aarrgghh letih gile hari ni... sangat2.. fullhouse dgn activities. tirednya...
pagi2 tadi gie tasik. hari ni cam biasa.. 7am dari umah tapi lambat giler sampai tasik. pulak tu bukan jauh mana pun. sebenarnya.. jalan jammed la pagi tadi becoz of standard chartered KL marathon 2010. dalam 735am baru sampai tasik. lenggang pulak tu..penat gila membanting tenaga hari ni. perrgghh memang penat. peluh mencurah2. sampai umah dah pukul 10 lebih dah. semalam janji dengan ogie nak gie low yatt pkul 10am. tapi nampaknya kena adjust sikit la. penat arrr sangat2
lepas mandi2 dah wangi2 aku pun berangkat ke low yatt. jogging kat low yatt pulak. teman ogie beli new laptop. wah.. best2.. rasa cam nak beli laptop baru la jugak.. hahhaha.. ina, jangan dok mengada2 ok.. yang ni pun bukan masalah sangat pun.
lepas gie low yatt, gie sungai wang. makan2 untuk lunch dan ogie nak soping. sejak dua menjak ni.. dia dah jadi pompuan. bagus2. dah tak de dah t-shirt itam atau t-shirt cekelat. no more t-shirt & jeans lagi. sumer dah glamer2. gud-gud. perkembangan yang sihat.
wahh best... laptop aku dah laju.. ye ye ye.. suruh orang2 kat low yatt tu kasi cuci bersih2 guna clorox yang kuat sental kuat2 supaya bersih. hasilnya.. ermm sungguh mengkagumkan..
maka malam ni, keje aku adalah update tingkap, pintu, almari dan yang sewaktu dengannya. re-install kis. paling penting aku dah back-up dah.. sebelum aku mula menginstall sw yang tah apa2.. hehhehe tapi.. lambat giler nak setel nih.. tak pe.. bawak2 bertenang.. ilek2 tarik nafas. esok2 boleh di setelkan.
adoi.. abis sumer aku nyer bookmarks gone. semalam, malas nak salin2. sumer feveret2 aku dah ilang.. ermmm maknanya.. kena la menjelajah semula seluruh dunia mencari. tak pe.. take ur time..
petang tadi, mima datang bawa buah-buahan tempatan. thanks ye mima.. nanti kasi lagi taw arrgghh.. biar la pc ni update & install sensorang. aku nak layan tilam & bantal. letih aarr... esok dah keje.
Bukan aku tak cinta - iklim Saat kita berpisah Kau pegang erat tanganku Sepertinya tak merelakan Kepergianku untuk meninggalkanmu
Dermaga saksi bisu Waktu ku kucup keningmu Perlahan kau lepaskan pegangan tanganku Aku lihat kau menangis...
Lambaian tanganmu Masih ku ingat selalu Itu yang terakhir Ku melihat dirimu
Sudah sering kau kirim surat Namun tak pernah aku jawab Lalu kau kirimkan undangan Agar kau tak berharap
Bukannya aku tak tega Bukan pula aku tak cinta Kerana orang tua Yang tak merestui cinta kita
cam biasa.. pi tasik pagi ni.. sensorang layan blues. memang tersangat la bluesnya pagi ni.. lagi pun sebab sensorang. earphone memang melekap kat telinga dengan nada volume yang sikit lagi nak pecah gegendang telinga. sampai satu part tu.. aku jenjalan lenggang kangkung sambil tangan melibas kiri & kanan. tak pedulik & tak dengar sesapa pun dari belakang, kiri or kanan. libas nyer libas.. kena le seseorang. adoi.. terkejut den aarr.. ce mana boleh kena ni.. apa lagi, kelam kabut aku minta maaf.. kesian kat aunty tu.. mau sakit lengan dia kena libas dgn aku. aku tak sengaja wehhh.. dia dari belakang.. dia bajet.. tak kena kot.. sebab tu dengan selambanya dia nak potong aku, tapi makan jalan..
cam biasa aarr buke kedai dobi.. pastu sidai. masa sidai tu... farhah dok nangis.. rasa macam nak kidnap jerr budak kecik tu.. sebab aku nak kuar pi opis lepas sidai kain. dok dengar kak faridah dok pujuk cucu dia.. kalo dia ada kat luar dgn kak faridah jer.. harus kena kidnap. tapi kalo dgn pak long or pak su dia.. errrr segan weeii...
aku masuk opis kejap jerr.. just menghadirkan diri.. tengok2 lebey kurang.. sembang2.. masuk opish baca email. reply email.. tu la keje aku.
balik opis aku masak untuk lunch. yang ni, sambal terung terung yang beli kat paso malam last weeek baru nak di masak hari ni. cukup seminggu dalam freeze. merah jerr lebih tapi tak pedas. sangat seswai
yang ni, apa dia? rendang kambing. tengkiu ye.. pak ndak kasi daging kambing. len kali kasi lagi tau.. sekor pun tak pe.. tapi make sure kambing yang dah di sembelih. kalo belum.. nanti susah nak jaga.. habis kebun pak cik nan kena baham.. lagi pun susah nak cari orang sembelih & nak buang kulit. bab2 ni aku tak pass. hehheh. kasi daging sudah memadai.. maka boleh la masak menu berasaskan kambing everyday..
