enche affa plak, pepagi lagi dah kuar. hari ni & esok, dia ada course kat kelang nuuu... jauh weeiii. so, tinggal le kami berdua...
sempena hari bapa, aku wat cake untuk enche affa. lagi pun lama tak wat choc cake. masa jenjalan nengok dapo2 orang, nampak resepi devil's food chocolate cake. macam best jerr.. ramai yang dok citer akan ke'marbeles'an devil's food chocolate cake so, apa lagi, boleh le cuba try test. sebab nengok orang len wat, begitu nyummy.. so, ni aku nyer version.
resepi, ambil kat sini yerr
Bahan: -
1 cawan tepung gandum - aku guna self raising flour
1 / 4 cawan cocoa powder-(Ayu gunakan Valrhona)
3 / 4 sdt soda bikarbonat
1 / 4 sdt garam
1 / 2 cawan gula pasir-Ayu gunakan 1 / 4 cawan
1 / 2 brown sugar-Ayu gunakan 1 / 4 cawan
65 g mentega
1 biji telur besar
1 sdt vanila ekstrak
1/4 cawan buttermilk-(buatan sendiri 1 cawan susu ditambah dengan 1 sudu makan cuka. Rehatkan selama 20 minit tetapi recipe ni hanya gunakan 1/4 cawan saja)
1/2 cawan air suam
Kaedah:-
Set oven 170C. Siapkan tin kek anda.
Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan2 kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cair(buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.Terakhir masukkan vanili estract. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.
Cream Cheese Frosting:-(lain kali buat 1/2 adunan aje)
250g Philadelphia cream cheese
125g mentega
1 cawan gula aising-(Ayu gunakan 1/4 cawan aje)
1 sdt vanila ekstrak
jus daripada lemon
double boil cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.
Chocolate Ganache:-(lain kali buat 1/2 adunan aje)
200ml double cream-(Ayu gunakan whipping cream)
250g coklat gelap dicincang halus
sedikit garam
Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, Angkat dan sejukkan dulu baru sapukan frosting krim keju & tuangkan coklat ganache diatas.
From:-cupcakeschek.blogspot.com
bila dah siap sesemua ni, Armand dah tak sabo2 nak nak rasa. punya le susah nak pujuk dia supaya sabo, tunggu bapak balik. kalo awal2 dia tahu this cake for his bapak, alamatnya aku kena wat satu lagi le untuk dia. sebab dia memang jeles ngan bapak dia. choc cake ni, kan memang best.. cuba aarr.. tak rugi aar...
to my hubby a.k.a enche affa, selamat hari bapa.
untuk dinner, aku masak len sikit. nasi mandhi & beriani ayam serta dalca.kesian enche affa, 5 hari enche affa tak makan nasi kat umah. sebab wife dia, malas masak nasi. hehe.. so, hari ni sempena hari bapa, aku masak Nasi Mandhi/Mandy. kalo kedai2 arab semua wat nasi ni.. memang marbeles. so, ni, aku nyer version. sedap nasi ni. cubalah...
resepi, ambil kat sini yerr
NASI MANDHI by Puan Raidah
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
aku tak wat le versi masukkan arang segala.. sebabnya tak de kat umah ni. tak bau asap pun tak perr..
cerr nengok nasi aku... cee.. wah.. kaler menarik.
aku letak kaler kuning dan oren. comeii aarr.. dulu2 1st time, aku wat, jadi sekaler jerr... ni, kira dah cukup bagus. beras ni, asalnya guna beras basmati extra panjang. mahal giler.. 2kg rm26 henget. tapi di sebabkan aku selalu dok kacau2 maka, patah2 le jadinya. tak perrr take note. esok2 jangan dok kacau2 selalu.
ni, plak ayam beriani.
resepi, ambil kat sini, aku kopipes jerr..
AYAM BERIANI
Bahan
1 ekor ayam [potong kecil] - aku wat 1/4 ekor jerr
4 sudu besar rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt
3 sudu besar tomato puree
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 1 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4]
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
garam
Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Bahan Tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak
Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan ayam dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.
ni, plak dalca.
resepi, ambil kat sini. aku kopipes jerr
Bahan-bahan ( 4 orang makan )
- Bahan hiris:
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang merah
- 1 cm halia
- Bahan tumbuk:
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang merah
- 1 cm halia
- 1 kulit kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 5 biji bunga cengkih
- minyak secukupnya (lebih sikit pun takpe)
- 2 sudu besar rempah kari daging
- 1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1 sudu kecil serbuk jintan putih
- air asam jawa secukup rasa
- beberapa ketul ayam (terpulang pd anda, saya guna leher, kaki dan peha)
- 1/2 cawan kacang dhal (direbus hingga lembut, sebahagian diambil dan ditumbuk hingga hancur)
- sayur2 spt karot, kacang panjang dan ubi kentang
- santan
- garam secukup rasa
Cara-cara
- Hiris semua bahan hiris dan ketepikan. Sediakan rempah2 seperti di atas. Potong sayur mengikut kreativiti masing2. (Di dalam gambar ini, ada byk kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.. sebenarnya hanya satu kumpulan shj yg digunakan hehehe.. yg lain tu utk masak lain)
- Gaulkan rempah kari daging, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih di dalam sebiji mangkuk dan tambah sedikit air.
- Tumbuk semua bahan tumbuk dan ketepikan.
- Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan hiris dan tumis. Sebelum bahan2 hiris berubah menjadi kuning, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
- Masukkan campuran rempah daging yg dicampur air tadi ke dalam periuk dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan kacau. Tambah sedikit air supaya rempah cair sedikit dan teruskan hingga rempah naik minyak.
- Tambah air asam jawa, agak2 supaya tidak terlampau masam tapi ada rasa masam.
- Masukkan ketulan ayam.
- Setelah ayam separuh masak, masukkan semua kacang dhal yg direbus dan juga yg ditumbuk. Gaul rata.
- Masukkan semua sayur2 yg telah dipotong. Tambah garam secukup rasa.
- Tambah air mengikut kepekatan yg disukai. Kemudian, tambahkan santan secukupnya (jgn sampai kuah menjadi terlampau putih). Masak sehingga mendidih dan tutup api. Pastikan ubi kentang sudah lembut.
....from kekwa22 with love....
No comments:
Post a Comment