eermmmm... dah nak dekat ni.. rasa tak sabo dah.. bukan aku jerr.. enche affa pun sama jerr... dah masuk week 37. malam ni, jumpe doktor... errmm apa yer yang nak di tanya dgn doktor nanti... kalo ikut dulu nyer date... 11hb, means esok.. dah kena induce dah.. hehehe.. walau apa pun.. kita tunggu hasil pemeriksaan doktor kejap lagi yerrrrrrrrrrrrr.. 11hb tu.. esok tawwwwwww
satu lagi yang aku belum belajar ialah teknik pernafasan.. so, baca kat sini...
Bernafas dan bernafas terlebih
Apabila anda berasa tertekan dan
ketakutan, pernafasan anda akan menjadi lebih pendek dan deras. Bahu
anda akan tertarik ke atas ke arah telinga dan, pada masa yang sama
leher dan otot bahu anda berasa tertekan dan tegang. Jika anda terus
panik, anda akan mula bernafas berketerlaluan, dan menyedut udara ke
dalam paru-paru anda dan menghembus nafas bercungap-cungap secara pendek
dan laju. Anda akan berasa pening dan hilang kawalan. Jari anda
mencucuk-cucuk anda dan mulut anda berasa kebas.
Semua ini adalah reaksi normal terhadap situasi yang penuh stres
atau yang menakutkan. Ini adalah normal, tetapi badan anda tidak boleh
berterusan begini tanpa menjadi letih. Semasa pelahiran, anda mesti
menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Anda juga mahu
membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya
menghadapi stres semasa dilahirkan. Jika anda bernafas panik, jumlah
oksigen yang anda sedut untuk anda dan bayi anda akan berkurangan.
Corak pernafasan untuk perlahiran
Tutup mata anda seketika dan tumpukan kepada pernafasan anda.
Lihat bagaimana pernafasan anda mempunyai ritmanya sendiri. Anda
akan sedar bahawa semasa menarik nafas anda berhenti seketika sebelum
anda menghembus nafas keluar. Hembusan nafas keluar sama tempoh dan
kedalaman dengan tarikan nafas masuk anda. Anda terpaksa berhenti
seketika sebelum paru-paru anda menarik nafas masuk sekali lagi.
Semasa pelahiran, anda perlu mengekalkan pernafasan beritma anda.
Jangan biarkan tempoh tarikan nafas lebih panjang daripada hembusan
keluar. Hembusan nafas anda sepatutnya lebih lama daripada tarikan nafas
anda. Adalah normal apabila anda sedang mengalami kontraksi, anda akan
bernafas dengan lebih pendek dan cetek. Ini tidak salah selagi
pernafasan anda tidak menjadi lebih deras, dan bertukar menjadi
pernafasan panik.
Teknik pernafasan mudah
• Fikirkan perkataan "RELAKS". Ia
mempunyai dua suku kata, "RE" dan "LAKS". Cuba latihan ini. Semasa anda
menarik nafas, fikirkan "RE" dan semasa anda menghembus nafas, fikirkan
"LAKS". Jangan biarkan minda anda merayau; sebaliknya tumpukan kepada
meyebut perkataan "RELAKS" berulang-ulang selaras dengan pernafasan
anda. Semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan dalam
badan anda. Fokus kepada otot yang anda tahu akan tegang apabila anda
stres. Setiap kali anda menghembus nafas, ingatlah: "LAAAAAKS". Fokuslah
kepada hembusan nafas: tarikan nafas akan berlaku dengan sendirinya!
• Cuba mengira apabila bernafas. Semasa anda menarik nafas, kira
sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda
mahu) dan semasa anda menghembus nafas keluar, kira juga sebanyak tiga
atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa
mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan
nafas.
• Cuba bernafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut anda.
