Showing posts with label lasagna. Show all posts
Showing posts with label lasagna. Show all posts

06 March 2013

Jommm!! layan Lasagna pulak

lama giler tak wat or makan lasagna.. sangat2 lama.. rasa nyerr.. tetiba hari ni plak teringat.. punca nyer... dok melayan blog masak2 lerr.. kalo tak.. tak de la nak jumpa lasagna ni.. tak terlintas di minda pun lately ni.. terus jerr ternampak .. errmm kecur liur dibuat nyerr...

resepi lebih kurang sama macam sebelum ni.. tengok kat sini.. tapi aku adjust sesikit la..

Ni, before masuk dalam oven
 Kalo nak wat cam ni.. ni bahan nyerr
kepingan lasagna secukup nyerr
mozarella cheese secukup nyer

sos putih
250ml susu UHT ducth lady full cream
sekeping cheese
3 sudu tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu butter
garam secukup rasa

sos Merah
Daging kisar Ramly 1 pack
3 keping bay leaf
cendawan butang yang dipotong
2 ulas bawang merah dan putih di cincang halus
1 tin tomato pregio yang kaler oren.. herb
3 sudu sos tomato
3 sudu besar minyak
2 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa

kekdah nyer
sos putih
campur gaul kesemua bahan hingga sebati. kacau diatas api yang perlahan hingga pekat dan mendidih sekejap ketepikan. kalo pekat sangat, tambah sedikit air

sos merah
tumis bawang hingga layu.. masukan kesemua bahan. masah hingga mendidih ketepikan.

susun kepingan lasagna di dalam bekas yang seswai.. tak perlu direbus. susun jerr... then memula letakkan sos putih.. ratakan. then letak sos merah. ratakan. tabur mozarella chesse sesuka ati. ulangi langkah ini sampai habis bahan. atas sekali letak mozarella cheese. then masukkan kedalam oven dengan suhu 180*C selama eerr.. sehingga cheese cair dan sedikit keperangan. dalam 30-45minit.

cam ni la.. jadi nyerr... berlapis lapis
 sebelum masuk oven
 sesudah kuar ovem
 errmmm jom jom kita rasa.. errmm sedap tu.. dah lama tak makan.. sesekali sangat2 best
 Abang Armand makan bertambah2. pastu request nak bawa kat umah wa, supaya balik sekolah dia bleh makan.. kena la dengan selera dia tu.. errmm ada cheese kannnnnnnnnnnn

  ....from kekwa22 with love.... “Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”

09 August 2010

kubang badak?

bz aarr kat opis hari ni sangat2. macam2. wawawawawa.. sakit tekak...

ni from pak ndak with love,
diikuti dengan
serta
sejak dua menjak ni, nama paling popular ialah pak cik nan. mulanya sejak malam wat roti tu... 'na, kita bagi pak cik nan roti ni', 'nanti akak hantar kat pak cik nan sikit', 'na, kita bagi pak cik nan la', & yang sewaktu dengannya.. malam ni pun dok sebut berapa kali dah... aku rasa.. sure pak cik nan tersedak sampai batuk2 apa.. sebab namanya sentiasa menjadi sebutan.

masalahnya kat umah tu.. bukan pak cik nan sorang jerr.. ada kak faridah, ada mima dan din. tapi paling popular dalam carta ialah pak cik nan. masalah orang2 dalam umah ni, dia masak apa pun, sure nak share ngan pak cik nan. may be sebab paling mesra alam adalah pak cik nan. lepas hantar buah, ubi & terung kat pak cik nan kak norma cakap.. kita ni.. apa2 sikit pak cik nan.. tu jerr la jiran yang ada. yang selalu dok amik kesah hal2 orang2 kat umah ni..

ni, kak norma request. dia cakap macam ni, 'na, goreng sayo ni macam yang ina goreng dulu' maka ni le hasilnya. 'goreng yang macam dulu' nama dia.

