30 June 2009

UTM i am going to miss you


ni logo baru UTM yang rasanya dalam bulan 2 hari tu di lancarkan. banyak memori aku kat UTM ni. sejak usiaku 18 tahun. UTM menyaksikan suka duka kehidupan aku sebagai siswi, sebagai remaja dan sebagai seorang wanita berkerjaya. semuanya dengan UTM. this weekend adalah hari terakhir aku menghadiri kelas. 4 tahun aku lalui dengan tabah. Alhamdulillah pencapaian aku amat memberangsangkan berbanding dengan zaman diploma. Alhamdulillah syukur pada Allah. Walaupun dugaan besar dalam hidup aku yang hampir memusnahkan seluruh jiwa ragaku. namun dengan kudratMu dan kasih sayangMu ya Allah aku lalui juga sebagai insan kerdil.


....from kekwa22 with love....

25 June 2009

biarlah semalam berlalu

semalam, sepanjang hari aku tension gilerr.. tahap gaban nyer tension.. masa main badminton pun masih lagi tension.. tah apa2 tah...

harapnya semua tension2 semalam, tak terbawa2 untuk hari ni. semoga hari ni akan membawa keceriaan dalam hidup aku..

....from kekwa22 with love....

23 June 2009

bingung gue

apa eerrkkk .. kenapa rasa cam bosan giler tahap gaban.. keje banyak.. hati aku.. tah.. biasa jerr.. sejak balik dari penang tu rasa biasa jerr.. tak tau ce mana nak describe. adakah aku.... errmmm tah la.. susah aarr nak cakap sebab terlalu subjektif. cakap salah, tak cakap pun salah.. entah lah.. kalau duduk diam pun salah. errmm ce mana tah..

rasa excited tu dah hilang. tah rasa apa pun aku tak tahu dah. yang penting semua rasa2 tu dah berkurang.. kenapa yerr

....from kekwa22 with love....

22 June 2009

from penang with love

lamanya rasanya tak singgah kat sini.. errmmm sejak balik dari penang hari tu langsung tak jengok langsung. tak berkesempatan langsung. eerrmmm.. tapi tak buat apa pun. best gi penang. dia nyer training tu adalah someting yang new for me. banyak la yang aku belajar. duduk kat hotel eqoturial, memang la best. cam orang kaya jerr.. makanan.. huh, best giler.. setiap hari menu berubah. puar aarr gi sauna, steam bath dan jacuzzi.

malam plak dapat gie dinner dengan buah hati.. hehehehe best. ala.. tak tahu lepas ni bila pulak nak jumpe.. tengok2 tahun depan baru boleh jumpa.. errmm entah la.. tapi tak perr aarrr at least dalam 3 hari ni dia kenal aku ni ce mana.

....from kekwa22 with love....

10 June 2009

Syukur pada Allah SWT, Tuhan sekalian alam.

kenapa today ramai yang tegur aku sebab aku nampak lain dari hari2 biasa.. pelik aarrr aku sama jerr.. baju yang aku pakai ni bukan baju baru.. tudung yang aku pakai today bukan tudung baru. tapi apa yang peliknya. diaorang kata muka aku berseri2 hari ni.. eerrmmm pelik tu.. sama jerr dengan hari2 semalam. cumanya semalam aku demam. hari ni dah tak demam.

tapi yang aku tahu hari ni aku lebih happy dari semalam. may be berita baik yang aku terima. Alhamdulillah syukur pada Allah yang memberikan rezekeri pada hamba2nya.

....from kekwa22 with love....

08 June 2009

Jika benar-benar cinta...



Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesalmelakukannya!

....from kekwa22 with love....

Pantun

masa explore cari pantun2 yang sesuai untuk suzi, aku terjumpa pantun ni.. hehhe kelakar pulak rasanya.. mana tah web aku dapat tadi... poyo jerr pantun nih

Kucing berlari dua tiga,
seekor sembunyi dalam kain,
Umur baru dua puluh tiga,
mak dah bising tanya bila nak kawin.

Ikan haruan masak lemak,
tersekat tulang di anak tekak,
Tak cukup dengan mak,
makcik makcik, nenek-nenek pun tanya jugak.

Kain batik kain basahan,
terkoyak tersangkut di mata joran,
Dulu masa sekolah, mak pesan,
jangan bercinta nanti ganggu pelajaran.

Panau banyak macam peta,
belakang berbelang kena rotan.
Jadi budak baik mendengar kata,
23 tahun tak keluar ngan jantan.

Petang petang mandi kolah,
Rambut mengerbang banyak kutu,
Bila dah habis sekolah,
mak kelam kabut cari kan menantu.

