11 May 2010

still

hari ni kat opis tak de la bz sangat. update database sebab nak masukkan indonesia nyer radio & sourcing pasal cable for pmo. diaorang ni, nak lepas tangan jerr.. sumer mende tak leh nak wat. pastu dah la nak bagi free jerr kat customer. tak per.. as may boss said claim under sio pmo banyak2 sikit.

yes, aku akan make sure claim banyak pas tu sikit plak. hehheeh.. ce mana tu??. aku dah bagi tahu siang2 yang aku hanya tolong sourcing sahaja. kalo nak assemble jgn suruh anak2 buah aku. aku tak kasi. sorang pun tak leh. even for half day. kalo nak pinjam equipment, you are welcome. anak2 buah aku dah cukup busy dah sekarang ni. jangan nak menyusahkan diorang dgn cable yang nak bagi free ni, kalo nak, bayo aarrr..

aku rasa kak norma ni, terus gie kuantan kot. tak balik2 lagi. biasanya kalo gie seberang perak, dah balik dah petang tadi. ni arr susahnya kalo tak jumpe jalan balik.. pergi reti, balik tak reti. ni nak kena install gps kat dia nih. supaya tak terlupa jalan pulang.

ni, my berbuka puasa for today. aku dun have any idea nak masak apa for berbuka. puas pikir kat opis tadi. tak de yang terlintas di hati. ni jerr la yang ada. alhamdulillah. bermakna aku kena berpuasa lagi 3 hari.
angah datang malam ni. aku suruh dia ambil cake. cam biasa payah sungguh nak suruh dia balik. mata dia dah ngantok. suruh tido jerr kat umah aku dia tanak plak. aku pun ngantok gak nih. sekarang ni aku memang tido awal pukul 11pm jerr dah landing dah. pas tu terus terlelap. 6am esoknya baru aku bangun.

aku rasa, aku ni tido lena, makan kenyang, mandi basah, tapi kepala still lagi pening. kalo kat opis tu, pening sejak pagi. kalo kat umah pening tak per.. boleh baring2 cam tadi. jangan pikir sebab apa pening. nanti macam2 plak. kalo pening, layan jer.. kalo kuar darah pun layan jer..

sejak petang tadi aku dok layan you're beautiful. dah episode 5. best gak citer nih.sebab tu aku layan. rasanya citer ni dah ada sejak tahun lepas lagi. cumanya belum ada kesempatan nak tengok. aku suke lagu nih..

Lee Hong Ki - Still / As Ever

sa rang eun a nil geo ra go
jeol dae ro a nil geo ra go
mae beon sog yeo wat ji man
nae mam eun ja kku neo reur bu reu go
han geor eum do mang
chyeo bo go han geor eum mir eo nae bwa do
geu reor su rog neon nae an e keo jeo ga go iss eo

geu man keum sa rang ha na
bwa geu man keum gi da ri na bwa
geu to rog a peu ge hae do
nae mam eun neor tteo nar su eopt na bwa
sa rang eun ha na in ga bwa
nae mam eun byeon chi an na bwa
neor hyang hae ji kyeo on
sa rang i je neun da man ar su it da go

tta tteut han neo ui nun
bic i tta tteut han neo ui sa rang i
dar a nar su rog nae an e
keo jyeo ga go iss eo

neo do nar sa rang haet na bwa
neo do nar gi da ryeot na bwa
geu to rog a peu ge hae do
ne mam eun nar tteo nar su eopt na bwa
sa rang eun ha na in ga bwa
nae mam eun byeon chi an na bwa
neor hyang hae ji kyeo on
sa rang i je neun da man ar su it da go
neor sa rang hae

ttae ro neun sa rang i hog eun nun mur i
u rir him deul ge hae do
sa rang hae sa rang hae
nae gyeot en neo man iss eu myeon dwae

yeo jeon hi sa rang ha na bwa
yeo jeon hi gi da ri na bwa
meo ri reur sog yeo bo a do ga
seum eun sog ir su neun eopt na bwa
sa rang eun ha na in ga bwa
nae mam eun byeon chi an na bwa
neor hyang hae ji kyeo on
sa rang i je neun da man ar su it da go
neor sa rang hae

