pagi ni memang tak bercadang langsung nak gi jogging. sebab ada banyak benda nak buat hari ni.. macam2 hal nak buat. semuanya keje2 kat umah. cadang nak gi opis pun lebur.. hahhaha... esok la.. mentang2 la opis dekat & senang nak kuar masuk. tak perr gunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin.
dalam pukul 11 lebih aku gie giant. tapi sebelum tu singgah bagus dulu. sebabnya ada bahan2 yang nak di cari. aku cadang nak baking lasagna hari ni. mudah2an percubaan pertama kali ni menjadi. tak pernah wat lasagna ni.. teruja betul... hahahha..
best aarr kat bagus sekarang ni.. banyak stock. macam2 ada.. may be sebab stock nak raya.. maka.. banyaklah benda2 yang aku memborong.. biasa aarr dah alang2 gie bagus.. mana tau in future nak guna.. wakakka sengaja cari alasan nak menghabiskan duit.. kan kan tu sebenarnya..
ni antara bahan2 yang aku borong kat bagus tadi. daun kering. hehehe.. untuk wat lasagna kena letak daun ni.. nama dia bay leaf.

satu lagi aku beli mozzarella cheese. resepi dia kena guna cheddar & mozzarell cheese, tapi aku beli mozzarella jerr becoz kalo mozzarella ni melt, dia akan jadi macam tali2 tu.. mengikut. lagi satu sebab kalo tak abis guna, boleh simpan untuk wat pizza.
masa nak wat ni, teringat plak kat fariza, dia ada suruh wat lasagna. tapi masa tu belum sampai seru.. hehhehe. hari ni baru sampai seru..
ni dia rupa my lasagna.. percubaan pertama yang tak fail. yummy kan.. sangatttttttttlah.. seswaiiii

kepingan lasagna
white sauce
inti daging
parutan mozzarella cheese
bahan untuk white sauce
350ml susu uht full cream
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa
bahan untuk inti daging
200g daging kisar
2 biji bawang besar di potong dadu
3 ulas bawang putih di tumbuk halus
1cm halia di tumbuk halus
1 camca besar cili kisar
3 helai bay leaf
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 camca besar serbuk kari daging
100ml tomato puri
1 tin cendawan butang di potong nipis2
garam secukup rasa
ni kepingan lasagna yang aku guna

kekdahnya
inti daging
tumis bawang besar, bawang putih & halia. bila dah agak layu, masukkan tomato puree, daging, serbuk kari, serbuk lada hitam, bay leaf yang di ramas serta garam secukup rasa.
white sauce
campurkan susu, tepung, serbuk lada hitam dan secukup rasa. kacau hingga sekali didih.
ni white sauce & inti daging yang telah siap di masak



setelah bekerja keras untuk kuarkan dari pan ni.. ni la hasilnya...

petang tadi balik mantin.. wah dah cantik umah kak umi. dia renovate sebelah kiri umah dia.. tapi tanah corner lot umah dia memang luas.. umah aku gak.. tak terurus.. tapi apo nak buek kannn. tapi kan.. pokok rambutan yang aku tanam kat depan umah.. dah tinggi tau... lebih tinggi dari aku lagi... subur jerr pokoknya... hopefully, bila dah berbuah nanti lebat la buahnya.. rambutan gula batu tu..
tetiba dapat sms dari achik.. dia cakap.. abng lim tanam pokok rambutan.. tengah laman rumah.. aaiiseeyy.. which part aarr dia tanam.. rasa hari ni.. sure bergaduh ngan achik dia ni.. becoz achik dia sampai msg aku cari talian hayat. apa lahhh.. aku agak abang lim tanam kat tepi peti surat. tekaan aku mengena.. memang pun dekat2 area tu.. dia tanam. cumanya ketengah jerr sikit dari peti surat tu. tak de la tepi jalan sangat.. biar la.. cuma achik kesah sebab kat situ, kalo malas2 nak masuk kete proper.. boleh redah jerr kot situ.. kalo dah ada pokok.. sila masukkan kenderaan anda di tempat yang sepatutnya..
malam ni, aku baking roti kismis. dough semua dah siap. tinggal nak baking jerr lagi. tunggu dia naik sat.. untuk hasilnya.. esok la aku post sebab tak tahu bila nak bake ni.. kalo boleh, nak bagi dia naik tinggi2 dulu.. hehhehe.
project malam ni.. nak kemas barang2 kat dapo.. sebabnya.. pagi tadi aku pi beli barang dapo.. petang plak.. kak norma gie beli lagi.. sebabnya aku pi soping sorang2. pagi tadi.. dia gie umah akak dia seawal pukul 10am lagi.. dia tak tau pun aku dah beli.. tak perr arr wat stock...
ok lah.. jom jom kemas.. tapi sebelum jom layan lagu sedih ni.. sebabnya.. pagi2 buta lagi kak norma menceritakan sumthing yang membuatkan aku dan dia bersedih.. wawawawa. ogie tak campo sebab time tu ogie lom kuar dari bilik.. nak join borak2..
retak - ella
Berabad telah kita bercinta
Mengapa kini engkau berubah
Sedangkan aku masih kekal setia
Mengharap kasih menjadi bintang jiwa
Mana janjimu akan setia
Menyayangi ku siang malammu
Melindungi dari bara sengsara
Mempertahankan mahligai bersama
Kini tiada erti memberi janji
Janji manis mu dulu
Hingga jadi api membakar dada ini
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia
Semenjak hatimu dicuri jelita
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Seandainya ada lagi cinta di hati ini
Akan kubenamkan sepi hanya selamanya
Semalaman di cermin kenangan
Jari berdarah diretak setia
Menanggung luka di sebalik senyuman
Hanya kerana aku seorang wanita
Lemah dunia halanya
Hati kecewa dengan janji manismu
Kini jadi api membakar dada ini


....from kekwa22 with love....
No comments:
Post a Comment