12 January 2012

kaki kejang semasa hamil

bz betoi aku hari ni.. dengan datang lambat... berturut2 datang lambat. jammed tah apa2. sampai jerr opis dah kelam kabut. biasa tenang jerr.. hari ni ada visitor. dah le semalam 5.30pm baru bagi tahu. mujur tak banyak yang kena prepare.

dalam dok kelam kabut tu tetiba file plak hilang. ermm melilau carik. biasanya file tu 365 hari, ada jerr kat rak tu. tak de siapa yang sudi nak ambil. tetiba pagi ni missing an action. lagi la kalut. sesungguhnya akulah yang paling gabra. mana tak nya file tu le yang akan di tunjukkan pada our visitor. syukur alhamdulillah. akhirnya.. ketemu jua.. tak salah kalo nak pinjam file tu. tapi bagi tahu le sesiapa or senang2 tulis jerr note kat tempat file tu.. tak de la orang len nak guna gelabah tak tentu hala. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. mudah2an ada le new project untuk ste. Ameeenn..

dalam dok gelabah tu, baby pun aktif betul.. macam2 dia wat kat dalam tu. kuat betul tendangan dia sekarang. makin kerap plak tu. kekadang sampai mengah2 mama dia. tak per.... mama ok jerr... tu, tandanya baby sihat.

cumanya paling takot kalo kaki kejang. perrgghhh sakit gilerr... bukan kaki lerr.. kira betis kejang la... menjerit2 kalo sesekali kejang... sebabnya.. tersangatlah sakitnya... kenapa yerr kaki kejang??? mulanya aku ingat sebab posisi tido yang tak betul. sebab kerap gak la betis kejang.
kalo tanya pakcik google, dia jawab, punca kaki kejang semasa hamil adalah kerana;

Punca-punca lain kejang betis berkaitan dengan kehamilan mungkin adalah kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas) dan kekurangan kalsium di dalam aliran darah anda, atau tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.

Mujurlah, kejang betis adalah salah satu rungutan kehamilan yang boleh diatasi.

Apabila kekejangan menyerang:

• Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda -- tumit dahulu -- dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.

• Urut otot yang kejang.

• Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.

• Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.

Jika kesakitannya adalah berterusan dan bukan hanya kekejangan sekali-kala, atau anda perasan adanya bengkak atau kesakitan, hubungi doktor anda. Anda mungkin menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

sumber : http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/antenatal-health/kejang-kaki/

hari tu pun masa balik kg, achik pesan suruh minum susu banyak2 bagi banyak kalsium supaya kaki tak kejang. so, kena la minum susu bebanyak.



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

11 January 2012

checklist keperluan bersalin

alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi... dah masuk bulan ke lima dah. rasa macam kejap jerr masa berlalu. baby pun dah makin membesar dan makin aktif. Alhamdulillah. last scan, tak print pun imej scan. next checkup boleh jerr suruh doc print.

aku ngan enche affa dah decide nak bersalin kat kpmc.pakej dia pun ok. doc pun ok. dah sepakat dah enche affa ngan aku select doc yang mana satu. pakej untuk tahun 2012 pun ok. spital pun tak de la jauh dari umah. so, ok jerr la. mudah2an semuanya di permudahkan.
penat tu, memang la penat. penat dengan segala hal.. seharian kat opis. balik umah plak.. banyak yang perlu di bereskan. semua kerja2 yang never ending story yang kekadang sempat di uruskan dan kekadang tak sempat. karenah armand yang kdg2 gud boy dan kdg2 macam2. tapi tu bukan alasan. yang penting enche affa sangat2 memahami. thanks yerr sayang.

aku rasa, sepanjang lima bulan ni, aku ok jerr.. alhamdulillah syukur aku tak ada apa2 alahan dan tak ada mengidam nak apa2. tapi tak tahu le esok lusa. yang ada cuma pening dan rasa letih. kalo wat kerja lebih skit.. memang sangat2 mengah dan cepat letih. aku redha semuanya. mudah2an Allah permudahkan segalanya.