TRANSLATION:

It wasn't supposed to be love
It was never supposed to be
I fooled myself many times before,
but my heart keeps on calling you
Before i tried to run away
I tried to push a step away
But even then you were growing bigger inside me

I must love you this much
I must wait for you this much
No matter how much it hurts,
my heart can't leave you
There must be one love
My heart won't change
The love I protected for you,
now I can tell you everything

Your warm eye expression
Your warm love
You are growing bigger inside me

You must have loved me
You must have waited for me
No matter how much I made you hurt,
your heart can't leave me

There must be one love
My heart won't change
The love I protected for you,
now I can tell you everything
I love you

Sometimes love, or tears will cause problems for us
I love you, I love you I just need you next to me

I must still love you
I must be waiting for you
I could fool my mind, but not my heart

There must be one love
My heart won't change
The love I protected for you, now I can tell you everything
I love you

tapi, aku rasa sat lagi ni, kalo aku terlayan blues, sure aku nangis nih. macam2 dah ni dalam kepala aku nih. kalo masa landing2 tu terlayan, habis aarr banjir. hopefully tak arr..

ina, pls pls pls... dont ok.






....from kekwa22 with love....

10 May 2010

tired

pagi ni bangun jerr pagi, terus pening kepala. badan rasa tired sangat2. pesal arr.. padahal baru bangun dari tido. belum memulakan apa2 aktiviti. semalam memang tido awal. tak sempat habis pun lipat pakaian, aku dah tertido. ce mana tah.. mengantok sangat2 semalam. buka mata dengan kain baju kiri kanan. tak tersedar langsung sepanjang malam. memang nyenyak tido. sedar2 dah pukul 6am. lepas solat, aku sambung project melipat pakaian yang tergendala semalam.

ce mana la kalo aku tak bangun2? pagi ni, kak norma bz2 sebab dia nak gie outstation. sure tak jenguk aku. ogie plak tak de nya nak buka pintu bilik aku pepagi cam ni. so, kalau aku mati, tak de sape yang tahu. innalillahiwainnailaihirojiun. kepada pembaca blog ni, sedekahkanlah al-fatihah untuk aku.pening aarr hari ni. sangat2. rasa tak leh handle. nak berjalan pun rasa melayang jerr.. rasa nak baring jerr.. tak nak buat apa2. nak kata tak cukup tido, tak mungkin. banyak tu.. aku tido semalam dan sebelum2nya.

kat opis tadi, hidung berdarah. malas nak pikir darah dari mana, sebab apa, kenapa dan bla bla bla. kalau darah nak kuar, kuar la... aku layan jer...

baru teringat, semalam, masa on the way nak gie jalan duta tu.. situasi tu macam dah pernah berlaku. aku dah melaluinya. tapi aku rasa macam 1st time je... err ce mana tu?

ni menu berbuka puasa untuk aku hari ni. aku malas nak masak apa dah sebab aku ada project lain.
kalo kak norma ada, sure dia bising. sebab dia tak de, aku kira selamat aarr. esok baru dia balik.

sebenarnya aku dok bz wat chocolate cake. that why la. rasanya lama giler tak baking chocolate cake. dari kat opis tadi dok teringat nak wat chocolate cake. mulanya nak wat cupcake. tapi malas la pulak. sebab kena tunggu lama. bukan lama apanya.. oven aku ni cinonet. sekali masak boleh dalam 8 biji jer.. mana larat nak tunggu. baik baking yang seketul beso cenggini. sekali jalan jer...
sedapnya... nyum nyum. sangat2 moist. berbaloi arr.. apatah lagi sambil layan this movie..
IP Man. best2. citer ni best. sama best macam my moist chocolate cake. hahhaha... sesapa yang belum tengok citer nih.. pi aarr tengok.. best wa cakap lu...




....from kekwa22 with love....