setel semua dekat2 1pm. tapi aku malas nak makan lagi. sampai pukul 4pm pun belum makan lagi.. bukan tak lapo.. tapi malas nak menyuap. poyoss tahap dewa dewi. bukan lapo sebab tak de makanan tapi sebab malas... err.. alangkah bagusnya kalo sesapa ada yang sudi nak menyuap. kikikiki
semalam nyer citer... kat sunway. paling best, baskin robbins. sape yang tatau kan ice-cream ni.. memang la heaven kan.... apakah perasaan korang bila ice-cream ni.. tetiba berada di depan korang.. muncul secara tiba2. what do you feel??. bukan cup yang besor ni, bukan juga saiz2 cenggini. tak main taww
tetapi 2 bin yang sebeso cam nidi letakkan di depan mata aku. yang jaraknya hanya 20cm jer.. pulak tu di hiasi dgn dry ice yang berasap2.. aroma dari pralines 'n cream. gile nyerr teruja. letak kat depan aku dengan arahan 'makan la'
then.. adakah aku jadi cam budak nerd je?, sekadar jeling2 & pandang2 jer... serta senyum2 tersimpul malu.. tunduk2 sambil garu2 kepala yang tak gatal.. oowhh mungkin tidak... hahhaha. beli punya la banyak. satu bin tu harga lebey RM400 tau. 2 bin maknanya.. kira sendiri okeh... aku dah tak reti nak kira becoz mata, otak & fikiran dok tengok bin ice cream tu jer... maka.. bermula la.. adegan membaham pralines 'n cream. memang sangat2 sweet. manis weehh.. ni memang manambahkan kemanisan yang sedia ada. tapi moral of the story.. memang puas aarr makan ice cream semalam. setahun tak makan ice-cream pun tak pe.. dah cover dah.. wakakkaka
bajet baik dah malam ni nak melepak kat i-city. dah plan dah.. tup tup.. kita hanya mampu merancang, hanya tuhan yang menentukan.. tetiba bfren ogie ajak gie tgok midnight malam ni. so, tak kan aku nak pi sorang2. mungkin tidak . maka dengan automatic segala plan petang tadi.. berkubur. wawawawa cedih tu... tak per.. next time ok..
petang dah dekat2 nak pukul 7pm, gie pasar malam la.. malam ni, dinner made in pasar malam.di iringi dengan...sedap tu durian ni.. fresh & manis.
malam ni, memang murah rezeki. bila kak roza datang bawak segala jenis makanan. sangat2 banyak.. kalo di kumpul2 boleh wat open house. sape la nak makan.. banyak2 ni.. petang tadi dah bagi kuih kemboja basah pada kak faridah. ni yang dok ada kat umah ni, dengan kek gulung, bauhulu lapis nenas, kuih lapis, samosa, kuew teaw goreng, segala jenis kerepek, roti sardin dan tah apa2 lagi.. aku pun tak tahu sape nak makan.
aarrgghh malam ni ada rasa rindu. aarrgghhh rindu tu.... sangat2
tapikan.. bila berkumandang jerr lagu ni kat muzik.fm
Kita terpaksa bermusuhan - Slam
Apa lagi alasan nak kau beri Setelah diri ku di simbah hinaan Tergamam ku seketika Tak sangka ini jadi nya Nampak sangat ku seorang Bertepuk sebelah tangan Kemanakah Hendak aku selindungkan Air muka yang kau malu kan
Malam ini janggal ku rasakan Sendiri melalui detik yang sedih Perit sekali Pertama kali bagi ku Hitung bintang seorang diri Dan pertama kali jua Maruah ini di persenda Oleh insan yang ku cinta Oleh insan yang ku sayang Kini bermusuhan
Jika ku imbas kisah lama Semua nya indah semua Pernah jua kau menangis Bila aku menduga mu Kuat nya kasih mu Pada aku Di ketika itu
Sayang seribu kali sayang Akhirnya kecundang jua Kasih yang lama terjalin Mudah sungguh kasih mu Berpaling Dan yang lebih menyedihkan lagi Aku bagai ditampar Oleh bahasa mu Yang tak sepatut nya
Engkau ucapkan Kau menyinta kerna apa Kau menyayang ada makna Kau berubah ada penyebab nya
Malam ini janggal ku rasakan Sendiri melalui detik yang sedih Perit sekali Pertama kali bagi ku Hitung bintang seorang diri Dan pertama kali jua Maruah ini dipersenda Oleh insan yang ku cinta Oleh insan yang ku sayang Kini bermusuhan..
makadari renyai-renyai hujan berubah menjadi deraian yang lebat.
