29 January 2009

Mengapa

Mengapa

mengapa kau pergi
mengapa kau kecewakan
mengapa kau hancuri
mengapa kau menghinakan

mengapa kau sakiti
mengapa kau melukakan
mengapa kau memberi
mengapa kau melupakan

mengapa kau akhiri
mengapa kau memulakan
dengan getaran jiwa kukemukakan
pertanyaan

tak ingin ku kau pergi
tak ingin ku dikecewakan
tak ingin cinta dinodai
tak ingin dihancurkan

tak ingin ku disakiti
tak ingin ku dilukakan
tak ingin ku kau beri
bila kau melupakan

tak ingin ku dikhiri
bila kau memulakan
dengan perasaan hampa
kumeminta jawaban

di kananku cinta penuh bermadu
di kiriku racunmu
kalimah sakti yang mana untukku
dapat kau membuat pilihan

agar kita dapat bersama
kau bisa membahagiakan menceriakan
kau bisa menggembirakan mempesonakan
aku ingin dicintaimu dan mencintai

aku ingin bila terjaga
kau di sampingku selamanya
semoga cinta bersemi
semoga cintamu kan dekat padaku
asmara kan memudar tanpa mengira waktu
bertahta di hatimu dan di hatiku

Oleh Nicky Astria




....from kekwa22 with love....

Terkilan

kenapa errkk aku rasa terkilan sangat2.. tah la.. mujur Allah cepat tunjukkan kat aku.. Alhamdulillah syukur pada Allah. dah kantoi.. aku tak suka orang yang menipu then kantoi ngan aku plak tu.. tapi dia tak pernah mengakui atau menafikan. tah ce mana aku boleh tahu... kuasa Allah yang maha kuasa. sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Tah la aku tak tau apa perasaan aku.. nak kata aku marah, tak juga sebab dia tak pernah mengakuinya... nak kata aku happy.. lagi la tak sebab.. kenyataan ni la yang aku tak nak.. tapi nak wat ce mana.. dah takdir, so kena redha. tak sangka la pulak.. Mujur Allah beri petunjuk di awal2 lagi...

cuma rasa terkilan... tapi nak wat ce mana.. perkara dah lepas

....from kekwa22 with love....

28 January 2009

Balik Kg




Ni umah mak... kat kg lom siap lagi ada banyak lagi nak kena wat. tak per sabo jerr la nanti dalam bulan 6 tu kira siap la...

balik kampung banyak sungguh aktiviti.. pulak tu memang panas cuaca kat kg.. sampai kak Normah tegur muka aku sunburn.. wawawawa dah hitam.. pulak tu lama baru hilng kalo sunburn.. hehehe.

balik umah pah.. banyak betul limau bali.. tapi tak de sapa nak tolong kait.. galah plak punya la berat... huhu bawa balik kl 3 biji jerrr

pah pun dah semakin uzur.. tapi dalam keuzuran tu.. minat dia menjahit.. tak leh di nafikan lagi.. sibuk betul pasal ayam hutan dia. Mudah-mudahan opah sihat. aku bersyukur sangat2 kerana di kurniakan opah yang paling best dalam dunia...



....from kekwa22 with love....

24 January 2009

balik kg hohoho balik kg

hari ni nak balik kg. wah bestnya tak sabo2 lagi. mengikut perancangan, time ni dah nak sampai kg pun.. tapi ada hal sikit kat utm. hope perjalanan lancar. tak jammed.

hohoho balik kg, hati girang... perjalanan jauh tak kurasa... lalalallaa

tak sabar nak jumpe mak.... kalau pagi ni tak kena gi utm, sure dah dapat peluk cium mak. mak i miss u so much..

....from kekwa22 with love....

23 January 2009

Tak sabo nak balik kg





hari ni kat opis, dok setup machine jerr... dari pagi sampai ke petang.. mujur la keje ngan machine jer... kalo rasa nak marah pun.. dia tak paham mende.. hehehehe... buat report pasal cable.. tu jerr..

ye ye tak sabo nak balik kg.. esok balik kg.. dapat jumpa mak. rindu betul.... last sekali jumpa mak, minggu lepas.. hehehehehe. dah siap ke lom umah mak kat kg.. rasanya cam dah nak siap jerr.. wah tak sabar2 nak tgok umah arwah ayah. Al Fatihah buat ayah.

esok lepas amik angah, then amik achik kat ipoh. pas tu terus la balik umah mak.. cuti lama tu... sampai rabu.. best betul.. ha.. lepas tu dah exam. jangan nak malas2 baca buku.