Anak kerbau mati tersepit,
Anak ikan mati di jala,
Pantang tengok lelaki baik sikit,
asyik cakap 'terima je la'.

Beras ditumbuk di buat bedak,
lesung terjatuh jari terluka,
Bukannya tak ada orang yang hendak,
masalah nyer hati dah tak terbuka.

Kaki tempang jalannya senget,
Buku lali terasa keras,
Masih teringatkan cinta monyet,
masa umur baru empat belas.

Jolok kedondong pakai galah,
jolokkan sekali buah kuini,
Hmm ..apa nak jadi pun jadi lah.
Malas nak pening pikir pasal ni.

Tengah hari tertidur lena,
jam di dinding berdenting dua,
Kalau ada jodoh nanti, tak ke mana.
Cari tak cari ..ke temu jua.


hehhehe kelakar.. sape la dapat idea wat pantun nih

....from kekwa22 with love....

06 June 2009

benar-benar

Lirik Lagu Benar-Benar - Adam

Sayang, ku benar-benar cinta…

Semalaman ku tak kering mata
Didukung kekabu melapik pilu
Mengharap esok bisa menjanjikan sebuah lembaran baru

Sejak kita berdua berpisah
Aku tak habis-habis gelisah
Apakah itu tandanya bahawa…

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang

Semalaman lagi bersendiri
Parahnya diseksa sunyi sepi
Beginikah perasaan pabila kita disisih cinta

Ku sangka ku tabah berdikari
Rupanya rapuh untuk berdiri
Kembalilah kau kepada ku kerana…

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang

kenapa lagu ni... mula2 dengar lagu ni kat hot fm.. rasa cam lagu kRu jerr.. tapi bila tau edry yang cipta.. memang la ada kena mengena ngan kRU. kenapa lagu ni.. ada something special dengan lagu ni.. specialnya kat mana aku pun tak tahu.. tapi ianya special.. lirik dia kot..

lagu ni untuk siapa? siapakah yang aku benar2 cinta...adakah... eerrmmm aku benar2 tak faham.. aku benar2 tak tahu..

bila dok sensorang cam ni... aku benar2 sunyi.. aku benar2 boring.. hehhehe.. seharian dok umah tak kuar.. kuar hanya untuk sidai baju dan angkat baju jerr

kenapa la aku dok pk lagi lagi.. semuanya pasal dia.. kenapa.. kenapa kenapa... isehman.. kenapa? aku tak tau la apa specialnya dia..


....from kekwa22 with love....

aduhai hati..

" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada!

source : http://www.iluvislam.com
....from kekwa22 with love....

05 June 2009

Bidadari

Bidadari..Bidadari...
Temanilah resahku

Bidadari..Bidadari..
Tenangkan-lah Jiwaku

Sumpah Setia
Hidup Mati
Selamanya
Kerna Kau Isteriku
Isteriku Tercinta
Pelengkap Rusuk Diriku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah pendampingku

Bidadari..Bidadari..
Jadilah sang setia

Kerna Cinta
Cinta Suci
Ertinya Tidak Pernah Sepi
Sepi daripada
Cubaan yang tak terduga

chorus
Kau Umpama Bintang Utara
Penunjuk Jalan yang terang
Kau beri harapan
Saat ku jatuh bangun semula

Kau Berikan Sakti Cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita
Cinta Abadi HANYA di Syurga

Ulang chorus

1st time dengar lagu ni.. terus suke... suka lagu ni.. sedap suara munif hijjaz mengalunkan lagu ni

....from kekwa22 with love....

Proposal aku di terima & dapat order.. bestnya....

hari ni aku merasakan lambatnya masa berlalu... panjang betul hari ni.. keje banyak.. tapi aku tak de mood nak wat apa. tengah hari yadi aku pi KWSP, keluarkan duit la bayo yuran huhhuhu.. ni insya Allah buat kali terakhir. lepas ni dh tak de dah..

boring betul kat opis.. bukan tak de kerja.. banyak kerja.. tapi aku sampai tak tau nak buat yang mana satu. semua benda nak kena buat. last2 aku melapak.. tapi bukan tak wat mende.. tapi pi tolong akak2 operator wat keje. hehheheh.. tetiba jerr mr adi panggil aku, ucapkan tahniah.. huhuhu.. tetiba jerr.. rupanya untuk project aku thales nyer cable, dah confirm dan dah dapat order. 1800 cables kena assembly, bulan 10 ni kena hantar.. mak oooiii sempat ke tak ni.. tapi tahniah pada diriku kerana proposal yang aku buat tu di terima.. amin.. tak sia-sia aku tumpukan pada project ni.

