22 March 2012

tungku bayi

rasanya kalo aku sihat, duduk rumah lama2 cam ni... sure boring tahap gaban... tapi di sebabkan aku tak sihat.. memang sangat2 selesa tinggal kat umah. batuk pun masih belum hilang cuma dah kurang dari last week. alhamdulillah.

biasanya di sebelah pagi ada rasa kuat sikit nak wat apa2... tapi bila lepas 2pm.. mula la melepek dan mengah... tataw la ce mana nanti bila masuk opis. kalo berjalan lama sikit.. mula la mengah... dan kaki sakit. berat badan pun dah turun sikit sebab sampai sekarang, selera makan tak ada... kesian kat 'adil' tak dapat makanan berkhasiat. kat opis nanti, aku redha jerr la... what ever orang nak cakap.. biarlah.... nasib setiap orang tak sama. Setiap orang ada bahagian masing2.

mujur aku dah wat preparation untuk 'adik' awal. sejak usia kandungan 5 bulan lagi dah siapkan sikit2. kalo sekarang baru nak wat, errmmm memang la tak larat. ada la sikit2 lagi... cuma beberapa mende jerr perlu diadakan. tapi aku tak de la wat persiapan beria2. yang penting2 jerr... nanti mana2 yang tak de.. boleh top up. barang yang tak de lagi adalah set bersalin aku jer.. tu.. tak de masalah... boleh gie beli mana2 toko jamu jerr... tak de la kritikal sangat. enche affa boleh gie carikan. tak rugi wat persiapan awal.

hari ni aku siapkan bahan2 nak wat tungku bayi jer.. cuma jemur jerr dulu rempah ratus supaya kering... lepas tu baru nak bungkus... mujur senang nak dapat rempah ratus kat kampung... tak de la susah nak kena gie sana sini cari....

ni, rempah ratusnya.. petua dari pah... bahan utama adalah habatus-sauda dan lada hitam. ingatkan dapat 3 biji tungku.. rupanya dapat 4. ermm banyaknya.... boleh la bagi adik firas 1. yang len2 boleh simpan. comel2 gitu...........

kegunaan tungku bayi ni adalah untuk menuam bayi, kita dapat elakkan bayi drp kembung, masuk angin dan meragam sepanjang tempoh berpantang kerana menurut kepercayaan orang dahulu, jika tidak berpantang secara betul dan teratur, bayi mudah bermasalah selepasnya.

Menuam adalah satu cara membantu bayi merasa lebih selesa. Manfaatnya banyak terutama bagi bayi lelaki, menuam dibahagian alat sulit adalah amat penting untuk mengelakkan masalah ‘angin pasang’. Jika belakunya gejala ‘angin pasang’ ini, penjagaannya menjadi bertambah rumit dan kebanyakannya akan diselesaikan dengan satu pembedahan di bahagian tersebut.

Caranya mudah iaitu dengan memanaskan bahagian bawah tungku menggunakan sterika atau tungku ibu. Rasa dahulu kadar kepanasan dan tuam dengan cara menekan sedikit. Tuam dibahagian penting seperti perut, dada, sendi lutut, tapak kaki, belakang badan dan bahagian sulit(bagi lelaki). Setiap bahagian lakukan untuk 5 hingga 10 kali tuaman. Lakukan dua kali sehari selepas mandi. Boleh juga digunakan ketika cuaca sejuk untuk mengelakkan bayi batuk atau selsema.

memang jimat kalo buat sendiri.



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Mcmane nak buat tungk bayi ni eh...saya pon excited nak buat sendiri tuk anak..boleh x shae bahan2 n cara penyediaan...terima kasih bnyak2

    ReplyDelete