13 June 2010

hari ini dalam sejarah

sebab semalam tido awal, hari ni aku bangun awal.. lagi pun port aku malam tadi kat dapo jerr.. malas nak naik atas.. tapi memang tempat tu tempat favorite aku.. hehhe..

aktiviti aku pagi2 ni ialah tengok apa yang ada untuk di masak.. ramai ni anak cucu serta cicit opah. penuh umah pah. & penuh umah mak wah...

nasi semalam ada banyak lagi.. cam tu jugak dengan dengan masak pedas ikan tongkol. maka ni hasilnya.. . nasi + isi ikan tongkol + serai + bunga kantan + daun limau purut. sayo tak de.. sebabnya kat umah mak wah tu.. sibuk nak wat mihun goreng pulak.. malas nak berebut sayo dgn diorang.. lagi pun terhad mendenya.. cukup la nih.. bahan2 untuk nasi goreng kerabu darurat namanya... walau pun darurat, tapi cikmat tambah 3 kali maaaaa. yang mak ngah pulak.. cakap.. ni 1st time dia makan nasi goreng kerabu.. apa2 pun.. janji licin...
ni, pulak.. my teh tarikhabis satu pack tea aku kerjakan.. hahahaha... nasib aarrr sape suruh aku buat teh tarik.. ni, namanya teh tarik dua kali... nak tahu ce mana nak wat teh tarik 2 kali meh kita bukak kelas...

bila mak yong suruh aku bancuh air kopi, memang aku tak reti. hehhe.. tak pernah bancuh kopi seumur hidup... memang fail habis.. sebab aku tak minum kopi. aku tak tahu ce mana sukatan nak bancuh kopi.. kalo nesface o pun aku tak reti bancuh.. aku tak tahu sama ada nak cair or nak pekat. tak reti nak adjust cemana.. pernah buat.. tapi jadi pelik & tak sedap. kalo bancuh nescafe + coffeemate & susu, aku expert. hehehe

lepas pada tu, aku wat sessi lawatan sambil belajar di keliling umah opah. maklumlah tak de apa dah nak buat...tak lama lagi manggis akan masak..

yang ni pulak.. pokok durian yang berbunga sepanjang tahun.. dah berbuah. memang lebat buah kali ni...
alamak.. lupa la pulak nak amik pic pokok rambutan keliling umah yang bukan main lebat buahnya... tak pe... next time okeh.

abang lim sampai dekat2 pukul 9am. aktitivi pertama dia ialah..
begitu gigih sekali abang lim mengacau. aku tak tahu ni masak apa.. yang aku tahu.. ni.. pucuk ubi. masak apa entah.. tak tanya pulak namanya apa. ada kena mengena dengan tempoyak.. tempoyak aku tak makan, tapi durian, memang pantang jumpe.

dua beradik ni, memang pantang jumpe...kalo jumpe.. ni, aktiviti wajib. tak kira di mana berada.. terjerit2...

untuk kenduri ni, siap ada banner lagi tuuuu....ramai gak arr orang datang.ni.. orang2 nak balik daaaaa

dalam ramai2 tu.. ada gak yang pakai baju merah belang2. aaii seeyyyman... lebih kurang sama tapi tak serupa...kesian kat adik2 akuni port diorang... tapi bawah pokok rambutan. port ni la redup tak panas.. kalo dah redup.. maknanya tak panas la.. aaddooii sejak bila aku jadi berbelit2 nih!

ni, my lunch.
masa kenduri ni.. ramai la tah sapa2 yang aku tak kenal.. bila mak panggil aku & adik2 nak kenalkan.. errmm layan jerr la..

ada gak yang aku buat2 tak kenal.. hahhahaha... bukan apa.. aku tau dia tu cousin aku.. nama.. ada gak yang lupa.. umah diorang tak de la jauh sangat dari umah opah.. tapi aku memang tak berminat nak ambil tahu. diorang tu, kira saudara dekat belah ayah. sepupu aku, kira anak sedara arwah ayah la.. aku ada sejarah okeh... yang masih segar dalam ingatan.. walaupun dah dekat 10 tahun... aku malas nak mesra alam dengan diorang... tak rugi apa2 pun..