Your baby is about 6½ inches (16cm) and weighs about 9 oz (260g). The skin covering your baby begins growing from two layers; the epidermis which is on the surface and the dermis which is the deeper layer. One of these layers contains epidermal ridges which are responsible for the surface patterns on fingertips, palms and soles and genetically determined. The dermis lies below the epidermis. Vernix which covers your baby's body offers baby's skin protection against the amniotic fluid in which your baby lies immersed for months. Hair first appears around 12-14 weeks and grows from the epidermis. Hair is first seen on the upper lip and eyebrow; it is usually shed around the time of birth and is replaced by thicker hair from new follicles. Your baby may start to make involuntary movements like grasping or rubbing hands together; such movements are not controlled by the brain.

rasanya dah tiba masanya nak cari keperluan baby. kalo tunggu lagi lama, aku tak tahu time tu aku larat tak lagi gie bersoping. sekarang ni pun tak larat dah nak jalan lama2. cepat letih dan mengah. brg2 banyak yang tak ada. barang2 armand, kebanyakannya dah kasi orang. nak cari/beli benda2 yang penting jerr... kena dulu wat senarai keperluan. kena badget2 agar tak de la membazir nanti. kalo ada sesapa yang nak sponser... silakan... hehehheeh.. rasanya macam panjang jerr list aku ni nanti...

mula2 kena pikir

barangan keperluan bersalin, ibu dan baby- kena bahagikan kpd 2.

keperluan ibu
  • set @ ubat2 semasa berpantang - kena pikir apa yang aku nak semasa berpantang.. kalo ikutkan terlalu banyak produk selepas bersalin di pasaran.. so, kena la wat pilihan.. aku dah servey 1 product tu, macam apa yang aku nak tu.. ada dalapm pakej tu. harga dalam RM315, tapi belum confirm lg la.
  • barut - achik kata, guna yang di nyer jerr.. so selamat le poket - rm0
  • breast pump termasuk tempat penyimpanan susu - sebab aku nak menyusu baby selama yang mungkin - aku budget yang ni dalam RM500
  • maternity pad - supaya susu tak membasahi bra - hat ni, RM27 for 12pcs
  • nursing bra - kena le cari yang seswai supaya senang proses nak pam dan menyusu - 4 pasang harganya RM25*4=100
  • stoking - supaya kaki tak sejuk = RM10
  • termos - ni, kat umah dah ada.. air airnya cepat sejuk budget dapat dlm harga rm25
semuanya barang ni.. anggaran dalam rm977

keperluan baby
  • lampin kain dan lampin pakai buang (new born) - lampin kain dah ada dah.. guna yang armand nyer jerr rm40
  • baju- Lengan Pendek- ni, kena le soping.. aku ingat nak beli 5 pasang jerr.. tapi enche affa kata, kena beli lebih sbb baju baby kena tuko slalu budget sepasang rm16*5 = rm80
  • baju- Lengan Panjang or baju tido - aku rasa yang ni pun dalam 4 pasang dah cukup dah.. tapi enche affa ckp, kena lebey.. rm20*5 = rm100
  • romper- yang ni.. dah ada dah.. guna jerr yang armand nyer - rm0
  • sarung tangan- dalam 4 set dah cukup kot sebab armand nyer ada 2 set - rm6*4 set = rm24
  • sarung kaki- dalam 4 set dah cukup kot sebab armand nyer ada 2 set - rm6*4 set = rm24
  • baby wipes - hat ni.. dalam 6 pack kecik cukup kot.. sebab dah beli dah... - rm13
  • sapu Tangan- dah ada 5 helai.. ok la tu... rm12
  • towel baby - rasanya 2 helai cukuplah kot - rm40
  • barut- hat ni, tengah pikir, nak beli atau nak jahit sendiri. armand nyer ada le sehelai - rm50
  • topi - 1 cukup la kot... - rm15
  • kelambu baby - errr.. kena beli ke nih... khemah kelambu kan ada... - rm37
  • kain bedung dan selimut baby - yang ni aku nak jahit sendiri jerr... tapi kena pi cari jenis kain yang seswai - rm20
  • getah alas tilam - dah ada dah.. guna jerr - rm0
  • beg baby - dah beli masa baby fair - rm35
  • krim drapolin - ni, kena stanby siap2 - rm10.90
  • tab mandi - dah ada dah. guna jerr yang armand nyerr - rm0
  • tilam dan bantal baby - yang ni, confirm pah sponser.. so, dont worry - rm0
  • untuk baby care - kena le pi carik product2 yang seswai - rm100
  • bakul untuk simpan baju baby - dah ada.. guna jerr apa yang ada -rm0
  • keperluan mandi baby - yang ni.. dah ada dah.. banyak.. tapi kena check balik expired date. armand nyer lerr.. kalo ok, selamat le... - rm40
  • baby court - macam tak perlu jerrr - rm0
  • baby sling - tak perlu kot - rm0
  • car seat - malas nak pikir lagi - rm0
total semua anggaran adalah rm641

dah namanya anggaran, aku anggar jerr la kan.. tak kan nak mintak quotation one by one plak.