....from kekwa22 with love....

22 January 2009

Ketentuan



kenapa lagu ni? kenapa lagu ni mesti disiarkan kat tv. dah la hari ni aku stress. lagi la rasa cam mamai2 jer dengar lagu ni. kalau boleh tak nak dah dengar lagu ni. banyak kenangan yang aku nak lupakan terimbas kembali bila dengar lagu ni. lagu ni kan di tulis lirik dia seolah2 mewakilkan diri aku. apa yang aku rasa dan apa yang berlaku pada diriku.... masa dengar lagu ni aku baru nak lunch. padahal dah pukul 2. memang aku lom makan apa2 sejak pagi lagi. mood nak makan pun hilang. amik lauk masak kicap. ingatkan tak pedas, rupanya black peper.. huh pedas yang amat. last2 makan sayur jer.. mana tahan. then terus jerr gi solat.

Ramlah Ram- Ketentuan

Tak semudah kau sangka
Melepaskan kau pergi
Hati yang meronta, hampa kecewa
ku tekad sembunyikannya dari pandanganmu

Ku rela begini
Berakhirnya di sini
Dari bersamamu terus berpura
Setelah cinta tiada lagi di hatimu

Ku hapuskan airmata dari mengiringi
Kesengsaraan mengharung perpisahan ini
Ku pujuk jiwa nestapa
Pendamkanlah duka
Pasrah pada lara ketentuan ini

Tak semudah kau rasa
Melepaskan kau pergi
Hati yang terluka dikunjung jua
Kerinduan yang tidak tertanggung terhadapmu

Sesungguhnya
Ku tahu betapa sukar untukku
Menempuh hidup
Walau sehari tanpamu
Ku terseksa


Hari ni memang hari yang bz tahap dewa. pulak tu macam2 berlaku. sebelum makan lecturer aku call bg tau aynag aku nyer tesis ada problem. format untuk table of contents tak sama dengan skema. wawawa.. rasa cam nak nangis jerr... mana sempat nak update.. dah lewat. esok hari last. bukan sebab aku wat last minute, aku dah hantar ke jb dari hari ahad lagi. banyak masa.. tapi lecturer aku yang banyak projek ngan student master dia... yer la masing2 ada tanggungjawab. masa dengar cakap Dr Zarhamdy.. terus rasa tak de hati nak wat keje2 untuk audit ISO hari ni. Dr tolong hantar tesis aku ngan yang zamri nyer...kalo kena wat lain, no hal.. just reprint & edit jer.. jangan la sampai kena ulang paper. mustahil la kena ulang paper sebab markah dah keluar. tapi takut gak dengan perkara2 yang tak di jangka ni. kepala memang serabut.

Call Idham, pegawai yang bertanggungjawab pasal tesis ni.. tapi tak de sapa yang jawab call aku. tu yang sampai makan pun tak lalu.. sampai dah habis waktu makan, baru aku nak pi makan. masa makan palak, dengar lagu nih... lagi la....

lepas makan ala kadar aku terus solat. rasa lega. tak de la serabut cam tadi. baru jerr aku nak ceritakan pada someone, dah ada masalah dengan production. so, apa yang serabut kat kepala ni.. lom sempat release kepala dah masalah lain plak. kalau masalah besar sangat tu tak pe la jugak. kecik nyer hal, dah nak bising2.

aku cuba call Idham sekali lagi. Then berjaya. dia cakap aku nyer tesis ok. tak ada masalah. Ya Allah syukur aku sangat2. Alhamdulillah. Amin. Termakbul doa aku. Tapi yang zamri nyer ada masalah. lepas aku cakap ngan Idham aku call zamri bagi tahu dia tentang dia nyer status tesis. Hanya Allah saja yang tahu betapa leganya hati ku. selesai 1 masalah.

