11 March 2012
Semoga Aku Tabah Mengharungi Segalanya.....
lama betoi aku tak jengok2 blog ni. dah bersawang dan rasa macam dah lama tak membebel2kan kan kan..... bukan masa tak mengizinkan untuk menulis, tapi tak ada kekuatan langsung untuk aku berbuat demikian...
minggu lepas adalah minggu yang di penuhi dengan ujian. walau apa pun aku terima dengan redha apa yang telah di tentukan oleh Allah SWT. siapa aku untuk menolak qada & qadar dariNYa..
kali ni, aku demam teruk. habis sakit sendi segala... sehinggakan tiada kekuatan langsung untuk berdiri dan berjalan. semua sakit. 3 hari aku MC. tergolek kat umah. tak buat apa pun.. hilang selera makan dan batuk yang sangat teruk. hingga ker hari ni, batuk masih lagi berlanjutan. habis segala jenis ubat aku telan (kalau tak, jangan harap le nak habiskan ubat) then sambung plak ubat dari KPMC.. tu pun habis gak di telan.. tapi batuk tetap macam tu jugak... kali ni, batuk memang teruk sebab batuk kering dan rasa tak lepas.... bila batuk rasa sakit sangat2 sakit dada, perut dan kepala. nafas rasa makin pendek dan mengah. macam tak cukup oksigen jerr.. semput jadinya.
bukan aku jerr demam, tapi armand pun demam juge. dia demam on off lagi lama dari aku. pernah dia sendiri cakap tak nak gie skolah sebab tak larat. pada hal dia sendiri cakap yang dia tak nak ponteng sekolah sebab nanti dia tak tahu apa yang teacher ajar kat kawan2.
disebabkan aku tak larat dan enche affa ada big event yang sgt2 penting dari jumaat sampai sabtu tengah malam, so, aku ajak mak ngah tido umah aku dari jumaat malam lagi. sebabnya aku tak larat sangat2 nak melayan karenah armand. nak uruskan diri pun tak ada kekuatan. tapi on sabtu petang, badan armand makin panas 39.3*C. terus jerr aku suruh mak ngah bawa dia gie KPJ Kajang. tu la paling dekat. Alhamdulillah Allah beri aku kekuatan.
kesian armand, menangis2 sebab tak nak nurse ambil darah dan nak masukkan drip. sebab dia dah set dalam fikiran dia, dia tak nak masuk hospital lagi. masa aku bawa dia pun.. berkali2 dia pesan supaya lepas jumpa doctor, terus balik rumah. kesian sungguh aku tengok bila dia keraskan badan dia masa nurse cuba masukkan ubat bontot dan nak drip.
mak ngah dukung dia tak nak.. nak mama jugak... aku memang tak ada pilihan.. tak sampai hati tengok dia nangis... aku lupakan semua nasihat doktor2 maternity yang tak bagi aku angkat benda2 berat sebab uri kat bawah.. biarlah.. aku serahkan pada Allah SWT. sebab dia yang menentukan segalanya... aku redha jerr... kalo tetiba kuar darah or kena bersalin czer... aku redha. apa yang penting anak aku sekarang ni tengah sakit. memang susah nak dukung sebab perut dah besar. aku tak tahu posisi mana yang betul.. tapi hantam sajalah... dgn badan aku dah sedia berat.. tambah plak dengan berat armand. Alhamdulillah Allah bagi keseimbagan pusat graviti kami bertiga. Dapatlah aku mengendong dua orang anak aku... Syukur Alhamdulillah....
masa nak buat x-ray lagi banyak cabaran. sebab dia nak mama ada kat sebelah. orang mengandung tak boleh kena sinaran x-ray. aku kena kuar dari bilik tu... teruk dia menangis. puas di pujuk.. sampai 4 kali percubaan masih belum berjaya... dada dia berombak yang menyebabkan gambar tak boleh capture. mak ngah teman dengan pakai baju khas pun dia tak nak... kesian sungguh aku tengok dia time tu..... percubaan ke 5 bila aku berdiri sebelah juru x-ray kat dalam bilik cermin, baru ok.
wheel chair? errmm baru jerr dapat masa nak di hantar ke wad. lepas 15 minit masuk wad, dia pun tido dengan nyenyak... mungkin dia letih sangat.... enche affa pun sampai lebih kurang pukul 11pm. dia pun terpaksa tinggalkan event dia dan berkejar ke spital...
Armand di masukkan ke wad 515A lebih kurang 10.35pm. walau apa pun aku bersyukur kerana aku dapat buat yang terbaik semampu aku untuk anak aku yang sorang nih..... sehingga ke saat ni, armand masih lagi di wad.
aku terima segalanya ujian dari Allah SWT dengan redha. Walauapa pun ujian, Insya Allah akan aku tempuhi... semoga keluarga aku dan bayi yang membesar dalam rahem aku sihat. dah nak masuk 29 week dah usia 'adik' & makin aktif bergerak. last week check up, 'adik' dah seberat 1.4kg. dah besar dah 'adik'.
Ya Allah, berilah kekuatan pada hambaMU ini supaya dia akan terus tabah mengharungi segala ujian dariMU
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

Labels:
pregnant
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kesian arman... :,(
ReplyDelete-maksu