Showing posts with label Ramadhan 2010. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan 2010. Show all posts

09 September 2010

Ramadhan yang berlalu...

Hari ni last day wat persiapan for raya. So, hari ni maknanya hari last wat persiapan. Macam2 perkara dah plan. Tapi walau apa pun, pagi ni,kena gie soping lagi. Sebab abang lim request nak masak laksa for kengkawan dia. Sebab bahan2 nak wat tak de.. that why la kena kuar lagi.

Macam2 weeii jadinya bila dah masuk econsave. Hari ni aku borong ikan. Ikan pisang. pic ni amik kat sini,

Abang lim suke ikan ni. Arwah ayah pun sama. Kalo masak kari, mmg marbeles. Aku angkat sekor.. besar jugak la.. dekat beratnya hampir sekilo.. harga nam henget lebih.. perrgghh. Tu yang aku rasa macam nak borong lagi ikan. Tapi ice box kat umah dah nak full dah dgn segala mende.

Udang lipan pun ada.. kalo wat sup udang lipan, memang marbeles... baru jerr bajet kena kurangkan seafood. Mana bleh.. dah dekat ngan laut ni..

Hari ni, aku kerahkan abang lim potong bawang. Adik plak memang dah mengelat. Tah kat mana dia gie.. lesap. Achik kena settlekan hall dan kemas segala bagai.. aku, cam biasa la, chef kat umah ni.. sape lagi lagi kannnnnnnn... mujur la aku tak gagap bab2 nih.. kalo gagap susah gak..

Aku suruh abang lim cari daun kesum sebab nak masak kuah laksa. Sebab aku ada gak tinjau2 belakang umah mak ni. Tempat pokok tu hidup subur. Bila aku tanya abang lim, pesal dah tak de... dengan selamba dia bagi tahu yang dia dah racun dah.. hampeh betul adik aku sorang nih. Patut la pun clear..

Masa aku bz2 nak masak tu, abang lim mintak nak ketupat. Mak ooooiii time bz2 ni plak... aku kata ok jerr tapi dengan syarat, anyam sendiri. Maka dia pun gie la panjat pokok nyiur yang rendah, ambil daun. Then terus jerr anyam sambil aku dok bz masak rendang. Abang lim memnag, dia mesti nak ketupat walau ce mana pun. Kat umah ni, yang boleh anyam daun kelapa supaya jadi kelongsong ketupat, hanya ada 3 orang jerr.. mak, aku & abang lim. Mujur gak.. yang nak makan tu tahu anyam.. kalo nak harapkan aku.. memang la tak sempat nak menganyam.

Ni le sarung ketupat yang abang lim anyam.

Errmmm nak letak beras dalam kelonsong... memang aku tak pernah. Ni kira 1st time. Aku isi 2/3 jerr dengan beras.

Abang lim tak reti, Dia cakap nak masak kat luar.. so, aku pun ok jerr.. dia nak pasang api. Ni le hasilnya..

Then elok jerr.. nak menghitamkan kuali mak... tak per tuan dia tak de.. hehhee.

Sampai ke malam baru siap... dari siang sampai malam...

Ni hasilnya...

Hari ni, aku masak rendang, sambal goreng jawa. Orang kg ni, mana pernah jumpe sambal goreng nih.. nanti esok sure diaorang tanya. Then aku masak kuah laksa jerr. Dekat2 pukul 4 baru settle semua.. perrrgghh penat giler non stop. Orang lain ada mak.. tapi mak kitaorang jauh...

Ni dia rupanya rendang

Ni plak sambal goreng jawa. Dah tak itam cam dulu..sebab dia dah pakai fair & lovely.. wakakaka

Untuk berbuke aku dah tanya diorang.. makan mee jerr la.. sebab aku dah tak larat nak masak apa lagi dah.. maka, aku masak la mee goreng udang.

Masa nak berbuke tu.. macam2 abng lim merepek. Pesal banyak sangat udang?, pesal udang besar sangat?. Nanti dia gatal hidung, sebab udang banyak. Sebelum makan jerr banyak citer dia.. bila dah makan, bertambah 2 kali.. tak kisah pun udang banyak or gatal hidung. kecoh jerr lebih.