pernah gak mak & opah membebel kat aku suruh pi rumah diorang... jgn lupa sedara mara.... aku ke yang lupa atau diorang? sampai penat mak & opah membebel aku tak gie gak.. last2 diorang malas dah nak cakap apa.. sebab aku ada hujah2 aku tersendiri akan sebab munasababnya.. malas la... sama gak dgn yang kat ijok tu.. ada sejarah juga.... adik2 arwah ayah. semuanya dah jadi arwah dah...

sikap pendendam ni.. aku tak tahu sampai bila akan berakhir.. aku tau tak baik.. orang kata, yang sudah tu.. sudah la.. may be sebab segala peristiwa tu.. boleh menjelma di depan mata.. tak leh senang2 aku nak lupakan.. bukan teringat selalu.. kekadang tak ingat langsung dah. tapi bila nampak jerr muka... dan dan tu.. once upon a time yang dolu2 tu.. terlintas kat skrin... then aku pun malas nak bermesra alam..

wajah ceria opah
hepi jerr opah aku time nih... maklomlah.. dapat cucu baru... hari ni, opah, ligat macam lipas kudung.. ke sana ke mari..

masa tengah ramai2 tu.. ada yang sedap2 jerr melepak bawah pokok ni,
tetiba.. jeng jeng jeng.. gugur sebiji.. haa.. terkejut giler.. lari lintang pukang orang yang duduk kat bawah.. aku yang dok ada kat depan tu.. mana bleh cover nak gelak hahhahah.. mujur tak kena kepala sesapa. kalo tak.. siap boleh masuk paper jadi headline. hari ini dalam sejarah... hehehehe

pengantin tiba dekat2 pukul 2pmyang ni pulak.. anak bapak. tak boleh berenggang dengan bapak dia.. anak pak cu yang no 2.pagi petang siang malam.. berkepit.. anak bapak la katakan.. pak cu memang ajar anak2 dia panggil dia bapak. dengan alasan.. biar la nampak klasik sikit. memang klasik.. bila pi soping.. anak dia jerit bapakkkkk!! dia plak yang segan.. tah apa2 tah.. poyo jerr lebih.

ni plak aktiviti di malam harihari ni.. baru aku tau yang rupanya man ada sorang kakak. errr aku pun ada sorang kakak apa... & 3 orang abang...

pukul 9 jerr aku dah tak leh celik mata.. ngantok giler... walaupun kat luar tu.. dok karaoke tah apa2.. bising giler... anak2 sedara & bapak2 sedara sama jerr.. mujur mak2 sedara tak join. kalo tak, mau hujan lebat. sebenarnya aku layan blues.. tah aarr.... macam2 perasaan ada... tapi nak buat macam mana..... layan jerr sampai la tertido..





....from kekwa22 with love....

12 June 2010

1st day @kenering

Pagi ni, bertolak dari au2 dalam 930am. Sejak kat kepong lagi dah jammed.. menci betul.. pulak tu banyak giler kete. Tah.. diorang ni nak g mana aku pun tau.

Memang banyak kenderaan ke utara... banyak kali jugak la jammed yang sampai berhenti... aku hanya boleh drive 220km/j jerr.. habis semua kete lain kena potong. Tapi, hampeh betul Ferrari hitam tu, berani dia potong aku... hahhaha

Sampai nak exit kuala kangsar pun masih lagi jammed. Ooppss silap.. orang mana panggil kuala kangsar. Kuale.. memang ramai orang nak gie kuale.. teman idok tahu la yeop ade apa kat kuale tu. Banyak bebenor kete. ni pulak masa bosan2 beratur. dok kat sini pun dalam 20 minit. tah ce mana.. masa tengah beratur ni.. tepon achik.. rupanya dia pun berada di kawasan yang sama. nak bayo gak.. tapi dia dah kat depan dah...

