25 July 2012

2 month @ 6kg

hari ni.. tengok gambo isyraf yang bapak nyer ambil.. atas request dari pah nyer... pah dah nak balik dah.. tu yang dia request gambo cucu nyer.. supaya kalo dia rindu2 nanti.. dia nengok lerr gambo cucu nyer tu...

Armand Isyraf - 2 month 6kg
 

menu berbuka kami hari ni,

abang nak otak2, so bapak nyer pun beli lerr.. buka jerr... tak masak kat dalam dia.. so, kena la masak semula.. ni le hasil nyer
 Roti John.
 lobak putih tumis air
 ikan kembong goreng
 daging masak kicap
masak simple jerr..

ni lerr yang sempat aku masak apabila balik dari opis. biasanya sampai kat umah dalam pukul 6pm. sekarang ni mak ada tengok2 isyraf.. so.. bleh la masak.. sesambil isyraf nak menyusu. sian jugak kat dia sebab sehari aku tinggal.. dia tak nenen langsung.. next week mak dah balik berat le keje2 aku.. mana nak wat keje rumah lagi.. nak masak dan nak nengok isyraf dari abang nyer lagi... semua tu cabaran yang kena tempuhi.
 
 
 ....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

24 July 2012

selamat berbuka

dah 2 hari aku memulakan tugas. badan pun tak berapa sihat.demam. errmm baru masuk kerja dah demam. lama dah tak demam. last sekali aku demam masa pregnant 6 bulan. demam yang teruk time tu.

Ni, gift dari HR untuk Isyraf.
ni, letak kat atas meja aku jerr
had ni kalo baju baby born, memang la isyraf tak muat dah... tapi cute betul baju nih
ni, plak bantal.. wah.. gebu betoi bantal. Terima kasih yerr......

Ni, menu berbuka puasa kami hari ni,
mee hailam ni, wa yang bagi..
sosej
murtabak ni, enche affa beli
lihatlah kuah murtabak ni... cayor jerr

kambing bako nih enche affa beli 100g RM10. sedap weeiii



kedua2 ni.. sos untuk cicah kambing bako. best weeiii
kari ikan bawal ni, aku yang masak
buncis goreng

Alhamdulillah rezeki kami hari ni...

 
....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

22 July 2012

soping2

hari kedua berpuasa.. hari ni, pi soping2 kat midvelly. semalam pi suntik adik. Alhamdulillah isyraf tak demam. cuma masa cucuk tu jerr nangis.. sakit lerr.. malam pun merengek sket..

ramai betoi orang kat midvelly. masing2 dengan ragam masing2. errmm masa ni le aku cuba try nursing cover. hehhehe.. boleh jerr isyraf dok diam2. cuma jangan bagi apa2 kena muka dia. kalo kain kena muka dia.. memang la dia ek ek ek.boleh la bawa adik berjalan.. cuma kesian jerr kat dia.. nak tido tak berapa selesa.

errmm berebut dengan abang stroller adik. apa tak nyer.. abang yang lebih. huhuhu.. adik plak dah tak tahan dukung dia lama2. dia ok jerr kalo pi soping.. janji tempat tu sejuk.. memborong suar keje bapak nyerr.. kebetulan ada sale.. tu yang gie tu.. dapat ler beli baju raya untuk adik.. balik tu.. dah letih.. ni,

menu berbuka kami hari ni.. dah letih2 tu.. tak larat dah nak masak..
ni, masak lemak siakap
dimsum ni, angah yang beli
pencicah dim sum
sayur petola & suhun
ayam percik ni, angah beli
bubur lambok ni, beli kat kg baru. rm2 per pack.

 
....from kekwa22 with love....

 “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

21 July 2012

Ramadhan tiba

Alhamdulillah Ramadhan menjelang tiba.. syukur Alhamdulillah atas nikmat usia yang Engkau berikan pada kami sekeluarga.sekejap jerr masa berlalu. kalo last year berpuasa bertiga, tapi tahun ni, berpuasa berempat. errmm syukur Alhamdulillah.

Sayu jerr bila ingatkan last year bila menjelang nyer ramadhan.. perasaan tak sabo2 dah nak ke tanah suci. punya la seronok.. pelbagai persiapan di buat untuk kesana.. errmmm hanya Allah jerr yang tahu betapa excited nyer aku dan suami nak gie sana.. sekejap jerr masa berlalu...Mekah dalam memori. mencerikan detik2 bersejarah kami suami isteri di sana. Kalau boleh every year nak ke sana...

aku balik kl pun dah 2 minggu.. memang rasa sekejap.. tapi yang setahun tu pun rasa sekejap... errmm kehidupan seharian dah berubah.. semuanya dah tak sama lagi macam dulu.

Sempena hari 1st berpuasa ni, aku masak faveret enche affa. kurma daging
 kira 1st time le wat.. tak amik resepi kat mana2 pun.. last year mak ajo masak.. tapi tak pernah mencuba.. so, hari ni, wat aaarr...

sape2 nak wat, cam nih,
bahan nyer
1/2 kg daging batang pinang dipotong nipis dan di bersihkan
2 labu bawang besar di racik halus*
3 ulas bawang putih di racik halus*
2cm halia di potong nipis*
2 batang kulit kayu manis*
2 kuntum buah pelaga*
5 kuntum cengkih*
2 kuntum bunga lawang*
2 biji kentang di belah 4*
3 biji cili merah
2 paket rempah kurma
1/2 cawan susu cair
2 cawan air
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

 kekdah nyer
panaskan minyak. tumis bahan bertanda *. biar naik bau. masukkan rempah kurma serta sedikit air. kacau hingga naik bau. masukkan susu, air dan daging. rebus hingga daging empuk. masukkan kentang dan cili merah dan garam secukup rasa. masak hingga kentang menjadi lembut.

ni, plak angah wat cokodok pisang berangan

sayur bayam jerr

ikan goreng
yang ni.. enche affa beli



 
....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”