Showing posts with label Pai Tee. Show all posts
Showing posts with label Pai Tee. Show all posts

21 June 2011

Pai Tee in the house

hari ni, aktiviti tak sama macam semalam. insap dah sikit. sikit jerr la.. hehheehe... at least hari ni lebih baik dari semalam.. ada improvement.

Menuju Wawasan - Suara Firdaus

Umat Islam harus cemerlang hari ini
mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata,
jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata ,
umat islam sentiasa boleh,

umat islam zaman lampau
taat perintah rasulullah
bersama berusaha,
bersatu tuju wawasan dunia dan akhirat
wawasan dunia akhirat
akhirnya islam cemerlang seluruh dunia

wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
kuat usaha jujur dan amaanah
sentiasa mengharap keredhaan Allah

akidah ibadah harus sempurna
ibadah tanpa akidah wawasan syaitan
pegangan mereka harus diikut
ulama warisan ambiya'
ajaran sesat wajid dihindari
pegangan mereka harus diikut

umat islam harus cemerlang hari ini
mesti lebih baik dari semalam,
jangan buang masa ;
siapa kata kita tidak boleh ,
kita ada Allah Maha Kuasa,
kita punya kuasa tenaga,
doa sebagai senjata


waahhh semangat plak hari ni...

pai tee nama dia.. dulu dah pernah wat.. cerr nengok kat sini

resepi ambil kat sini yerr.. aku kopipes jerr

KULIT PAI:
1/2 cawan tepung beras -guna cawan penyukat (update: bersamaan 75 gm) jika guna cawan minum lebih kurang 3/4 cawan
125 ml air
2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
1/2 sudu teh kapur makan
1/2 sudu teh garam
Acuan pai tee
INTI:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
30 gram udang kering-rendam dan tumbuk halus
1/2 sudu teh garam
Sayuran potong memanjang /parut:
- 1 batang lobak merah
- 1 biji sengkuang
- 1 batang timun
********
1/4 cawan kacang tanah (bakar dlm oven) - tak letak
Sos pencicah

Cara-cara

UNTUK KULIT PAI:
Satukan semua bahan-bahan -tepung beras,air,kapur,telur dan garam, gaul hingga sebati.

Panaskan minyak cukup untuk merendamkan acuan pai. Panaskan juga acuan pai dalam minyak.

Celupkan acuan pai dalam adunan kulit pai.Jangan sampai penuh,tinggalkan sedikit ruang di atasnya.-lihat gambar

Masukkan ke dalam minyak panas. Pastikan api sederhana kecil.

Biarkan seketika.Jangan keluarkan sampai ia agak masak,jika tidak kulit pai akan terlipat. Bila sudah keras sedikit tolakkan keluar dari acuan menggunakan garfu. Balikkan sekali-sekala hingga kekuningan barulah diangkat.Biar sampai kekuningan supaya kulitnya garing.Toskan minyak dan simpan dalam bekas kedap udara.UNTUK INTI:
Tumis bawang putih dan bawang besar..Bila garing masukkan udang kering dan garam. Tutup api.
Dsc01431
Masukkan lobak merah,sengkuang dan timun.Gaul rata. Kemudian isikan inti ke dalam pai tadi.
Tabur sedikit kacang tanah keatasnya dan tuangkan sos pencicah.

jom jom kita layan pai tee...

ni plak, nasi goreng.
dah dah dah... jom melepak sambil baca2


....from kekwa22 with love....

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

06 October 2010

berselirat

lagi ni bangun jerr kepala dah berdenyut.. sangat2. memang berchenta jerr nak gie opis. tapi memandangkan banyak mende yang nak kena wat.. maka aku gagahi jugak..

entah la.. jiwa kacau aarr... macam2 ada.. serabut dan berselirat dalam kepala.. fenin2.. ditambah lagi dengan hujan lebat pepagi buta.. mana taknya kepala sakit.

ha.. pagi ni kak odah bagi soklan bonus kat aku. soklannya ala2 soklan kak siti. sebabnya dua2 line aku.. tapi kak siti dah bagi lama dah soklan ni... berbulan dah.. tapi kak odah, baru pagi ni.. siap minta maaf dulu sebelum tanya.. hehhe...

tengah hari tadi akuhalf day.. tak kemana pun.. dari pukul 1.15pm sampai 5pm lebih, aku hanya landing atas katil jerr. lama giler aku tidur petang tadi.. sedar2 pukul 3.30pm dah.. lepas mandi n solat, aku sambung lagi landing malas2. kepala masih berdenyut. sampai la 5 lebih. lepas asar aku pun siap2 nak masak untuk berbuke puasa..

ni my menu today.
potato salad.

bahannya
1 biji usa potato - di buang kulit dan di potong dadu. rebus hingga empuk
1 sudu besar mayonese
1/2 sudu kecil oregano
1 sudu kecil air perahan limau kasturi
2 helai daun sup di potong nipis.

kekdahnya
gaul semua bahan.. maka jadi aarr.. senang gilos. menu orang malas

ni plak.. kalo tatau kena cepuk jerr
lagi senang.. celur jerr ngan air panas

ni plak pai tee
1st time wat. tapi memang best.. walaupun kulit pai dia mengerutu.. tapi sedap.. tak perr 1st time boleh di maafkan. aku rasa yang bergelembung tu, sebab terlebih kapur kot.. tak perr take note.

resepi asal amik kat sini

tapi aku dah adjust sikit sebab aku wat sikit jerr

bahannya

Acuan pai tee
50gm tepung beras
100ml air
2 sudu besar telur
1/4 sudu bancuhan air kapur makan
secubit garam

ni, rupa acuan pai tee nih.. kat bagus jual sebiji lima belas henget, lapan poseng. mahal tuuuu

untuk inti
50gm udang kering tanpa kulit di rendam dan di kisar halus
2 biji bawah putih di potong dadu
1 biji bawang besar di potong dadu
1 biji carrot di potong halus dan memanjang
1/4 biji sengkuang dipotong nipis memanjang
sedikit minyak untuk menumis

kekdahnya
panaskan minyak. tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing. masukkan udang kering hingga naik bau. tutup api dan masukkan carrot serta sengkuang. gaul hingga rata.
dan masukkan dalam kulit pai. hidangkan semasa panas bersama2 dengan sos pencicah.

sos pencicah.. yang terdapat di pasaran.. ni brand ummi
ni, rupa kulit pai yang tak lawa langsung
hahhaha mengerutu abis.. tak gi salon la nih... moral of the story.. kurangkan bancuhan air kapur or jangan letak terus.. nanti wat experiment len.. walau apa pun rasanya memang marbeles. sama macam makan kat the chicken rice shop tu.... tak rugi mencuba tawww. nyum nyum nyum

pening kepala tak hilang sampai sekarang.. bajet semalam nak gi men badminton, tapi tak kesampaian. pening tak hilang2.. berserabut serabai kepala nih.. cam nihberselirat jerr rupanya..

nak paksa tido jerr nih.. esok ada training seharian.






....from kekwa22 with love....