Aku sampai ke umah opah dekat 230pm dah. Tak de la ramai pun masa tu.. ada family mak yong & pak ngah jerr...

gambo ni.. aku amik dari dalam umah opah..sehari, boleh gie umah mak wah 50 kali.. tu pun kalo larat la... kalo kat umah opah tak de nasi, boleh gie cari kat dalam periuk umah mak wah.. kalo kat umah mak wah tak de.. baru masak.. hehheh.. bagus tak aku nyer perangai...

petang tu.. mak wah panggil aku sebab suruh buat apa yang patut kat bilik pengantin. sebelum tu.. aku tanya dulu.. 'ni, nak suruh along ni.. tak menyesal ke?' hehhehe kena mintak kebenaran dulu ma... 1st step.. as a pengarah program... kena kumpulkan anak2 buah dulu.. hehhe.. sebab diorang yang akan buat.. mula2 aku suruh angkat segala barang2 atas rak hiasan.. dan rak2 tu pun kena ubah tempat lain. frame & segala tah apa2 kena alih kan.. susunan bunga yang kat atas pelamin, aku tuko lain... kain2 jurai2 tu pun aku ubah...
tak center ni, sebab before this ada plak rak yang hiasan yang serabut2 tu di tepi. pulak tu diorang ikat ngan dawai plak.. susah nak buke.. tapi, kira ok la... before this.. pelamin ni tak berseri becoz kalernya... tenggelam.. cerr pilih kaler yang hepi2 sikit.. baru la.. nampak berseri. tapi.. dah tuan punya badan pilih cam ni... wat jerr la mana2 yang patut

then aku siapkan bilik pengantin. dari katil melintang, aku ubah membujur dan letak bunga2an.. kiri kanan serta perabut yang tak kena warnanya... aku kuarkan.. tapi.. lupa pulak aku nak ambil gambo sebelum dan selepas...

Masa tahlil aku dok kat umah opah je.. malas nak keluar. Dah la ujan2 ni.. aku layan blues jerr kat umah opah... tengok jerr dari pintu. Ni, menu untuk majlis tahlil. Ramai jugak orang yang datang malam ni.

Pucuk paku gorengMasak pedas ikan tongkolMasak lemak nenas dengan ikan masinGulai tempoyak ikan lampamDi sebabkan aku & opah tak makan tempoyak, maka ni gulai masam ikan lampam. Tapi bukan untuk kami berdua jer... termasuk golongan yang tak makan tempoyak.
Yang ni sambal buah kuini. Punya la best bau dia.. semerbak... macam best jer.. tapi aku tak berani nak mencuba.

Masa tengah makan tu, cik mat datang, opah tanya cik mat cam ni ‘sampai ketepi ke?’ then cik mat jawab ‘sampai’. yang nora ni plak.. wat blurrr.. bila dia tanya opah 'apa yang sampai ke tepi pah?' time tu opah tak jawab becoz dia bz wat sambal. kesian nora.. tu la.. menuntut tak abis lagi.. sebenarnya opah tanya, makanan yang ada tu, cukup ke tak? memang la tak de kena mengena.. ke tepi ke or ketengah ke.. kekadang aku pun tak paham.. pesal la.. opah suke guna bahasa jiwa bangsa ni.. tapi bukan sekarang ni jerr..sejak dulu2 lagi.. so, pandai2 la nak hidup

aarrgghh riuh rendah dengan orang2 berkaraoke.. gamat betul.. master mind nya cikmat la.. ada yang sedap di dengar.. ada plak yang gaya2 katak nak panggil ujan jerr.. hahhaha.. tapi aku malas layan.. tido lagi bagus..





....from kekwa22 with love....