petang ni, sekali lagi Khairi tegur yang muka aku pucat. masuk hari ni, dah 3 hari dia tegur cam tu. Firdaus pun tegur muka kau pucat. kenapa eerrkk.. tah aku rasa biasa jerr... tapi mamang letih kat opis kot. letih berfikir. pulak tu orang yang ada low blood pressure memang nampak pucat sikit kalau letih.

dalam minggu ni sekali pun aku tak gi kuliah kat masjid. bukan tak nak pi, tapi rasa lesu. malam plak, bukan bleh nak tido awak.. mata tak ngantok. lepas kul 12 baru ngantuk.

sehari dua ni rasa tak best pi opis, tak tau kenapa.. may be aku terasa sikit. perasaan jerr kot. entah la.. nak kata berkecil hati, tapi tak tau sebab apa.. tah la susah nak describe. atau aku rasa kehilangan... dah 5 tahun aku memnag rapat ngan sorang akak ni. pi mana2 selalu bersama. tak kira, bfast ke, lunch ke, kadang2 dinner pun ngan dia serta anak2 dia. Even weekend pun keluar dengan dia. tapi kebelakangan ni dah tak berlaku sesemua tu. memang la sekarang semua orang bz. kat opis tak sempat nak borak2 sebab masing2 bz tu faham la. tapi makan pun dah jarang bersama. aku plak mana ada ramai kawan. kawan2 aku terhad jerr.. bukan memilih kawan.. cuma ada yang aku tak boleh nak rapat sebab may be cara yang berlainan. kalau bertegur sapa tu, memang tak de masalah langsung. nak close tu... payah sikit.. sebab .. aarrgghh banyak. ada cara dia orang aku kurang berkenan. tapi kalau nak kawan tu.. no problem. cuma nak close jerr tak leh. memang la semua orang berbeza. tapi at least ada la jugak persamaan. entah lah rasa gak kehilangan. tapi tak bermakna aku bergaduh. tak ada sikit perselisihan faham pun. cumanya akak ni dah kuar dengan orang lain. tak perr aaarrr....

sekarang ni kalau aku lunch pun sensorang jer... tahu aarr kalau lunch sensorang, boring gile.. cam poyo jerr.. orang lain makan ada kengkawan. last2 duduk la semeja ngan wak ke, abang nik ke.. en besar ker.. hazman ker... aku tak suke sangat kalau waktu makan citer pasal kerja. huh.. time makan ni lupakan la... pasal keje jap. just menikmati masa makan.. ni, masa tu la nak citer pasal keje. time keje, melepak la pulak.. masa keje.. keje jerr.. lepas waktu keje, tak yah lagi citer pasal keje.. at least kalau urgent ke.. ada problem ke.. tu ok la.

petang tadi audit ISO. ni audit tahunan jeee.. tapi kena la maintain sebab kalau tak maintain nanti certificate kena tarik balik. tak pasal2 plak hilang ISO9002. ISO ni penting utk customer. Auditer ni mengingatkan aku pada seseorang... cara dia bercakap. mujur tak ada masalah yang kritikal kat aku nyer area dan semua masalah boleh di jawab dengan tenang. pukul 6.30 baru habis. aku terus je balik. aku tak peduli diaorang cakap2 pasal audit yang baru berlepas. yang aku tahu, aku kena balik umah cepat untuk solat asar. rasa tak larat dah duduk kat opis. umah pulak tak jauh pun. lintas jalan jerr... sebab tu aku prefer solat kat umah. dalam masa 5 minit dah ada dalam umah.

tapi hari ni, memang letih. tadi sepupu aku plak call ajak konvoi balik kg ngan dia petang esok balik kg. alahai.. macam tak boleh jerr sebab banyak lagi perkara2 yang aku nak selesaikan..sebelum cuti lama. lagi pun drive malam ni aku kurang suke.. silau. tapi tengok la dulu cemana gayanya..

....from kekwa22 with love....

