may be semalam penat mengemas. macam2 buat.. dari pagi sampai ke tengah malam dan di sambung sampai dini hari. time rajin datang melanda.
ni bfast pagi ni.. roti kismis yang aku buat malam tadi. gebu weehh...
ni before masuk oven. setiap satu beratnya 100g. kak norma cakap.. banyaknya kismis.. kalo beli kat kedai.. kismisnya jauhnya sebatu satu.. yang ni pulak 1cm sebiji kismis..
ni masa tengah2 panas baru kuar dari oven. fresh bread from oven.. 1st time wat roti nih...
gebukan.. lembut jerrr
Jom nak share ce mana nak wat roti kismis ni..
bahannya
300g tepung roti high protein
2 sudu besar susu tepung
1.5 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh garam
50g gula kastor
8g instant yeast
50g butter
150g kismis hitam
air suam secukupnya
1 biji telur
0.5 sudu teh esen vanilla
sedikit butter untuk di sapu atas roti
kekdahnya
dalam satu bekas, campur semua bahan2 kecuali butter untuk di sapu atas roti. uli sehingga jadi satu doh yang besar. uli sampai doh lembut & kenyal. bulat2kan doh seberat 100g setiap satu. susun dalam bekas. biarkan sejam bagi doh naik.. then bakar dalam oven 180* selama 20 minit hingga perang. sapukan butter diatas permukaan roti. senangkan...
malam tadi masa dok mengadap roti ni ngan kak norma sebab ogie dok bz chatting sembang2 la masa time kecik2 dulu.. time tu dah 12 lebih dah.. aku citer ngan kak norma masa time kecik2 dulu, mak selalu wat roti untuk kitaorang.. maklumlah mana mampu nak beli roti time tu. buat sendiri jerr.. tapi aku rasa roti yang mak aku wat tu memang sedap hehehe..
then sambung citer pasal nak wat apom putih ... wah.. memang lama tak wat. sangat senang nak buat.. letak tepung, yeast, gula & air, tunggu esoknya dia akan naik tinggi, then kukus.. makan dengan kelapa parut + sedikit garam. rupanya tempat kak norma pun wat cam tu gak,... wah sama tu...
then kongsi lagi citer.. masak2 pasal pisang.. wat lepat pisang yang kat dalamnya ada inti nyor. weehh sedap tu.. dulu2 aku reti wat lepat pisang.. tapi rasanya dah bertahun tak wat.. tak tahu la menjadi ke tak kalo wat sekarang ni.. hehhehe..
masa time aku skolah2, kalo tak gi melompat main bola kat sekolah, aku akan dok umah jerr.. tengok adik.. mak gie keje.. ayah kat bendang. then bila pukul 5 lepas solat asar, aku akan buat kuih. macam2 la aku buat. time tu mak tak de la pulak nak melarang.. kekadang ada yang menjadi dan ada plak tak menjadi. biasa la 1st time. pulak tu bukan belajo kat mana2 pun cuma menyibuk jerr time mak wat kuih.. so ok la kan..
