30 December 2010

blik ipoh

malam ni aku dpt perkhabaran yg mak wah masuk icu d spital ipoh. Malam ni, bukan malam, tp dh pg pun. Aku nak g ipoh. Doakan agar semuanya selamat. ....from kekwa22 with love....

28 December 2010

kronik tahap haru biru

hari ni.. sepanjang hari aku menyiapkan fail2 training. al maklom la tak lama lagi nak audit iso. macam2 hal nak kena wat. so.. sumer tak akan terlepas... documentation time...

bila la nak hilang selsema nih.. penat dah. aku sampai dah malas makan ubat selsema. sebabnya ubat selsema ni membuatkan aku pengsan & susah nak bangun pagi. kepala jadi berat & tekak akan jadi sakit & perit. punya la kuat dia nyer dose.

tepat pukul 4.45pm aku dapat call dr enche affa. sorry ye enche affa.. kesian sangat kat awak nih.. tatau dah ce mana nak tolong.. tak tertolong den nih... cume boleh tolong gelak jer... becoz of tatau nak wat reaksi apa lagi selain dari dengar luah perasaan yang kronik tahap haru biru. kalo nangis.. rasa tak logic la plak.. gelak jerr la yang suitable. alahai kesian.. tetiba jerr abang macho bertuko jadi abang lembek benyor..

lagu ni & clip2 video ni dari enche affa. sebabnya dia tengah jiwang n kronik tahap haru biru. hari ni lebih teruk dari yang aku balik kampung hari tu.. aku pun kurang pasti kenapa enche affa jadi sangat2 haru biru..

K-C & Jojo - All My Life lyrics



yang ni pun
sooo sweet



dan ini juge...
to enche affa, muaahhsss. you are soooooo jiwang

malam ni ada dinner department IOP.
ni table utk malam nih
simple tapi menarik

ni.. plak.. my plate..
makan.. jangan tak makan. makanan dia not bad. kat sini kalo melepak pun best.

sesi berkaraoke
bob & bidin dgn isabella

ita dgn syurga idaman


team mentera semerah padi

bidin & shuhairi. aku tatau ni lagu apa.

my boss & iop manager dgn lagu widuri

majlis berakhir pukul 11pm.





....from kekwa22 with love....

25 December 2010

memang gile

lama giler rasanya tak update blog.. sampai bersawang rasanya...

hari ni gie jenjalan. gie midvelly. bajet nak gie beli barang2. sanggup tu bersesak beratur panjang dan pusing2 cari parking.. punya la ramai manusia yang pelbagai kaler serta bahasa kat midvelly tu.. tapi hasilnya.. nothing... tak sempat nak cari barang.. tak sempat nak nengok pun.. sebabnya.. anak mama tu melekat saje ngan mama dia. bapaknya kena reject terus. bapak hanya boleh jalan kat belakang jer... jalan sebelah pun tak leh. nak tolak troli pun tak leh. nak pegangkan beg mama pun tak leh.. kesian enche affa kena reject terus ngan anak..

rasanya paling kelakar bila makan, enche affa tarik sikit jerr pinggan aku terus kena marah ngan armand. terus jerr dia dekatkan pinggan aku dekat dia. hahhahah.. jangan berani2 kaco mama punya tau.. enche affa pandang aku dengan mencebik mulut.. wakakaka.. kelako. paling tak tahan bila enche affa menyungkit ngan armand.. tapi tatau la armand tu paham ke tak... poyo betul bapak... kalo dulu bapak share saje.. tapi sekarang bapak terus kena reject. that why bapak tak puas ati...

pasal dah tak leh cari barang lansung plan ubah gie jenjalan kat tasik perdana. ni le 1st time aku gie tasik ni. kalo tak dengar nama jer... mujur hari tak panas sangat.. cantik tasik perdana nih


muka takut2 berani armand bila nek train keliling tasik perdana.

tetiba rasa bangga plak dengan camera henpon aku nih.. lawa gak gambo dia... dalam dok bengang2 ngan henpon nih.. pandai jerr dia pujuk aku.

lepas jerr balik dari tasik perdana, enche affa wat cadangan gile.. tak pasal2 aku ngan armand terbabit sama. aarrgghhh mmg gile sangat2. enche affa mmg giler...


....from kekwa22 with love....