21 January 2009

Jimmy

pagi ni pi opis, 3 orang cakap mata aku bengkak.. pelik betul... semua yang tegur tu ingat aku nangis malam tadi.. padahal.. mana ada nangis.. dah lama dah tak nangis...nak kata tak cukup tido, semalam tido cam biasa.. pagi pun bangun cam biasa. tak ada yang luar biasa pun. semuanya biasa2 jerr... kebelakangan ni dah kurang rasa sedih. hope aku dapat lupakan semuanya... bila dah tahun baru ni, kena la buka buku baru. hopefully aku akan dapat melakukannya. YA Allah bantulah hambaMU yang lemah ini. semoga aku terus bertambah tabah untuk menghadalu hari2 yang mendatang...

hari ni last preparation utk iso audit esok. mujur tak banyak yang nak di wat. tapi semua yang aku target nak settlekan hari ni berjalan lancar. tak banyak dapat NCR dan terus dapat certificate dengan mudah sekali. bukan tak dapat iso lagi selama ni.. tapi kali ni.. utk tahunan nyer audit.

petang tu TPC PM aku suruh join diaorang kat kg baru. tapi masa nak kuar dari opis tu, ujan lebat.. terus malas nak gie... sebab nak pi main badminton plak lepas tu...pi badminton kejap kerr dalam sejam, then balik. main 4 set jer.. nanti lewat plak balik.. kul 10 aku dah balik dah...

hehhe bawa jimmy pi main badminton.. siapa dia jimmy? hehehh hanya sorang jerr yang tahu siapa dia jimmy.. hehehehe. Jimmy oh jimmy

....from kekwa22 with love....

20 January 2009

Bengang tahap dewa

hari ni datang keje,, memang rasa boring... boring sangat2 sebab lepas jerr audit semalam, macam2 nak kena buat.. pulak tu bukannya ada sangkut paut ngan aku nyer part pun.. dok cover keje dia.. jerr... bengang betul.. dia dah la datang keje tak tau la wat apa... bila dah nak audit pun orang lain kena buat.. setahun punya kerja pun tak leh nak siap... tak pasal2 kita plak kena wat keja dia.. sapa tak bengang.. huh!

kalau sikit2 tu boleh tahan.. ni dah semua mende kena cover.. mana tahan maaaa... yang dia plak asyik bergayut jerr,,, tahu aarr nak jadi YB.. tapi kalau belum jadi tu wat la keje dulu bagi siap tak de la orang lain angin. ISO audit hanya lagi 2 hari jerr lagi..

bila aku pi department lain, diaorang pun bising gak pasal mamat ni.. hehhehe maknanya bukan aku sorang la ni.. yang angin ngan dia... tapi kalau tak nak buat pun, kena buat jugak.. nanti kalau department dapat NCR.. payah pulak nak menjawab....

aku plak, ke hulu dan ke hilir check semua equipment kat production tu.. dia nyer supervisor dah lepas tangan.. cakap bukan keje dia...nak wat semua tu.. betul la cakap dia tu.. aku? aku pun bukan keje aku.... tapi kalo aku tak wat sapa lagi nak wat? bukan nak berkira.. tapi part aku, tak penah ada sapa pun nak tolong... sedih tau.. tapi tak perr aarrr wat jerr la.. kira cam fardu kifayah la.. bila aku dah buat, orang lain tak yah wat dah...kalo dapat ISO nanti semua orang merasa...

tadi boss aku cakap, aku akan dapat sorang staff dari france. dia datang STE training.. aku akan jaga dia.. heheheh banyak meaning jaga tu... tapi bila aku pk, kat mana nak letak meja dia.. heheeh dah padat sangat kat opis tu... aku akan buat lean manufacturing dan industrial engineering dgn di.. best tu... something yang aku minat sangat2 dalam mechanical engineering. kena la refresh pasal industrial engineering....

tadi pi library sat.. pinjam buku... lepas raya cina ni ada exam. walaupun subjek ni tak susah sangat.. tapi tak leh amik mudah. lenggang jerr library.. maklum la bukan musim exam.budak baru pun lom masuk lagi... pesal mata tak ngantok ni? ce mana nak tido.....

....from kekwa22 with love....

Nilai Cinta Mu

tiba2 dengar lagu ni tadi.. terus rasa sedikit sedih.. teringat la kenangan masa dulu2... dah beberapa hari tak ingat... tah la.. kenangan kan.. semua orang ada kenangan...

