24 September 2010

mat arid li sukun bertemu dgn nun

sepagi aku dok bz2 kat tempat aku wat document. aku bajet nak completekan df dalam masa yang terdekat. petang plak dok membzkan diri kat line. macam2 keje nak kena buat. alhamdulillah dah ada order untuk januari. bagus2

puas aku pikir nak makan apa on berbuke puasa. yang terlintas kat kepala nak makan mee je.. maknanya dalam minggu ni dah dua kali aku makan mee. aku ni bukan berkenan sangat dgn mee. tatau aaarr sejak dua menjak ni..

ni aku nyer menu untuk berbuke posemasa aku tengah bz2 masak.. kak norma balik. dia balik jerr.. menggamatkan keadaan kat umah. dia nyer ketawa macam nak runtuh umah zahari nih..

citernya cam ni.. kak norma, dia terima satu sms dari kawan dia kat kg yang berbunyi cam nih, 'mat tok din meninggal'. then kak norma citer la kat aku yang masa dia blik kg raya tadi tak sempat nak menziarahi mat rodi. mat rodi kawan diaorang masa kat sekolah2 dulu ni ada sakit jantung.. serius jugak dengarnya.. gitu la citer kak norma pada aku. aku dengar jerr citer tu sambil bz2 nak masak mee. then kak norma pun call la kawan dia yang bagi sms tadi tu.. untuk mengetahui kisah selanjutnya...

kak norma citer kat kawan dia tu, betapa dia rasa terkilan kerana dia tak sempat nak menziarahi mat rodi semasa kat kampung. then kawan kak norma ni cakap, cam nih, dia siap spell lagi 'm.a.t t.o.k d.i.n bunyinya mat arid li sukun bertemu dgn nun. sekian. bye.' terus jerr dia letak telefon. patut la aku dengar kak norma gelak besar lepas tu...

baru la kak norma perasan yang yang dia silap orang. mat tok din tu, jiran kat kampung yang meninggal. yang mat rodi tu kawan sekolah yang sakit jantung. different person. tu satu cerita.. yang boleh dapat idea mat arid li sukun bertemu dengan nun tu satu hal plak.. tah apa2. geng2 kak norma ni kan memang la.. semua sepesen jerr... sepol pun cam tu, cikgu saari pun cam tu.. saini pun cam tu, kak dina pun sama.. kak zana lagi la selamber...

masej kawan kak norma tu nak bagi tahu kak norma dia type m.a.t t.o.k d.i.n yang kak norma pi baca m.a.t r.o.d.i. tu pesal? sendiri mau ingat la kan... kan dah salah tu.. so, dia pun kasi clear aarr kalo spell m.a.t t.o.k d.i.n tu, nak baca dia mat arid li sukun bertemu dengan nun.

hahhahahah.. kalau di ingat2 balik memang kelakar... huruf mat ada 3 jer.. alif, wau & ya. kenapa plak mat arid li sukun nak kena bertemu dengan nun? kalo idgham bighunnah, nun mati atau tanuin, bertemu dengan salah satu huruf ya, wau, min or nun.. wawawa aku pun dah ingat2 lupa... kena mengaji balik la bab2 nih.. tetiba minda aku dok mencerna hukum2 yang banyak dah tak berapa nak ingat.. teruk betul aku ni.. dulu kalo masuk hukum2 ni.. kacang jerr semua ingat.. apa huruf ighfa? ada dua ighfa.. ighfa hakiki & ighfa' shafawi ce mana nak baca dia?.. berapa harkat?... sesemua ni kena belajar balik..banyak yang sudah lupa.. kena menuntut semula..

rasa sedih aarr.. pesal tak rasa mesra cam dulu? kalo ada apa2 salah silap, maaf ye.. mana le tau kekalau kecik ati ke.. terasa berkecil ati ker.. atau yang sewaktu dengannya.. tapi kenapa ye.. aku rasa sumting miss. adakah sebab lama tak jumpe atau tah aarr aku pun tatau..memang aku tatau.. sedih tak jumpe satu hal, sedih bila dah jumpe pun kira another story. so, apa yang sepatutnya? tak perr its ok kerana dah luangkan masa untuk aku.. bukan senang sebenarnya.. dun worry i always understand. alwaysssssssssss. thanks sebab temankan berbuke puasa petang ni.. terharu weeii.. sebab bukan sesuatu yang mudah..

malam ni, aku jumpe abu hassan.. punya la poyo.. siap bukak citer dolu2 lagi.. citer yang aku pun dah lupa.. memang hampeh.. wat malu den jer... pulak tu bleh plak citer.. macam nak bagi tahu satu alam.. rasa macam nak ketuk2 jerr dengan payung... yang kak zarina sengih jerr.. dengar abu bercerita.. dia pun dah paham dah tabiat hubby dia yang suke menyakat aku..

malam ni aku bukak kedai bakery.. mula2 baking chocolate cake. then masa nak tunggu choc cake masak, aku wat choc puding.. hasilnya tunggu esok ye.. malam ni dah tak larat dah nak tunggu sejuk dan nak kuarkan dari acuan.. kek ni, esok aku nak bawa kat opis untuk anak2 buah aku. yang puding choc tu, esok pagi kak norma nak bawa gie umah pak ndak.

mata macam tak larat nak buke jerr nih.. jom tido jom..


