05 July 2011

jom transformer

hari ni, aku ngan enche affa dah decide nak kasi hadiah kat armand. sebabnya semalam armand kasi tahu yang wa dia pesan kat bapak, beli susu, botol susu dan puping... apakah itu puping... cerr pikir..

ni le hadiahnya.. bagi nak replace botol susu dan puping.
cerr tgok kat sini yerr untuk details. sebabnya anak mama kan dah 3 tahun lebih. dah besar... dah nak gie skolah.., mana boleh minum susu guna botol lagi. anak mama ni, kalo dapat hadiah, dia memang excited. mudah2an dia suke le dengan pembaharuan ni.. dah le beli mahal2.. mudah2an.

malam ni, kami sekuarga nak gie nengok citer nih. sat2 gie, kuar aarrr... tayangan pukul 9.45pm. armand sure suke nih.. sejak semalam aku dah beli tiket. nak beli tiket dah senang sekarang ni..
memang rahsia kan dulu dari armand. kalo dia tahu.. sudah semestinya dia excited. bila dia dah excited dia akan hepi sangat2.. tak perr ni ok jerr.. tapi dia akan tahan dari makan minum. semua jadi kenyang.. sebab excited. yang ni.. memang susah. paksa le dia makan dia akan tanak jugak sebab excited punya pasal. tido pun dia tak nak. sebab excited jugak. better jangan bagi tahu awal2 kalo tak nak simptom2 ni berlaku. bagitahu hanya tiba masanya jerr...

hari ni, memang armand dapat banyak hadiah... termasuk le lori2 tank, askar2 nyer lagi.. dan segala bagai.. peluru berpandu... err armand pun dah pandai cakap.. bagai.. bagai.. dah..

mama & bapak pun dapat hadiah.. Alhamdulillah..ni, hadiah yang kami dapat. besar tu.. periuk nasi untk kami sekeluarga. tak per.. simpan jerr dulu. nanti bila ramai orang datang, boleh masak banyak2.


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

04 July 2011

Khabar gembira

adooooooiiiiiii punya la teruk dia nyerr servis.. bila tanya.. senangnya jawab.. diaorang tu, banyak kerja.. ada banyak benda nak buat... huh! jawapan sungguh tidak profesional. yer yerr cakap dalam masa 2 week, semua boleh setel.. auta betul.

semalam, angah msg yang dia gie krabi, hari ni sampai khamis.. perrrgghhh.. gie jalan lagi dia nih.. err krabi kat mana? mujur enche affa bagi tahu krabi tu kat thailand... adoii.. aku pun, cari2 le pasal krabi nih.. krabi, krabi

comei weeiii tempat kat krabi ni..
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi. enche affa dapat menyertai rombong sapura group untuk mengerjakan ibadat umrah pada ramadhan yang akan datang. syukur alhamdulillah. senang hati aku sebab dapat gie dengan suami terchenta. kesian anak mama kena tinggal.. tapi masing2 kena kuatkan semangat. kena set mind armand awal2 ni.. setakat ni, dia tahu 'mama nak gie mekah, lama2 tak balik, naik aeraplane, beli kurma dan air zam zam.' tu jerr tak lepas kat mulut dia.. tapi 2 week tu lama.. insya Allah.. mudah2an dia gud boy sepanjang pemergian bapak dan mama ke tanah suci mekah.

masa balik tadi.. enche affa kuarkan ni,

wow ada hadiah untuk mama... terima kasih sayang...
jom jom kita tengok... apakah hadiahnya.. iisshhh tak sabar rasenya.. - pinjam ayat usop dalam hantu kak limah balik rumah.

errmmmm marbeles. lemak berkrim.
ni, nama2 cekelat yerr.....memang sedap coklat nih

our dinner malam ni
fettucini & spaghetti goreng.

bahannya
1 bahagian ikan dori di potong dadu dan di goreng
1/2 cawan udang kecil
2 ulas bawang putih
1 ulas bawah merah
fettucini & spaghetti secukupnya
3 sudu minyak zaitun
3 sudu sos ikan
1/2 sudu kecil oregano
1 biji cili dibelah dua
2 sudu kecil serbuk pati ayam
2 sudu besar sos tiram
sawi secukupnya

kekdahnya
panaskan minyak. tumis bawang putih dan merah serta cili. biarkan garing. masukkan fettucini & spaghetti. tambahkan sos tiram, serbuk pati ayam, sos ikan, oregano, ikan dori dan udang. kacau hingga sebati. biarkan sehingga masak. masukkan sayur.. sedia untuk di hidang..


