19 January 2011

warna warni kehidupan

hari terasa lambat sangat masa berlalu. lambat giler nak nunggu pukul 1pm. menci betul. bosan plak tu. walau pun hari ni aku bz sikit dari semalam. tak de semangat langsung hari ni. tak sabo nak nunggu esok. cutiiii yey yey yey cuti. best2 dah la dah ada plan baik punyerr untuk esok. hopefully cuaca bagus.

lama dah rasanya aku tak menjelajah dapo orang.. sebabnya aku pun dah lama tak masak. tapi, sehari dua ni.. macam best jerr wat roti. alamak.. hari tu pah nak roti pun belum wat lagi... nanti senang2 bleh wat. memang best makan roti panas2 dan gebu gituuuuu.

tapi hari ni, aku tak wat roti pun.

ni menu untuk malam nih,

dan yang nih, apam pelangi

Resepi asal amik kat sini.. aku just copy paste jerr.

Bahan-bahan :

4 biji telur - aku guna 3 biji telur sebabnya telur tu beso
2 sb ovellette
1 sk vanilla
220 gram gula castor - aku guna icing sugar
300 gram tepung gandum
250 ml santan kara - aku guna santan segar 300ml
1 st baking powder
3 pewarna
secubit garam - ni aku jerr yg pandai2 menambah

Langkah-langkah membuat:
1. Telur, ovellette dan gula castor dipukul hingga gebu dan pekat.
2. Masukkan vanilla dan pukul sebati.
3. Ayak tepung gandum dan baking powder.
4. Masukkan santan kara tadi dan pukul sebati.
5. Masukkan tepung gandum dan pukul hingga sebati.
6. Bahagikan kepada 3 warna yang disukai.
7. Senduk ke dalam loyang yang telah dialas. Senduk selapis demi selapis mengikut warna.
8. Masukkan ke dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
9. Tutup penutup kukusan dengan aluminium foil atau kain dapur.
10. Kukus selama 30 -40 minit hingga masak.
11. Angkat.

apam ni, dah wat dulu masa kenduri achik. sebab rasanya memang best. masa nak buat hari tu, kecoh suruh enche affa tolong carikan resepi. marbeles weeii marbeles.. tak rugi mencuba taw...
kalo tak caye tanya angah & enche affa. sebabnya masa aku potong apam ni, angah dok mengadap hasil kerja aku malam ni.. so, that why la dia ada kat umah. then aku tapaukan sikit untuk enche affa.

hasilnya aku dapat sms cam ni,

'apam ayg ni, lazat btoi.. mau 1 loyang sy boleh abiskan.. mcm mana nak kurus.' peerrgghh statement yang kamikaze betul. ada ke patut nk habiskan 1 loyang.. hish.. bior bebenor kamu yeop... tak boleh di bawa ke majlis cam nih


'memang marbeles apam, lepas ni, no more apam kuala' - waahhh statment yang bisa menggugat mak cik2 yang jual apam kat kuala. kalo lepas ni pakat2 tutup gerai, jangan salahkan aku okeh! sila salahkan enche affa dgn statment dia


'officially malam ni, tukar..' bila aku tanya sejak bila tukar dari apam kuala ke apam pelangi?
sbb sblum ni.. hanya apam kuala jerr yang best bg dia.
sanggup ke kuala kangsar semata2 kerana apam. mak pun cakap.. gie jejauh tapi bawak balik 2 ketul jerr.. kalo bawak aku gie kuala, alamatnya satu bonet kete aku borong.. err ada brani?