Petang tadi mak call, tanya aku masak apa. Maka aku pun bagi laporan la.. bila mak tanya pesal masak banyak sangat? Aku jawab sebab abng lim yang nak & nak tunggu mak balik.. hahhaha... Bagus betul anak2 dia tak call mak dia.. tak menang tangan aarr wat kerje... sebab mak yang tak balik.. kalo rang lain, mak tunggu anak2 balik. Tapi kitaorang, anak2 tunggu mak balik. maka, maklah wajar call anak2 dia.. hahhah.. poyo tahap dewa.. aku bajet nak call malam2 sat lagi la..

Ni, hasil ketupat yang abang lim rebus. Elok jerr keras. Kalo lembek.. memang fail. Maknanya pass gak la aku isi beras dalam sarung ketupat. Hahha

Semalam adik minta nak chocolate cake. Kesian plak kat dia.. maka, malam ni, aku buka bakery. Hanya chocolate cake jer.. yang achik plak dok sibuk, tak kan 1 cake.. sebab dia request nak muffin orange.

Along dia nih, dah nak pengsan dah dok melayan kehendak adik2. Plak tu, aku memang tak ada yang ready made. Kalo ada, memang boleh layan.. memang la sumer bahan ada.. tapi aku dah tired. Kalo boleh, aku nak adik2 hepi. that all. Sebab aku akan hepi kalo diaorang hepi. Aku? Aku memang blues. Walau aku wat keje & bz tahap dewa, tapi aku tetap blues. Blues untuk aku. Selagi aku mampu, insya Allah akan aku tunaikan setiap permintaan.

Masa aku dok masak2 air untuk nak wat air esok pagi, gas abis. Memang ada gas spare. Tapi aku dah tak larat sangat dah nak alihkan dan tuko yang len. Rasa boleh patah tulang belakang kalo aku wat.. maka..segala aktiviti aku stop kat sini.


citer 4 beradik menbuat persiapan untuk hari lebaran...

Ramadhan dah meninggalkan kita semua. Kejap jerr masa berlalu. YA Allah, ketemukan aku dengan ramadhan yang akan datang.

takbir








....from kekwa22 with love....

08 September 2010

2nd day before

Aktiviti aku bermula pada 7am lagi.. aku buke kedai dobi sejak malam tadi. Sampai lewat malam masih beroperasi. Malam tadi aku tido abot 3++am. Sebabnya aku terlampau letih. Bile terlelap jer.. mula mimpi yang pelik2 dan tah apa2. Aku tido kat dalam bilik bukan port aku cam biasa. Bila tinggal berdua ngan adik ni.. mula la aku rasa umah ni beso. Patut la port mak kat dapo jer.. tak de la lapang sangat.

Hari ni aku gie soping barang2 dapo kat econsave. Pukul 9am aku dah kat sana. Malas nak gie lewat sbb nanti susah parking & ramai orang. Memang murah barang2 kat sini. Sangat2 murah kalo nak compare dgn paso keramat. Segala bagai aku borong. Ramai plak tu orang membeli stock barang2 basah. Rasa macam lebih murah dari kat market tu. Kat sini diorang tak panggil paso. Kalo sebut paso, memang jadi tersangat la poyonya. Kalo sebut market, semua orang tahu yang tu adalah paso.

Aku beli ikan jelawat. Beso.. kalo wat asam pedas atau bako, memang marbeles. Lima henget lebih jerr sekor.. udang putih plak.. sangat murah.. biasa kalo kat jj yang harga lapan belas henget tu sekilo, tapi kat sini pat blas jer.. maka aku borong tak hengat hahha... memang la kat sini murah sikit sbb dekat dgn laut.

Balik umah, kena la mengemas apa yang aku beli. Tu satu lagi bab. Segala ikan, ayam sebelum nak simpan kena la cuci2 dulu. Menelaah yang ni pun dekat pukul 3pm baru siap. Wat sensorang sambil letih suruh adik cuci cermin tingkap & sliding door. Dari pagi ke petang tak siap2 lagi. Ada jerr mende dia nak mengelat.

Aku rasa macam buruh kat umah hari ni. Ada kot aku berjalan dalam umah ni saja 2km. Mujur cuaca tak berapa panas. Kalo tak, mau dahaga.. hhahah.. tapi siyesly memang dahaga sangat2.

Ni jer aku masak untuk berbuke hari ni. Yang lain2 aku tak larat dah nak wat mende... rasa macam separa pengsan.

Ni, adik request sup cendawan.

Ni pulak, kari telur ikan duri.