Seteguh mana nilai cintamu
Untuk aku berpegang ke akhir hayat
Bila di jalan gerimis engkau pergi
Kala ku masih lemas di keasyikan kasihmu
Dulu kau berikrar kan setia
Melindungiku sepenuh jiwa raga
Hingga kini termimpi kasih sayangmu
Melepaskan pedih bisa kehilanganmu
c/o
Berapa dalam asmaramu
Terhadapku yang setia
Sentiasa
Rinduku bertahta kasihku membara
Ku doakan bersemi
Resah pun bertandang sengsara
Mengundang tanpa hadirmu
Dalam hati ada jiwa
Dalam jiwa ada rasa
Biarpun seribu tahun lagi
Kau tetap ku cinta
(repeat c/o)
Bebaskan belenggu hiba
Dengan madu dan manisan
Temukanlah dua jiwa jadi
Ketemu bahagia
Dalam hati ada jiwa
Dalam jiwa ada rasa
Biarpun seribu tahun lagi
Kau tetap ku cinta
Ohohooooo...
Bebaskan belenggu hiba
Dengan madu dan manisan
Temukanlah dua jiwa jadi
Ketemu bahagia


....from kekwa22 with love....

Di mana kan ku cari ganti

P.Ramlee/S.Sudarmaji

Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalau dah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
Di mana kan ku cari ganti
Serupa dengan mu
Tak sanggup ku berpisah
Dan berhati patah
Hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggal ku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesunyian
Dunia terang menjadi gelita
Cahaya indah tiada berguna
Keluhan hati mu membawa derita
Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkan di syurga
Untuk teman ketawa
Menangis bersama
Selama-lama



....from kekwa22 with love....

19 January 2009

Ya Allah

"Ya Allah..
Entah apa yang ingin aku katakan..
terlalu banyak dosa yang telah aku himpunkan..
terlalu jahil untuk aku untuk mengerti keEsaan-Mu..
terlalu payah untuk aku mengecapi redha-Mu..
dan terlalu gundah hatiku untuk mengerti..
membelai diriku dengan segala kekeliruan..

Ya Allah..
berilah aku nur-Mu yang terang..
bergermerlapan agar aku tidak lagi dalam kegelapan..
hilang segala ketakutan..
bermulanya aku untuk meniti setiap titis kerinduan-Mu..
ketenangan yang bukannya terlihat pada hiburan..
tetapi pada ayat-ayat suci-Mu yang mencoretkan segala pujukan..
mengajar aku erti kebenaran dan kesahihan..

Ya Allah..
tetapkanlah keimanan yang telah Engkau wujudkan dalam diriku..
suburkannya dengan tinta-tinta sunnah Nabi-Mu..
mekarkannya dengan wangian keredhaan-Mu..
anugerahkannya dengan kemanisan iman-Mu..

Ya Allah..
sesungguhnya aku merindui setiap bibit kasih-Mu..
yang bukannya sementara tetapi untuk selama-lamanya..
aku akui Engkaulah yang punyai sifat yang syumul..
yang tidak ada pada kami..
maka Kau ampunilah kami Ya Allah..
atas segala keterlanjuran yang telah kami lakukan..
dan sejahterakanlah nabi junjungan, Muhammad S.A.W..
Amin..amin..Ya Rabbala'lamin..




dipetik dari http://www.inteam.com.my/article.php?sid=168&mode=thread&order=0

....from kekwa22 with love....

17 January 2009

TT Personarian at Wangsa Maju





malam tadi tt personarian at NZ wangsa maju.. fuh ramai tu yang datang... meriah habis. pulak tu tengah2 malam kul 12am.. ada plak trasure hunt. hehhehe cam poyo jerrr.. klako pun ada.. tah apa2 tah... tapi apa2 pun memang enjoy.. hepi sangat2..

lepas balik tu.. aku join post mortem. banyak la isu2 yang di timbulkan.. paling poyo bila ku kena tulis minit mesyuarat.. hehehehe. teringat masa berpersatuan kat utm dulu.... seronok... rindu sangat pada zaman2 tu...

best la.. dah lama aku tak rasa happy cam ni... semoga hari2 mendatang akan terus membahagiakan.. Insya Allah.



....from kekwa22 with love....

15 January 2009

m&m dari France



Mmmm m&m kan.. apa specialnya m&m ni?.. biasa jerr tak de la sedap sangat.. boleh beli kat mana2...