'tak payah.. titik' ni plak jawapan bagi soklan aku, tak de talian hayat ke? perrgghh dengan confident nyer... dia menjawab...


tinggal la balance banyak ni.. ada 2/3 lagi ni.. mari2 sape cepat dia dapat. esok nak bawak untuk kengkawan gie picnic.
teruja betul dengan kalernya yang garang...

malam ni aku g jj ngan enche affa serta arman. nak beli barang nak wat gie picnic esok.. kesian anak mama.. dia demam. merengek jer.. pagi tadi masa dia cakp ngan aku, sayu jerr suara dia. 'mama, man demam. man pening kepala.. man tak boleh nak napas, mama....' alahai... sedihnya nyerr bunyi...

masa kat jj, ajak dia melayan car & bike

jgn jadi mat rempit suda
gaya tu penting... pandai betoi dia mencilok & handle this bike
bila beso, boleh masuk formula 1. kayo mama n bapak

cam ni le gaya kalo enche affa reverse dia nyer kete.. bapak borek anak rintik.

pesal la mata tak ngantok nih...


....from kekwa22 with love....

18 January 2011

fenin fenin

semalam aku tatau lelap pukul brapa. tah aarr... tak de la nak pikir apa pun. cuma... aku tak leh nak lelap.. kerap terjaga. pesal la... bangun paagi plak awal giler... then hari ni pun aku sampai opis awal tak hengat.. ala2 pekerja cemerlang terbilang gitu. pukul 8.10am, aku dah ada kat tempat aku.. pergghh punya la cepat sampai opis.

aku yang kehilangan. hilangan semuanya. kesian aarrr kat aku. kalo cari, mungkin akan berjumpa mungkin tak akan jumpe. cumanya jangan memalukan diri sendiri. that all.

Alhamdulillah setakat ni.. tugasan pertama dah hampir setel. walaupun bukan 100%. tapi ada la improvement.

aku harap assigment yang aku kasi pada enche affa, dia tak lupa. memang macam lama lagi due datenya. jangan wat sambil lewa okeh! tapi kalo wat keje last minute.. siap la babab montot nanti.

tengah hari tadi dapat email ni,

UNTUK PERHATIAN SEMUA

Please make payments as recommended by the Architect and invoiced by Damai Bistari. Rest assured that with regular monitoring from KPKT esp the Minister himself, it is not likely that Damai Bistari will submit fictitious billings.

My meeting withe MS Lai of DamaiBistari today refer. Accordingly works continue to progress. She expects to hand over keys to purchasers in stages. The 256 Low Cost Flats in March 2011 . For the Service Apartments ; Block A & Block E in March 2011 followed by Bock B & Block D one month later. Then only Block C followed by Block F in June/July 2011. Therefore it is very important that purchasers correspond in making progress payments when billed by Damai Bistari.

I was given a list of @ 50 purchasers , mostly from Block C , who have defaulted in payment to Damai Bistari. A notice of termination of the S&P is being prepared for issuance to these Purchasers. I appeal to the Purchasers to take matter seriously and to sort out their financial problems. Otherwise, it will be a great pity if they loose their units. PHUKB will contact these Purchasers and will convince them to keep the S&P from being terminated.

Ali Karim

Ashleen Karim sending on behalf

Dr Mohamed Rafick Khan bin Abdul Rahman

Pengerusi

Persatuan Pemilik Hartanah Ukay Bistari

No 45,Jalan BU 2/4, Taman Bkt Utama, Bkt Antarabangsa, Ampang Selangor

Tel: 0122218956 Email: drrafick@gmail.com

Web: www.phukb.wordpress.com


berita gumbira nih.. yey yey yey

persoalannya, adakah 50 org yang mostly block c tu termasuk our unit? tatau aarr.. ce mana nak check yerr.. hopefully tak la. kalo dapat kunci bulan june ni best kan.. walaupun sepatutnya dapat 2007 lagi... tapi tak perr aarr at least dapat gak. cuma dapat kah aku menjejakkan kaki di rumah tu, aku sendiri tatau. kalo nak gie umah che norma tingkat 8 memang boleh. tapi untuk gie umah yang kat penthouse block c, aku kureng pasti. hopefully...........

