22 June 2012

Episode berpantang

lepas tido semalam kat umah, aku dah balik kampung... mula la episod berpantang..errmm lama tu... sakit kat tempat bedah kurang sket dan aku dah start berbengkung. aku guna bengkung moden. Thanks to enche affa becoz dia yang mencari. selesa dengan bengkung ni.. kemas jerr... aku berpantang kat ipoh dulu.. duduk 2 minggu. banyak betoi cabaran.. dah le 1st time.. macam serba tak kena. Isyraf pulak meragam.. tak nak tido.. kalo tido pun.. just terlelap. kalo tido atas riba.. ok lerr.. kalo di letak terus jerr jaga.. bedung? errmm boleh la bedung dia beberapa kali jerr.. sebabnya.. selagi tangan dia tak di kuarkan.. selagi tu dia akan ek ek ek.

errmmm tak pasal2 kena marah dgn nurse klinik kerajaan... huhu.. sebabnya lambat bagi tau yang baby new born ada kat umah.. errmm mana le tahu.. kan ke 1st time.. ingatkan weekend diaorang tak kerja.. tak perr len kali sesapa yang ada baby new born sampai jerr kat kampung, terus jerr gi bagi tahu kat klinik desa. nanti nurse akan datang umah.. check baby. di takuti baby kena kuning... sebab kalo paras kuning tinggi.. ianya akan membahayakan baby. dalam kes aku ni.. syukur pada Allah swt yang Isyraf tak ada kuning langsung. Alhamdulillah. orang kata kalo makan daging kambing & susu kambing masa pregnant, baby tak dapat kuning.. tu.. wallahualam. aku tak tahu kaitannya.. tapi aku memang makan daging kambing dan susu kambing semasa mengandung..dan mungkin kebenaran atau kebetulan Isyraf tak ada kuning..

 lepas dua minggu aku balik umah mak. lambat balik umah mak becoz mak balik kg umah pah. kenduri wahid kahwin. that why la... balik umah mak, pah pun ada sekali.. enche affa dengan armand balik seminggu sekali... suka betul abang naik bas...

ada pah kat umah, banyak le petua2. isyraf pun bukan main manja lagi... hari hari kena urut dengan moyang dia.. sukerr jerr kalo kena urut dok diam jerr... rileks jerrr... sedap lerr tu... lepas mandi.. habis tuam, sesi mengurut plak.. hari2 cenggitu. aku dah bagi susu formula kat isyraf. sebabnya.. susu aku dah dapat menampung keperluan isyraf.
 aku bagi susu ni.. masa kat spital dia dah minum susu ni.. so, aku teruskan jerr la..

errmm timbang berat masa 20 hari dah 4kg. errmmm dah makin beso... kejap jerr... Isyraf lahir dengan berat 3.85kg, hari ke 10 beratnya 3.8kg.. dah turun sket. then bertambah semula... hari yang ke 30 berat Isyraf dah 4.8kg.. 

 masa hari ke 30, kena gi klinik desa untuk suntikan hepetitis B dos 2 masa nak ukur ketinggian.. errmm sempat le.. dia pancut ke nurse.. hehheeh Isyraf.. Isyraf. tinggi dah naik 2cm. kesian masa dia kena suntik.. beso tu jarum yang nurse tu gunakan.. ngeri aku nengok. sian isyraf.. menangis kuat betul.. mujur kejap jerr...
 klinik kesihatan kat Pt Hj Wahab cam ni le bangunan dia. best jerr.. tak ramai orang.. bukan tak ramai tapi kureng orang... masa aku datang tu tak ada sesapa pun.. then baru la datang lagi 2 orang...

ni, jadual imunisasi bagi bayi
 Gambo2 Isyraf masa 14 hari pertama.. kat Ipoh. gambo2 yg di request oleh enche affa. al maklom la dia ada kat kl. nak nengok anak nyer....
 ni, baru lepas mandi nih
 suka betul kembangkan tangan...
 kalo posisi macam ni.. tengah tido nyenyak leee
 dalam pantang dah pakai baju cenggini.. hehehe... mama nyerr la... pakaikan.. tak de la panas..

ni, dah balik kg aku...
 kena la bukak baju bila dah tengah hari becoz.. sangat panas
 lena nyerr tido...
 tinggal barut & pampers jerr. tangan.. mesti di kembangkan..


