20 April 2012

Syukur Alhamdulillah


Semalm aku gie check-up untuk week 34. errmmm alhamdulillah uri bawah dah ternaik sikit. kalo dulu stage 3, sekarang dah stage 1. Alhamdulillah bila doktor kata boleh bersalin normal. syukur sangat2. 'Adik' tarik uri mama naik lagi tinggi yerr... anak mamakan baik.. tolong mama yer... Alhamdulillah.syukur pada Allah SWT. 'Adik' pun bukan main aktif lagi bergerak. sekarang ni, berat 'adik' 2.6kg. errmm dah besar dah tu...

 Bila doc bagi tahu yang air ketuban banyak punca perut aku sentiasa mengeras, aku dah cuak dah. huhuhuhu.. macam2 pikir... esok kena pi wat blood test. malam ni, dah kena puasa. errmmm mudah2an semuanya sihat dan tak ada apa masalah.


Kenali Air Ketuban.

Sifat Air Ketuban?
  • Lazimnya air ketuban bersifat jernih
  • Tidak berwarna atau hampir menyerupai air keruh,
  • Tidak pekat seperti lelehan faraj
  • Tidak berbau hancing seperti air kencing.
  • Ia bersifat cair dan jika terpecah akan membasahi seluar dalam seperti air kencing dan boleh meleleh menuruni kedua2 peha, lebih2 lagi apabila seseorang wanita itu berdiri selepas berbaring seketika (kesan daripada penakungan air ketuban di dalam faraj sewaktu berbaring).
  • Warnanya boleh bertukar menjadi kehijauan atau coklat jika bercampur najis janin.


Darimana air ketuban terhasil?
Air ketuban dihasilkan oleh kedua2, ibu dan kandungannya. Pada trimester ke-3 kehamilan, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh selaput ketuban (membran amnion), kulit, buah pinggang dan saluran pernafasan janin. Jumlah isipadu air ketuban diimbangai oleh penghasilannya dan juga pembuangannya ( melalui proses janin menelan dan serapan usus janin ke dalam aliran darah kembali kepada si ibu).
Kepentingan Air ketuban
Air ketuban mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim. Kepentingannya adalah sebagai medium untuk membantu  :
  • Menyerap kesan hentakan luar (trauma dalam kandungan),
  • Menyerap kesan himpitan (sekiranya berlaku pengecutan rahim dan sebgainya) dan
  • Menstabilkan suhu persekitarannya
  • Bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan daripada luar (Fungsi air ketuban dan selaput ketuban)


Mengapa air ketuban pecah?
Air ketuban boleh pecah sama ada dengan sendirinya atau melalui prosedur tertentu, perhatian dari doktor adalah perlu dalam kedua2 situasi ini. Antara penyebab kepada air ketuban pecah ialah :
  • Prosedur memecah air ketuban yg lazimnya dilakukan sewaktu sakit bersalin
  • Prosedur tertentu sewaktu hamil seperti amniosintesis (Namun kebiasaannya ia tidak disebut sebagai air ketuban pecah)
  • Berlebihan air ketuban dimana rahim menjadi terlalu tegang dan tidak dapat menahan tekanan didalamnya. Keadaan ini dinamakan polihidramnios.
  • Kelainan sifat tegar selaput ketuban atau sebaliknya menjadi lemah dan mudah bocor.
  • Terdapat pendapat berbeza sama ada jangkitan menyebabkan selaput ketuban lemah dan bocor ataupun sebaliknya, kebocoran selaput ketuban menyebabkan jangkitan.
Apakah risiko air ketuban pecah?
Risiko yg mungkin boleh terjadi sewaktu atau sejurus selepas kebocoran (terutama kepada ibu yg mempunyai masalah polyhydramnios dan kedudukan janin yg tidak normal) ialah :
  • Tali pusat jatuh ke dalam faraj (Umbilical Cord prolapse) - boleh menyebabkan bayi lemas. Kebiasaannya tindakan segera yg akan diambil ialah melakukan pembedahan caesarean bagi mengeluarkan bayi.
  • Uri Lekang ( abruption plasenta ) - Uri boleh melekang daripada perlekatan pada dinding rahim disebabkan faktor perubahan tekanan yg berlaku secara mendadak akibat daripada kebocoran besar, seperti dalam kes berlebihan air ketuban (polyhydramnios), dimana si ibu boleh mengalami kehilangan darah yg banyak serta boleh membahayakan keselamatan ibu dan janin.