20 December 2010

mengemas day

ahh dah senin rupanya... kejap jerr masa berlalu

aku baru jerr berhasrat nak extend lagi dua hari kat kampung. penat aarr... aku bagi tahu hasrat murni aku tu pada enche affa, then dia bagi sms cam nih;

'kalo ayg extend lagi 2 hari, syg mengamok'

hahhahah.. pergghhh sampai nak mengamok tu.. alahai.. kesian.. kena tinggal.. baru tinggal 6 hari.. dah gelabah & tak tentu arah.. bila aku gelak2.. aku plak kena marah.. memang sudah mereng2 enche affa. kesian dia.. dia pesan.. len kali jangan tinggal dia lagi.. selagi dia nyer kelas tak abis, selagi tu kena tinggal. jangan nak belajo2 memonteng kelas yer...

hari ni.. wat aktiviti out door. buang sumer sampah sarap keliling umah. banyak aarr lalat2 berkeliaran. sumer orang terlibat.. tak de kecuali.. abang lim keje hari ni. adik pun sama. yang tinggal hanya mak, pah, aku, angah & mira. yang len2 sudah abis balik. angah & mira balik kl dalam pukul 2pm. tinggal aku jerr la.. aktiviti kemas pinggan mangkuk masih lagi berjalan lancar.

aarrgghh penat dah hari ni... dari pagi aku buke kedai dobi. mujur mesin basuh mak tak jammed. kalo tak.. harus kena cari yang len. membasuh tak henti2.

jom jom tido.. enche affa pun dah nek bas.. nanti pkul 4am, aku gie amik kat parit buntar bus station.



....from kekwa22 with love....

19 December 2010

bertandang day....

hari ni, birthady enche affa. hepi birthday sayang... sian kena tinggal sowang2 kat cheras.

pukul 8 jerr aku hantar achik g make-up kat pt buntar. balik dari tu.. baru wat keje2 umah. banyak barang2 yang berselerak.. kena le kemas.

aku pun tak pasti ni kat mana.. pekan ahad kot

pak ngah pagi2 lagi dah balik. dia nak gie kuala kangsar.. singgah umah kawan dia sebelum balik kl. edan plak balik dalam pukul 9am.

ahli2 kuarga & jiran2 yang nak gie umah amirol kat jitra.. dah berkumpul sejak pukul 10am. dah siap2 dah.. tinggal nak gerak jerr lagi... angah tanya mana kunci kete dia.. jeng jeng jeng... cari punya cari.. jumpe la kunci kete angah kat jitra. sungguh tak aci.. kunci sampai sana, kete ada kat kg. mujur la cameraman cakap.. nek jerr kete dia.. kalo tak.. ada yang nak kena tinggal.

masa kitaorang kuar, pak cu lom kuar lagi.. dia sengaja nak lewat2 sikit sebab dia nak balik kl jerr.. sebelum tu, dia nak singgah zoo taiping. perrgghh... kalo tak ujan ok la jenjalan kat zoo. kalo ujan.. tak jadi keje.. lagi pun.. penat ooo nak jalan.. jauh gilerr dalam tu.. tak kose teman...

7 buah kete bergerak ke jitra pagi ni.. jauh gak.. dalam 2 jam setengah dari umah mak. masa on the way tu.. aku bawa pengantin, mak pengantin, opah pengantin serta pengapit pengantin.. sumer berkaitan ngan pengantin.. aku? driver pengantin.
masa sampai kat tol jawi, abang lim kol aku..
abang lim : along, bagi no tepon leman?
aku : leman? sape? (mana la ada orang nama leman yang aku kenal, nak ada no tepon plak.. jauh sekali)
abang lim : bg no tepon amirol
aku : oooo.. kejap along sms..

perrgghh kantoi.. yang nama glamer amirol is leman. maka berceritalah achik akan asal usul nama leman. hahahhaha.. habis la kena sakat ngan aku sepanjang hari tu... wakakka
ada nama tempat namanya wang tepus

kawasan umah leman aka amirol ni.. sama jerr lebih kurang ngan tempat aku.. taman pokok padi lorr...

besar betul kenduri umah amirol.. tumbang la 2.5 ekor lembu. 2 ekor lembu tu.. aku paham.. yang 0.5 lagi tu.. dia orang guna lembu.. sebelah kot.. perrgghhh punya la banyak... ramai betul tetamu yang datang... ketibaan pengantin
ready2 nak makan2
menu makanan pengantin.. ada butter prawn, lamb chop, kari udang & kari ikan salmon. perrgghhh.. ikan salmon wat kari?.. hish 1st time nih.. tapi marbeles.. ala.. orang2 belah utara ni.. memang suke makan kari.. kalo boleh.. sumer nak masak kari.. that why tak pelik sangat. tapi bila ikan salmon di karikan.. makan jerr la.. nyum nyum nyumni, my plate. segan plak nak makan banyak2.

lepas makan sesi bersandingjom kita sengih
yang ni plak.. haruss

pukul 4 baru bertolak pulang ke pt tok ngah. penat weeii... balik jerr umah.. lepas dah mandi manda.. segar sikit.. wat aktiviti mengemas dalam umah.. kumpul2 pinggan mangkok. sambil mengira berapa yang cukup & berapa yang tak cukup..