 
 ....from kekwa22 with love....
 “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

25 May 2012

Jom balik umah

hari ni.. aku dah boleh balik.. best nyer.. bukan best pun dok lama2 kat spital. errmm tak sabo betoi nak balik umah. Alhamdulillah aku dah boleh berjalan. dua hari lepas, lepas operate.. memang tak sakit langsung.. bila dah pukul 6 lebih dan ubat bius dah abis.. mula la rasa sakit. errmm biasa la kan ke luka.. kalo tak sakit magic la plak..

susah betoi nak bangun dari katil. rasa ngeri dan sakit. enche affa yang tolong aku bangun. badan aku masih berat. di tambah plak dengan 8 botol air yang di masukkan ke dalam anggota badan aku.. rasa berat macam masih ada baby lagi. errmm rasa berat giler.. setiap pagi doktor yang bertugas akan melawat dalam pukul 8am.

 Alhamdulillah petang hari kedua aku dah boleh berjalan. syukur.. tapi masih lagi takut2. sebabnya kaki aku mudah kejang. Alhamdulillah Armand Isyraf tak de kuning.

sebelum balik tu.. kena la bereskan bil kannnnnnnnn... kalo tak ce mana nak balik

semuanya RM5334. kena bayo dulu yerr


tak sangka plak sebelum keluar dari spital, doktor Jamil datang menjenguk.. senyum jerr dia.. baru la tak siyes.. may be dia pun hepi dengan ke'hepi'an kami.

jom Isyraf jom.. kita balik umah kita..
mula la episod berpantang...

 
 ....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

22 May 2012

Bersalin Melalui Pembedahan

22- Mei-2012

hari ni, pada tanggal 22-mei-2012.. adalah detik yang bersejarah dalam hidup aku dan bagi suami terchenta.. sekejap jerr lagi aku bakal melahirkan seorang lagi umat nabi Muhammad saw ke dunia ini.. Aku akan jadi seorang ibu.. hari yang sangat bersejarah..  macam2 perasaan ada. takut, gembira dan tak sabar melihat insan yang aku kandung selama 38 minggu 6 hari. setiap hari kemana sahaja aku membawanya.. tetapi pada hari ini.. dia akan terpisah dari aku..

seawal 5.30 pagi aku dah bangun, mandi2 siap untuk solat subuh. terus jerr kena pakai baju operation.

dalam pukul 6am, nurse bagi aku ubat untuk buang air besar. sebenarnya aku dah berpuasa sejak pukul 12 malam tadi. ubat apa tah.. lepas beberapa minit jerr di masukkan ubat ukot bontot, teros jerr rasa nak membuang...

6.30am, nurse datang pasangkan tiub kencing pulak. sakit oooo. rasa ngeri betoi.. maklum la tak pernah. pada hal tiub tu lembut jerr.. takot bila nak duduk..

6.50am nurse datang nak tolak aku ke operation room. tapi kelako betul.. terus jerr rasa nak membuang lagi... tatau aarr sebab apa.. may be sebab gabra kot. enche affa gelak jerr kat aku.. hampeh betoi.. sebelum ni.. dah 2 kali masuk operation room. tapi ok jerr... dulu2 tu minor pada yang ni...

7am aku di tolak ke operation room. ni, schedule untuk hari ni 
 
ramai jugak yang nak bersakin hari ni.. en che affa kena siap2. dia kena tuko baju gak.. baju operation room. masa aku tak nampak muka suami aku.. sedih sungguh perasaan. tapi tu la... masa terkebil2 kat atas katil troli tu... macam2 perasaan datang... sejuk weeiii... bilik OT. sangat2 sejuk.. ce mana lerr.. kalo aku demam tetiba sebab sejuk... huhu... beso nyer bilik OT. nurse pun dah ready. di suatu sudut, aku terpandang troli nih... errmm tak lama lagi anak aku akan di letakkan kat atas troli nih..


  
then, aku nampak doktor wan mohd akhbar, dia adalah doktor bius aku.. tanpa berlengah lagi doc akhbar tros suruh aku duduk.. sebab dia dah ready nak cucuk aku.. huhuhu.. dengar citer.. semalam doktor akhbar tido kat spital becoz pepagi dia nak masuk OT bersama dgn aku.. begitu komited doktor akhbar dengan tugas nyer.. aku agak2 umo doktor akbar late 40 kot. atau early 50. sembang2 dulu before cucuk. check tekanan darah dulu.. jantung pun kena check.. takot tetiba pressure blood naik plak... tak de la sakit sangat cucuk kat tulang belakang dan masukkan tiub halus.. ready untuk kemungkinan2 yang bakal berlaku. bius separuh badan jerr... dari pinggang ke kaki jerr.... Dr Jamil belum kelihatan di OT.