then our dinner. lasagna. kekdahnya cam dulu jugak. che norma cakap 'che ina ni, nak membesarkan che norma jerr'
banyak giler guna cheese untuk lasagna ni. sebabnya nak abiskan semua stock yang ada. nanti bulan puasa, tak denya nak masak cam ni.. standard buke puasa ialah masak nasi. kalo dok simpan nanti rosak cam tu jer.. so, moral of the story kena guna pakai la...

yang ogie plak makan lasagna dengan nasi.. eerrr suke ati ko la ogie... asalkan ko bahagia..

ni pulak..eeelleehh macam tak biasa..

stock kuaci ada banyak lagi nih.. setengah balang beso.. nanti kalo terlupa ce mana.. sedap jerr melayan kuaci.. maknanya.. kena letak kat dapo. kalo tak.. aku tak berani nak jamin.. mana la tau kalo2 tersyasul. hehhehe.. kalo terlupa tak pe kan? kan? kan?

meh nak citer pasal kubang badak.. frasa ni dapat semalam la.. masa kak roza datang umah. masa dok baking tu, sembang2 la.. dia citer yang kat dalam mulut dia ada kubang badak. yang aku ni.. blurr giler.. apa itu kubang badak dalam mulut.. then minda aku mencerna bahawa kubang badak is like this
tapi ce mana boleh ada dalam mulut? pelik kan... beso tu badak.. len la kalo badak berendam. then dgn muke blur2 lagi selamber aku tanya la kak roza kubang badak tu apa dia? jawapan dia.. kubang badak pun tak tau? adoii tak masuk dalam skema jawapan betul.. kubang badak tu adalah ulser.. kubang badak a.k.a ulser. kalo g klinik kan.. cakap ngan doktor cam nih 'doc, dalam mulut saya ada kubang badak' then apa reaksi doktor tu? kalo nak tahu apa reaksi dia.. cerrr bagi statment tu masa jumpe doctor. ada brani?

memang la sakit kalo ada ulser dalam mulut. kalo makan terpedas sikit, perrgghh punya la sakit. atau pun tetiba jerr tergigit kat tempat ulser tu.. memang aarrr sangat2 sakit. pernah masa belajo2 dulu, linda kasi petua kat aku kalo nak cepat baik letak garam. sebab nak cepat baik nyer pasal.. aku pun letak la depan dia.. hasilnya.. satu jeritan yang mengegarkan dato' keramat kuat kedengaran... gila punya pedih.. petua yang sememangnya tak boleh di guna pakai.

malam ni, aku citer kat kak norma lawak si sedi pagi tadi... kak norma punya gelak tak hengat dunia. tau pun.. yang aku ni kat opis pagi tadi, punya la kontrol. lawak mamat ni bukan boleh bajet sangat...

tetiba rasa terharu. sangat2. ina tak pernah minta apa2 pun dari abang. cukuplah dengan apa yang telah abang bagi pada ina selama ni... terima kasih.

Harapan Ramadhan - Man Bai & Raihan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua



Doa merupakan senjata bagi orang mukmin. Doalah menjadi penghubung kita dengan ALLAH Yang Maha Mendengar tanpa memerlukan medium atau perantaraan. Mintalah kepada-Nya, mohonlah apa sahaja, dalam apa jua keadaan dan di mana kita berada, DIA pasti mendengar. ALLAH berfirman yang bermaksud: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepada-Ku mengenai-Ku, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila dia berdoa kepadaku." (Al-Baqarah:186)






....from kekwa22 with love....