Semalam aarr masa jalan2 nak beli ikan kucing, terjumpe telur ikan. Lama giler.. tak makan kari telur ikan. Dia jual 1kg limablas henget. Tapi aku beli sekali makan jer.. wat apa banyak2. Dulu2 masa kecik2 selalu jerr mak masak telur ikan ni.. sekarang jerr susah nak jumpe. Kuah kari ni.. jadi pekat sebab banyak telur2 ikan yang meletup. Telur ikan cam ni.. memang aarr.. kena hati2 kalo over panas, maknanya meletup la.. tapi kuah jadi pekat dan lazat. Maklumlah.. telur ikan dah sebati.

ni, aku wat roti kismis untuk adik

Yang ni, masa achik singgah umah opah petang tadi, mak bekalkan ikan goreng.

ikan apa tah namanya.. aku tatau.. tapi aku rasa macam ikan tenggalan. tapi aku memang confirm 90% ni ikan tenggalan.. hahhaha...

Yang pun mak kasi. Lepat pisang.

Yang ni buah dukong yang tersangat la manisnya.. tak abis2 kat umah opah.

mak kata, masih banyak kat umah opah.


Aku berbuke empat beradik hari ni.. tak de la cam semalam aku lone ranjer. Kitaorang ni cam pelik sikit. Biasa mak tunggu anak2 balik. Tapi terbalik plak dah.. anak2 plak tunggu mak balik. Mak balik umah on hari raya. Opah dah agree nak balik ikut sekali dgn mak. Alhamdulillah. Senang la sikit mak. Tak de la mak terkejar2 lagi ke sana.. angah balik dengn mak. Sebab mak dah turunkan titah yang dia kena jadi driver mak & opah.

Pelik aarr... sape king plak nih.. king sape yerrr... yang pasti aku dah tahu, bukan my king. Semalam, ingatkan my king. Misteri nusantara betullah... tapi bila king cakap bukan dia.. that means someone else. sapekah yang nak jadi my king plak nih... wah, king dah ada pencabar ni.. meh aarr isi form dulu. Then baru boleh register... kan kan kan.. kena la proper..

Aarrgghh tirednya.. tak kira nak mandi jugak then solat pastu tido.. tak bermaya dah badan den ni ha.. pedih giler bekar kena cakar dengan kucing. Sampai berdarah2... berdenyut weeiii... Tangan kanan plak tu.







....from kekwa22 with love....

07 September 2010

Aku yang penat

10.30am baru aku meninggalkan AU2.. sedih aarr. Bukan sebab nak meninggalkan umah no 25. Tapi sebab memang sedih. Ujan aarrr pagi ni. Ce mana ye.. tah aaarr aku pun tatau.. kekadang kita bisa meluahkan dengan kata2.. tapi kekadang ianya terlalu sukar untuk di ucapkan.. kekadang tu.. biarlah.. faham2 sendiri jerr lahh yer.

Tak kisah la nak paham ce mana pun. Namun hakikatnya ia menyakitkan. Tu namanya.. nak di telan pahit, nak di buang sayang.. cee wah.. peribahasa yang cukup tepat. Bagus aarr orang dulu2 cakap berkias2 cam ni.. tak yah susah2 nak explain.

Alhamdulillah opah dah sihat. Masa aku tepon pagi tadi, ceria jerr. Pak ngah dah bz2 wat persiapan. Macam2 la aktiviti diorang tu.. kenapa yerr aku memang berat nak beraya umah opah on 1 syawal. Dulu masa kecik2 tersangat la best. Tapi sekarang ni.. memang kalo boleh nak beraya kat umah mak.. may be kampung halaman aku kat sini. Walaupun kitaorang tak de sedara mara kat sini, tapi tetap nak beraya kat umah mak. sebab suasana kot. Tak de la meriah apa kat sini. Tapi pepagi lepas solat aidilfitri, boleh ziarah pusara ayah. Then lepas tu nak balik gerik pun tak per.. dah tak kisah dah. Ok jerr...

Tak banyak kereta kat highway. May be awal lagi kot. Atau pun orang dah balik kampong awal becoz of cuti sekolah dah bermula. Maknanya tak lama lagi ramadhan akan meninggalkan kita. Errmm kejap jerr masa berlalu. Moga aku di beri kesempatan untuk bertemu dengan ramadhan yang akan datang.