Bila aku nampak jerr enche affa dgn baju OT nyer.. pergghh lega.. errrmm kat tangan dia.. siap dua biji kamera.. hamboiii wife nak bersalin pun sibuk dengan kamera dia.. biarlah dia nak mengabadikan kenangan detik2 bersejarah menyambut kelahiran baby.

tak lama lepas tu... doktor jamil pun masuk.... ni ler doktor Jamil Mohd Sharif yang aku dok pi check up selama ni.. tak berapa mesra alam sangat tapi bagi aku dan enche affa, ok jerr... tak ada masalah dengan doktor yang berwajah serius ni..kebetulan hari ni, birthday Dr Jamil. so, sama la birthday dgn anak aku.. ni, sedikit prifile tentang Dr Jamil.


Pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar.Melanjutkan pelajaran dalam  bidang perubatan di Universiti Kaherah Mesir dengan ijazah MBBCh(Cairo) pada tahun 1979.Pada 1988 beliau menjadi pakar pertama yang mendapat ijazah Masters (O&G) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan tahun berikutnya beliau mendapat Membership of the Royal College of Obstestricians and  Gynaecologiests United Kingdom, MRCOG(London)  1989.Beliau mendapat anugerah Professor Madya dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1994.

Suasana dalam OT room. semuanya bz untuk kelahiran my baby. masa Dr Jamil memulakan operasi, aku tak rasa sakit apa pun. rasa perut di goyang2 jer.. sambil tu aku terkebil2.. sejuk giler OT room nih. sangat2 sejuk. sampai aku kena tutup idung.. takot plak tetiba jer terbersin dan teros jerr demam..



 Dr Jamil dan team sibuk mengerjakan perut aku.., suami ku yang terchenta tu.. bz menjadi photographer.. tak heran pun dia dengan bini dia nih... heheheh.. biar la.. dia nak merakamkan detik2 bersejarah dalam hidup kami berdua.  aku plak.. sembang2 dengan dr wan akhbar..

15 minit kemudian.. Dr Jamil menunjukkan by kat aku.. errmm Alhamdulillah.. Enche affa sempat merakamkan video this moment.. sangat2 touching.. akhirnya aku dapat melihat baby yang aku kandung selama 38 week 6 days. Kemudian Dr Jamil terus beri pada nurse untuk di bersihkan.. ni la rupa my baby.. saat di lahirkan..

ermm.. bam bam la anak mama nih... sure sejuk tak simut langsung.. seksi plak tu... masa Dr Jamil keluarkan tadi.. nangis sikit jer...  then.. Dr Jamil dan team sibuk plak menjahit..
 nurse sedang mengira peralatan yang di gunakan..
 Selesai di bersihkan.. comel anak mama nih.. putih orang nyer... Alhamdulillah tak ada kuning.
 baby melalui proses warmer
  Tanda lahir saya...  i'm a boy. weight 3.85kg. errmm beso betul baby aku
 kecik nyer kaki... siap ada tag lagi...
 ni, gambo 4D masa dalam kandungan dan actual.. sama tak? sebelum kelahiran dan selepas kelahiran
 selepas kuar dari warmer.. errmm dah beso pun mata saye...

errmm alhamdulillah syukur pada Allah swt. atas nikmat kurniaan yang tak ternilai ni. aku selamat melahirkan Armand Isyraf melalui pembedahan caesarean. Next time.. ermm kalo ada next time le.. heheheh kalo di beri pilihan nak bersalin cara mana.. aku pilih bersalin secara pembedahan caesarean jerr.. tak sakit di saat bersalin.

Alhamdulillah..aku bersyukur pada Allah swt dia atas kelahiran Armand Isyraf pada tanggal 22 May 2012. Alhamdulillah. Syukur pada Allah swt Armand Isyraf membesar dengan sihat dan sempurna.Terima kasih kepada Dr Jamil & team kerana membantu proses kelahiran my baby

 
....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

21 May 2012

perjalanan sebuah kelahiran....



