang.. tekak pun dah kurang sket sakit. cuma selsema dan semput jerr... masih ada.. Alhamdulillah dah ada improvement.

tetiba jerr dapat semput... aku terima ujian ini seadanya... then aku cari2 info pasal semput ni... dapat la artikel dari Dr Rakmat Awang yang menulis kat dewan kosmik 1999.

Adakalanya batuk tersebut dialami secara berterusan lebih daripada seminggu. Selain itu, pesakit akan mengadu sesak nafas dan ketat dada. Dalam keadaan asma yang tidak dapat dikawal, ramai juga yang mengadu terdapatnya lendir yang amat sukar hendak dikeluarkan.

Serangan asma yang dialami tidak semestinya sama bagi setiap individu. Ada yang hanya mengalami sedikit rasa sesak nafas manakala yang lain mungkin mengalami sesak nafas yang teruk setiap hari. Segelintir pesakit asma mengalaminya dalam masa yang singkat manakala ada pula yang mengalami secara berterusan untuk beberapa hari lamanya. Selain itu ada pesakit yang akan mengalami keadaan yang mencemaskan manakala yang lain hanya mengalami sedikit gangguan keselesaan bernafas sekali sekala.

baca seterusnya kat sini

errmmm ingatkan hari tu dah masuk dividen bank rakyat.. rupanya baru di umumkan.. hehhe.. maknanya yang dok ada tu.. last year nyerr... alhamdulillah... rezeki jangan di tolak.. musuh jangan di cari....

Bank Rakyat umum dividen 20 peratus - 2012/03/26

KUALA LUMPUR: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 20 peratus atau RM435 juta bagi tahun kewangan 2011, berbanding 15 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai 15 peratus atau RM330 juta dan dividen bonus saham sebanyak 5.0 peratus atau RM105 juta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pembayaran yang lebih tinggi berkenaan disumbangkan oleh peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 17.6 peratus atau RM2.02 billion, paras tertinggi dalam sejarah penubuhannya, berbanding RM1.72 billion pada tahun sebelumnya.
"Rekod keuntungan ini dicapai hasil dari fokus bank terhadap pertumbuhan aktiviti pembiayaan di samping peningkatan kualiti aset, walaupun terdapat cabaran dalam industri perbankan tempatan," katanya ketika mengumumkan pengagihan dividen bank berkenaan di sini. - BERNAMA

baca kat sini



....from kekwa22 with love...

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

3 comments:

  1. If some one needs to be updated with most up-to-date technologies then he must be pay a quick visit
    this site and be up to date every day.

    Also visit my web page ... How to get rid of stretch marks

    ReplyDelete
  2. It's the best time to make a few plans for the future and it is time to be happy. I have read this submit and if I may just I wish to suggest you few interesting things or suggestions. Maybe you could write next articles relating to this article. I want to read even more issues approximately it!

    My blog - Ford Ranger

    ReplyDelete
  3. This design is incredible! You certainly
    know how to keep a reader entertained. Between your wit and your videos, I was almost moved to start my own
    blog (well, almost...HaHa!) Wonderful job. I really loved what you had to say, and more than that,
    how you presented it. Too cool!

    My weblog - Ford Ranger

    ReplyDelete