22 June 2011

Alhamdulillah. Impian jadi kenyataan

tengah hari tadi, masa aku menonong jerr menuju ke tempat aku, my bos tanya aku, sama ada dah baca email ke belum? perrghh dapat project baru ke? tapi dia cakap email tu dari HR, pelik pelik.. aku pun, apa lagi, zasssssssss terus jerr check

Alhamdulillah. Syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurniaMU. Alhamdulillah aku terpilih untuk menjadi tetamu MU ya Allah. Alhamdulillah terubat kerinduan kepada Baitullah.

Alhamdulillah kali ni, dah jadi rezeki my boss dan aku ke tanah suci Mekah. Syukur dan gembira yang amat sangat. Inilah saat2 yang aku tunggu selama ini. Inilah yang di katakan rezeki selepas genap sebulan aku bernikah dengan enche affa. sebulan dah yerr... kejap nyerrr... kalo tanya enche affa, dia akan cakap, 'baru kahwin ke? bukan dah lama ke? anak pun dah beso... ' wawawa.. potong stim betul...

Baitullah
Insya-Allah dengan Izin dariMU kitakan ketemu sekali lagi.

Citer sebelum dinner....

before nak kuar ni, aku nak tepon angah, nak wat repot pasal adik kat umah opah sekarang ni.. bila aku cakap jerr... 'mama nak tepon mak ngah lee..' mula dah si armand gelabah. siap duduk dekat2.. last2 dia yang cakap ngan mak ngah gaya cam bergayut mengayat awek. punya la lama bersembang. macam2 isu. al maklum la anak mama ni, ayat power... kenapa cenggitu? cerr pikir? sebab dia takut mak ngah datang ambil mama dia.

bila aku sebut jerr nak tepon mak ndak a.k.a kak norma.. terus jerr.. dia akan cakap, 'mama, mak ndak dah sleep la.. kan dah malam. tak payah le tepon' moral of the story sama jerr ngan mak ngah dia. takut orang ambil mama dia. pastu duduk rapat2 dengan mama dia.. berkepit sebab takut mama dia curik2 tepon mak ndak.. hehehe... kelako betul. ada gak masa2 aku tepon gak walau kena himpit rapat, kalo kak norma tak pick up call, armand akan cakap, 'kan man dah cakap, mak ndak dah tido' atau pun 'mama ni, menyakat man jerr...' tak tahu le.. bila dia akan hilang fobia takut kehilangan mama.
ni, char kuew teaw yang.. eerrr... no komen.. sendiri tengok aaarrr.... dah tahu apa rasanya...

yang ni, plak, marbeles....
ni aksi2 armand iskandar makan sate.

mula2 tengok... ambil feel dulu.. ambil bau..
pas tu, buke mulut dengan keluasan yang mencukupi.
iiiaaayyahhhh.... gigit kuat2.. tarikkk..
ok.. sekali lagi... cam ni plak..eerrmm sedapnya...aitt.. dah abis...
paling kelako, bila habis dah sepinggan, dia dengan selamber nyerr gie mintak kat brother yang tukang kipas sate tu, yang dia nak satu lagi... memang selamber betul... tak yah menggunakan khidmat waiter.. terus jerr gie terjah.. ha... senyum sengih jerr brother tu kasi armand secucuk sate.

moral of the story, satay ke sate aarr? apa2 jerr lah memang marbeles.. errr enche affa nanti2 belanja lagi yerr... nanti nak rasa yang daging nyer plak. sebab tadi daging dah abis... ada le chance nak gie makan satay second round.. hehehe.. baik kan alasan....




....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

21 June 2011

Pai Tee in the house

hari ni, aktiviti tak sama macam semalam. insap dah sikit. sikit jerr la.. hehheehe... at least hari ni lebih baik dari semalam.. ada improvement.

Menuju Wawasan - Suara Firdaus

Umat Islam harus cemerlang hari ini
mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata ,
umat islam sentiasa boleh,

umat islam zaman lampau
taat perintah rasulullah
bersama berusaha,
bersatu tuju wawasan dunia dan akhirat
wawasan dunia akhirat
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
kuat usaha jujur dan amaanah
sentiasa mengharap keredhaan Allah

akidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
pegangan mereka harus diikut
ulama warisan ambiya'
ajaran sesat wajid dihindari
pegangan mereka harus diikut

umat islam harus cemerlang hari ini
mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata


waahhh semangat plak hari ni...

pai tee nama dia.. dulu dah pernah wat.. cerr nengok kat sini

resepi ambil kat sini yerr.. aku kopipes jerr

KULIT PAI:
1/2 cawan tepung beras -guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan
125 ml air
2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
1/2 sudu teh kapur makan
1/2 sudu teh garam
Acuan pai tee
INTI:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
30 gram udang kering-rendam dan tumbuk halus
1/2 sudu teh garam
Sayuran potong memanjang /parut:
- 1 batang lobak merah
- 1 biji sengkuang
- 1 batang timun
********
1/4 cawan kacang tanah (bakar dlm oven) - tak letak
Sos pencicah

Cara-cara

UNTUK KULIT PAI:
Satukan semua bahan-bahan -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.

Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam minyak.

Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang di atasnya.-lihat gambar

Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.

Biarkan seketika.Jangan keluarkan sampai ia agak masak,jika tidak kulit pai akan terlipat. Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu. Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat.Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing.Toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.UNTUK INTI:
Tumis bawang putih dan bawang besar..Bila garing masukkan udang kering dan garam. Tutup api.
Dsc01431
Masukkan lobak merah,sengkuang dan timun.Gaul rata. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi.
Tabur sedikit kacang tanah keatasnya dan tuangkan sos pencicah.

jom jom kita layan pai tee...

ni plak, nasi goreng.
dah dah dah... jom melepak sambil baca2


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

20 June 2011

mama, doakan man jadi baik yer



kejap jerr dah monday... rasa macam baru jerr nak hari sabtu. huhuhu.. kejap betul masa berlalu. tak sedar dua hari dah berlalu.

Alhamdulillah. terima kasih ya Allah atas nikmatMU yang tak terhingga.

semalam, mesin jahit wat hal.. kalo tak.. sure siap project aku.. tapi nak wat ce mana... hari ni plak.. gi lerr bawak dia gie jumpe doktor. tapi.. kliniknya tutup la plak.. huhuhu.. esok nak kena gie hantar lagi leerr... ni yang den lomah ni...

hari ni, armand sangat2 gud boy. semua orang puji dia sebab gud boy. kat umah pun sangat2 baik. bersopan santun. terjaga tutur kata. sesapa nak wat menantu, boleh la.. kena booking awal2 taw. paling touching masa aku nak solat, dia datang kat tepi aku dan cakap, 'mama, doakan man jadi baik yer' terharu betul. huhuhu.

ni, our dinner malam ni. mudah dan senang jerr..... fish with no chip. hehehe



....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

18 June 2011

Selamat Hari Bapa

Hari ni, aku kuar jenjalan jerr dengan armand. gie jj jerr. ada le dalam 10 minit dari rumah. kalo bajet sangkut kat 2 traffic light le. kalo tak.. may be boleh sampai lagi cepat. sajerr.. jenjalan.. bawak armand.

enche affa plak, pepagi lagi dah kuar. hari ni & esok, dia ada course kat kelang nuuu... jauh weeiii. so, tinggal le kami berdua...

sempena hari bapa, aku wat cake untuk enche affa. lagi pun lama tak wat choc cake. masa jenjalan nengok dapo2 orang, nampak resepi devil's food chocolate cake. macam best jerr.. ramai yang dok citer akan ke'marbeles'an devil's food chocolate cake so, apa lagi, boleh le cuba try test. sebab nengok orang len wat, begitu nyummy.. so, ni aku nyer version.
resepi, ambil kat sini yerr

Bahan: -
1 cawan tepung gandum - aku guna self raising flour
1 / 4 cawan cocoa powder-(Ayu gunakan Valrhona)
3 / 4 sdt soda bikarbonat
1 / 4 sdt garam
1 / 2 cawan gula pasir-Ayu gunakan 1 / 4 cawan
1 / 2 brown sugar-Ayu gunakan 1 / 4 cawan
65 g mentega
1 biji telur besar
1 sdt vanila ekstrak
1/4 cawan buttermilk-(buatan sendiri 1 cawan susu ditambah dengan 1 sudu makan cuka. Rehatkan selama 20 minit tetapi recipe ni hanya gunakan 1/4 cawan saja)
1/2 cawan air suam

Kaedah:-
Set oven 170C. Siapkan tin kek anda.
Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan2 kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cair(buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.Terakhir masukkan vanili estract. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting:-(lain kali buat 1/2 adunan aje)
250g Philadelphia cream cheese
125g mentega
1 cawan gula aising-(Ayu gunakan 1/4 cawan aje)
1 sdt vanila ekstrak
jus daripada lemon
double boil cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache:-(lain kali buat 1/2 adunan aje)
200ml double cream-(Ayu gunakan whipping cream)
250g coklat gelap dicincang halus
sedikit garam
Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, Angkat dan sejukkan dulu baru sapukan frosting krim keju & tuangkan coklat ganache diatas.