Mula aku nak exit kat parit buntar jer.. tapi kalo lalu kemunting best sikit. Boleh tengok suasana kampung instead of kelapa sawit. Masa bayo tol, terkejut den ha... tau la tol dah naik.. tapi banyak giler tu naik.. aku bayu 33 henget dari sungai buluh ke kemunting. Biasa aku bayo doploh pat henget jer..

Wah, warna warni umah di cat. Kalo rasa satu umah tu.. dia cat kaler ijau muda dgn putih.. sangat menarik. Jarang orang nak buat.

Aku sampai umah mak dalam 2.30pm. dari AU2, pasang MP3, layan 53 songs, maka sampailah kat umah aku.. selagi tak 53.. maka tak sampai.. wakaka
masuk jerr umah, rasa macam nak pengsan. Lagi bertambah penat aku jadinya.. ni la jadinya kalo adik lelaki umo 19 tahun yang duduk kat umah ni sensorang. Nak tutup mata pun tak leh. Aku memang tak leh hidup. Tak de la bersepah sangat sebenarnya.. tapi aku mmg tak leh aarr kalo cam ni...

Barang2 yang dari kl aku biarkan dulu dok dalam jimmy diam2. Yang tu tak nangis.. aku settlekan yang dalam umah ni dulu ikut kemampuan aku yang penat. Aku dah agak dah mesti teruk nyer kalo tak de mak kat umah nih. Pulak tu, yang balik tu adalah orang yang paling cerewat kat umah ni. So, sendiri mau ingat la. Sempat la kemas dapo, sapu sampah, basuh kain baju kotor dan cuci bilik air.. hasilnya letih tahap gaban. Berganda2 tired.

Untuk berbuke, aku tak larat nak masak apa. Aku hanya masak nasi & ikan untuk kucing jerr.. kesian dia lapo..

ni, ikan abang lim. dah beso kan? rasa kejap jerr.. dah setahun dah ikan nih. dulu masa abang lim beli hanya sebesar jari kelingking jerr...

Ni, menu berbuke aku petang ni. Nasi ayam berempah
Ni, air tebu.

Kalo kak norma tahu aku minum air tebu.. memang la kena bebel 3 hari 3 malam. Sebab dia kata air tebu ni tajam, di takuti akan bertambah teruk lagi keadaan aku.. that why la dia tak bagi aku minum. Tapi biar aarr.. yang tu len cerita. Tapi betul pun tajam air tebu ni.. hasilnya lidah aku pecah2. Tu, sendiri mau ingat. Kalo mudarat yang lain pulak, sendiri tanggung maaaa.

Aku berbuke sensorang jerr.. adik gie kenduri. Maka, layan blues jerr la aku sensorang. Dekat jer dgn umah. Aku pun di jemput. Tapi malas la.. aku tak larat. Malam ni nak sambung wat keje2 umah jer.. kalo boleh tido awal.. aku nak tido sebab esok ada macam2 project nak wat.






....from kekwa22 with love....

06 September 2010

jom balik kampung

hari ni last day kat opis, macam2 kena settle. maklum la nak cuti lama. macam2 hal hari ni.. may be sebab last friday aku cuti.

hari ni aku berbuke kat luar. aku gie ngan ita & balgis jer.. hari ni, ada orang yang masakkan untuk aku. ni la our menu petang tadi.

ni sayo campo

ni, tomyum seafood

ni, sotong goreng
yang ni, air feveret aku satu ketika dulu
air tembikai.

esok nak balik dah. memang plan asal nak balik esok. malam ni dah siap packing semua. hope tak ada apa2 yang tertinggal. banyak giler barang. macam nak pindah pun ada rupanya.. mujur la aku balik sorang jerr.. tak de sape yang menumpang. wat berat kereta jerr...

letih aaarr.. hari ni sangat2. kalo letih cam ni.. mana bleh senang2 nak lelap. esok nak drive jauh. aku tak singgah umah pah pun. terus balik umah mak.

kesian aarr kat mak.. dia letih sangat2 tu.. alhamdulillah mak sihat. Syukur pada yang Esa. dengan tak cukup tido & tak selesa di wad tu jaga opah. hari ni opah dah boleh keluar dari spital. dah ada kat umah pun.. opah kuar dalam 11am. tapi pak ngah tiba dari kl 1 lebih. so, that means mak balik naik teksi.