Risiko lain yg boleh berlaku akibat air ketuban pecah ialah :
  • Jangkitan kuman (Chorioamnionitis) - Sekiranya air ketuban pecah melebihi 24 jam, kuman boleh menjangkiti air ketuban dan janin (melalui faraj) serta boleh mengakibatkan pneumonia. Ia juga boleh memasuki aliran darah janin dan ibu (sepsis)
  • Janin lemas akibat tali pusat terhimpit - Tali pusat akan mudah terhimpit sewaktu pengecutan rahim yg terjadi akibat daripada air ketuban pecah.
  • Kelahiran termasuk kelahiran pramatang dan komplikasi berkaitannya termasuk, kesukaran pernafasan ( respiratory distress syndrome) , masalah usus ( necrotizing enterocolitis) , pendarahan otak ( intraventricular haemorrhagel) dan jangkitan darah (septicaemia).
  • Kematian sebelum lahir (Stillbirth)
  • Kedudukan janin kekal tidak normal -Ini kerana air ketuban memberi ruang untuk janin bergerak dan membetulkan kedudukannya. Kekurangannya boleh menyebab kesukaran atau kegagalan janin membetulkan kedudukannya sendiri ataupun percubaan doktor membetulkan kedudukan janin menggunakan teknik external cephalic version (ECV)
  • Meconium aspiration syndrome - dimana kandungan air ketuban yg sedikit menyebabkan najis janin tidak mencair dan meninggikan risiko terhadap bayi sekiranya najis banayk memasuki ruang pernafasan.
  • Anggota kaki membengkak pada sendi buku lali akibat meringkuk/terhimpit (congenital talipes, ankylosis)
  • Gencatan pertumbuhan paru-paru (fetal lung hypoplasia)

Apakah Tindakan yg perlu diambil sekiranya berhadapan dengan situasi air ketuban pecah?
Air ketuban yg keluar tidak harus dipandang ringan. Sekiranya anda mengesaki air ketuban keluar, segeralah berjumpa doktor untuk pengesahan dan rawatan selanjutnya.

sumber kat sini yer
 baca lagi tentang air ketuban ni, kat sini..
sini pun ada

semalam doktor bagi tahu yang aku kena percepatkan kelahiran. errmmm.. aku terima jerr... doktor dah siap date dah... pada week ke 37. sakit or tak.. kena bersalin lerr.. means kena induce kan? ... errmmm apa-apalah... aku terima segala ketentuan dengan redha. Semoga segalanya di permudahkan...

baca kat sini tentang induce


 
....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

18 April 2012

bila dah masuk minggu ke 34 ni... macam2 perasaan ada... gembira, tak sabo, berdebar2 dan takot masing2 mengambil tempat teratas. gembira dan tak sabar nak tunggu kelahiran pertama dalam keluarga kecil kami. tinggal a few weeks jerr lagi...
berdebar2 dan takot pun ada gak sebab aku tataw apa yang akan berlaku dan apa yang akan aku lalui. semoga Allah mempermudahkan segalanya.

semalam kaki kejang.. dah lama kaki tak kejang cam nih... pergghh.. sakit weeii... terjerit2 aku pukul 2.30am. Mak & enche affa tolong aku meregangkan semula kaki... tengkiu2 tengkiu... sekarang ni.. selalu sangat mengah dan nafas pun pendek2 jerr.. errrr... tu mengah la tu... huhuu.. tu yang menyebabkan lagi tak larat tu...tido pun tak cukup skrang ni di sebabkan keadaan tak selesa. eerrmmm walau apa pun.. inya Allah aku akan tabah mengharungi semuanya. Terima kasih banyak2

esok malam gie check up... mudah2an semuanya ok..

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:
1.

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”

2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.

3.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :

5.

