pagi tadi macam biasa, bangun pagi jer berketul2 darah keluar. aku tak tahu bila akan stop. hope dalam sedikit masa lagi sesemuani berakhir.
pagi ni aku gie office kejap. tapi matlamat tak tercapai. sebab aku terlupa nak ambil sumthing yang aku memang nak ambil kat dalam my drawer. tak lama pun pi office tadi. dalam sejam jer.. bagi mc leaves kat hr then breakfast ngan ita. aku sempat sign config for radio.
tak buat apa pun kat umah sebab kepala aku sakit sangat2. just melepak jer tapi tak leh tido. ujan pulak renyai2.
aku tak de selera nak makan apa. nak makan fast food, rasa macam tak best jer.. lepas zohor aku gie jusco, beli barang makanan sket. ada makanan kering jer.. yang dok ada kat umah tak larat tengok dah. masa jenjalan nak amik roti, aku teringat nak wat laksa johor. aku beli ikan jerr la, yang lain2 masih ada kat umah.
lepas tu teringat nak buat sagu gula melaka. ermm mana satu nih.. ala.. esok2 la.. masih boleh buat lagi. ni aku nyer lunch pukul 4pm, laksa johor. tak letak cili langsung. lewat makan hari ni. tapi tak lapo pun sebenarnya. masih kenyang makan dgn ita tadi.
lupa beli ice cream. rasa nak makan ice cream banyak2 jerr..
sembang2 dengan kak norma. banyak cerita. kelakar bila pak ndak gelabah. tah apa2 tah. macam la tak biasa. hihihihi.. tapi aku pun tumpang gembira.
kak norma cakap kat aku cenggini, 'na, akak rasa takut la pulak nak kahwin ni, jom la kahwin sesama' kak norma ni kan.. tah apa2 tah.. sama gelabah dengan pak ndak aarr tu.. pulak tu, pak ndak yang kalut tah apa2. aku jawab 'akak, ilek2, ina teman akak nanti' hahhahah.. kuang kuang kuang. tapi, memang best melayan kak norma dengan pak ndak, sebab, kelakar giler. terhibur aku. kak norma plak hepi jer.. biasa aarr bila hati berbunga-bunga.
cepatnya masa berlalu. tak terasa pun. rasa macam semalam jer.. rupanya dah lebih 4 tahun. baru semalam tersedar. rasa macam sekejap. tapi dah lama sebenarnya.
sejak petang tadi aku dok donlot nasyid.. banyak giler.. tak tahu bila nak dengar.. tapi at least dengar sekali jer.. best2. dah lama tak wat keje donlot nasyid ni. walau pun pc ni slow.. tapi layan jugak aarr.. hehehhe.. sebabnya apa yang aku cari2 selama ni berjumpa. that why sanggup jerr...
pagi tadi aku pi ampang puteri spital. follow up treatment. kalaulah aku hari2 boleh macam dr aminudin tu kan best. bertenaga.. & hepi. tapi doktor semestinya kena cam tu sebab mana leh patient tengok doktor murung. patient pun lagi sakit.masa dr aminuddin scan, punya la sakit. doktor pulak dok pujuk aku, sikit lagi, sikit lagi. rasa macam tak nak lagi wat follow up treatment. terima kasih la banyak2.. kepada yang mencipta ubat bius tu.. kalo time operate aku sedar, mau tak leh wat keje doktor. silap2 tetiba jerr aku reti bersilat. means kena tepis jerr tangan doktor. tadi pun rasa nak tepis2 jerr tangan doktor masa dia dok scan.
aku bagi tahu doktor kenapa aku always pening. doktor pun pelik, dia cakap sepatutnya aku dah tak pening. sebab yang di bahagian kepala dah di buang. abis tu.. kenapa aku pening sebenarnya? jeng jeng jeng. tah.. aku dun have any idea. kenapa ya.. ni.. sebenarnya kalo aku pk-pk aku jadi takut... aarggghh.. macam2 aarr yang datang dalam kepala aku. dah dah jangan pk lagi.