....from kekwa22 with love....

23 September 2010

jamuan raya

hari ni, ada management meeting kat kde dan majlis hari raya.. maka, sumer kena pakai baju raya.. punya la ramai orang kaler purple. tak kira arr pompuan ke.. yang laki pun ramai yang berbaju melayu purple. kat bilik ni ada 5 orang laki, 3 orang dah purple.. sama tema ngan angah la pulak. tu yang achik pun sibuk nak tuko baju bersanding dia ke kaler purple jugak tu.. rupanya tema tahun ni adalah kaler purple.

sebelum tu.. hari ni, aku tak pose... hahhah.. kena declare siap2

pukul 11.30am, semua dah ada kat sini

back drop

ni our department - IPAT. cerr tengok, sape paling comel.. of cos la our boss. kan kan kan..
fendi, aku, our boss-megat, fiza, ayu, azam, ad & kamal

antara yang makanan yang di hidangkan...

yang ni my plate.. kambing bako. tak berapa best.. en zainal pun agree. macam dah lama daging dia.

ni, beriani dengan lauk2 yang di hidangkan.. tak berapa nak best.

tak abis pun aku makan. kuzi ayam yang tak berapa nak rasa kuzi, rendang daging liat skit. ikan, biasa jerr.. sebab goreng tepung jerr.. sate dia jerr best. abc, not bad. wahh... aku kalo nak wat food testing, bukan main lagi.. kalo nak suruh masak.. banyak jerr dia nyer nak ngelat.. wakakaka...

lain2 makanan yang di sediakan
ni laksa johor. kuahnya tersangat la cayor kalo mike nak tahu.. roti jala aku tak de gambo. lagi pun aku memang tak rasa pun roti jala.. err tak berapa berkenan sebenarnya...

jom jom kita tengok apa yang berlaku tengah hari tadi.

ni, staf ste sekarang ni.. tu pun ada gak yang tak datang nih.. zaman dolu2 hanya ada 36 orang jerr.. sekarang ni, kalo gambo ramai2 cam nih, nampak cinonet jerr....

paling popular en zainal la.. siap dengan tengkolok & keris bagai. confuse gak.. silap majlis ke? rupa macam nak naik pelamin jerr.. tapi en zainal memang sporting..

golongan yang tak de baju raya. hahhaah.. kesian.

ni anak2 buah aku untuk radio line. termasuk support.
EB(planning), fendi, kak meri, kak chah, su, kak fra, our boss, aku, maria, mr adi(IOP Manager), linda, zura, kak zizi, kak siti, kak ton, kak tipah(dr line cable) & azam(test engineer).

apa la kak meri pi berdiri sebelah fendi. dah nampak comei jerr compare dgn fendi tu...

ni anak2 buah aku untuk cable line. termasuk support.
farid, bob, mr adi(IOP Manager), our boss-megat, aku, liza, kak odah, azrin, kak aya, kak meri(dr line radio) farah, kak tipah, fizu, khairi(planning), dr rahman(ceo) & dominique(coo)

baru aku sedar rupanya ramai anak2 buah aku selama ni..

this week & next week setiap hari, diaorang kena keje sampai pukul 9pm dan sabtu juga kerja.. sebab ada banyak cable2 yang perlu di siapkan.

petang tadi ada sorang anak buah aku datang jumpe time aku dok solder braid. dia pesan kat aku, 'tadi tu cakap, morocco ada order lagi kan? so, panggil sy balik line kak ina tau. jangan ambil orang lain' then lepas tu untuk kali keberapa aku dengar dia meluahkan perasaan.. kesian dia.. dia ni antara yang rajin kat line aku dan kerja pun bagus. tapi selagi tak confirm order, memang tak leh wat apa2.

petang tadi aku gie masjid.. rindu weeiii.. lama giler rasanya tak gie sana. hari ni memang meriah. ada bacaan yassin untuk adik2 yang nak ambil periksa. memang meriah. tapi aku tak jumpe mak cik siti. mungkin dia dah pindah umah baru. tapi aku rasa tadi macam nampak pak cik..






....from kekwa22 with love....

22 September 2010

jom landing jom

pagi ni, pagi2 buta.. 8.31am.. fendi bagi tahu aku yang compressor rosak! bila check, mujur 1 jerr yang rosak dan satu lagi boleh di guna pakai. kalo tak, memang tak leh guna semua mende2 yang menggunakan hangin.. maka, akan ramai la yang akan hangin di sebabkan tak leh guna hangin... hahaha...

aku pun hangin. tapi bukan di sebabkan tak de hangin, tapi sbb lain. susah payah aku bersengkang mata, completekan semua dalam system.. bukan satu or dua, semuanya aku buat, canteekkk punya update, last2 ilang cam tu jer.. bila tanya kenapa hilang, dia plak sesedap gigi jerr cakap aku plak sesaja mereka cerita.. weeiiii apa pekdahnya aku wat cam tu?? sabotaj diri sendiri.. gilo ke apa kalo wat cam tu.. tak de pekdahnya sebab aku jugak yang susah... frust giler weeiii.. frust yang bukan sikit2 tu.. kalau sekeping dua report tak pe.. tapi semuanya dah complete.