hari ni aku ada discuss banyak benda dengan hanum. terus terang dia cakap ina punya kerja tak balance dengan 'dia'. nampak terang-terangan kerja2 aku melebihi had. aku memang tau semua tu.. tapi apa daya aku.. untuk menolaknya.. aku pulak tak tau nak cakap macam mana.. bukannya manager tak nampak. semua nampak betapa banyaknya project2 yang aku kena handle. cuma setakat ni aku tak pernah menyuarakan lagi. aku cuma ambil sesemua tu sebagai something new yang aku kena pelajari.

hari ni hanum bagi pandangan yang berbeza dari apa yang ada dalam kepala aku. 100% tak sama apa yang aku fikirkan selama ni. dia memang nampak kerja2 aku yang memang banyak.. bila aku cakap 'dia' kesayangan sebab tu kerja boleh lepak dan rilek2. tapi tidak pada hanum. aku tak pernah fikir apa yang hanum fikir dan hanum nampak macam mana bznya aku melayan sesemuanya..

entahlah... hanum bagi tahu aku supaya aku jangan pengsan dah bila sesemua terbeban di bahu aku.. tak perr la .. think positive.. last2 sekali hanum kata, aku ni lembut sangat.. hahhahah..

....from kekwa22 with love....

04 June 2009

apa nak buat lepas ni....



semester ni semester terakhir bagi aku kat utm bagi kursus yang aku ambil. ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal. bila tengok balik jumlah yuran yang dah aku bayo RM17467.00. mak oooii banyak giler.. ni aku tak pernah mengulang subjek. kalau pernah, tah macam mana la banyaknya. syukur alhamdulillah semua subjek aku lulus dengan jayanya. ada yang cemerlang gilang gemilang. ada yang cukup bagus.. ada yang memberansangkan. cuma setakat ni tak de lagi subjek yang aku lulus sekadar cukup makan. alhamdulillah.

lepas ni rasa nak sambung lagi ke tak nak... rasa macam dah malas dah nak sambung.. tapi rasa macam nak sambung lagi. apa yang aku nak buat lagi.. sebab nanti weekend aku lonely pulak. 4 tahun aku dah biasa life sebagai student di hujung minggu. sure bosan n tak tahu nak buat apa. kalau nak wat master.. aku nak ambil kursus apa errkk... mekanikal lagi ke? errmmm. ambil pengurusan la pulak.. cam best jerr.. tapi sayang pulak mekanikal yang aku ada ni.. tapi masa diploma dah belajar mekanikal, degree pun mekanikal gak.. kalau master mekanikal.. wow powerr tu.. kalo jadi lecturer ok aarr.. tapi aku nak jadi lecturer ke? cam tak nak jerr... i want to be an engineer. aku nak jadi engineer yang ada title Ir. hehehehe. tak salah bercita2. cita2 ni meningkatkan lagi motivasi diri.. kan kan kan.

aku ada sebulan jerr lagi kat utm. sayang nak tinggalkan utm. banyak kenangan dengan utm. dulu aku diploma kat sini. aku sambung degree pun kat sini. banyak kenangan suka duka di utm ni. sayang nak tinggalkan. pelbagai kisah aku lalui. utm menyaksikan zaman remaja yang telah ku tinggalkan. utm juga mematangkan diriku.. utm selamanya..

apa lagi yang aku nak merancang untuk masa depan.. errmmm tah la.. rasanya impian dan harapan aku dah musnah semuanya dan segalanya. untuk mencipta satu impian lain ianya mengambil masa. akan datangkah masa tu.. aku sendiri pun tak tahu.. cuma Allah yang maha mengetahui segalanya..


....from kekwa22 with love....

03 June 2009

bosan aarr

wah bosannya.. tak tahu nak wat mende... live aku rasakan tak meriah langsung.. bangun pagi pukul 6am. gie keje kul 8.15am. pukul 6pm atau 7pm aku balik keje. then lepak kat umah.. esoknya cam tu jugak.. sampai la hari jumaat. sabtu & ahad berlainan skit aktiviti sebab kena gie kelas.

