14 May 2014

terlupa atau lupa

sekian kali.. arakian alkisah, maka tersebutlah hikayat sang purba.. bila mana aku merapu tah apa2..

setiap orang di kurniakan pelbagai anugerah istimewa yang harus di syukuri sama ada sedar atau pun tidak. ianya adalah hadiah daripada Allah swt untuk hambanya.. bersyukurlah sekiranya kita sedar yang itu adalah anugerah daripada Allah. semoga sesiapa yang belum sedar, usahlah ber'nasib baik' itu dan ber'nasib baik' ini. kepelbagaian nasib baik boleh di cipta.. setiap apa yang berlaku pada kita semuanya di bawah kekuasaan Allah swt.

arakian alkisah bahawa manusia itu terlupa adab2 komunikasi, bersopan santun dan menghormati dalam perhubungan antara sesama makhluk. terlupa atau sengaja melupakan adalah sesuatu yang berbeza. sengaja dalam konteks menunjukkan kehebatan or kekuasaan ataupun veto.. or paling mudah ingin menunjukkan keegoan. mungkin kerana ingin menunjukkan hebatnya..

sebenarnya terasa kesian sangat2 sebab terpaksa menipu diri sendiri. kesian betul. tak sedarkah? bukankah insan yang hebat itu sanggup mengakui kelemahan diri sendiri? mungkin tak cukup hebat atau kurang hebat. mana paling ramai pengikut, jari yang menunding ataupun jari yang tidak menunding?

mungkin kurangnya pendedahan tentang adab sopan sesama manusia. mungkin tidak di ajar. mungkin di ajar, tetapi terlupa. terlupakah tentang komunikasi berkesan yang telah di pelajari bertahun tahun. terlupa atau lupa.

belajarlah menghormati antara sesama insan dan berbudi bahasa. tak rugi tapi ianya menaikkan martabat diri sendiri dan lebih di hormati.

mudah2an Allah tidak menarik nikmat 'ingatan' pada kita semua.


 
 ....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

05 May 2014

Satu permulaan

aku nak menulis.. menulis macam dulu2 tapi kenapa yerr jadi kekok segala. apa yang nak di tulis pun aku tak tahu.. macam mana nak mula.. segalanya.

kenapa ya.. jadi macam nih.. eemm may be sebab lama ku tak menulis. then tetiba aku pun tak tahu macam mana kekwa tetiba dah jadi putri nurksih. waahhh sangat pelik. hairan betul. tapi aku plak tak tahu macam mana nak tukar.. puas godek2 maka.. lantak la.. nak buat macam mana.. dah tak reti nak tukar. apa ada pada nama.. kan kan kan.. hakikatnya orang yang sama. biarlah confuse sekejap.

ada banyak perkara yang aku nak cerita.. tapi macam mana nak mulakan.. errmm aku masih lagi mencari2 kekuatan untuk menulis.. berbicara.. tentang travelog kehidupan.. satu persatu tentang perjalanan menuju keredhaan Ilahi. semoga segala usaha ku di berkati dan di redhai Allah swt.


.
....from kekwa22 with love....
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”