bil spital tempat bersalin - at lest kena ada rm5k. mudah2an supaya Allah swt permudahkan proses bersalain dan dapat bersalin secara normal. normal rm1.8k kalo czer rm5k. ste sposer rm1.2k

sape nak jaga baby bila aku masuk kerja semula??? - mudah2an wa nak jaga le adik armand

errmmm banyak gak budget nak kena sediakan.. tu pun mujur ada barang2 yang dah ada. budget beli sikit2. kumpul2. sesemua tu.. item2 yang terpikir wat masa nih, mana taw esok lusa kalo ada penambahan lagi. sesemua ni.. nak masuk akaun sape yer.... errr enche affa boleh tolong jawab tak?

ni, sempena pah nyer birthday tapi anak mama yang lebih. dia sememangnya seronok.. kalo dapat potong kek. tapi kena kek yang belum di potong lagi lerr...
hepi giler...

tengok aksi2 comel anak mama



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

05 January 2012

jom gie skolah

hari ni, hari pertama gie skolah... errmm semangat betul anak mama sorang nih.. tak sangka senang betul nak kejutkan bangun pagi. kalo tak.. jangan harap le.. setakat kejut 2 kali dah bangun.. kejut berkali2 pun belum tentu bangun lagi... tapi, hari ni, sekali kejut jerr.. terus bangun... memang gud boy. semangat betul nak gie skolah.

awal2 lagi bajunya dah siap basuh & gosok. tak sabo2 nak pakai...

sementara tunggu bas skolah sempat lagi naik kete antik nih...
kaki dah panjang pun masih suke kete antik nih. usung le kete antik ni ke hulu ke hilir. dari umah wa ke umah bapak. dari umah bapak ke rumah wa plak... itulah kejenya...

bas lambat plak hari ni.. tu yang mama, bapak dan wa melepak depan umah wa sambil tunggu bas skolah. sempat le breakfast depan umah. hari ni, bas lambat sampai. so, enche affa & aku hantar tros ke sekolah. tak de la jauh.. 5 minit, dah sampai. lepas hantar jerr anak, mama dan bapanya... terus jerr balik. hehehhe...

balik jerr dari skolah... terus lerr dia bukak citer.. katanya dia nangis kat skolah.. sebab rindu bapak dan mama.. hehehehe memang anak manja... kalo gie skolah rindu bapak dan mama, kalo gie jenjalan ngan atok or balik kg lama2 tak de la plak nak rindu... alasan... bila dia nak turun bawah cari bapak dan mamanya.., terus jerr teacher tangkap tros masuk kelas... kejap jerr nangis tu.. may be sebab ramai yang nangis, dia pun jangkit le..

paling kelakar bila aramand cite 'cikgu cakap inggeris, man cakap melayu, man tengok cikgu, man pening' hahahhaha ketawa beso kami berdua... macam2 armand nih...

paling tak sangka bila roti sandwich yang aku bekalkan untuk dia pagi tadi habis. bekas makanan dan bekas air, elok jerr dalam beg. memang boleh harap. terharu plak rasa.. sebabnya kalo kat rumah, jenuh nak suruh dia makan walau sekeping roti. tapi, sememangnya dia hepi kat skolah. hope semuanya berjalan lancar...

esok plak.. tak tahu le ce mana gayanya...


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

03 January 2012

welcome 2012

hari ni, memulakan sessi kerja pada tahun 2012. bertambahnya nombor, bermakna bertambah la umur. umur segala jenis benda bertambah. sekejap jerr masa berlalu kan........ Alhamdulillah aku bersyukur dengan nikmat umur yang di kurniakan.

terasa kejap jerr 2011 berlalu. pelbagai kenangan tersimpan sebagai sebuah memori. bermulalah episod baru bagi tahun 2012. semoga sinar kebahagiaan dan kesejahteraan akan sentiasa bersama dengan ku sepanjang tahun dan selamanya...

apa azam tahun baru? hehehe.. memang tak de create azam apa pun. kena ke create azam bila tibanya tahun baru? errmmm tak de kan.. tak jatuh mana2 hukum kan? so? tak de pun tak pe...

semoga setiap hari yang bakal di lalui akan lebih baik dari hari2 semalam..




....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”