11 June 2010

bye bye au2

petang ni.. our boss tak de.. apa lagi... raya sakan aarr... azam siap tengok movie lagi dengan selambanya.. dia tengok citer how to train your dragon. aku malas nak tumpang sekaki or dua belah kaki, becoz aku dah tengok citer ni last 2 months ago. tapi, citer ni memang best.. kalo sesapa yang lom tengok... silakan.. tak rugi maaa..

hari ni last day fariza kat opis. tak tahu arr nanti2 bila boleh jumpe lagi. masa dinner boleh jumpe lagi. lagi pun teknologi dah canggih maaa.. yang penting. kalo dulu aku selalu gie makan bertiga sekarang ni dah tinggal berdua.. tak meriah aarrr. tak pe.. kena redha.ni, antara menu petang tadi dah selamat masuk dalam my perut.

kecoh hari ni kat area2 belakang ste yang malam ni.. worldcup, bangladesh lawan melaka. hahhahaha.. sape punya statment tak hengat ni, asal usulnya dari sape, aku kurang pasti...

mood balik kg... ho ho ho balik kampung hati girang. waahhh dah lama giler tak balik kampung. bila ye... last skali balik kg. raya haji dulu kot. rasanya la... sampai dah tak ingat dah bila last balik kg..

nak balik kg umah opah la.. bukan balik kg umah mak. balik kg umah mak.. last skali masa aku mc hari tu. selamat tinggal au2. hahhaha. nanti monday kita jumpe.. ye..ye... cceee wwaahh.. cam la nak balik kg ni lama. seronok nak balik kg, tapi tak gumbira. hehhe ce mana tu? tah la.. tapi macam tu arr lebih kurang.

petang tadi, mandikan jimmy. dekat 3 minggu kot dia tak mandi. macam2 ada kat badan dia.. berkerak & berdaki. teruk aarr kena sental tadi.. nak kasi kilat nyer pasal. bukan sebab apa.. untuk mengelakkan diri dari kena kutuk.. that all. berpeluh2. mujur orang sebelah tak de. errmmm agak2nya kan.. diorang datang tak aarr ke umah opah? hehehe. sebabnya diorang pun balik lenggong jugak.. umah opah diorang 3km jerr jauhnya dari umah opah aku. dekat sesangat.

malam ni... tetiba kedai dobi beroperasi. hehehhe..semua stock2 kena kasi clear. kena kasi kosong segala bakul & baldi. nanti balik hari isnin senang hati.. tinggal lipat jer.. di sebabkan ogie ada kat umah, dia akan jadi tukang angkat kain dengan segala hormatnya.

malam ni aku baking chocolate cupcake. lepas kuar oven ni le.. hasilnya.. gelap gelita..ni cupcake sebelum masuk salon & makeover..

bila dah make-up makeover, cam ni la rupanya...
berseri la sikit... nak wat butter cream senang betul.. ni, kira 1st time buat butter cream. dah trend sekarang ni.. wat cupcake.. ada plak decoration kat atas dia.. so, aku pun teruja gak la nak buat.. hahhah.. bila lagi kan nak improve skill. tapi nak me'make-up' ni, perlukan tahap kesabaran yang tinggi. kalo setakat hangat2 tahi ayam jer,... baik lupakan niat suci murni anda tu.. penghayatan tu penting.

lepas tu aku buat cream horn for my mum. sebabnya last week dia datang sini, aku nyer red bean horn, mak suke.. mak kata rangup dia nyer horn.
hari ni, kira rajin tahap dewa-dewi la nih. kalo tidak, tak de maknanya.. tapi rasa berbaloi.. segala penat lelah akhirnya.. mendapat hasil yang lumayan.

malam ni, ogie dok teruja tengok afrika vs mexico, dia nyer referee from malaysia. kecoh sekampung.. menjerit macam histeria.. aku malas campo.. sidai kain lagi bagus.. hahhaha.. packing pun belum lagi... malam2 sikit kot...







....from kekwa22 with love....

