Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah swt keranan memberikan nikmat kehidupan di dunia fana ini. Alhamdulillah.. Semoga aku sentiasa tergolong di kalangan orang2 yang bersyukur..
Alhamdulillah kerana aku di beri kesempatan dan kenikmatan untuk merasai kemanisan sebuah kehidupan di dalam rahem aku... sesemua ni adalah anugerah yang tak ternilai buat hambaMu ini. Terima kasih ya Allah.. Alhamdulillah...
12. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.
13. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).
14.
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah
itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan
tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging.
Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha
sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.
Peringkat-peringkat bayi yang telah di lalui di dalam rahem aku.. Maha Besar Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.. Bermula dari minggu ke 2 hingga ke 39..
minggu 2
minggu 3
minggu 4
minggu 5
minggu 6
minggu 7
minggu 8
minggu 9
minggu 10
minggu 11
minggi 12
minggu 13
minggu 14
minggu 15
minggu 16
minggu 17
minggu 18
minggu 19
minggu 20
minggu 21
minggu 22
minggu23
minggu 24
minggu 25
minggu 26
minggu 27
minggu 28
minggu 29
minggu 30
minggu 31
minggu 32
minggu 33
minggu 34
minggu 35
minggu 36
minggu 37
minggu 38
minggu 39
Allahuakbar... Maha Besar Allah menjadikan dan menciptakan manusia.. Semoga kita tergolong dikalangan hamba2 yang bersyukur.
Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak
(ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat),
maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya
Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih,
kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang
disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan
secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu
(kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu
yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang
ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak;
kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan
(dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau
semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua
nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah
diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi
itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya,
bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan
gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman
yang indah permai. Surah Al Hajj ayat 5
Aku tak tahu, bila aku akan menjalani proses bersalin..semuanya aku berserah pada Allah swt. sehingga ke hari ni.. kalo boleh, nak cepat jerr... ce mana keadaan aku? errmm bukan nak mengeluh, aku redha semua ketentuan dari Allah swt. cuma sekadar berkongsi pengalaman mengandung setelah 9 bulan.... memang keadaan tak selesa.. apa aku rasa???
sesak nafas
perut mengejang/keras seperti nak meletup jerr rasanya..
duduk lama2 sakit belakang..
berbaring tak selesa...walaupun mengiring
darah rendah
sakit pinggang..
berdiri lama sikit, sakit kaki...
batuk
kurang selera makan
kaki kejang
kdg2 gatal2 seluruh badan
tido tak lena
kerap bangun kencing malam almost setiap jam
angin
sakit lidah / ulser lidah
pening / pitam
sakit sekitar bawah perut
tak boleh duduk tegak.. sakit
tak boleh tunduk .. sakit
tak boleh duduk bersila ... sakit
sesemua2 aku rasa ketidakselesaan semasa mengandung.. ce mana le nanti nak bersalin... setiap orang tak akan sama pengalamannya.. semuanya ada bahagian masing2..semuanya sudah tersurat.. Walau apa pun aku redha semuanya...
Aku bersyukur kerana di awal2 pregnant, aku ok jerr.. cuma dugaan datang pada trimester ke 3. memang besar dugaan untuk jadi seorang 'mama'. Banyak hikmah Allah bagi pada kaum wanita jerr yang boleh mengandung.... dan bersalin..
Memang tak ternilai jasa2 mak pada aku..
Tanpa rahim ibu kita tidak mampu bertahan 9 bulan hidup, tanpa tali
pusat yang bersambung dengan ibu kita akan kelaparan, tanpa kudrat dan
sabarnya ibu mengandungkan kita tidak akan dapat kita hidup selesa dalam
perutnya....betapa kita berkorban sebanyak mana pun tidak akan mampu
kita menandingi pengorbanan ibu....
Hingga ke hari ni.. mak sanggup datang kerumah kerana anaknya yang sorang ni bakal jadi ibu. pengorbanan mak bukan setakat mengandungkan aku jerr.. tetapi menjaga aku bila masa mengandung pulak.. nanti lepas bersalin, mak jaga aku lagi... tak putus2 jasa mak. memang tak terbalas jasa2 mak pada aku.. hanya Allah swt yang mampu membalasnya... semoga mak di berikan kesihatan yang baik dan nikmat umur yang panjang...
Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata, “Seorang lelaki pernah
mendatangi Rasulullah, lalu dia berkata, ‘Wahai Rasulullah, siapakah
orang yang paling berhak aku perlakukan dengan baik?’ Rasulullah
menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’
Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya, ‘Kemudian siapa
lagi?’ Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya (lagi),
‘Kemudian siapa lagi?’ Lelaki itu menjawab, ‘Bapakmu.’” (HR. Bukhari dan
Muslim)
sempena hari ibu, angah bawak mak makan2 kat hotel grand season. kira mak 1st time le.. al maklum la.. kami kan orang kampung... kami2 yang dok kat sini ni, dah biasa dah.. function2 opis. so, ni le pengalaman baru mak.. mujur mak ok jerr dgn makanan yang di sediakan.. hepi betul mak... walau ce mana pun.. jasa2 mak membesarkan kami semua tak akan mampu kami 5 beradik membalasnya..
sumber : tengok kat sini,kalo nak tahu asal usul kejadian manusia, baca kat sini, gambo2 dari pak cik google
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”
Tetiba jerr demam mamak melanda kat umah ni.. kes lepas makan nasi kandar la.. masa balik soping dari sogo. nasi kandar.. kalo sebut jerr na...
Followers
Siber Walking
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
Ketika aku marah Ingin ku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah... Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merah Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah...
My Family
Doa
“ Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."
No comments:
Post a Comment