From:-cupcakeschek.blogspot.com

bila dah siap sesemua ni, Armand dah tak sabo2 nak nak rasa. punya le susah nak pujuk dia supaya sabo, tunggu bapak balik. kalo awal2 dia tahu this cake for his bapak, alamatnya aku kena wat satu lagi le untuk dia. sebab dia memang jeles ngan bapak dia. choc cake ni, kan memang best.. cuba aarr.. tak rugi aar...

to my hubby a.k.a enche affa, selamat hari bapa.


untuk dinner, aku masak len sikit. nasi mandhi & beriani ayam serta dalca.kesian enche affa, 5 hari enche affa tak makan nasi kat umah. sebab wife dia, malas masak nasi. hehe.. so, hari ni sempena hari bapa, aku masak Nasi Mandhi/Mandy. kalo kedai2 arab semua wat nasi ni.. memang marbeles. so, ni, aku nyer version. sedap nasi ni. cubalah...
resepi, ambil kat sini yerr

NASI MANDHI by Puan Raidah

4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 1/2 cawan air atau secukupnya
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:

1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.


aku tak wat le versi masukkan arang segala.. sebabnya tak de kat umah ni. tak bau asap pun tak perr..

cerr nengok nasi aku... cee.. wah.. kaler menarik.

aku letak kaler kuning dan oren. comeii aarr.. dulu2 1st time, aku wat, jadi sekaler jerr... ni, kira dah cukup bagus. beras ni, asalnya guna beras basmati extra panjang. mahal giler.. 2kg rm26 henget. tapi di sebabkan aku selalu dok kacau2 maka, patah2 le jadinya. tak perrr take note. esok2 jangan dok kacau2 selalu.

ni, plak ayam beriani.

resepi, ambil kat sini, aku kopipes jerr..

AYAM BERIANI

Bahan
1 ekor ayam [potong kecil] - aku wat 1/4 ekor jerr
4 sudu besar rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
1 cawan yogurt
3 sudu besar tomato puree
2 biji tomato buah [belah 4]
3 biji tomato buah ranum [mesinkan dengan 1 cawan air]
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
2 labu bawang besar [belah 4]
1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
garam

Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia

Bahan Tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak

Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah berani yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin denngan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga lembut.
5. Masukkan ayam dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.

ni, plak dalca.

resepi, ambil kat sini. aku kopipes jerr

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • Bahan hiris:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 cm halia
  • Bahan tumbuk:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 cm halia

  • 1 kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji bunga cengkih
  • minyak secukupnya (lebih sikit pun takpe)
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • air asam jawa secukup rasa
  • beberapa ketul ayam (terpulang pd anda, saya guna leher, kaki dan peha)
  • 1/2 cawan kacang dhal (direbus hingga lembut, sebahagian diambil dan ditumbuk hingga hancur)
  • sayur2 spt karot, kacang panjang dan ubi kentang
  • santan
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Hiris semua bahan hiris dan ketepikan. Sediakan rempah2 seperti di atas. Potong sayur mengikut kreativiti masing2. (Di dalam gambar ini, ada byk kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.. sebenarnya hanya satu kumpulan shj yg digunakan hehehe.. yg lain tu utk masak lain)
  2. Gaulkan rempah kari daging, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih di dalam sebiji mangkuk dan tambah sedikit air.
  3. Tumbuk semua bahan tumbuk dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan hiris dan tumis. Sebelum bahan2 hiris berubah menjadi kuning, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
  5. Masukkan campuran rempah daging yg dicampur air tadi ke dalam periuk dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan kacau. Tambah sedikit air supaya rempah cair sedikit dan teruskan hingga rempah naik minyak.
  6. Tambah air asam jawa, agak2 supaya tidak terlampau masam tapi ada rasa masam.
  7. Masukkan ketulan ayam.
  8. Setelah ayam separuh masak, masukkan semua kacang dhal yg direbus dan juga yg ditumbuk. Gaul rata.
  9. Masukkan semua sayur2 yg telah dipotong. Tambah garam secukup rasa.
  10. Tambah air mengikut kepekatan yg disukai. Kemudian, tambahkan santan secukupnya (jgn sampai kuah menjadi terlampau putih). Masak sehingga mendidih dan tutup api. Pastikan ubi kentang sudah lembut.
jom jom kita makan.



....from kekwa22 with love....