Hembus nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung
anda dan hembus melalui mulut. Ramai wanita akan dapati bahawa membuat
bunyian semasa menghembus nafas seperti "Oooooooh" atau "Aaaaaah" amat
membantu mereka. Di antara kontraksi, minum sedikit air untuk
mengelakkan mulut anda menjadi kering.
Sokongan semasa pernafasan
Adalah satu perkara yang sangat sukar
untuk mengekalkan pernafasan beritma anda di samping relaks setiap kali
anda mengalami kontraksi yang menyakitkan; anda berasa letih dan
perlahiran itu seakan-akan tiada penghujungnya. Pada masa inilah ianya
penting untuk mendapatkan sokongan
teman pelahiran
anda (kini, kebanyakan hospital membenarkan suami masuk ke bilik
pelahiran). Suami anda dapat membantu mengekalkan kestabilan pernafasan
anda dengan bernafas bersama anda. Anda perlu memandang mata suami anda
dan dia perlu memegang tangan anda atau meletakkan tangannya di atas
bahu anda sambil bersandar dengan lembut. Anda boleh mengikut corak
pernafasannya semasa dia menarik nafas melalui hidung dan menghembus
nafas ke muka anda dengan lembut.
Praktikkan ini semasa
kehamilan.
Pada mulanya, ia akan berasa pelik dan kedua-dua anda akan berasa
kurang selesa. Walau bagaimanapun, bernafas cara bersama amat membantu
semasa dalam pelahiran, terutama sekali apabila anda berasa anda tidak
berdaya lagi.
Bernafas dan meneran
Semasa
fasa kedua pelahiran,
anda akan menolak bayi anda keluar. Ramai wanita menahan nafas semasa
mereka menolak. Ini adalah okey asalkan anda menolak ke arah bahagian
antara kaki anda, bukan ke arah bahagian belakang tekak anda.
Adalah lebih baik jika anda menarik nafas panjang apabila anda
rasakan kontraksi bermula dan bernafas atau meniup nafas keluar secara
perlahan sambil anda meneran. Ini akan mengelakkan anda daripada
mencederakan tekak anda dan memastikan anda mengekalkan corak pernafasan
yang sihat dan adalah penting untuk menghasilkan satu peneranan yang
kuat.
Sekiranya anda telah diberikan
epidural
dan tidak dapat merasakan bila masanya untuk menolak, tariklah nafas
apabila bidan atau doktor memberitahu anda bahawa kontraksi telah
bermula. Semasa anda menghembus nafas keluar, fokuskan kepada kepala
bayi anda di antara kaki anda dan teruslah meneran dan menolak.
Kadang-kala wanita diminta menahan nafas, dan meneran dan menolak
seberapa lama yang boleh. Ini bukanlah satu idea yang baik. Anda akan
mengurangkan oksigen kepada anda dan bayi anda, dan anda akan meletihkan
diri anda dengan cepat. Teran dan tolaklah seberapa banyak kali bagi
satu kontraksi. Empat atau lima tolakan bagi setiap kontraksi adalah
mencukupi.
Bernafas dan bukan meneran
Kadang-kala wanita akan terasa mahu
meneran sebelum serviks mereka mengembang sepenuhnya. Dalam kes ini,
doktor anda akan meminta supaya anda jangan meneran untuk memberikan
masa kepada serviks anda untuk mengembang. Ini adalah perkara yang amat
sukar! Anda boleh membantu dengan berlutut dengan kaki dan tangan anda,
punggung anda di arahkan ke atas dan pipi anda di atas lantai. Apabila
kontraksi bermula, berikan empat nafas pendek, diikuti dengan empat lagi
nafas pendek dan seterusnya. Anda juga boleh berulang menyatakan dengan
tegas frasa "Saya tidak mahu meneran" di dalam kepala anda sambil
bernafas pantas. Antara kontraksi, bernafaslah dengan normal.
sumber dari
sini yerrr
dah.. dah.. jom pergi spital. Mudah2an semuanya ok...

....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”