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

03 July 2011

best nyer duduk rumah

pagi ni, sempat le berjogging kat tasik titiwangsa. dah lama betul tak beriadah.. baru berkesempatan hari ni..

hari ni, breakfast kat utm. lama rasanya tak datang utm. wahh dah nak siap bangunan baru... tak lama lagi, utm akan berubah wajah leee... lepas pada tu terus gie pasar keramat. sebabnya aku nak gie jahit tepi baju... pujuk2 armand, mujur dia nak gunting rambut. maka, ni le wajah terbaru anak mama

handsome betul...
ni, gambo masa dia tengah main. nampak dagu lagi panjang... sampai jerr umah, terus gie umah atuk & wa dia.. nak tunjuk rambut baru... teruja betul...

ni, our menu hari ni. sotong goreng serai
bahanya

4 ekor sotong besar di bersihkan dan di potong dan di gaul garam dan kunyit
1 biji bawang besar di potong bulat
1 batang serai di hiris nipis
1 tangkai daun kesum
1cm halia di racik nipis
minyak untuk menggoreng

kekdahnya
panaskan minyak. masukkan kesemua bahan. goreng hingga sotong cukup masak. jangan biarkan terlalu lama. nanti sotong akan menjadi keras. angkat dan toskan minyak.. sedia untuk di makan...

ni plak
tumis labu air dengan suhun.

lepas makan, masing2 melayan citer nih
kena refresh balik citer transformers 2 before gie nengok dark of moon. tapi bila nak gie nengok pun tatau.. mula2 kitaorang tengok transformers, pastu transfomers plak tengok kitaorang.. hehehhe. armand cakap 'best nyerr duduk rumahhhhhh' haa.. tahu pun..

untuk hi-tea petang ni, aku wat puding coklat
wat puding ni.. senang jerr...

bahannya
1 cawan tepung beras
2 sudu besar serbuk agar2
secubit garam
1 sudu coco powder
1 sudu besar butter
3 cawan air

kekdahnya..
campur dan larutkan kesemua bahan2. kacau di atas api yang perlahan sehingga didih. tuangkan kedalam acuan dan sejukan.

kuah puding
1 tin susu cair
1 1/2 cawan air
3 sudu besar gula
secubit garam
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar kismis

kekdahnya
campurkan kesemua bahan. masak hingga sekali didih. sejukkan.

errmmm sedap di makan ketika sejuk..



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

02 July 2011

penat menunggu

hari ni, letih menunggu... ni yang paling bosan bila masa tidak di tepati.. dari last week dah buat appointment. kalo gie jerr kat kedai macam dudlu2 kan bagus.. senang jerr... tak de la kena datang during weekend. pastu dah le panjang q nyerrr... Alhamdulillah pukul 5 lebih jerr.. siap segala.. walaupun appointment pukul 10am tapi datang pukul 4pm lebey... nak gie mana pun tak bleh... tapi alhamdulillah.. satu lagi masalah pun settle... yang tu.. janji this week, tapi datang on saturday.. bagus2.. 5 star boleh bagi.. moral of the story, semua yang di rancangkan menjadi..

ni, our dinner hari ni
errmm dah comei dah aku nyer beriani... resepi sama macam kat sini. nasi pun tak patah2.. panjang weeiii... dah boleh buke kedai nasi beriani dah nih... hehhe..
ni, beras yang di gunakan

ni plak, ayam tomato
kalo nak wat, cam nih

bahannhya

1/2 ekor ayam di bersihkan dan di goreng separuh masak
25ml tomato puree
1cm halia
2 sudu besar cili giling
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 biji kentang di potong nipis
1 ulas bawang besar di potong bulat
3 sudu besar sos tiram
1 cawan air
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

kekdahnya
kisar bawang putih & merah serta halia. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar hingga garing. masukkan cili, tomato serta sos tiram. biarkan didih. tambahkan potongan kentang. biarkan hingga lembut. masukan ayam dan garam. biarkan hingga kuah menjadi agak kering dan masukkan bawang besar.

ni, plakbutter prawn yang tak menjadi sarang pada telur. menci betul.. takut aarr nak guna api beso2... tak perr practice more...

yang ni plak..
lepas pisang, wa armand kasi.. errmm marbeles..

malam ni, enche affa kena gie empire hotel.. maka.. tinggallah kami dua beranak kat umah sambil melayan citer kemen rider ooo.. best ooo.. totoba totoba.. wakakka.. aku pun suke... aku layan citer ni... dari kamen rider kabuto lagi... insan yang bertanggungjawab kenalkan kat aku adalah atzroul. heheheh...
cumanya.. bila armand cakap, 'mama, man tanak dia cakap ni (cakap jepun) man nak cakap inggeris' memang tak leh wat apa... sebab tak leh ubah dah bahasa..
jom jom layan...



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”