rasanya kuih yang aku pernah buat dan sekarang dah tak wat lagi antaranya.. kuih koci, lepat pisang or labu, kuih keria, onde2, apam putih, kek gula hangus, pau.. tapi hari tu ada buat, tapi sekali tu jerr.. karipap pun dah tak wat lagi. kalo pengat pulak..pengat pisang, keledek & labu memang dah tak wat. bubur kacang hijau, bubur jagung, gandum dan tah apa2 macam2 lagi aneka bubur pun aku tak wat dah.. al maklum la.. sape nak makan dan bila nak makan. kalo dulu adik2 kecik2 memang best kalo buat.. semuanya habis.. waaa.. bestnya.. rindu aarr saat2 tu.. tapi sampai sekarang ni.. kekadang aku rasa diorang masih lagi kecik2.. hahhaha
semalam lepas borak2 ngan kak norma, sambung borak ngan kak wan. dekat 2 jam bergayut.. wahhh rindu bangat sama kak wan. dia dah balik mesia dekat 2 bulan dah. tapi tak datang kl becoz ayah dia sakit.. banyak aarr citer yang di share.. aku rasa macam nak gie marang jerr... may be lagi 2 week kot.. tengok la dulu ce mana.. memang rindu sama kak wan. dah la boleh jumpe setahun sekali.. lepas ni kalo dia balik riyadh, tak tau bila pulak nak jumpe. tapi lama lagi dia kat sini.. tengok la.. lapang2 sikit. may be lepas siap radio & cable, boleh la bercuti.. setakat jumaat lepas, baki cuti masih ada 23 hari.. banyak tuuuuuuuu... boleh bawak ke tahun depan cuma 9 hari that means ada 14 hari.. ni baru july.. nanti2 ada lagi public holiday on sabtu or ahad kerr.. bertambah lg le cuti den... lallala
kelako betui my cikgu nyer fesbuk. dulu masa kat skolah dia bukan jenis serius sangat.. stail control2 nak gelak walaupun kekadang wat lawak tak menjadi. dulu, ingatkan cikgu ni orang sabah, dia nyer slang cam sabahan. baru aku tau yang dia ni orang banjar.. kat fesbuk siap guna bahasa banjar... aku memang tak reti bahasa banjar.. walau pun dok kampung orang banjar. dok dengar depa tu cakap sejak standard 6 sampai sekarang.
tapi hampehnya aku tak reti nak cakap.. tapi faham apa yang diorang cakap.. teruk betul. tak mesra alam langsung... bila baca komen kat fesbuk dia.. teringat nak balik kampung la pulakkkk... memang terhibur.. sebab apa tetiba bukak topik pasal cikgu hashim nih.. sebab ada orang tulis kat fesbuk dia daun kancur... cam kes ari tu jerr kat umah ni.. pokok yang sama kut.. daun kencur, kancur or cekur.. hopefully sama..
topik dia ialah belajar nama sayur2an dalam bahasa banjar...
waahh memang terhibur... ada yang aku paham dan ada yang aku tak paham... contohnya ayat nih 'hingkat kah semalu diulah gangan awan sapat ronggeng..' aku rasa semalu tu pokok semalu yang berduri tu.. dan sapat ronggeng is ikan sepat ronggeng. gangan awan tu mende apa? sebab perkataan hingkatkah tu bermaksud bolehkah.. errr memang musykil... aku memang tak pass langsung... bahasa banjar.. tapi moral of the story, aku terhibur..
lagu ni, kalo tak dengar sepuluh kali sehari tak sah.. semua radio nak ke udarakan lagu ni... tak perr aarr jom layan.. best gak lagu nih..
kebahagiaan dalam perpisahan - shahir
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti
seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Kebahagiaan dalam perpisahan
letih aarr plan nak lepak2 jerr kat umah.. nak bermalas2 sambil tengok movie, tak tercapai langsung hasrat yang suci lagi murni tu.. semuanya lebur... penat aarrr.. banyak sungguh aktiviti weekend ni dengan tak cukup tido lagi... sangat2 letih. esok dah keje.. slide presentation lom siap.. nasib aarrr.. esok meeting kul 10.30am.. sikit jerr lagi lom siap.. tapi aku dah tak larat dah nak menyiapkan.. mata plak ngantok gile.. tapi baru 7.52pm..
ni jerr yang aku masak hari ni.. cendawan goreng
senang jerr nak wat dia.. sebab aku dah penat nak masak apa..
bahannya
150g cendawan tiram
30g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa..
minyak untuk menggoreng
kekdahnya
basuh cendawan dan toskan.. campur semua bahan2 kering dalam satu bekas.. masukkan cendawan.. gaul sehingga rata... (jgn letak air langsung) panaskan minyak dan goreng. dah siap.. sedap di makan dengan cili sauce bercampur dgn mayonis..
hari ni kan.. sebenarnya.. i m not hepi at all. not because of tired. but jiwa kacau..
....from kekwa22 with love....
No comments:
Post a Comment