doktor gelak jerr bila aku cakap cenggini 'doc, sy dah tak larat tengok darah. banyak pulak tu. bila dia akan stop?, darah keluar ikut hidung & tekak. all the time bleeding' jawapan doktor senang jerr.. 'memang macam tu, lambat sikit nak baik, kena rest'. aku bagi tahu ubat yang spray tu akan membuatkan sakit kepala after digunakan. sakit kepala yang sangat2 dan pedih. doktor cuma cakap.. memang spray tu pedih, sikit.
sampai sekarang ni aku masih lagi terasa sakit. masih terasa-rasa rod scan dr aminuddin dalam kepala. sebenarnya rod tu, memang masuk melalui hidung, tapi doktor scan sampai dahi. rupanya ada rongga yang sampai ke dahi. ngeri satu hal. sakit another hal. lepas tu, kuar darah, banyak giler sampai doktor suruh aku take a deep breath kat dia nyer bilik sambil bekalkan tissue yang banyak untuk aku. dia suruh aku picit hidung supaya darah tak keluar. kalo darah tak berhenti, aku rasa aku boleh pitam. aku tak mabuk darah. tapi kalo dah banyak2 cam tu, rasanya boleh pitam.
doktor bagi aku another mc, until 29th. another 1 week aku cuti. lamanya.. aku tak tahu ce mana nak balik kg atau nak stay kat kl. keje aku banyak tertangguh. kalo aku stay kat kl, at least sejam dua aku bleh masuk opis. memang physically aku nampak ok. ok yang tak ok. kalo masuk opis, kena ready dgn kalo ada cakap2 belakang.. kena tahan aarr.. tah la.. tapi aku rasa, tak kan aku nak tinggalkan sesemua tu lama2. memang la ste tak akan tutup kalo aku tak ada. tapi tanggungjawab aku. sebab aku akan kena jawab di atas apa yang aku tanggung. entah la.. tak pe.. nanti2 pk dengan siyes.
semalam, misi aku pi dsa tercapai. memang berbaloi. aku jumpe someone from austria. she willing to help me. lama gak aarr dok discuss dgn dia pasal connector. they can supply to us amphenol & itt canon connectors. pas tu aku dapat macam2 cenderahati from her. hehhee.. tah apa2 & macam2.. termasuk lighter & kipas tangan. tak pe.. dah orang kasi kan.. amik jerr la.. tengkiu.
entah ce mana aku boleh dengar lagu ni.. pastu tetiba terover feeling.
Faith Hill - It Matters To Me
Baby tell me where'd you ever learn To fight without sayin' a word Then waltz back into my life Like it's all gonna be alright Don't you know how much it hurts
When we don't talk When we don't touch When it doesn't feel like we're even in love It matters to me When I don't know what to say Don't know what to do Don't know if it really even matters to you How can I make you see It matters to me
Maybe I still don't understand The distance between a woman and a man So tell me how far it is And how you can love like this 'Cause I'm not sure I can
When we don't talk When we don't touch When it doesn't feel like we're even in love It matters to me When I don't know what to say Don't know what to do Don't know if it really even matters to you How can I make you see It matters to me
rasa sedih sangat2. dalam panas terik ni, boleh ujan selebat2nya. giler nyer sedih... touching habis this song. bila menangis kuar air mata jernih, tapi air hidung keluar air yang kaler merah. lagi la membuatkan aku rasa macam2. sedih yang teramat sedih. ina pesal nih. come on. wake up. istigfar banyak2. jangan ikutkan perasaan sangat. masih panjangkah umur aku di alam fana ini? sempatkah aku?
masa aku kat spital tadi, tah apa rancangan kat tv3 pg tadi, citer bab nih. sape erkk pakar yang di interview, ridzuan kot kalo tak silap nama dia. he said crying is a therapy. aku setuju. walau tak leh wat apa2 tapi rasa lega. lega la sekejap. apa masalahnya menangis? apa hebatnya aku sampai tak boleh menangis sedangkan Nabi SAW dan Sahabat juga menangis? sesiapa saja boleh menangis. tak yah la ego mengatakan dia tak boleh menangis. cuma kekadang tu.. someone boleh menangis tanpa mengeluarkan air mata.
bila rasa sedih, bolehkah kita bergembira? even untuk mengukir senyuman pun payah. bila kita hepi.. masih boleh mengalirkan air mata. tu namanya air mata gembira. tangisan seseorang boleh membawa pelbagai pengertian.