14-mei-2012

hari ni kat umah rehat2 jer.. sebab susah sangat nak bergerak. perut jadi keras dan tegang.. sangat2 tak selesa. 'adik' kurang bergerak hari ni. puas mama kacau2 adik supaya bergerak tapi adik sleep jer... sampai ke petang kiraan pergerakan 'adik' sepatutnya dalam kiraan 10, tetapi tidak mencukupi.malam ni, enche affa ajak gie spital la.. dia dah risau dah.. aku pun... dalam pukul 8pm lebih tu.. sampai jer spital kena wat ctg lerr.. sebab nak tengok pattern denyutan jantung 'adik' dan contraction mama..

cam ni le kalo wat ctg...
graph yang di hasilkan ada macam2 pattern la.. bergantung pada keadaan ibu dan anak..
Alhamdulillah keputusannya adalah normal.. then kena jumpa doktor.. malam ni, doktor anita. lama giler tunggu... tak ramai sangat orang tapi setiap patient yang masuk tu.. lama... that why la lama giler kena tunggu... menurut doktor, air ketuban aku banyak dan serviks masih tinggi.. tak ada jalan lagi.. errrmm nampaknya 'adik' belum nak kuar. aku tanya pasal induce, doktor cakap memang boleh cuma takut risiko berakhir dengan c-zer. errmm tu yang tak best dengar tu...

17 mei 2012

hari ni gie spital sebelah pagi.. sebabnya... doktor request cam tu... biasanya gie malam jerr... . tak ramai sgt orng waktu pagi.. may be org keje.. jejauh.. or malam lebih selesa. baby makin besar nampaknya.. 3.6kg. errmm alhamdulillah sihat. cuma air ketuban banyak. aku sendiri dapat merasakan cam tu.... lately ni... all the time perut mengeras jerr.... sukar bernafas dan sukar wat pergerakan.... malam2 tak dpt tido... kaki sebelah kiri aku sakit... bukan kaki.. tapi tulang punggung... sakit weeiii.... tambah plak dgn keadaan skrg... sgt2 sakit... Allah jerr yang tahu...

dr check servik tapi belum ada bukaan lagi. so, tak leh nak induce. tak seswai... cumanya makin hari makin besar baby. doc ckp kalo beso sgt.. kena operate jerr... huhuhu... jgn le... mudah2an dlm masa terdekat ni aku dapt bersalin dgn normal. ya Allah permudahkanlah...

20 mei 2012

pagi ni, gie spital lagi... sebabnya 'adik' tak gerak semalam. risau betoi... biasanya ok jerrr adik gerak tak kira masa... kuat plak tu... tapi semalam.. senyap jerrr.... tu yang mama bimbang sesangat.. suruh mak goyang2 pun tetap tak gerak jugak... bila cakap kat enche affa, terus jerr dia cakap gie spital....

sampai spital wat ctg lagi... untuk periksa denyutan jantung... mulanya mendatar jerrr graph... lama2 ok jerrr. bila check rahim... masih belum ready lagi... errmmm mudah2an ready lerr dlm masa beberapa jam.... kebetulan doktor ada... errmmm dia advise suruh dtg esok untuk wat follow up check up... errmm esok hari anniversary mama dan bapak...

21 mei 2012

alhamdulillah... hari ni, hari anniversary aku ngan enche affa.. errmm dah setahun berlalu... pagi2 ni, g spital seperti yang di arahkan oleh dr semalam... check nyer check... jalan belum ada lagi... tapi doktor advise operate jerr.. sebab baby beso dan pergerakan baby makin kurang... takut pergerakan kurang sebab oksigen kurang.. risiko tu... lagi pun doktor dah bagi masa lama untuk baby kuar normal... tak per la... aku redha jerrr.... asalkan semua selamat... jadi, esok pagi, dr kata, operate pukul 7am. errmm ok jerr... bila enche affa bg taw dr yg hari ni, anniversary kami, doktor terus teruja.. siap tanya.. nk operate hari ni ker.... hehehe... errm esok jerr la... so, pukul 10 malam ni... masuk wad yerrrrr

 
 ....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”