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:

6.

Maha Suci Allah

7.

Aku Pohon ampun kepada Allah

aku baca gak info2 pasal ce mana rasa contraction. sebab aku tak leh imagine contraction tu, ce mana... sakitnya? sakit yang ce mana? apa yang aku fikir ada lah sakit sebelum nak bersalin kot. tapi... ce mana sakit tu??? sekarang ni pun sakit gak...adakah itu contraction??? huhuhu aku tataw....


....from kekwa22 with love...

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

16 April 2012

Philips Avents Newborn feeding murah - RM128

hari ni, mengah giler kat opis.. sangat2. kepala pening2 lalat plak tu.. sebabnya malam tadi tah.. berapa jam jerr aku tido.. mata tak leh nak lelap. tengok jam.. pukul 1am, pukul 2am, pukul 3am semua detik di lalui. mengiring ke kiri 'adik' marah. mengiring ke kanan 'adik' marah. last2 aku duduk jerr menyandar terkebil2 sampai la aku terlena sambil duduk. sedar2 dah pukul 6am. terus jerr bangun.

wah... sungguh hebat tawaran dari groupon ni.. cepat2 pada yang belum beli.. lagi. aku rasa ni classic set. tapi tak perr.. ok jerr... murah tuuuuuuuuuuuu
sesapa yang nak beli.. sila cepat.. gie web nih... ada masa lagi nih

kalo gie kedai harga RM249... sekarang ni boleh dapat dengan harga 1 set RM128 jerr... orr kalo beli 2 dapat RM120. errmm murah kan kan kan.. cepat2 jangan lepaskan peluang...
cess macam aku plak yang dapat saham.. tak perr.. sharing is caring...

aku? tak beli pun... sebab aku dah beli Philips Avents Newborn (PES). Alhamdulillah aku pun dapat dgn harga yang bagus untuk PES.. RM150.

my new gadget..
mulanya aku malas nak layan pasai henpon aku yang selalu buat pasai.. kekadang time nak guna tu la dia hang.. dan tah apa2... kalo tak ok jerr... tak ada masalah apa pun... cuma hang pada masa2 emergency tu yang hangin satu badan... tu.. boleh jadi tekanan jiwa dan stress dan dan tu jugak...

budget nak ganti new henpon dah lama ada.. tapi wat masa ni... kena postpone dulu becoz semua budget untuk nak bersalin jerr... mudah2an dapat bersalin normal.. kalo masih di ste, dapat la subsidi RM1.2k. kalo dah di lenyapkan... dari sini... ha.... kena la top up sendiri. semoga dan baby serta aku sihat walafiat... ameennn... walau apa pun.. kena la get ready budget lebih sikit.. sediakan payung sebelum ujan...

tapi henpon pun penting gak wau nyer aku dah sakit nak bersalin, kalo ada kat umah dgn suami terchenta, tak pe la.. kalo time dia tak de nanti.. ce mana aku nak tepon.. kalo hang memanjang... hish.. ngeri aku... bukan setakan hang.. tetiba henpon aku tu.. jadi berhantu... boleh call orang len dgn sendirinya... huhuhu.. menakutkan.. jerr... bukan sekali dua, tapi banyak kali.. tetiba ada orng call aku, tanya.. tadi ada call ke? huhuu... memang tak ada.. so, mahu tak mahu.. kena rembat satu. sebab dah kronik tahap dewa dewi.

mula aku budget henpon yang paling mahal pun RM150 je. dapat terima call dan sms, dah cukup bagus. last2 masa kat kedai.. even kat umah lagi enche affa dah suggest beli yang ni jer.. dapat le wifi & tak de la koman sangat.. so.. hambik jerr la. Alhamdulillah dividen bank rakyat pun dah masuk.. boleh la.... wat pembayaran.. hihihi... next year.. bagi dividen maintain 20% lagi taw.... lebih tak perr... kurang, jangan..

kalo nak tengok specs dia.. gie kat sini jerr

ni, casing yang di beri boleh tuko2 kalo rajin. ok la... not bad. tp masih terkial2 lg nk guna. hehe...



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”