andai one day, my blog tak update2, sudi-sudikanlah sedekahkan al-fatihah buat insan yang kerdil ini.
bas bertolak dari parit buntar pukul 930am & sampai kat jalan duta dalam pukul 150 cenggitu. option yang aku ada nak balik au2 adalah naik taxi. guna coupon. mahal giler tu.. RM20.90. perrgghh . tiket bas dari parit buntar ke kl yang lebih 300km tu rm28 taw. tapi coupon ni tulis budget. errmm sampai tak bajet langsung. dgn tambang taxi ni, dapat guna untuk duit minyak jimmy sebulan taw... tah ce mana aku dapat idea nak g dsa petang ni. memang tak terpikir langsung pun masa dalam bas. cuma masa otw balik, dalam taxi, ternampak banner. then masih sempat lagi nak gi. balik umah, lepas mandi & solat, maka aku bawak jimmy pi pwtc. rindu aarr dgn jimmy. dekat 2 minggu tak belai2 dia. sure dia pun rindu kat aku.
aku bawa camera, tapi battery kong. lama aarr tu tak recharge. last2 guna la my henpon yang 3.2mp jerr nih. ok la not bad. mana yang sempat aku upload jerr ni.. sebelum mata ngantok.
ni dia nyer entrance. aku tak tau apa fungsi kusi kat tengah2 dunia tu.. ni nak tunjuk aarr waterproof. heheheh dok herang weeii... ni cam gula2 jerr.. tapi awas aarr tak leh makan. bleh meletup nih. ni kan kalo pk2 ce mana la bleh meletup. dah la besi berat. padu plak tu.. ni rasanya malaysia nyer kot. kalo tak silap. masa aku jenjalan aku jumpe idris dgn mat zaid kat booth ni. aku tanya diaorang, sejak bila sapura jual buat & jual mende alah ni? diorang kata sejak aku masuk spital sapura develope mende alah ni. hahhaha poyo jerr.. ni deftech nyer... product. aku rasa kalo tak de mende alah ni.. tak sah.. hehehe ni kapal2 dari republic china. ni, aku tatau company apa.. tapi dia wat hf & vhf radio. dia nyer frame simple giler. aku tengok cam mainan jer... yang ni baru nampak cam betoi cantikkan susun cam ni. berat plak tu setiap satu. tapi awak kalo masuk dalam otot manusia or haiwan, bleh membawa maut. jangan wat main2. cable aku ada hantar kat negara nih. tapi bukan direct, tapi melalui thales. aku kan.. kalo aku tak pi dsa ari ni.. aku tak akan tahu yang felda ada business mende alah ni. aku dok ingat felda tanam pokok jerr.. tak kira la pokok jenis apa. wahh hebat2. sape sangka felda logistic wat business military. ni aku rasa 1st time kot diaorang join. sesebelum ni.. tak pernah nampak pun. masa aku jenjalan tadi aku nampak someone yang aku kenali kat universiti pertahanan. my x lecturer. Prof Dr Ir Wan Ali. aku pun pi la sembang2 dgn dia. dulu dia ajo fluid 2. aku suke cara dia ajo. mudah dan senang faham. menurut beliau, dia dah pencen dah. lepas sambung contract dgn utm 2 tahun, lepas abis contract tu, dia ngajo plak kat universiti pertahanan malaysia.
comelkan heli ni..pesawat ni.. mmg menarik.. tak tahu plak country mana punya cam mainan kanak2 jerr. yang control tu...aku tak ingat la ni sape punya plane nasa.. kesian kan.. kaki dia dah tak de. ada sebelah jer.. muka dia pun dah tak de.. kronik betul dia nyer injured. cam dok tgok dalam movie selalu ada mende alah nih
Aku tak tahu ce mana nak buat ni. Aku kena operate my nose last thurday, on 15th april, but since today my nose keep bleeding. Kekadang aku sampai pening tengok darah. Cecair yang bukan darah hanya air liur sebab produce from kelenjar air liur & air mata. The 2 things not in red color. Yang lain2 adalah darah. Sama ada keluar ikut tekak or keluar ikut hidung.