1st day keje, sepatah perkataan pun fendi tak tegur. masam jerr muke.. bila menyiasat, dia majuk ngan aku rupenya.. wakakaka.. on selasa tu, dah petang baru aku gie tegur dia.. baru nak mesra alam dgn dia.. majuk macam ke hapa lagi.. hari ni, dah ok dah.. siap tahan2 kaki lagi dah.... dan petang plak dah boleh gaduh2 manje lagi..

hari ni memang bz giler.. sangat2.. penat woooo.. tu pun ada lagi yang lom siap.. tak sempat abis tadi.. so, pagi esok kena wat lagi.. then baru boleh nak solder..

dari 1st day puasa teringin nak makan mee kari, tapi belum berkesempatan nak gie cari barang2. masuk hari ke 3, baru berkesempatan. di sebabkan ita pun berpuasa hari ni, maka aku ajak dia berbuka bersama2 dengan aku. baru la best.. tak macam semalam. nak makan pun tak berselera.

menu berbuka hari ni, mee kari. balik keje, lepas dah wangi2, sementara tunggu ita gie amik balqis, aku pun memulakan aktiviti memasak. elok jerr azan berkumandang, semua dah siap untuk di makan.

bahannya
1 bungkus mee kuning - di celur dan di toskan
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1cm halia*
3cm kulit kayu manis#
2 kuntum bunga lawang#
10 kuntum cengkih#
1 tangkai daun kari
1 pack kecil serbuk kari ikan di larutkan kedalam 1/4 cawan air
15 biji fish ball di potong dua+
10 ekor udang putih di buang kepala+
5 keping ketam fillet di potong 2
4 biji tauhu kering di potong 3 bahagian+
3 keping fish cake+
1 keping asam keping+
5ml air asam jawa+
1 mug fresh santan
3 mug air+
2 urat kacang panjang di potong nipis
1 mangkuk kecil tauge - di celur
1 ikat sawi di potong dan di celur
3 biji telur di rebus dan di belah 2
minyak untuk menumis
garam secukup rasa

kekdahnya

panaskan minyak, tumis bahan2 yang bertanda * dan # sehingga naik bau. masukkan larutan serbuk kari beserta daun kari. masak sehingga garing dan naik bau. masukkan santan dan kacau sebati. biarkan sekali didih. masukkan semua bahan yang bertanda + dan garam sehingga didih. tutup api. masukkan udang dan ketam fillet. hidangkan bersama tauge, sawi, kacang panjang dan telur.

maka jadilah cam nih...

malam ni, diorang dah start main badminton. tapi aku tak join this week. memang tak leh.. kalo tak makan tak pe.. mana bleh tak makan.. tapi.. kalo dah makan, pastu nak main plak.. alamatnya pancit la...

penat aarrr... jom landing jom





....from kekwa22 with love....

21 September 2010

letih maaaa

berchenta jerr nak gie keje ari ni. padahal semalam dah keje dah. alasan jerr lebih... sebab nak malas2... biasala tu, baru cuti dekat 2 minggu. kalo yang cuti 3 tahun tu.. alamat.. kelabu hasap la bila masuk opis.. hahhaa.. kan dah kena... lama tak nyakat nih... rindu

petang, aku bajet nak create docs jerr.. because aku memang tak larat nak wat per.. tapi tak kesampaian bajet tu.. last2 lepas lunch sampai ke balik aku dok bertapa kat line. sebabnya TFER tube yang di tunggu2 telah tiba. sekarang ni kat line tu, jalan 3 model serentak. perrgghh.. penat aarr hari ni.. tatau sebab apa..

pesal la rasa tired sangat ni. lesu tak bermaya sesangat. dah la ujan lebat semalam. tatau la bila episode ujan2 ni akan berhenti.

aku tak de idea nak masak apa. lagipun, lom sempat ke giant ke, jj ke, k4 ke.. stock pun tak ada. may be weekend ni le kot.

ni, my menu berbuke petang ni. puas pk tadi nak makan apa untuk berbuke, semuanya kena reject by myself.. wakaka.. last2 di sebabkan lama giler tak makan macaroni & cheese, maka.. ni le hasilnya..
biasa tu.. senang2 jerr dapat di habiskan.. tapi kali ni.. kuis2 sikit jerr.. tak selera nak makan. pesal tah.. mata rasa ngantok, tapi tak leh tido. badan rasa tired sesangat.. maka layan jerr la jiwang.. jangan ujan dah.. nanti jadi citer len plak...

lambatnya nak weekend... macam la weekend boleh rest...





....from kekwa22 with love....