10 June 2010

lalalalala

hari ni kan... sejuk giler... lebih sejuk dari semalam2nya. pulak tu pagi2 kena mandi ngan air sejuk.. pagi-pagi ke? kira pagi la cam tu.... dah la sejuk, bertambah2 sejuk jadinya... gggrrrrrr menggigil siooot. pesal tah pepagi ni air low pressure plak. halus jerr kuar kat shower. mau tak mau kena aarr mandi air sejuk yang lebih kurang cam ais jerr...

hari ni, seharian aku kat glue room. nak wat new program untuk nak glue speaker. ppeergghhh punya la tensi. tensi tensi. nak wat senang jerr.. tapi sebab bentuk bulat, tu yang menyiksa jiwa raga. pulak tu kena program satu2. nak sampai 25, memang mancabar minda. dah elok2 siap 4 dah.. masuk ke 5, silap tekan enter je, tak leh undo2 dah. kena buat semula... aarrggghhh tensi tahap dewa. nak set -/+z senang jerr.. tapi -/+x & -/+y tu yang menyakitkan hati dan mata. hahhahapesal errkk gatal2 ni tak hilang lagi. tak selesa langsung.. gatal2 ni dapat masa kat muo ari tu la nih.. sampai sekarang tak hilang2 lagi. tadi aku dah mandi ngan air dettol dah. malam ni jer.. dah dua kali aku mandi. gatal weeiii... aku rasa, bau aku ni, macam hospital jer.. hahha hospital bergerak... kurang la sikit gatalnya...

esok kak norma dah nak balik kg, then aku pulak. tinggal la ogie seorang diri. ogie keje. bagus2.. contohila ogie.. pekerja cemerlang gemilang lagi terbilang...

malam ni aku wanna bake lemon cake. 1st time buat ni.. bau lemon ni.. creamy betul before bake. gebu jer... biasa wat chocolate cake.. gelap gelita jerr.. yang ni pulak.. gebu & harum baunya.. next cake.. tunggu malam esok tau...
lepas dah bake, ni la hasilnya....
masa dok dalam oven tu, semerbak bau dia.. sedap tu... yummy... senang jerr nak wat cake nih. sesapa rajin, ni resepi dia.. tak rugi mencuba....

Lemon Cake Recipe:

1 cup (226 grams) unsalted butter, room temperature

1 cup (200 grams) granulated white sugar

4 large eggs

1 teaspoon pure vanilla extract

Zest of 1 large lemon

2 cups (280 grams) all purpose flour

2 teaspoons baking powder

1/4 teaspoon salt

1/4 cup (60 ml) fresh lemon juice

Lemon Frosting:

1 cup (115 grams) confectioners' (powdered or icing) sugar, sifted

2 tablespoons fresh lemon juice


Makes one - 9 inch (23 cm) cake.


tetiba letak resepi plak.. tak pe... sharing is caring.

wah tak sangka langsung. tetiba jer king muncul. macam ultraman. :) best aarr.. suprise... best best. hari ni memang best. lebih best dari hari semalam. thanks king.. mmmuuuaahhh. i miss u. nanti kalo nak gie bangi, lalu duke lagi tau. sebab lalu duke cepat sampai au2.

Namamu menjadi sebutan - e.y.e

Inginku curahkan rahsia hatiku
buat insan yang kurindui selalu
Luangkan masa mu oh sayang untukku
dengarlah kasih rayuanku..

bukan ku meminta simpati darimu
duhai dewi hanya pengertian darimu
yang kuharapkan dari semenjak dulu
semoga kan terbuka lagi
pintu hatimu..

mengapa engkau meninggalkan
diriku ketika aku memerlukan cintamu
tiada penawar rindu ku ini
yang melanda di kalbu..

Kau warnakan duniaku dgn pelangi ungu
Kau lakarkan hidup sepiku
dengan benang sutera
cintamu hingga aku terus terlena keasyikkan
dalam khayalan mimpi yang belum aku pasti
kini ku harap kau kembali
menerangi duniaku yang sepi
hatiku sunyi..
nama mu kini menjadi sebutan ku
sampai bilakah harusku pendam rasa
yang dilanda rindu pelangi cintamu
yang kini bersemadi jauh di lubuk hati..








....from kekwa22 with love....