When aku batuk, keluar darah. Tak kira sama ada cair, pekat or batuk berkahak.. semuanya contains darah. My nose always bleeding. Sumtimes cair, sumtimes pekat tapi semuanya darah. I dun have any idea when ia akan berhenti.
Mak dah ngeri dah tengok darah yang tak habis2 ni. Mula aku balik ari tu, every time i wanna wash my nose, my mum beside me, but sekarang ni, dia pulak ngeri dengan darah yang meleleh2 or yang berketul2.
Pening kepala tak henti2. Kekadang bila terover hembus, memang darah kuar banyak dan rasa pedih. May be ada yang luka. Kalo tak di keluarkan rasa tak selesa plak. Time ni, kepala sakit sangat2. Kalo baring lama2 pun boleh jadi pening. Apa yang aku buat when aku rasa pening sesangat, aku akan mandi. Berkali2 aku mandi. Mak pun tak cakap apa. Dia tengok jerr.. Tu jerr la yang aku boleh buat. Reduce la sikit. Tapi when aku g keje nanti, how to handle kalo cam ni berterusan. Ce mana nak buat keje? Adakah orang faham keadaan aku? May be yes may be no coz aku dah operate & mc quite long. Tak pe.. semoga aku tabah menghadapi sesemuanya.
Lagi worse kalo aku tido. Kalo rasa blocking nose, maknanya darah aahh tu. May be masa tido darah berkumpul tak boleh kuar. Masa sehari dua tu aku pun ngeri jugak bila always tengok darah. But until today ok jerr.. tak faham kenapa masih pening. Adakah sebab blood pressure still low. Rasa tak kot. Kalo darah low cam ni, aku siap bleh p swimming lagi. Tak de la worse sangat. Tapi ni.. teruk betul pening. Entah la.. tatau dah nak wat ce mana. Hope everything will be fine soon.
Aku belek2 ubat yang di bekalkan.. argumentin kalo tak silap. Rasanya satu ketika dulu, aku pernah telan ubat ni.. namanya cukup familiar. Pk punya pk, baru aku teringat. Aku dapat ubat ni masa aku warded kat pusrawi satu ketika dahulu.
Aku tak bajet pun yang family aku tau time ni. Sebab aku antara ready dengan tak jer nak bagi tahu my family. Walau diorang dapat agak & assume tapi tak de la confirm. Tapi sekarang ni.. dah taw. Biarlah diaorang tahu. Mujur aku pun dah ready dengan soalan dan jawapan. Aku tahu ianya sukar. Aku? Entahlah. Aku dah tak larat nak pk apa dah. I am too tired of everything. Sesemua tu aku tak mampu nak tentukan. Hanya Allah yang mengatur segalanya.
kat kampung sekarang ni tengah musim buah. buah ni memang banyak. sangat2mangga ni baru jerr nak masak. tapi kalo buah jambu ni, memang banyak sampai busuk2 kat bawah pokok jadi baja semula.mak suruh bawak balik kg, tapi aku tanak aarr berat. kalo balik dgn kete, no hal nyer...
Tetiba jerr demam mamak melanda kat umah ni.. kes lepas makan nasi kandar la.. masa balik soping dari sogo. nasi kandar.. kalo sebut jerr na...
Followers
Siber Walking
Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah? Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah Penawar hati kekasih Allah Susah dan senang rela bersama...
Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah? Isteri Rasulullah yang bijak Pendorong kesusahan dan penderitaan Tiada sukar untuk dilaksanakan...
Mengalir air mataku Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah Akur dalam setiap perintah Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang Tiada memiliki harta dunia Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
Ketika aku marah Ingin ku intip serpihan sabar Dari catatan hidup Siti Sarah... Tabah jiwaku Setabah umi Nabi Ismail Mengendong bayinya yang masih merah Mencari air penghilang dahaga
Diterik padang pasir merah Ditinggalkan suami akur tanpa bantah Pengharapannya hanya pada Allah Itulah wanita Siti Hajar...
Mampukah aku menjadi wanita solehah? Mati dalam keunggulan iman Bersinar indah, harum tersebar Bagai wanginya pusara Masyitah...
My Family
Doa
“ Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."