malam ni aku rajin sikit.. aku wat pizza. lama betul tak wat pizza. entah macam mana, malam ni.. rupe before masuk oven
ni.. sedia untuk di makan
base ni aku wat dgn
200g bread flour
1 sudu butter
1 sudu creamer
1/2 sudu kecil soda karbonat
1/2 sudu kecil bread improver
1/2 sudu kecil dry yeast
secubit garam
air secukupnya

gaul semua bahan kecuali garam. uli sehingga doh lembut. rehatkan 3o minit. uli semula dan masukkan garam. uli sehingga doh menjadi kenyal. canai doh dalam bekas pembakar pizza dan biarkan doh selama 30 minit.

untuk inti atas aku letak
kiub nanas
slides button mushroom
hotdog yang di potong nipis
sos cili
2 helai bay leaf - dipotong nipis
mozarella cheese

kekdahnya..
sapukan dgn rata sos cili, taburkan bay leaf, susun hotdog, taburkan nanas, mushroom dan cheese. bako dengan suhu 200*C sehingga masak. makan masa suam2. kalo panas, nanti melecur lidah la plak.

kesian enche affa.. dia selsema. kerap plak dia selsema lately ni.. kesian.. take care taw...

rindu weeiiiiiiiii rinduuuu

Ruang Rindu - Letto

Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada

Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi

Tak pernah kuragu dan slalu kuingat
Kerlingan matamu dan sentuhan hangat
Ku saat itu takut mencari makna
Tumbuhkan rasa yang sesakkan dada

Kau datang dan pergi oh begitu saja
Semua kutrima apa adanya
Mata terpejam dan hati menggumam
Di ruang rindu kita bertemu




....from kekwa22 with love....

17 January 2011

monday blues...

sejuk giler pagi ni.. sangat2 sejuk. tahap dewa dewi nyer sejuk. berchenta giler nak siap gie keje.. rasa malas jerr.. al maklom lam senin.

hari ni.. aku dapat buat 2 test jer.. tu jerr la pencapaian untuk hari ni. 2 jam untuk cold & 2 jam untuk heat. settle dah. tinggal lagi nak wat report jerr.. esok boleh start wat report.

ni, dinner untuk malam ni. cucur jagung

aku tak paham... tak paham sgt2. tapi tak perr la.. sape yang boleh wat aku paham? sila angkat tangan satu minit dari sekarang... nampaknya tak de sape.. that means nothing..

cuma.. aku yang kehilangan sendirian


....from kekwa22 with love....

16 January 2011

long weekend

hari ni.. sampai au2 dalam pukul 530pm. rasa macam panjang plak cuti 2 hari ni.. macam2 perkara yang dapat buat. tapi memang berbaloi2 sebab apa yang di hajati dapat di penuhi.

on sabtu aktiviti bersoping. bukan penat bersoping tapi penat dengan karenah armand & azim. fenin di buatnya .. memang tak leh bersoping. sebab nya memang sangat2 suke berlari 2 orang tu.. 1st round soping ramai2. balik umah lunch.. tidokan diorang then aku ngan enche affa jerr yang kuar berdua.. aman.. dapat la dok wat pilihan sampai tak sedo dekat 3 jam dok bertapa dalam kedai. tengkiu yerr enche affa yang sabo jerr melayan..

malam plak pi salak. umah opah enche affa. al maklom la.. mak bagi tahu yang pah enche affa pesan kalo aku gie sana, suruh bawa gie umah dia.. wahh.. cam glamer gitu.. hehhehe. balik dari umah pah, gie makan2 kat tambun. hujan plak turun selebat2 alam.. siap ada kilat lagi. sejuk giler... sangat2. makan dalam kesejukan.. cepat jerr setel.. licin sumer...

balik umah, pakat2 tarik selimut. dah kenyang, sejuk plak tu.. aktiviti paling best adalah tido le.. apa lagi..

on ahad plak.. lepas subuh, enche affa ajak gie kuala kangsar. dia ngidam nak makan apom. punya la jauh.. belinya 2 ketul. tapi kan bila aku dah sampai paso tani.. macam2 aku borong. hehehe nasib la enche affa. len kali jangan offer aku gie paso tani taw..

sepanjang 2 hari ni, memang best menyakat si armand. hehehe. sangat2 best.



....from kekwa22 with love....