tak leh imagine ce mana nak susah payah gie cari cab. jauh gak nak jalan dari spital. wawawa.. sedih tu.. kesian mak.. sangat2 .. sebab dalam kepala aku ni, memang nampak ce mana jarak antara spital & taxi stand dan ce mana mak bersusah payah. Terima kasih Ya Allah kerana memberi kekuatan kepada ibuku.. Alhamdulillah ya Allah kerana kasih sayangMu pada ibuku.

aku nak balik awal, mak tak bagi, sebab aku tak de tempat tinggal. aku tak leh duduk kat spital. mak plak tak bagi aku duduk umah opah sensorang. that why la aku balik ikut plan asal. aku tahu sebab munasababnya..

may be aku kena tinggalkan kl. kesian mak.. lim pun macam tu gak.. penat dia take care itu ini.. lagi pun, aku bukan ada sape2 kat kl ni. cuma tempat mencari rezeki jer.. may be lepas ni aku kena usha2 jobstreet. supaya aku dekat dengan mak.

Ibu - Aeman

Ibu.. bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu...

Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan...
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana



jujurnya aku tak hepi or teruja sangat pun nak beraya.. biasa jerr.. cuma aku nak balik kg jumpe mak. aku nak bagi mak aku hepi. walaupun anak dia ada 5 orang, tapi jarang sangat dapat berkumpul bersama.. then before balik kl semula.. aku nak bertapa kat umah pah. ataupun process nak pujuk opah tinggal kat umah mak.

mak bagi tahu, dia tak wat persiapan apa pun... aku taw.. macam2 le dia pk sebab anak2 dia nak balik.. aku ok jer.. mana yang aku larat nanti, aku sttlekan. yang mana tak larat.. esok2 la plak.. sebab aku bukannya robot. kan kan kan

jom tido.. doakan semoga selamat di perjalanan esok pagi..

babai kl...




....from kekwa22 with love....

05 September 2010

Syukur, akhirnya ketemu


hari ni, pagi2 buta.. dalam ujan renyai2.. kalo tarik selimut memang best, aku plak sibuk bukak kedai dobi. kena clearkan stock2 yang ada.

walaupun sunday, kedai jahit di buke awal pagi hari ni.. sambil2 sembat baju, aku layan citer nih. walau pun basi2 dah.. tapi layan jerr la.. kalo tak, mau ngantok.
di ikuti dengan
dan
habis jerr layan sesemua ni.. teringat plak my roadtax yang lom tampal lagi.. kelam kabut mencari. missing an action. segala tempat aku cari bagai nak giler tapi tak jumpe jugak.. minda aku tak leh recall langsung kat mana aku letak. sebab sejak dari dapat, aku hanya letak kat atas meja nih jer.. aku tak de plak alihkan kemana2. tapi lesap. puas aku geledah my room. masa tu ada terlintas dia jatuh kat celah meja ni.. kalo jatuh memang haru. sebab meja ni build in cabinet. so, memang tersiksa la kalo nak amik.. rupanya memang betul. tu pun berjaya di keluarkan dekat2 nak berbuke puasa. alhamdulillah syukur.. jumpe akhirnya..

tros jerr pi tampal. fobia tu...expired on hari raya rupanya...

dalam2 jiwa kacau memikirkan dimanakah gerangan my roadtax, ni jerr aku masak. menu berbuke yang sangat simple lagi mudah. jiwa kacau arrr

ni, tomyum udang.
masa makan ni, ogie sibuk cari cili. biasa aarr kalo orang yang tak makan pedas masak.. sure tak berapa pedas nyer.. yang ogie ni memang sangat2 kuat pedas. tahap dewa2 nyer pedas. kalo dia kata pedas sikit, jangan laarr nak cuba2. aku pernah kena.. sebab ingat pedas sikit.. tapi.. gilos tak hengat dia nyer pedas. meraung aku time tu..

ni plak kangkung goreng
dan yang ni.. tempe dadu..
comei-comei jerr

hari ni last dapo berasap kat umah ni. esok dah tutup kedai.. tahun depan bila ramadhan tiba.. insya Allah. baru la masak hari2... means aku la tu.. hahahah.. kalo hari2 len, tak de pasainya aku nak masak. masa tu, masak air pun boleh hangit.. tak caya, tengoklah nanti.