....from kekwa22 with love....

Hepi Birthday Darling

for my darling enche affa,

hepi birthday to you.
semoga segala yang diimpikan menjadi kenyataan... jangan noti2 taw




Selamat Ulang Tahun Sayang - Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu






....from kekwa22 with love....

18 December 2010

Meraikan Raja Sehari

hari ni.. berlangsungnya.. majlis pernikahan achik yang dok bz2 wat persiapan selama ni.. dari awal tahun.. hinggalah ke hujung tahun..

pak cu & mertua pak cu, pak ngah, man & husna serta wahid serta cousin2 aku anak2 mak wah & mak no sampai malam tadi. meriah la umah mak. tapi siyesly rasa kecik aarr rumah..

hari ni, abang lim jadi wali achik. majlis akad nikah berlangsung kat masjid parit tok ngah. ustaz juru nikah ni, memang kelako.. dalam amirol dok ketaq2 tu, dia tanya.. nak wat akad nikah kat sini ke? nak wat tempat len? dia ok jerr.. kalo nak wat kat tempat len?. amirol diam jerr.. al maklom la.. tengah ketaq segala sendi. then ustaz tu cakap.. kalo nak wat kelainan pun ok.. nak gie tepi laut ke.. atas pokok ke.. dia no hal.. hehhee.

tengah ready2 nak salam2 nih

upacara memberi mas kawin
sarung cincin...
ciuman dari suami terchenta

orang kuat nih. wat keje tak berhenti. al maklomlah as a ketua kuarga.
tetiba abang lim peace la plak..

adik boleh termenung la plak..

lupa la nak amik gambo hidangan yang di sediakan untuk tetamu. menunya ialah;
1. ayam masak merah
2. kari daging
3. gulai lemak nangka
4. ikan masin goreng berlada
5. air asam
6. ulam2
7. sambal belacan
8. buah tembikai

yang kelakonya sehari sebelum tu.. abng lim pujuk pah supaya wat sambal belacan. sebabnya sambal belacan pah. plak tu, suruh pah tumbuk dengan lesung batu dia nyer cili.. hamboiiiii.. ingat pah robot ke..

DJ tengah interview mak ngah. dia nak kasi hadiah sebab birthday mak ngah sama ngan tarikh majlis achik. cabutan bertuah untuk hari ni adalah celcom nyer sim card.

edan yang bekerja keras
pak cu.. tetiba nak jadi hulk

wah.. achik tak sabo2 dah nak bersanding
diatas singgahsana raja sehari
gula2 kepada tetamu. saje wat suke2
ni jerr la adik beradik aku.. dah bertambah sorang. jadi le enam orang.. achik.. not available dah.. yang len2 still available. aku? hehehe ada enche affa nak menyirap nih... wakakaka...

Ni plak ngan our opah. see opah nyer tangan.. santai giler...

heheh.. saje jer.. nak poyo2

sebahagian kaum kerabat amirol yang datangni plak, family pak tam. yang tak de ayu & harith jer...
sempena orang yang letak nama achik masa dia lahir 28 tahun yang lampau.

lapo dah nih.. jom makan2

tunggu pengantin jerr nak santap. tak sempat aku nak amik gambo makanan yang aku masak. memang tak teringat langsung. aku wat siakap sweet sour, sayur, butter prawn, ayam goreng berempah & puding kastad serta buah tembikai.. lauk2 len adalah lauk pauk kenduri.
selamat menjamu selera

Pengantin makan cover2lepas makan, posing kat depan barang2 hantaran
Armand datang dgn mak, kak ngah, fahrul, ajim & acu dalam pukul 12.30pm cam tu kot. mujur time tu aku dah siap mandi.. apa taknya .. sepanjang hari aku dok kat dapo masak hidangan pengantin. mujur mak tam membantu. kalo tak.. memang la lagi lambat. orang dok kalut2 kat luar.. aku dok kalut2 kat dapo.

tengok jerr muke aku, terus jerr muke armand jadi sayu n sedih. terus jerr minta pelok. kesian dia.. kena tinggal ngan mama dia kat ipoh. then lepas tu dah tak leh berenggang dari dia. dia takut kena tinggal lagi. dia nak tinggal ngan aku.. tapi aku plak bz. nanti tak leh wat keje.. mujur diaorang ajak gie jalan2.. baru le.. dia nak ikut..

kek sedia untuk di potong
aktiviti membuka hadiahgrand prize
yang tak de kat sini ialah peti sejuk. kengkawan opis achik kasi.. ada kat ipoh.

pergh.. rasa nak pengsan.. punya la letih..


....from kekwa22 with love....