Tapi m&m ni memang special. Dia datang france.. bukan hebat sebab dia datang dari france.. tapi yang hebatnya sebab ingatan orang yang mengirimnya... tanda sebuah persahabatan... walau lebih 6 bulan Nicolas balik france, namun dia masih tak lupa pada persahabatan yang dibina selama 2 tahun setengah di Malaysia... dulu... masa dia masih ada kat sini, every Friday sure dapat coklat dari Nicolas... dia memang tahu aku suke makan coklat.. hehehe.. aku memang very close dengan nicolas.. teringat lagi ketika aku kenakan nicolas hehehhe gula2 masam sour plum. hehhehe.. sampai merah2 muka dia sebab menahan masam. lepas pada tu, dia selalu berhati2 agar tak terkena lagi... hehhehehe. Nicolas ni family man.. ni pic wife dia & his son, Janne. Cute kan...



....from kekwa22 with love....

salah la pulak

hari ni cam malas jerr nak gi keje... tepat kul 8.30am baru sampai opis... pagi tu meeting dgn jean pierre pasal cable yang nak kena export to france. lepas tu mula la episod bz kat opis... sampai ke petang.. kepala plak ngantok betul
dah dua malam tak cukup tido. dok wat report tesis tu la.. cadang nak hantar esok. last2 bila dah siap print, salah la pulak.. just salah page number jerr huhu.. bengang betul.. malam ni main badminton. letih oooo malam ni nak tido awal.. awal pun dah dekat 12.30am dah ni...

....from kekwa22 with love....

07 January 2009

lesu

hari ni biasa la keje banyak gak sebab semalam tak dtng keje... hehehh banyak la gak yang kena wat... tapi at least semua yang di tugaskan dapat dijalankan dengan sempurna.

tapi tak tau sebab apa dua tiga menjak ni badan jadi lesu jerr.. may be tak cukup tido la nih... tak pee malam ni tido awal....

tengah hari ni dapat 1 panggilan cakap nak tengok umah mantin tu... mmm hopefully orang tu jadi la ank beli umah 359 desa pinggiran beringin. YA Allah bukanlah pintu hati orang yang nak tgok umah tu supaya dia setuju beli umah 359 desa pinggiran beringin..

kalo nak cakap sayang umah tu.. memang la... tapi nak wat ce mana dah di takdirkan jadi cam ni.. patut la masa nak pindah kl ari tu aku beria2 menangis... may be sebab aku dapat rasakan yang aku tak leh lagi menetap kat umah tu... tapi kalo umah tu di biarkan.. lagi sayang... aku berharap sangat yang orang tu sudi nak beli..

malam ni aku tido awal. 8.15 dah tido dah.. ni baru bangun untuk solat isya.. sat gi nak tido semula... makan ubat ni.. nanti trus jerr ngantuk.. sementara nak ngantok ni.. layan blog la dulu...


....from kekwa22 with love....

06 January 2009

hari tido semalaysia

ari ni mc.. pagi tadi gi jumpe doktor sebab allergic. pas kena enject... terus tangan kebas. kena enject tak sakit pun... cuma kebas jerr yang tak tahan tu.. sakit sebab kebas..

pulak tu ubat enject tu wat ngantok.. apa lagi, sepanjang hari tido... badan rasa letih jerrr. bangun tido just utk solat jerr, then tido semula.. heheh

....from kekwa22 with love....

05 January 2009

1st day di tahun baru

hari ni hari pertama keje pada tahun 2009. cam biasa sejuk, pastu terus jerr selsema. sakit kepala.. keje pun agak banyak gak.. macam2 kena wat maklum sajalah cuti..masa cuti memang la best.. heheh tak payah pikir semua mende... masuk jerr opis, macam2 nak kena wat..

alhamdulillah hari ni cita2 nak gi Muaz tercapai. Hopefully aku dapat kekalkan... memang la rindu sangat.. dah lama kalo ilmu tak improve, nanti terlupa...

malam ni nak tido awal.. alahai ada orang majuk la pulak... cemana ni nak pujuk.. aarrgghhh lantak pi la.... nanti dia ok la sendiri...
hehehhehe

....from kekwa22 with love....

04 January 2009

Selamat Tahun Baru

lamanya tak jenguk blog ni.. rindu aaarrr... tak sempat nak membuat coretan... hehe ,,, tak pe.. azam tahun baru, rajin2 update blog


....from kekwa22 with love....