ni antara baju2 yang sempat siap hari ni
ada lagi 5 pasang belum siap sembat. yang tu, nanti2 la kot. hahaha. butik dah nak tutup. next year baru buke semula. aku nak start kemas2 barang2 len plak.

akhirnya siap jugak baju yang paling lama ambil masa nak gunting.. 4 jam.. nak jahit pun lama gak.. tapi akhirnya.. sweetkan.. pink.. cam pompuankan?... kalo aku cakap cam ni, king akan wat ayat skema 'inakan pompuan' dah tahu dah... mesti cakap cam tu punya.. tengkiu king for sweet lovely pink.

alhamdulillah opah dah beransur sihat. rupanya mak aku pun wat plan sama macam aku.. hehehe. mujur sama. tak de la susah2 nak explain. tapi mak kata before nak balik tu call dia. takut kalo2 ada perubahan. yang tu, memang no problem

siang, tempat yang paling jauh aku gie.. kat porch jerr la.. bertapa kat dalam umah. then malam plak paling jauh gie masjid. tu la satu2 tempat yang aku gie hari ni..

Aku merinduimu - Devotees

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju


Biarlah pics berbicara.. mengantikan bait2 perkataan
for







....from kekwa22 with love....

04 September 2010

25 Ramadhan

hari ni tak buke langsung kedai dobi. aku gie wat alignment & balancing pepagi buta. malas aarr nak g lewat2 dah la kat bengkel tu panas. nanti hitam la pulak.. hahha

cam biasa aku gie paso tani ngan kak norma. punya la ramai orang.. mujur parking senang. kebetulan.. ada 2 perkara pelikhari ni.. satu banyak betul kete.. dan kedua pesal la masing2 bawak majalah. boleh di katakan setiap orang pegang majalah. banyak plak tu...

bila dah masuk jerr paso tani.. maka terjawablah... ni ha.. menteri pertanian datang la weiii
that why la ramai orang.. eskot2 dia pun ramai..
kebetulan lalu depan aku.. haaha.. amik peluang la..

then di satu sudut.. pemberian majalah percuma dari karangkraf. meriah giler.. patut la ramai orang bawak majalah.
aku pun join sekali gak..
amik jerr la kan.. tah apa2 diorang kasi.. maskulin pun ada.. err tulen bang.. majalah lama.. edisi jun 2010. ok la kan.. boleh gak belek2 bila masa lapang.. tapi ada ke masa lapang? ada la kot...

aktiviti menjahit dah tamat. tinggal nak sembat jerr lagi.. berchenta betul...

ni our menu berbuke tadi.

ni, mimah kasi.

yang ni sambal goreng jawa. hitam legam. tapi ogie meratah sampai 3 kali tambah..
tetiba jerr teringat nak makan masa kat paso tani tadi. so, beli la bahan2nya. mulanya aku nak beli hati ayam beberapa ketul. last2 abang tu kasi free jerr kat aku.. hehehe tengkiu2. len kali bagi lagi ye... cik norma kata.. ko, senyum lebih, tu yang dia bagi free. hahhaha. tu namanya rezeki.

yang ni plak, gulai ikan nyok2.
aku cakap pada kak norma, masa tengah makan, 'ina rasa sedap la gulai ikan hari ni.. ke, sebab ina yang lapo' then kak norma jawab, akak pun rasa sedap. semua rasa cukup mesra. patut la dia dua kali tambah. maklum la mesra alam.. hahha

yang ni plak.. tenggek burung
sejak2 berkawan ngan kak norma, aku dah reti telan daun ni. tak rasa apa2 cuma rasa rangup jer.. yang aku sampai tak leh telan lagi hingga sekarang ialah peria. yang tu.. mmg kena reject.

malam ni, kat masjid ramai plak orang.. walau pun gerimis mengundang. kak bed tak datang. semalam bukan main lagi beria suruh datang.

tak best kan bila apa yang dah plan tak pasti sama ada boleh terlaksana atau pun tak. tapi tu namanya takdir. kita hanya mampu merancang, hanya Allah swt yang menentukan. memang la ada rasa frust. sebab as a human being. setiap orang ada perasaan. cumanya, sama perasaan tu akan keep as secret ataupun di luahkan pada sumone. tapi as a hamba, kita kena terima setiap ketentuanNya.

aarrgghh mencinya.. banyak giler jerawat naik.. tumbuh seperti cendawan.. tensi tensi.. wawawawawa..




....from kekwa22 with love....