09 May 2010

no idea

pagi ni bangun dengan pening2 kepala. sebabnya semalam tak cukup tido. sampai pukul 2.30am lagi mata tak nak tido. tak pikir apa pun. sebabnya may be aku dah tido petangnya. that why la susah nak lelapkan mata. 6.30am bangun memang la fenin jerr kepala.

pagi ni aku kena pi jalan duta sebab nak hantar beg mak. diorang balik hari ni. mak terus balik umah opah dulu. pagi ni juga aku hangin dengan my cousin2 aku. semalam aku dah bagi tahu yang aku datang pukul 8am, amik diorang, then gie jalan duta. takut nanti tak sempat nak jumpe opah pulak. pukul 8am tu la baru nak bangun. mana aku tak hangin. tapi diaorang memang dah tahu yang aku ni memang garang. hahahaha

wah, tetiba ada citer hot dalam bas. pasal sape lagi kalo bukan pasal aku le nih. hahhaha.. panjang lebar arr conversation dalam bas. tak sangka plak. ingat aku dah tak masuk dalam senarai sebab dah naik bas. hehehee.. aku bajet.. diorang 3 beranak tu, sure dok citer pasal aku sejak dua menjak ni. pakcu, mak & opah la. sape lagi. aku turun jerr dari bas, pak cu tanya mak cakap apa?.. hahha dia pun tak tahu ke? dia pun tak sabo kikiki. aku jawab.. ala pak cu kan nak masuk keje... nanti la kita sembang2. baik tak alasan aku. ingatkan habis setakat tu jer.. pastu pak cu sambung, nanti datang, jumpe pak cu.

perkara ni tak habis sampai sini jerr nih.. tengok la kenduri rumah mak wah nanti, aku mesti tak terlepas dengan soalan2 cepu emas. cik mat mesti tahu punya. kalau orang2 lain tu, aku kurang rapat. memang tak boleh elak nyer.. kena ready jawapan untuk cik mat walaupun tak tahu soalan apa yang akan keluar. apa ye.. skema jawapan yang nak di buat. cik mat ni, kalo dia tak serius tak pe, kalo dia serius siap la. macam polis menyoal siasat.

pesal tetiba aku terjebak dengan perkara2 sebegini ni? tak pernah termimpi or terlintas dalam hati sanubari. tu la di namakan takdir. perjalanan ni, hanya Allah yang mengaturnya. macam opah cakap pg tadi, 'kita ni merancang, tuhan menentukan, tapi biar la elok rancangan kita ni.'

aku tak tahu, tak tahu, tak tahu. tak baik mengeluh. tapi apa yang di keluhkan? tak de mende pun. sirim memang lulus. no problem at all. entahlah. hope i can fly without wing. boleh ke? boleh kot. nanti aku practice. lama2 sure boleh la. kalo susah sangat, susah, tapi complicated. aku rasa aku kena fikirkan tentang sumthing. sumthing yang telah aku rancangkan satu ketika dulu. kena cari semula semangat yang hilang tu agar aku mampu melakukannya.

ni aku nyer breakfast. jagung semalam yang cik norma dok mengidam tu. pas tu beli banyak. then dia pun tak makan. makan sikit jer. pagi ni aku makan setongkol before nak mandikan jimmy.

angah melepak kat umah aku. dia pun bukan buat apa pun kat umah dia. suram jerr cuaca hari ni. mendung. aku mandikan jimmy. teruk sangat2. dah tak macam rupa orang dah. memang la jimmy tu bukan orang.. semua orang tegur kenapa teruk sangat jimmy. dah sebulan tak mandi. cam tu arr.. lama gak arr mandikan jimmy.

lepas mandikan jimmy, aku boleh la pulak ngantok. letih. dengan berpeluh2 dan busuk2 tu. ngantok sampai tak boleh celik mata. apa lagi aku layan aarr.. 12 lebih baru aku bangun. means aku dah tido hampir sejam. cover balik yang semalam nyer la nih..