10 July 2010

percubaan yang membahagiakan

malam tadi dekat2 1.30am baru terlelap kot. puas pujuk2 mata supaya lelap tapi tak leh gak.. badan dah penat..cuma mata jerr tak nak lelap.. sejuk pulak tu malam tadi.. sangat2

pagi ni memang tak bercadang langsung nak gi jogging. sebab ada banyak benda nak buat hari ni.. macam2 hal nak buat. semuanya keje2 kat umah. cadang nak gi opis pun lebur.. hahhaha... esok la.. mentang2 la opis dekat & senang nak kuar masuk. tak perr gunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin.

dalam pukul 11 lebih aku gie giant. tapi sebelum tu singgah bagus dulu. sebabnya ada bahan2 yang nak di cari. aku cadang nak baking lasagna hari ni. mudah2an percubaan pertama kali ni menjadi. tak pernah wat lasagna ni.. teruja betul... hahahha..

best aarr kat bagus sekarang ni.. banyak stock. macam2 ada.. may be sebab stock nak raya.. maka.. banyaklah benda2 yang aku memborong.. biasa aarr dah alang2 gie bagus.. mana tau in future nak guna.. wakakka sengaja cari alasan nak menghabiskan duit.. kan kan tu sebenarnya..

ni antara bahan2 yang aku borong kat bagus tadi. daun kering. hehehe.. untuk wat lasagna kena letak daun ni.. nama dia bay leaf.
kalo tak de tadi.. memang aku tak letak.. sebab nak guna beberapa helai jerr.. lagi pun sebab harga dia rm1.10, maka boleh la beli.. wat stock. sesapa yang nak daun ni.. meh datang amik kat umah.. hehehehe.. tak pe...nanti nak wat pizza boleh letak daun ni gak..

satu lagi aku beli mozzarella cheese. resepi dia kena guna cheddar & mozzarell cheese, tapi aku beli mozzarella jerr becoz kalo mozzarella ni melt, dia akan jadi macam tali2 tu.. mengikut. lagi satu sebab kalo tak abis guna, boleh simpan untuk wat pizza.

masa nak wat ni, teringat plak kat fariza, dia ada suruh wat lasagna. tapi masa tu belum sampai seru.. hehhehe. hari ni baru sampai seru..

ni dia rupa my lasagna.. percubaan pertama yang tak fail. yummy kan.. sangatttttttttlah.. seswaiiii
Bahan utama

kepingan lasagna
white sauce
inti daging
parutan mozzarella cheese

bahan untuk white sauce
350ml susu uht full cream
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa

bahan untuk inti daging
200g daging kisar
2 biji bawang besar di potong dadu
3 ulas bawang putih di tumbuk halus
1cm halia di tumbuk halus
1 camca besar cili kisar
3 helai bay leaf
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 camca besar serbuk kari daging
100ml tomato puri
1 tin cendawan butang di potong nipis2
garam secukup rasa

ni kepingan lasagna yang aku guna
walau pun boleh guna terus.. tapi logicnya.. kalo dah keras2 cam tu masuk oven lagi la garing.. bahan2 kering, mana boleh nak lembut kan kan kan.. nanti jadi lasagna rangup plak.. hehehe.. aku rebus dulu kepingan lasagna ni.. macam biasa rebus makaroni or penne. sampai lembut. tapi hati2 supaya tak terkoyak.

kekdahnya

inti daging
tumis bawang besar, bawang putih & halia. bila dah agak layu, masukkan tomato puree, daging, serbuk kari, serbuk lada hitam, bay leaf yang di ramas serta garam secukup rasa.

white sauce
campurkan susu, tepung, serbuk lada hitam dan secukup rasa. kacau hingga sekali didih.

ni white sauce & inti daging yang telah siap di masakni step2 nak susun dalam baking pan. susun sampai habis.. semuanya aku guna 3 keping jer.. tanak la wat tinggi2 sebab for the 1st time kan.. lagipun tak tahu sambutan isi rumah. hehehe.. tapi tinggi jugak jadinya... pan ni aku guna 8inci non steak pan. sangat sesuai dengan saiz kepingan lasagna. aku tak guna banyak sangat cheese sebab tanak rasa muak. sebab ahli2 umah aku ni.. sangat kureng dgn cheese nih.
ni hasil lasagna yang baru kuar dari oven.. harum baunya dan memang melt habis cheese.
bila dah suam2 ni.. dok pikir.. ce mana la nak kuarkan dari pan nih.. kalo nak potong dgn pisau, takut pan calar pulak.. penting tu.. tak kan nak makan kecah2..