selalunya balik keje sampai jerr kat umah.. aku mula la rasa kekosongan. tak ada mende. kalau dulu aku rajin masak tapi sejak dapat sms dari dia, sampai la hari ni aku tak masak. ogie pun dah complain. tah la.. aku tak de mood nak masak. padahal aku memang suke masak. jarang dah kami dinner bertiga. entah lah sejak peristiwa tu rasa kosong.. balik umah aku tak tau nak buat apa. nak surfing internet.. errmm nak cari apa.. nak membaca artikel atau apa2 bahan media.. kat laman web, aku malas la plak nak explore. bukan malas apa tapi jiwa tu tak tenteram. jiwa kacau. tak ada semangat nak wat apa pun. nak tengok movie, ada banyak lagi yang aku belum tengok, tapi aku tak semangat tak de hati nak tengok sesemua tu.. aaarrgghh kenapa degn aku nih...

malam ni sepatutnya pi main badminton. tapi aku tak sihat lagi. batuk masih lagi berleluasa.. tu yang malas nak pi main badminton tu.. nanti jadi lagi teruk pulak. so aku pun melepak jerr kat umah.

aku ada assgmnt, tapi malas nak buat lagi. esok la baru aku finalize. bahan semua dah ada. group member aku memang la hampeh. langsung tak tanya pun nak kena buat apa. tapi kata dah berhenti keje.. sure ada banyak masa. tapi aku malas tanya sebab banyak alasan dia nanti. aku sampai dah muak dengan alasan2 yang di beri.

nak tido? ermm kalau aku tido time ni, sure pukul 3 pagi baru aku bangun.. so, time tu nak wat mende.. so.. dalam pukul 10.30 nanti aku tido la.. tapi aku dah makan ubat tido. terukkan? nak wat ce mana, aku terpaksa sebab kalau tak tido lagi la kepala ni memikirkan yang tah apa2.. bila tido.. tak de la pk. tu semua guna minda separuh sedar. entah la.. sampai bila nak macam ni aku pun tak tau..hanya Allah yang maha mengetahui segalanya.

....from kekwa22 with love....

Langkah tercipta

Langkah Tercipta
Album : Langkah Tercipta
Munsyid : UNIC

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.

pagi ni aku dengar lagu ni... errmmm lagu untuk memotivasikan diriku.. kekadang rasanya semangat aku untuk mengharungi sesemua ni melayang macam tu jerr... bukan aku tak redha cuma aku takut aku tertewas dalam mengharungi cabaran dan dugaan dari yang Esa
....from kekwa22 with love....

02 June 2009

geram

kepala aku masih lagi blink2 hari ni. walaupun dah kurang demam. mujur kat office tak sejuk. selsema dan batuk pun dah berkurangan. Alhamdulillah. tapi kadang2 aku merasakan aku duduk dalam buaian jerr...

pagi tadi Mr Adi panggil aku pasal staf2 aku yang tak wat keje... aku pulak yang di salahkan bila diorang tak buat kerja. bukannya diaorang tak ada kerja, tapi malas dan suka bertangguh. aku pulak tak suka marah or push orang lain. bagi aku senang jer.. aku cakap sekali jer.. lepas tu pandai2 sendiri la. janji kerja tu siap.

sebab aku tak suka orang push aku. so, aku tak akan ulangi apa yang aku tak suka kalau orang lain buat kat aku... aku nak diaorang come out dgn idea diaorang sendiri. aku just bagi guide line jerr... kalau aku nak kena buat sesemua tu.. baik aku jerr jadi cam diaorang.. atau aku buat sendiri. kalau aku kena wat sendiri.. baik aku tak payah ada diaoramg semua. come on la semuanya dah matured. buat la macam dah matured. tapi bila sebab orang lain aku kena marah.. ni yang tak boleh jadi.. adakah aku kena transfer aku punya marah kat diaorang? eerrmmm its not me. aku bukan orang yang jenis cam tu. tapi geram tu ada aaarrr.. entah lah.., telan jerr la sesemua tu.........




....from kekwa22 with love....

01 June 2009

demam lagi

malam tadi tahap kesihatan makin merosot. sampai la ke pagi ni... kepala, tekak dan badan sakit sangat2. pukul 10 aku dah terlelap. tapi beberapa kali bangun sebab badan panas. susah betul nak bernafas. baru Allah bagi ujian sikit dah tak larat nak menghadapi. batuk pulak makin lama makin menyakitkan. bila dah batuk, kepala jadi lagi bertambah sakit. penatnya.. tadi pergi klinik. banyak ubat yang di beri. hari ni doktor bagi aku mc. dapat rest kat umah. aku baru jerr makan ubat yang mengantuk. hope aku boleh tido jap lagi. sakitnya kepala... sangat2...

pelik aarr kenapa dalam sakit2 ni aku teringat kat dia? aarrggghhhh... kenapa mesti dia? entah lah aku tak ada jawapan.

eerrmmm... biarlah aku rest puas2 hari ni...

....from kekwa22 with love....