aku bangun dari tido tu, kak norma bz membasuh kat atas. aku plak masak untuk lunch sebab lapo dah. masak sayur jerr la. angah layan novel. masa aku sibuk masak sayo kak norma datang, bawa sebakul kain yang dia dah basuh. 'na, akak nak spin jerr ni, tapi akak tak reti ce mana' 'cik ina, tolong cik norma spin sat.' adooiii kak norma ni kan.. tak pasal2 kena gelak ngan aku. percuma jer.. '

ni rezeki tengah hari ni. sayur apa tah ni namanya. kak norma la beli daun ni. aku goreng jer dengan sos tiram & udang.
kuzi kambing yang aku masak semalam. baru hari ni nak rasa. tak sangka pulak kak norma suke. rupanya dia tak pernah makan kuzi. semalam dia cakap cenggini masa aku dok masak 'na, akak ni, mana reti masak macam nih, ce mana akak nak kahwin nih' masa tu dia dok tengok aku ce mana aku masak kuzi. aku cakap kat kak norma 'lama2 tau la, senang je nak masak'
masa makan tu, kak norma cakap kat angah, 'alongkan kalo dia tak masak tak pe, tapi, kalo dia masak, akak la dok menghabiskan, ce mana akak tak gemok?, bukan salah akak, salah along. kuzi ni tak bau kambing la na, kalo bau akak tak makan. sedap ni. pak ndak mesti suka, sebab dia suka kambing. tengok angah, dia dah siap makan dah, kita dok makan lagi.' angah sengih jer, sambil dok suap nasi.. aku cakap, 'akak makan jer, habiskan, senang ina nak basuh'

ni pulak another sayur. petola. petola masak air jer campur ikan bilis.
moral of the story, semua makanan habis di makan. alhamdulillah kenyang.

petang tadi aku tengok citer nih. pic dia.. err boleh la. kalo tunggu lagi sebulan lagi ok la la. tapi tak perr arr ni pun just ok. not bad. semalam donlot. aku rasa, tak de la best sangat citer nih.. banyak bercakap jerr... pot pet pot pet. rasanya best lagi citer nihciter tentang spaceship yang mendarat kat bumi. uniknya spaceship ni berbentuk manusia. citer kelako. citer ni dah lama. aku jerr yang baru tengok.

petang tadi kak norma ajak aku ikut dia pi k4, singgah opis dia then gie ampang. tapi aku malas aarr.. penat dah nak gie mana pun. lagi pun banyak keje2 aku kat umah yang belum di bereskan.

malam ni aku hanya masak sementara nak tunggu kak norma balik.
ikan masak sambal jer. mulanya nak masak sotong. nak wat masak kicap. pastu kesian plak kat kak norma makan makanan tak pedas jer.. so, aku pun tuko la jadi sambal.. kalo aku, tak pedas tak per... no hal nyer..
ni pulak tauhu telur. aku goreng kering jer. then campur jerr apa yang ada. mula tadi nak goreng asparagus, tapi malas aarr makan batang2 tu. pastu nak wat tauhu stim campur sos tiram, letak udang kering & bawang goreng. perrgghh best2. tapi malas la pulak nak stim2 nih. apa yang rajin pun aku tak tahu... nasib la.. last2 goreng pun sedap.

dinner ngan kak norma. lepas tu, aku kena melaksanakan project melipat pakaian. pakaian yang berlambak tu baru kering petang tadi sambil layan citer nih.
esok dah keje. sekejap jerr masa berlalu. terlalu pantas.

Air mata ibu - Siti Nurhaliza

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda…
Duhai ibu




....from kekwa22 with love....

08 May 2010

letihnya.. sangat2..



hari ni, awal tahap gaban sampai tasik titiwangsa. 6.58am. pergghh.. orang pun dah ramai. diorang ni datang pukul berapa pun aku tak tahu. hari ini dalam sejarah boleh dua buat 2 round tasik tu.. perrgghh penat tahap dewa. sangat2.

balik tu, gie bfast kat kedai taliban. makan mihun goreng & teh o ais limau. kepala pun mula pening. sampai jerr kat umah, siapkan barang2 hantaran man, menjahit alas dulang yang lagi 2 belum siap. pastu call dia suruh datang ambil. sebabnya dah tak larat dah tengok mende alah tu kat bilik aku.