setelah bekerja keras untuk kuarkan dari pan ni.. ni la hasilnya... kalo terbarai.. memang hampeh... tapi aku tengok kat website.. ada gak yang terus makan dalam pan.. errmm memanglah sangat tak sopan lagi tak seswai... kalo opah aku nampak wat perangai cam tu... harusssss lah kena bebel. ita datang tepat pada masanya... 1/3 lasagna hari ni.. tapaukan untuk ita sekuarga...

petang tadi balik mantin.. wah dah cantik umah kak umi. dia renovate sebelah kiri umah dia.. tapi tanah corner lot umah dia memang luas.. umah aku gak.. tak terurus.. tapi apo nak buek kannn. tapi kan.. pokok rambutan yang aku tanam kat depan umah.. dah tinggi tau... lebih tinggi dari aku lagi... subur jerr pokoknya... hopefully, bila dah berbuah nanti lebat la buahnya.. rambutan gula batu tu..

tetiba dapat sms dari achik.. dia cakap.. abng lim tanam pokok rambutan.. tengah laman rumah.. aaiiseeyy.. which part aarr dia tanam.. rasa hari ni.. sure bergaduh ngan achik dia ni.. becoz achik dia sampai msg aku cari talian hayat. apa lahhh.. aku agak abang lim tanam kat tepi peti surat. tekaan aku mengena.. memang pun dekat2 area tu.. dia tanam. cumanya ketengah jerr sikit dari peti surat tu. tak de la tepi jalan sangat.. biar la.. cuma achik kesah sebab kat situ, kalo malas2 nak masuk kete proper.. boleh redah jerr kot situ.. kalo dah ada pokok.. sila masukkan kenderaan anda di tempat yang sepatutnya..

malam ni, aku baking roti kismis. dough semua dah siap. tinggal nak baking jerr lagi. tunggu dia naik sat.. untuk hasilnya.. esok la aku post sebab tak tahu bila nak bake ni.. kalo boleh, nak bagi dia naik tinggi2 dulu.. hehhehe.

project malam ni.. nak kemas barang2 kat dapo.. sebabnya.. pagi tadi aku pi beli barang dapo.. petang plak.. kak norma gie beli lagi.. sebabnya aku pi soping sorang2. pagi tadi.. dia gie umah akak dia seawal pukul 10am lagi.. dia tak tau pun aku dah beli.. tak perr arr wat stock...

ok lah.. jom jom kemas.. tapi sebelum jom layan lagu sedih ni.. sebabnya.. pagi2 buta lagi kak norma menceritakan sumthing yang membuatkan aku dan dia bersedih.. wawawawa. ogie tak campo sebab time tu ogie lom kuar dari bilik.. nak join borak2..

retak - ella

Berabad telah kita bercinta
Mengapa kini engkau berubah
Sedangkan aku masih kekal setia
Mengharap kasih menjadi bintang jiwa

Mana janjimu akan setia
Menyayangi ku siang malammu
Melindungi dari bara sengsara
Mempertahankan mahligai bersama

Kini tiada erti memberi janji
Janji manis mu dulu
Hingga jadi api membakar dada ini

Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia
Semenjak hatimu dicuri jelita

Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Seandainya ada lagi cinta di hati ini
Akan kubenamkan sepi hanya selamanya

Semalaman di cermin kenangan
Jari berdarah diretak setia
Menanggung luka di sebalik senyuman
Hanya kerana aku seorang wanita

Lemah dunia halanya
Hati kecewa dengan janji manismu
Kini jadi api membakar dada ini







....from kekwa22 with love....