di sebabkan hari ni, sejak pagi2 lagi aku di serang demam selsema. sampai sepanjang hari sakit kepala, sakit hidung & bersin tak henti2. so, malas nak wat apa dah..
malas nak citer pasal cable yang putus enam malas nak citer pasal lampu jatuh dari workbench malas nak citer pasal jig lkp semalam ok, pastu ko, then ok pastu ko lg malas nak citer pasal wire braid tetiba missing an action malas nak citer pasal kura-kura gelap tanpa warna dot blogspot malas nak citer pasal sanggul & cucuk sanggul malas nak citer pasal malam ni melepak kat sunway.. oopppsss malas dah nak type apa2
mulanya hari ni, aku nak gie klang sensorang. tapi bos aku suruh bawak fendi sebab nak suruh fendi belajo ce mana nak wat maintenance nanti. maka berangkatlah aku ke telok gong bersama2 dengan fendi.
lepas briefing kat sana lebih kurang, aku pun berangkat balik. malas nak stay lama2 kat sana. dalam pukul 1pm, aku dah sampai ste. masa balik tu, tah ce mana fendi tanya cam ni,
fendi : semalam ada bekal, akak letak apa masa lunch tu? aku : (uits nampak jugak mamat ni, walaupun duduk jauh) apple strudel. kenapa? fendi : untuk abg je ke.. abis tu sy punya mana? sy tak kira nak jugak aku : eehh tak cakap pun nak.. fendi : tak kira, sy nak jugak. aku : mana ada kira2 la fendi : nak jugak.
budak kecik ni kan.. nampak jerr dia.. ingatkan tak nampak. hahahaha..
lepas jerr practice menari, aku dapat 2 miss call dari angah. bila aku call her back, dia bagi tahu yang dia demam. dia baru jerr demam hari ni. temperature 39*C. tinggi tu. doktor suspek kena denggi. pagi, dah ambil darah untuk check dengan detail. result darah belum keluar esok.
maka aku pun gie wangsa maju, amik satu-satunya adik aku yang ada kat kl ni. tapi sebelum tu, aku singgah jj untuk beli ketam dan 100 plus. aku yang suruh dia duduk dengan aku. nanti kalo dia kat umah dia, tak ada sesiapa nak jaga. maka kensel la project aku nak gie main badminton.
ni, aku buat sup ketam untuk angah. orang kata, kalo nak suspek denggi, makan sup ketam, nanti bacaan platlet darah akan meningkat. ok la aku pun ikut la.. bukan susah pun.. dan tak memudarat pun. tapi angah makan sikit jerr.. ketam sebelah & hirup kuah jer..
yang ni pulak.. istimewa untuk aku.. hehehhe udang goreng tepung.. best2..
bahan2nya ialah - udang saiz sederhana besar - buang kulit dan tinggal ekor je. kalo buang ekor, nanti tak de bukti plak yang ada udang di sebalik tepung. hehehhe - 1/4 cawan tepung pau - guna jer tepung gandum. tak yah ngade2 cam aku ni. aku guna tepung pau sebab tepung banyak kat umah lagi pun tekstur dia halus. sukatannya kalo banyak udang, banyak la tepungnya. adjust la sendiri ye.. - 1/2 sudu kecil baking powder - garam secukup rasa - 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam - sedikit serbuk kunyit - sedikit daun sup - dihiris halus - air secukupnya - 2 sudu tepung pau minyak untuk mengoreng
kekdahnya.. campur semua bahan2 kecuali 2 sudu tepung tu... pastikan bancuhan tepung pekat. - golek2kan udang ke dalam bekas yang mengandungi 2 sudu tepung. pastikan ianya tergolek 360 degree. hehheheh... kemudian, celupkan udang ke dalam bancuhan tepung. then goreng la sekor2. hati2 ya.. bila minyak meletup..sila gunakan perisai sebagai langkah2 keselamatan... safety first okeh!
lepas angah makan ubat, aku suruh dia check temperature badan dia. 40.22*C. mak datuk.. punya la tinggi. aku ajak & paksa dia gie spital tapi dia tak nak. penat aku pujuk. tapi dia tak nak. aku plak, mana larat nak dukung dia.. lagi 4 jam kalo check balik, kalo suhu masih tinggi macam ni, aku tak kira, aku angkut gak dia gie spital mana yang buka malam2 buta cam ni. maka malam ni, aku akan jadi nurse, setiap pat jam check suhu tapi aku tak de la plak blood pressure nak check. kalo warded, cam tu la keje2 nurse kat spital every 4 hours.
aku nak tido jap sebab mata pun dah layu2 dah.. lagi 3 jam aku akan bangun check angah nyer condition. mudah2an suhu badan dia menurun.
Tetiba jerr demam mamak melanda kat umah ni.. kes lepas makan nasi kandar la.. masa balik soping dari sogo. nasi kandar.. kalo sebut jerr na...
Followers
Siber Walking
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
Ketika aku marah Ingin ku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah... Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merah Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah...
My Family
Doa
“ Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."