sessi kedua basuh pakaian. punya la banyak tak hengat. yang basuh dengan tangan dan di tambah dengan 3 kali guna washing machine, baru siap. baju2 yang gie kota bharu hari tu la nih. perrgghh banyak giler. rasa macam ada anak 10 orang. hahhaha.. nak sidai punya la lama. sampai tak cukup hanger. hanger? hahhaha clothes hanger la. apa plak hanger.. nak wat apa.. bukan ada aeroplane pun. letih giler...

then aku sambung kemas dapo. macam2 aarr buat. kak norma tak de. dia gie kenduri dia nyer ceo. tinggallah aku sensorang. ogie gie bukit merah. bersuka ria.

man datang dekat2 pukul 1. time tu aku tengah dok sidai2 kain. kaki dah tak larat dah nak jalan. tapi dia ajak makan. aku pun lapo gak nih. maklumlah keje berat. aku ajak dia gie makan kat jj jerr sebab aku nak beli barang2 basah sikit untuk masak. kat jj berjalan lagi.. aarrgghh letihnya.

hari tu mak tegur aku bila nampak sebalang besar kauci kat bilik aku. mak kata, makan kuaci macam makan nasi? banyak sangat ni. hari ni aku top up lagi. hahahaha. nanti bosan aku berhenti la.

hari ni panas terik. tapi tengah hari tadi ada hujan. ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. lepas zohor, aku update pc kak norma. mata pun dah blink-blink. kepala pun dah mula pening. arrgghh letih giler hari ni. then aku membuta. lama tu rasanya. dekat sejam setengah. bangun jerr.. rasa lesu. penat arr.. sangat2.

sejak petang tadi aku dok bz perap kambing dengan yogurt serta menyediakan bahan2 nak masak kuzi. then anak sedara kak norma yang tinggal kat ampang, datang. sebab mak dia ada dinner kat hotel istana malam ni. pastu siap ajak kak norma g makan kat soto berlada. apa lagi kak norma paksa aku join sekali.

mulanya malas gak nak gie. aku dah siap masak dah, last2 nak gie makan kat luar. tah apa2. tapi di sebabkan dah letih dengar kak norma dok ajak. jom gie makan, jom gie makan. maka aku pun gie jerr la.. esok la jawabnya baru merasa my kuzi.

kitaorang bertiga order teh ais, air limau, air suam, mihun soto & mee jawa. makan kat soto berlada. dulu2 kedai tu tak de pun orang nak datang. tapi sejak masuk jalan2 cari makan, terus jerr popular. ramai giler orang. bagus dia nyer business. belum habis lagi makan dah kak norma nak makan jagung rebus pulak. adoiii.. nak jagung rebus, nak jagung rebus.

maka, gie la pasar malam kat depan jj tu, semata2 mencari jagung rebus cik norma. penat tu berjalan hari ni. tired aarr.. mujur aku pakai selipar jepun jer. masa kat pasar malam tadi aku & kak norma kelakar tengak budak kecik pompuan dok berjoget sakan bila dengar lagu pak mamat ada kebun. best2. lepas tu, terus menjadi lagu paling popular malam ni kat umah no 25 malam ni.

pak mamat ada kebun, eya eya ooo
kebunnya ada kerbau eya eya ooo
moo sini, moo sana, sini, sana,
kerbau pak mamat ni, dia tak jaga, merayau kerjanya
kebunnya ada ayam eya eya ooo
chik chik sini, atas atap, sini, sana
ada tak ayam ni, pandai masuk rumah orang, abis tahi ayam

dan tah apa2 lagi lirik dia yang kelako giler

tengok video ni, filem hindi tapi lagu pak mamat nih


malam ni misi mendonlot lagend of the seeker ep 18 & 19, ip man & iron man 2. hope pagi esok siap. ni kearah nak men'slow'kan pc ni lagi la nih.. baru jerr ok.. pastu hangin. hahha. hope ip man & iron man 2 ni, gambar dia ok la..

nak layan citer ni, lepas ni. kalo tertido, nasib la... esok sambung..





....from kekwa22 with love....